Selasa, 3 Mac 2009

Bait Muslim: Alternatif atau Kesempatan?

Sebenarnya, secara jujur saya katakan bahawa saya perlu berasa malu untuk membicarakan soal Bait Muslim yang sedang rancak digerakkan dikampus-kampus sejak dahulu kala sehingga saat ini. Faktornya adalah kerana:


a) Saya pernah berada dikolej yang gerakan dakwah kampusnya tidak mewujudkan Unit ‘rumahtangga’ ini. Memang kondisinya tidak memerlukan lagi berikutan mahasiswa disitu bukan terus menghabiskan pengajian disitu, tetapi akan menyambung lagi ditempat lain. Mewujudkannya di situ hanya membuka ruang luas perhubungan dalam tempoh terlalu lama dalam keadaan tidak mengetahui bilakah pengajian akan selesai. Bagi teman-teman di kampus-kampus besar yang pengajian bisa dihabiskan disitu, saya tidak menolak keperluan mewujudkannya. Kolej yang saya maksudkan adalah KIAS, Kelantan, tempat saya pernah bertapak disitu sebelum ini.


b) Saya hanya mengetahui info-info tentang pelaksanaan Bait Muslim dikampus-kampus ini dengan sangat terbatas daripada teman-teman dikampus-kampus besar di Malaysia serta Azhari dan Azhariah di Mesir.


Maka, jika saya menulis, berkomentar, memberi pandangan serta cadangan atau teguran-teguran ini, sudah tentu dengan maklumat yang tidaklah selengkap mungkin. Namun, atas nama perkongsian pandangan disertai sedikit ilmu yang ada, saya cuba memberanikan diri terus berkarya. InsyaAllah.


Sekilas pandang…


Artikel sebelum ini, saya bicarakan sedikit mengenai reality yang berlaku kepada para aktivis khasnya dan semua anak muda amnya dalam gelombang kehangatan percintaan. Isinya lebih 80% saya ‘naqal’kan hasil karya Salim A.Fillah dalam bukunya itu yang dibahagikan kepada 3 bab besar. Hebat penulisannya, sejak Okt 2003 sehingga Nov 2007, bukunya telah diulang cetak sebanyak 12 kali. Subhanallah…saran saya, bacalah buku ini. Opss..belilah dulu ya..tak tahulah sampai ke Malaysia atau tidak.


Afwan kathira, orang bercinta diatas jalan yang tidak lurus hanya akan menghasilkan individu yang tidak sihat, nampak tenang diwajah tetapi berserabut dikepala. Tenang? Jangan mimpi tenang !


Bayangkan setiap kali bangun tidur, yang pertama dicapai adalah handphone. Harapannya mudah-mudahan adalah mesej-mesej yang masuk. Terpulanglah samada tazkirah, kata-kata hikmah, semangat-semangat dan paling kurang hadith kelebihan bangun qiamullail atau ucapan ‘selamat pagi-dah bangun ke belum?”…….Ini bagi pasangan yang ‘soleh dan thiqah’ sikit. Jika tiada mesej dari satu pihak pertama, maka pihak kedua akan berusaha memerah juga otak untuk menghantar juga apa-apa SMS. Paling enak, jika SMS ada respon semula..


Tapi, kalau sudah jadi begini…


‘Salam, selamat pagi.dah bangun belum?”..”tak masuk kuliah pagi nih?”..”dah makan tengah hari ke belum?”..tengok tak cerita kat TV tadi?”.. “ takde assignment ke hari ni?”..” makan malam belum?”..lauk apa?”..” dah lewat ni,tak tido lagi ke?”…


Bayangkan jika sehari 8 jenis SMS ini dihantar dan diterima. Paling enak, jika balasan SMS dalam bentuk ‘lawak bodoh’ atau jenaka-jenaka manja..ehem2.


Agak-agak kalau setiap hari soalan ini yang ditanya bermula selepas Subuh sampai saat mahu tidur, hari berikutnya adakah masih soalan-soalan yang sama yang ‘memboringkan’ ini? Mungkin soalan-soalan ‘kampung’ macam ini hanya segar untuk 2-3 hari sahaja.


Akhirnya, syaitan mula mengetuk-ngetuk kepala. “try lah bagi SMS menggatal sikit.” Caranya, tanya bab kahwin dulu, bila masanya..tahun bila..Berikutnya, masukkan sikit tentang rumahtangga…sampai cerita malam pertama..soalan “dah makan belum” dah tiada nilai lagi untuk digunakan.


Baiklah, cukuplah setakat ini. Anda telah menemui makhluk-makhluk yang sudah terlajak sampai ke ‘marhalah’ ini. Istilah-istilah lucah mula menutup watak sebagai seorang da’ie. Na’uzubillah..


Habis modal, kering kontang, maka lebih enak jika ‘berkongsi’ cerita tentang kawan-kawan sendiri untuk diketahui oleh si dia. Wallahua’lam.


Bait Muslim: Alternatif atau Kesempatan ?


