Isnin, 16 Mac 2009

Apa yang sudah dibuat dan dirancang pada umur ini?

Kelmarin, seorang junior yang pernah berada disatu sekolah menengah dan kini menuntut di Jordan, saat bertanya tentang perkembangan pengajian di sana, dia bertanya : “ Ust, kenal tak Zunita Abdullah bekas pelajar sekolah kita dahulu bawah dari ust? “Afwan, ana tak kenal sangat nama-nama muslimat dibawah”..kenapa? “dia dah meninggal dunia waktu raya haji baru ni…tak ramai pun kawan-kawan yang lain tahu..ana pun lewat juga tahu..” Innalillah..” sakit apa? “radang paru-paru..baru 2, 3 bulan selepas kahwin.”..Subhanallah..


Sejurus selepas dimaklumkan berita itu, saya termenung sejenak sambil berfikir. “ Ya Allah..ramai juga sahabat-sahabat aku yang masih muda telah dijemput oleh Allah “.


Teman-teman sepengajian dan sebaya umur disekolah rendah dulu, kini beberapa orang telah kembali kepada Allah. Fadzliana Fadhil, Ramzan Hasyim dan Azuan Arifin. Disekolah menengah, abang Sabri dari Jengka 4, adik Zulhelmi dari Lepar Utara, adik Huzaifah dari Ulu Jempol dan Nazmi dari Jengka 22. Semuanya telah tiada dan hampir kesemuanya teman-teman rapat. Di Pekan, saat mengambil STAM, Aidil telah tiada. Kemudian, masuk ke KIAS, abang Ubaidillah meninggal dunia di jambatan Tendong-Pasir Mas dan terbaru selepas keluar dari situ, Muhammad Abdullah terjatuh dari keretapi di Jerantut.


Dikalangan mereka, ada yang sakit, kemalangan dijalanraya dan sebagainya. Boleh jadi, masih ada yang sudah pergi tanpa saya mengetahuinya. Afwan…


Selesai membaca Al-Fatihah untuk mereka semua, terlintas dikepala satu persoalan. “ Allah telah memanggil mereka disaat umur yang masih muda. Allah lebih menyayangi mereka dan aku tidak berhak menahan keputusan tersebut. Namun, tidak bermakna yang dibiarkan panjang umur dan hidup lama ini berada dalam kebencian atau tidak disayangi Allah. Jika begitu, umur yang dipanjangkan oleh Allah ini sudah tentu diberikan dengan tujuan agar dimanfaatkan sebaik mungkin”.


Usamah bin Zaid memimpin perang saat berumur 18 tahun. Muhammad Al-Fatih membuka Kostantinople saat berumur 21 tahun, Al-Banna menubuhkan Ikhwan saat berumur 22 tahun (1928). Sebahagian besar para pejuang silam tercatat dalam sejarah melakukan perubahan, perjuangan dan kebangkitan ketika umur sebegini.


“Hari ini, tinggal lagi 3 bulan lebih umur aku genap 23 tahun setelah keluar dari perut ibu tanggal 23 Jun 1986. Dalam umur sebegini yang dipanjangkan oleh Allah, apa yang telah aku dan kalian lakukan, rencanakan dan fikirkan untuk diri, Islam dan ummahnya kedepan nanti?”…Masih tiada jawapan yang pasti..


“ Ya Allah, Engkau terimalah pemergian teman-temanku ini dengan penuh keredhoan dan kasih sayang. Berilah Rahmat kepada mereka dan ampunkan kesalahan-kesalahan mereka Ya Allah. Tempatkanlah mereka disyurga Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin “- Al-Fatihah.

1 ulasan:

sketsa sebuah perjuangan berkata...

Sheih,,jangalah bersedih..

ALlah x ambil nyawa anta lagi sebab ALlah nak mamastikan yang anta ni terus berjuang dan berjuang..

Umur anta masih lagi muda.... Seiring dan seirama dengan pemuda pemuda di luar sana.

Sama sama berjuang menegakkan keadilan.

ps; akhi Fakhrudin pun ada lagi,, dia masuk upsi, dah tao kan.