Khamis, 19 Mac 2009

Kebangkitan Islam bermula di Malaysia...

Sudah 3 hari berlangsung ‘Ar-Raniry Fair’ , baru hari ini saya memaksa kaki menjenguk ke tapak program tersebut dihadapan dewan utama kampus. Sibuk bercampur penyakit malas, menjadi asbab tidak berminat ke tempat sebegitu. Hakikatnya, separuh badan dan otak saya berada di Malaysia.


Jam 12.00 tengah hari tadi, saya singgah disebuah gerai jualan buku disitu. Seorang ibu bertudung labuh dan memakai sarung lengan ( muslimat Kelantan panggil stongan sebab sarung kaki dipanggil stokin – tak tahu dapat mana :) sedang menjaga gerai itu. Mungkin wajah saya macam orang Malaysia rasanya, sehingga sapaan pertama ibu ini, “dari Malaysia ya?” Ya bu. “Belajar di IAIN Fakultas apa? “Ushuluddin”. “Ooo..ibu sering ke Malaysia”.


Diatas mejanya penuh dengan buku-buku yang terpampang wajah Abuya ( Ust Asha’ari Hj Muhammad ) dengan pelbagai tajuk. Disampingnya terdapat kaset dan vcd nasyid Mawaddah dan nasyid anak-anak Qathrunnada’. “Berkembang biak penuh kehebatan Arqam di Indonesia ini” hati saya berbicara.


“ Malaysia bumi barakah dik..tidak seperti disini. Tapi, ibu kesana tidak bisa lama-lama kerana tempohnya tidak bisa melebihi 3 bulan”. Saya hanya mengagguk dan mengatakan “ya bu, itulah sistemnya mungkin, prosudernya berubah-ubah”.


“Kenal sama ustaz ini kan? Tanya ibu ini sambil menunjuk wajah Abuya. “Ya, kenal sejak 1994 lagi”. “Bagus kalau dia ini yang menjadi pemerintah Malaysia”. “Ibu telah melihat semuanya. Dia bukan hanya bicara, tapi memperjuangkan secara praktikal…dia membangunkan ekonomi Islam, sekolah, perniagaan..kita hari ini banyak bergantung kepada bukan Islam, tapi tiada produk sendiri.” Saya hanya mengiyakan sambil tersenyum. “ kalau adik pandangan bagaimana pada Abuya? “ Saya terus melemparkan senyuman dan mengeluarkan juga respon pendek “ ya, mereka bagus kerana membangunkan ekonomi Islam, mungkin ada beberapa perkara sahaja yang kita tidak bersetuju dengannya”. “ Emm, itu pandangan masing-masing ya, “si ibu membalas.


“Malaysia itu barakah bu, tapi pemerintahnya aja perlu ditukar” saya menambah lagi.


“kalau adik lihat, siapa yang layak menjadi PM Malaysia?” Aduss..soalan maut nih..”ramai bu..pemimpin gerakan Islam kan ramai disana”. “Ya ,tapi siapa orangnya?” “ rakyat Malaysia lebih mengenali siapa yang layak” itulah jawapan ringkas, tapi mendalam jika diamati..:) “kalau ibu lihat, memang dia inilah yang layak”. “adik gimana (bagaimana) ?” Entah berapa kali ibu ini bertanyakan pandangan saya tentang Abuya. Saya jawab lagi, “ya, dia bagus, tapi ada beberapa perkara yang kami kurang setuju dengannya”.


“ Kebangkitan Islam itu akan bermula di Malaysia. Itu kan janji Rasulullah. Praktikal Islam di Malaysia lebih bagus berbanding di Aceh. Syariat Islam dilaungkan, tapi system pelaksanaannya tidak jelas. Abuya banyak mengubah Malaysia” jelas si ibu. “Abuya sering ke sini (Indonesia).


“Suami ibu kerja apa?” saya mengalih topic perbicaraan. “Dia motivator, sering sampaikan ceramah-ceramah, kadang-kadang sampai ke Thailand, dibawah mereka ( Arqam) ini juga”. “Sudah sering baca buku-buku tulisan Abuya?” “Emm,pernah juga sebuah dua”. “Ya, ibu lihat bagus sekali”.


Lama berbicara, saya mohon izin ke gerai lain pula menjadi pelancong gerai. Dari pintu masuk ke pintu keluar, akhirnya pulang setelah melawat orang berniaga dan meninggalkan kesan tangan diatas buku-buku pelawat dibeberapa gerai. Sambil berjalan, terus terlintas dikepala, “kitab apa yang aku bisa mencari hadis kebangkitan Islam mula di Malaysia”? Hebatnya pemikiran Abuya. Berjayanya doktrinisasi beliau bahawa Islam diisyaratkan oleh Nabi akan mula bangkit di Malaysia dan PM yang layak nanti, sudah tentu beliau. Saya melangkah pulang dengan persoalan-persoalan yang perlu diselesaikan. Kini Arqam yang diharamkan tahun 1994 lalu, bertukar menjadi Rufaqa’ dan terkini adalah Al-Ikhwan.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hati-hati aja ust... kadang manis kata-kata tak seindah "makna"...

al-arqam di Indonesia ne aktif... tapi mereka pakai nama global Ikhwan.

sampaikan kat kedai buku besar2 macam gramedia, wali songo, gunungn agung pon ada jual buku depa ne.

Unknown berkata...

Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Khilafah Islam Akhir Zaman

Kami mengundang Kaum Mukminin-Mukminat
Dari seluruh Dunia untuk bergabung bersama kami
Menjadi Tentara Islam The Man from The East of Imam Mahdi
as A New World Religion Bangsa Islam Akhir Zaman.

Kami mengundang Anda Menjadi Bagian Bangsa Islam berdasar Aqidah Islam
Bukan Menjadi bagian dari Bangsa-bangsa berdasarkan Suku ataupun wilayah

Kunjungi Undangan kami Kehadiran anda kami tunggu di
di http://khilafahislam.de.pl

Tanpa Nama berkata...

maaf,