Isnin, 20 Oktober 2008

BAHAYA ! BAKAL PM MALAYSIA ANGGOTA FREEMASON.

Tidak ada ungkapan yang dapat saya ucapkan apabila melayari laman web pas Pahang pagi tadi melainkan ucapan Na’uzubillah minzalik. Semuanya gara-gara membaca artikel mengenai biografi bakal Perdana Menteri Malaysia yang ke-6. Dalam ruangan penglibatan di bidang Sosial, didapati beliau adalah seorang Ahli Kehormat Freemason Malaysia. Keahliannya bermula sejak tahun 1980 sehingga kini. Apa yang pelik, membimbangkan dan menakutkan kita dengan Freemason ?

Bagi sesiapa yang mengkaji dan memahami apa itu Freemason, matlamat serta siapa dibelakang pergerakan ini, pasti akan beristighfar panjang bila mengetahui Najib akan jadi PM. Alhamdulillah, kebetulan saya mengambil jurusan Usuluddin dan antara madah yang wajib dipelajari ialah Tayyarat Fikriyyah Mu’asaroh ( Aliran Pemikiran Semasa ). Didalam pengajian ini kami diajar mengenai ideologi-ideologi yang membahayakan umat Islam seperti Nasionalisme, Sekularisme, Kapitalisme, Komunisme, Pragmatisme, Zionisme ,Freemason dan lain-lain.


Freemason berasal dari 2 perkataan : Free – Bebas/Merdeka dan Mason – Tukang Batu atau Bangunan. Maka, jika digabungkan dua perkataan ini, ia membawa maksud Juru Bina Bebas. Ia merupakan sebuah organisasi Yahudi Antarabangsa yang bermatlamatkan menghancurkan kesejahteraan manusia, kehidupan politik, ekonomi, dan sosial negara yang ‘dimasukinya’.Selain itu Freemason bertujuan untuk merosakkan semua bangsa dan pemerintahan selain bangsa Yahudi. Antara tujuan awal penubuhan Freemason adalah untuk menyekat pengaruh ajaran Nabi Isa a.s dan menjaga keselamatan bangsa Yahudi.


Menurut pengarang kitab Tabdid Az-Zolam, Freemason ditubuhkan pada tahun 43 Masihi dan pengarang kitab Rahsia Gerakan Freemasonry dan Rotary Club mengatakan pada tahun 37 Masihi. Pada permulaannya, mereka memusuhi semua agama dan Katholik khususnya. Namun selepas zaman kejatuhan agama Kristian pada kurun ke-17, permusuhan dihadapkan kepada Islam sahaja dengan memasukkan pemikiran Sekularisme, Komunisme bermula pada tahun 1717 Masihi.

Antara matlamat utama Freemason terbahagi kepada 2 bahagian :

1) Matlamat utama – Membina Haikal Sulaiman dengan cara merampas Baitul Maqdis dan membina Haikal Sulaiman diatasnya.
2) Matlamat sampingan – a) Menyebar fahaman Ilhadiyyah iaitu fahaman tidak percaya kepada mana-mana agama dan mana-mana tuhan. b) Menghapus semua kerajaan dan perasaan cinta kepada negara.

Sejarah Keahlian:

9 orang yang awal telah melakukan sumpah taat setia dengan nama Tuhan dank Kitab Talmud (Yahudi) untuk menjaga kerahsiaan pergerakan ini. Mereka lalu menubuhkan markaz pertama bernama ‘Jerusalem’ yang terletak di Istana Herolds Akriba / Father = De Haliza. Selepas itu mereka mula menubuhkan pelbagai pertubuhan dibawahnya dengan nama pertubuhan kemanusiaan, keamanan, sosial dan sebagainya demi untuk mendapatkan keahlian baru yang banyak.