Saya sangat-sangat tidak mengetahui sejak bilakah Unit ini ditubuhkan, siapa dan dimana. Yang pasti sudah terlalu lama.


Ketika berkongsi pengalaman dengan kami beberapa orang pimpinan mahasiswa di KIAS satu waktu dahulu, Ust Ilias Ahmad yang sinonim dengan sapaan Pok Su Li sering menceritakan pengalaman beliau ketika memimpin PMRAM di Mesir.


Katanya “ Bait Muslim di Mesir yang digerakkan oleh PMRAM tujuannya sebagai pembantu kepada mereka yang sudah memerlukan sangat perkahwinan. Unit ini diketuai dan dipegang oleh mereka yang sudah berkahwin. Merekalah yang memberi kaunseling, nasihat, tunjuk ajar dan lain-lain keperluan untuk individu yang berhajat ini”.


“ Tetapi, agak pelik di Malaysia ini, kampus-kampus yang ada Bait Muslim sudah agak ‘jauh’ cara pelaksanaanya tidak sebagaimana yang digerakkan oleh PMRAM.” Kami tidak faham apa maksudnya. Beliau lantas menerangkan “ kalau disana, kita membantu menyelesaikan mana-mana individu yang sudah memerlukan sangat…tapi disini sudah jadi ruang untuk mencari pasangan sesama ahli jama’ah. Muncul istilah ‘cop’ lebih awal…” akhirnya semua ahli jama’ah masing-masing sudah ada pasangan masing-masing”. Begitulah lebih kurang komentar Ust dihadapan kami yang membuatkan kami berfikir.


Ini jauh dari matlamat asal Bait Muslim yang bertujuan membantu menyelesaikan masalah, bukan menjadi wasilah untuk mencari pasang-pasangan kepada ahli. Padahal saat itu, ahli bukanlah berkeperluan yang mendesak lagi.


Bait Muslim : Kelurusan Pelaksanaan.


Di Mesir, ianya adalah unit terbuka yang dikawal selia oleh PMRAM dan boleh dimanfaatkan oleh seluruh mahasiswa disana dengan beberapa peringkat seperti pengisian borang, makluman kepada Pengerusi Bait Muslim, diadakan pertemuan antara 2 individu tersebut dirumah ustaz-ustaz penasihat unit ini, dibincangkan, dan ditanya kepada kedua-dua pihak, tempoh sehinggalah tarikh perkahwinan serta nasihat-nasihat dan syarat-syarat agar hubungan tersebut dapat dipelihara dalam tempoh sebelum perkahwinan.


Itulah sedikit sebanyak yang saya ketahui dari teman-teman disana. Syukran ya teman-temanku..


Adapun pelaksanaanya di kampus-kampus di Malaysia mungkin hanya sebatas kepada anggota persatuan mahasiswa Islam atau gerakan dakwah kampus sahaja kerana gerakan dakwah tidak menguasai kampus sepenuhnya. Saya optimis bahawa kaedah pelaksanaannya hampir sama sahaja. Jika ada perbedaan pun, mungkin sedikit sahaja khas berkait perkara yang menjadi khilaf sahaja.


Pandangan sahaja:

1) Jika seorang lelaki mahukan kepada seorang wanita, sebaiknya gunakanlah mana-mana muslimat lain yang terpercaya ( mungkin daripada Unit ini) untuk memaklumkan hajat anda kepada wanita tersebut. Elakkan terus berhubung dengan wanita itu kerana dipertengahannya penuh mudarat yang tidak dijangka. Ini juga kerana wanita lebih mengetahui mengenai teman wanitanya. Maka biarkanlah mereka yang amanah ini menjadi wakil anda.


Peringatan ! jangan terlalu cepat dan mudah untuk meluahkan isi hati kepada mana-mana lelaki atau wanita jika anda masih mempunyai keraguan atas kesedian anda untuk berbicara soal perkahwinan, jika tidak perhubungan anda hanya akan menjadi alat bermesra-mesraan dalam tempoh yang panjang yang tidak diketahui kesudahannya.


2) Maklumkan segera kepada penasihat, ustaz/ustazah, atau mas’ul kepada unit ini tentang hasrat anda dan keputusan kedua-dua pihak. Jangan anda melaju berlayar dalam perhubungan sementara ini tanpa dimaklumkan kepada mereka yang bertanggungjawab.


3) Jika masing-masing telah mempersetujui, maka solusi terbaiknya, putuskan perhubungan sehinggalah sampai hampir kepada tarikh yang ditetapkan.


Peringatan: Maaf, saya tidak bersetuju jika ada yang membuka ruang kebenaran saling menyampaikan tazkirah, nasihat menasihati dan saling memberi semangat dan motivasi. Tiada perhatian khusus yang dihalalkan kepada anda melainkan dengan jalan pernikahan.


