Sabtu, 28 Mac 2009

Haramkan PMRAM dan tarik biasiswa anggotanya - budak Umno !

Mari baca cadangan kurang ajar seorang perwakilan Kelab Umno Luar Negara di Perhimpunan Agung Umno.


dipetik dari : http://www.malaysiakini.com/news/101128

27 Mac 2009


Pemuda: Haramkan 'Pakatan Rakyat'


kemaskini 7.18pm : Seorang perwakilan di perhimpunan agung Umno menggesa kerajaan mengharamkan penggunaan nama "Pakatan Rakyat" kerana mendakwa ia satu pertubuhan haram.
"Bilakah Pakatan Rakyat diluluskan? Bilakah Pakatan Rakyat menjadi pakatan siasah yang sah dari segi undang-undang?" kata wakil Pemuda Umno, Nur Saidi Nayan.

Tambahnya, gabungan tiga pembangkang itu tidak pernah ditubuhkan secara rasmi. "Kalau tidak ada (secara rasmi), kenapa semua pihak - parti parti politik, media massa, dan TV, sama ada milik kerajaan atau swasta - memberi promosi percuma kepada pertubuhan haram itu?

"Saya cadangkan, kita hari ini haramkan semua pihak menggunakan perkataan Pakatan Rakyat kerana ia sebuah pertubuhan haram. "Ini tidak boleh dibenarkan sama sekali," tegas Nur Saidi.

Berbeza dengan Umno yang dilahirkan dalam istana, katanya lagi, gabungan pembangkang "parti serpihan (yang lahir) bersama dendam, khianat dan demonstrasi jalanan." "Siapa pula Pakatan Rakyat yang dicanangkan akan mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September lalu? "Siapa mereka ini? Bukankah negara mempunyai undang-undang peraturan menubuhkan parti politik," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden Umno hari ini.

Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sewaktu menyampaikan ucapan dasarnya pagi semalam tidak pernah menyebut "Pakatan Rakyat", sebaliknya menggantikan perkataan itu dengan "Pakatan Pembangkang."

Nur Saidi turut menyentuh proses pemilihan pucuk pimpinan Umno. "Sekarang ini hanya 2,500 perwakilan yang membuat pemilihan. Ketiga-tiga sayap pula ada kira-kira 800 perwakilan sahaja (setiap pergerakan)," katanya.

Oleh itu, tambahnya, Pemuda Umno merasakan sudah sampai masanya proses pemilihan parti dikaji semula. "Adalah mustahil untuk 3.4 juta ahli memilih tetapi kita boleh beri ruang kepada perwakilan cawangan untuk mengundi (memilih pemimpin). "Ini akan mewujudkan perasaan kekitaan dan membantu membanteras politik wang," katanya.

Nur Saidi juga berkata, banyak dasar - yang dipertikaikan - ditentukan oleh kementerian dan jabatan kerajaan tetapi Umno pula yang terpaksa menjelaskan sesuatu kontroversi kepada rakyat. "Kalau keputusan (kementerian) itu salah, maka Umno yang memikul bebannya. Akibatnya, hukuman dibuat (oleh rakyat) dalam pilihanraya umum yang lalu," katanya.

Sementara itu, seorang perwakilan kelab Umno luar negara petang ini menggesa persatuan mahasiswa Malaysia di Mesir diharamkan dengan dakwaan ia menyebarkan ideologi pembangkang. Wan Md Hazlin Agyl Wan Hassan juga menggesa biasiswa pemimpin Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) ditarik balik.

"PMRAM perlu diharamkan, biasiswa pelajar yang menyertai PMRAM perlu ditarik balik," katanya. "Apabila pelajar kita tiba sahaja (di Mesir), PMRAM lebih dahulu menyambut mereka di lapangan terbang.

"Mereka ini, pegawai- pegawai kita pun takut. "Malah, kami sendiri tidak mendapat tempat apabila asrama dikuasai pembangkang," katanya, yang sedang menuntut sebuah universiti di Southampton, Britain.


Komentar penulis: Hebatnya PMRAM. Sampai dalam Perhimpunan Agung Umno dibahaskan. Wan Hazlin ingat biasiswa duit Umno? Sangat menakjubkan pendedahan Wan Hazlin ini “ pegawai-pegawai pun takut”. Benarkan sokong Umno tidak dapat tempat di asrama? Biasa yang kena halau dari asrama mahasiswa yang Nampak kecenderungan kepada pembangkang. Apa pun, jika benar Wan tak dapat tinggal diasrama, saya turut bersimpati dan takziah diucapkan.


BACA JUGA ULASAN UST NASARUDIN TANTAWI DI BLOGNYA: http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalo ikut berita tuh, die bukan budak mesir