3 Martabat Keahlian:

1) Simbolik Umum – semua agama dan bangsa boleh menyertai. Mereka menggunakan smbol-simbol yang tidak difahami dan mempunyai perbuatan serta pertuturan sendiri. Simbol-simbol yang digunakan mempunyai makna-makna yang melambangkan sesuatu peristiwa di dalam Kitab Talmud. Contohnya: matahari, bulan, mata, dua tangan berjabat, warna biru, palu dan lain-lain. Peringkat ini dibuka kepada sesiapa sahaja. Cogan kata mereka diperingkat ini ialah : Free, Friend dan Faithful. Didalam peringkat ini, masih ada tingkatan-tingkatan keahliannya. Pangkat mereka akan dinaikkan keperingkat seterusnya bergantung kepada kuatnya sokongan kepada Zionisme Antarabangsa.

2) Royal / Kerajaan – dibuka kepada bangsa Yahudi sahaja. Peringkat ini digelar anggota bersaudara ( friends ).

3) Alam semesta / Penggubal – anggotanya pemimpin Freemason yang berbangsa Yahudi sahaja.

Prinsip-Prinsip Freemason:

1) Kerahsiaan.
2) Wajib taat 100% kepada Yahudi dan putuskan hubungan dengan agama dan negara.
3) Muliakan keturunan Yahudi.
4) Sebarkan kemungkaran dan agungkan hubungan seks.
5) Musuhi semua agama sehingga dapat menguasainya.



Antara Pertubuhan Yang Dianggotai oleh Ahli Freemason:

1) PBB – 60% anggota PBB adalah ahli Freemason, Setiausaha Agong PBB semuanya kafir yang ada pertalian dengan Yahudi atau disokong pemimpin Yahudi, 6 juta Yahudi ( Freemason ) ada dalam pertubuhan dunia.

2) UNESCO, UNICEF, UNRWA, WTO, WHO, INTERPOL dan lain-lain.


Bidang-Bidang Yang Dikuasai Yahudi:

1) Industri perfileman – Contoh: Hollywood – Syarikat 20 TH Century Fox.
2) Surat Khabar dan Majalah.
3) Syarikat penyiaran dan percetakan.
4) Perbankan dan politik Amerika ( White House ).


Cabang Pertubuhan Freemason:

1) Bahaiyah / Babiyah = Mirza Muhammad Ali Syirazi – seorang Yahudi yang muncul di Iran pada tahun 1844 Masihi dikalangan Syiah Imamiyah dikawasan bernama Syirazi. Antara ajarannya: penyatuan agama, fahaman serba tuhan ( wahdatul wujud ), Rasul Manifestasi ( jelmaan Tuhan ) dan jihad hukmnya haram.

2) Lions Club = Mulfin John tubuhkan pada tahun 1915M di Texas, Amerika. Lions bermaksud Singa iaitu pengawal Haikal Sulaiman yang berada disalah satu bahagian Al-Aqsa.

3) Rotary Club = mewujudkan pemerintahan antarabangsa berpusat di Israel yang juga salah satu dari matlamat Freemason. Ianya ditubuhkan sebagai menyahut seruan pemimpin Yahudi ( Theodare Hertzel ). Rotary Club ditubuhkan oleh Paul Harris.

4) Illumanity = ditubuhkan oleh Adam Weishaupt pada 1776 M. Illumanity disandar kepada salah satu dari Mazhab Yahudi yang dianggotai oleh golongan bijak (hukama’). Illumanity adalah nama Iblis. Pusat pentadbiran di Segi Tiga Bermuda tempat Dajal. Illumanity diambil dari perkataan Lucifer ( Iblis ) yang bererti pemegang cahaya.


Perkembangan Freemason di Asia Tenggara:

Di Malaysia ianya bermula dengan kemasukan Belanda di Melaka pada tahun 1511 Masihi. Kemudian diikuti dengan perjanjian Pangkor pada tahun 1874 antara Sultan Perak dengan Inggeris. Lalu J.W.W Birch dilantik menjadi Residen Inggeris di Perak. Frank Swettenham dilantik menjadi ketua Residen yang menasihati Raja-raja Melayu. Kemudian Freemason berkembang ke Thailand, Myanmar, Indonesia, Filipina dan lain-lain.