Saudara, istilah ‘taqdim’ bukan bererti anda yang mengconfirmkan dengan penuh confidence bahawa perhubungan anda itu benar-benar akan sampai kepada majlis perkahwinan. Letakkanlah segala-galanya kepada Allah dan berdoalah agar jika dia yang terbaik untuk anda, maka kekalkan dia untuk anda, jika tidak, serahkan kepada Allah. Permohonan kepada Allah mesti diteruskan.


4) Elakkan dalam tempoh yang terlalu lama dalam ikatan sementara ini. Nafsu sebenarnya memberontak dan menjerit-jerit agar anda berhubung juga dalam tempoh ini (rujuk artikel sebelum ini).


Catatan: Tempoh lama atau tidak tergantung kepada anda sebenarnya. Sejauhmana kita mampu bertahan dengan nafsu dan mudarat-mudarat ditengah ikatan sementara ini.


5) Jadikan ikatan sementara ini hanya sebagai simpanan rahsia anda dan individu-individu tertentu seperti mas’ul sahaja. Jangan jadikan ianya kebanggaan untuk dicerita-ceritakan kepada orang lain. Mungkin, Allah mentaqdirkan terputus ditengah-tengah ini, maka sakit bagi anda untuk menerimanya kerana sudah diwar-warkan berlebih-lebihan.


6) Jangan jadikan wanita atau lelaki pilihan anda ini sebagai bahan gurauan bersama teman-teman. Peliharalah maruahnya. Berhubunglah dengan mengharapkan redho Allah. Bukan percintaan monyet muda-mudi yang tidak menghayati agama. Seriuslah ! Matanglah ! Anda sedang membina kedewasaan.


7) Berdoalah agar anda dijauhkan dari maksiat, kekejian dan perhubungan haram dalam tempoh ini. Permulaan dengan mengenepikan redho Allah akan berakhir dengan penghinaan Allah. Pastikan dan usahakan mencari kebersihan dalam perhubungan ini.

8) Sibukkan diri anda dengan tugasan dakwah, pengajian seperti biasa dalam tempoh ini. Kelapangan waktu membuatkan anda masih sempat berkhayal tentangnya. Berhati-hatilah. Jangan sampai ibadah kerananya, pengajian kerananya.

9) Dalam membuat keputusan, banyakkanlah beristikharah dan memohon petunjuk dari Allah. Allah lebih mengetahui siapa yang terbaik untuk kita. Jangan ‘mendesak’ Allah menerima kehendak kita, bimbang Dia memberi dengan campakan, maka kita akan menggigit jari kelak.


Baiklah, teman-teman seperjuanganku sekalian. Sudah menjelang pagi saya menulis artikel ini. Ini hanya pandangan peribadi sahaja, Kalian berhak memberikan pandangan, kritikan dan komentar lain yang dirasakan baik. Maafkan kekurangan dan kesilapan saya. Saya juga seperti kalian dalam isu diatas. Mudah-mudahan Allah memelihara kita – salam perjuagan.

6 ulasan:

Tasneem berkata...

salam

jazakallah... ana setuju benar dengan pandangan2 ust. sedikit sebanyak membantu ana yg juga dalam usaha menulis tentang BM walaupun sebenarnya ana tidaklah begitu arif tentang Baitul Muslim, tp persekitaran mendorong ana. ana fikir, inilah konsep sebenar berBait Muslim, memperjelas kekeliruan selama ni. syukran sekali lg

Tanpa Nama berkata...

salam
mohon kebenaran copy & sebarkan
syukran

Tanpa Nama berkata...

salam..
syukran n tahniah beranai mnulis artikel yng mmemg org takut nk nukilkan perkara percintaan n perkahwinn ni nak2 lagi pemudi dakwah macam anta ni.
bgi ana bersetuju dengan adanya bait muslim supay terjaga maruah n perkara2 yg mndatang kepada nafsu maksiat yang melampau..
ingatan disini pada shabt2
biarlah kita hendak au taqdim seseoarng tu dengan berfikir panjang dn kerna Allah serta islam itu sendiri..
biarlah kir\ta mncri sefikrah mg same2 mfahm wendatul fiqh wendatul amal..
k afwan nadai pandagn ini tersalah..
selamt berjuang shabt2

Tanpa Nama berkata...

jelaskan pada ana tentang istilah "mendesak Allah". knape ustz mnilai doa yg diminta pda allah itu spt mndesak? sejauh manakah ustz tahu doa seseorng itu, lantas ustz mngatakn allah bagi sesuatu pd individu tersebut dgn mncmpkkan tp bukn dgn rahmat?

Tanpa Nama berkata...

salam alaik kepada 'tanpa nama berkata'13.29:
ana tidak berhasrat memanjgkan prbhsn ttg psoalan 'anti' yang ana rasa ana kenali.jika dibaca dgn teliti artkl ini, anda akan mmhmi jwpn kpd psoalan itu.untuk tmbhn mslh pkhwinn dn Bait Muslim,layari http://saifulislam.com/?p=4858

mujahidah sufi berkata...

semoga usaha nta diberkati...