Jika benar maklumat keterlibatan Dato’ Najib dengan Freemason, maka timbul beberapa persoalan:
1) Bagaimanakah beliau mampu berada di peringkat Ahli Kehormat Freemason Malaysia. Pangkat ini berada dalam peringkat Simbolik Umum. Hanya mereka yang kuat sokongan kepada Yahudi sahaja yang akan dinaikkan pangkat keahlian. So, macam mana dengan Najib ?

2) Mengapa Dato’ Najib amat sukar untuk bersumpah dengan menyebut nama Allah, tetapi sering menggunakan perkataan “ saya bersumpah dengan nama Tuhan”. Jadi, Tuhan apa yang dimaksudkan? Sedangkan Freemason tidak percaya kepada mana-mana tuhan. Adakah menyebut perkataan ‘Tuhan’ itu sekadar untuk mengelabui mata kita sahaja?

3) Rasanya kita tidak pernah mendengar Dato’ Najib mengkritik kezaliman Yahudi di Palestin, tetapi seringkali melabelkan pejuang Islam sebagai pengganas. Beliau telah memegang prinsip-prinsip Freemason kah?

Perlu diketahui, kadang kala anggota Freemason tidak mengenal diantara satu sama lain khasnya dengan peringkat yang berbeza. Jadi, kalau nak tahu sape lagi pemimpin negara kita ahli Freemason, boleh gi borak dengan Najib.

Fikir-fikirkanlah bahayanya bakal PM ahli Freemason. Wallahua’lam.

Layari: http://pahangdaily.blogspot.com

Sabtu, 18 Oktober 2008

Upin, Ipin, Kak Ros, Opah, Raju dan Mei Mei di Indonesia...

Menjelang hari lebaran yang lalu, saya dan sahabat-sahabat agak terkejut melihat hampir setiap hari beberapa station TV Indonesia mengiklankan filem bersiri Upin dan Ipin yang bakal ditayangkan pada hari lebaran yang kedua. Hari pertama kami menziarahi rumah jiran tetangga, bapak-bapak dan ibu-ibu disini rata-rata ber tanya tentang Upin dan Upin. “ Filem ini dari Malaysia ya nak? ” Anak-anak ibu suka nontonnya…lucu juga ya. Tapi bagus lah..ada unsur-unsur mendidik kanak-kanak. Kebetulan pula, filem ini dtayangkan dalam Bulan Ramadhan dan pada lebaran” jelas si ibu.

Kami hanya tersenyum. Ya lah..berlagak sikit sebab dah tengok.Ha ha ha..waktu mula sampai di Acheh 25 Ogos lalu, kami tanya pada teman-teman disini tentang filem Indonesia Kiamat Sudah Dekat, Hidayah, Anakku Bukan Anakku dan lain-lain….termasuklah yang korang minat..:) Bawang Putih Bawang Merah. Teman-teman pun jawab, “arghh..itu sudah lama ditayang di Indonesia. Jadi bila diaorang tanya tentang Upin dan Ipin, kami pun jawab macam diaorang la jugak..Pergi mana-mana bila jumpa kanak-kanak, sering mereka tanya, “abang nengok Upin dan Ipin tak? Ada tak VCDnya ? bisa dipinjam enggak ?

Pagi tadi saya membeli majalah Acheh Kini keluaran Oktober yang memuatkan perkembangan-perkembangan terkini Acheh pasca MoU Helsinki. Sampai di ruangan Seni dan Budaya…Subhanallah..satu ruangan khas membincangkan tentang bestnya filem bersiri Upin dan Ipin. Tajuknya ‘Istimewa Lebaran Bareng Upin dan Ipin’. Faham tak apa makna ‘bareng’? Maknanya ‘bersama’. Sedikit ulasan dibawahnya ditulis : selain kocak, serial Upin dan Ipin bisa dijadikan film edukasi bagi anak-anak. Korang faham tak kocak, serial (bukan seriyal Kelate tu), edukasi tu? Tu la..saya kata kena mai sini. Kocak maknanya lucu, serial filem bersiri dan edukasi maknanya pendidikan. Asal education. Indonesia ni banyak guna bahasa Inggeris.

Apa-apa pun saya ucapkan tahniah pada Les Copaque Production, Malaysia kerana anda berjaya ‘memperalatkan’ filem sebagai alat dakwah walaupun masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki. Ya, sangat terbatas dan terlalu sedikit kepala otak orang seni yang ingin memanfaatkan filem sebagai alat dakwah. Rata-rata menjadikan filem sebagai wasilah mencari keuntungan semata-mata walaupun terpaksa mengenepikan etika dan moral sebagai umat Islam. Bukanlah semua..So,sape-sape yang pandai wat kartun animasi macam ni, tafaddal. Banyak pahala boleh dapat, InsyaAllah. Kalau nak dantara filem-filem berbentuk kesedaran, kisah-kisah iktibar dan agak Islamic, memang kita tak boleh lawan mereka. Tapi..faham-fahamlah di Indonesia ni..bila muncul filem-filem Islam, maka filem-filem berunsur liberal dan Kristianisasi pun mula bersaing..

Catatan: Upin dan Ipin sebuah filem bersiri yang diterbitkan oleh Les' Copaque Production sekitar penghujung 2007 dan ditayangkan oleh TV9 Malaysia. Ia telah ditayangkan Ramadhan tahun lalu oleh TVRI dan Ramadhan tahun ini disiarkan pula oleh TPI. Kedua-duanya adalah station TV Indonesia. Selepas ditayangkan di TV9, Upin dan Upin memperoleh penghargaan Filem Animasi Terbaik pada Kuala Lumpur Internasional Film Festival 2007. Terkini, filem ini telah dibuat dalam versi bahasa Turki.Dijangka sebanyak 52 siri akan diproduksi.

Jumaat, 17 Oktober 2008

RUU PORNOGRAFI: Pemerintah Indonesia Tersepit ?

Isu Rancangan Undang-Undang (RUU) Pornografi telah melebihi sebulan hangat diperbincang serta diperdebatkan didalam seluruh media elektronik dan media cetak Indonesia. Kesabaran pendokong pertubuhan-pertubuhan Islam sudah tidak dapat ditahan lagi. Antara yang terkehadapan dalam menyuarakan pelaksanaan RUU Pornografi ini sudah tentu dari Front Pembela Islam (FPI) yang sangat dikenali dengan aksi-aksi demonstrasi yang agak agresif dalam pelbagai isu yang menyentuh kepentingan umat Islam di Indonesia. Akibatnya, 13 Okt lepas Ust Habib Rizieq, amir kepada FPI dan Ketua Laskar Jihadnya dijatuhkan hukuman 2 tahun penjara oleh mahkamah Jakarta .Semuanya gara-gara tindakan pengikutnya yang bertempur dengan massa dari Aliansi Kebangsaan dan Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan (AKK-BB) di Monas 1 Jun lalu ketika demonstrasi membantah sikap pemerintah yang masih membiarkan gerakan Ahmadiyyah (ajaran sesat Nabi Palsu-Ghulam Ahmad Qadiyani) hidup. AKK-BB adalah salah satu sarang Jaringan Islam Liberal.

Bagi Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang melibatkan diri dengan pilihanraya, suara wakil-wakil mereka lantang menggegar gedung Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) atau parlimen (Malaysia).Desakan-desakan agar pihak pemerintah segera melaksanakan undang-undang anti pornografi ini dilihat sangat wajar melihat kepada kebimbangan sebahagian besar umat Islam di Indonesia mengenai impak negatif penyebaran pornografi yang semakin parah. Namun, hasilnya sangat mengecewakan sekali. Buktinya jelas dengan penolakan RUU Pornografi ini pada 23 Sept tahun lalu dan kini sekali lagi gesaan pelaksanaannya ditolak. Dijangka pada bulan November ini akan diagendakan lagi usaha bagi memastikan UU ini disahkan.

Bagi pihak pemerintah, mereka dilihat menjadi golongan tersepit antara mahu menerima atau tidak. Manakan tidak, jika bersetuju, pasti ada yang menentang dan jika menolak juga akan ditentang. Kejahatan Jaringan Islam Liberal (JIL) tidak dapat ditutup lagi. Mereka inilah penentang pelaksanaan RUU Pornografi yang paling kuat dengan berselindung dibelakang beberapa organisasi (HAM) Hak Asasi Manusia. Paling malang, tentangan ini datangnya dari individu-individu yang merupakan anggota pihak pemerintah sendiri yang merupakan ‘penganut’ ideologi liberalisme dan pluralisme.Kebimbangan mereka terhadap undang-undang ini mempunyai beberapa sebab. Antaranya mereka beranggapan pelaksanaan undang-undang ini umpama mendiskriminasikan wanita (serupa macam Sisters In Islam di Malaysia) dan merupakan usaha untuk menerapkan syariat Islam di Indonesia.Sebagai contoh, pada 11 Okt lalu, Gusti Kanjeng Ratu Hemas, anggota Dewan Perwakilan Daerah Yogyakarta sendiri yang mengetuai perarakan membantah RUU Pornografi di Bali.

Hasil kajian mendapati masalah pornografi di Indonesia ini yang melibatkan penyebaran VCD atau DVD porno serta berkembang subur laman-laman web lucah di Internet seperti berikut:

1) Aliansi Selamatkan Anak (ASA) dalam kajiannya kepada 1700 anak lingkungan 8-12 tahun mendapati mereka telah mengenal pornografi kerana sangat mudah mengakses dari internet dan menonton dirumah teman.
2) Di Indonesia khasnya Jakarta, seorang model foto bogel amatir (tak terkenal sgt/org biasa je) rata-rata mendapat 2 juta rupiah untuk satu sesi pemotretan. Jika dia pernah jadi pelakon filem atau masuk majalah, nilainya lebih mahal. (ada yang meminta 7.5 juta rupiah untuk membuka dada dan 12.5 juta rupiah untuk telanjang bulat).
3) Di Kota Bogor (Indonesia) pada tahun 2006, berlaku fenomena penyewaan VCD dengan harga 12.500 rupiah bahkan sampai disediakan penyewaan TV dan VCD playernya. Ada beberapa anak-anak dari kelas 5 dan 6 SD (sekolah rendah) terlibat menonton. Akhirnya riuh satu kampung kerana ada 6 ekor kambing yang disetubuhi.

Ini hanya sebahagian dari hasil kajian mengenai ancaman bahaya pornografi termasuk kepada kanak-kanak akibat ingin melempiaskan nafsu yang memuncak kesan menonton aksi-aksi tersebut melalui VCD. TV Indonesia mula ghairah menyiarkan dan membuka ruang kepada pelakon-pelakon yang berpakaian sangat kritikal semata-mata untuk persaingan antara rangkaian TV.

Fakta yang perlu diketahui:
1) Amerika menghasilkan filem pornonya yang pertama pada tahun 1915 dan kini menjadi negara produsen filem porno terbesar di dunia.
2) Sejak 1973, mahkamah Agung AS menetapkan bahawa satu hal yang boleh disebut porno bergantung kepada ‘standard masyarakat’ tempat kes tersebut berlaku. Contoh: Tahun 1999 di Provo, Utah, Larry W.Peterman didakwa atas kes penyebaran filem porno. Akhirnya beliau dibebaskan kerana peguamnya berjaya membuktikan bahawa penduduk Utah(negeri kecil di Amerika) tidak sealim anggapan orang. Maknanya orang di Utah juga sudah terdedah dengan porno. Buktinya penduduk Utah mampu membeli 20,000 video porno dari satelit jauh lebih besar banyak dari video yang dijual di kedai Larry.
3) Pendapatan aktres porno di AS paling tinggi mencapai 8-10 ribu dolar setahun dari filem, 8-15 ribu dolar seminggu dari aksi telanjang.
4) Keuntungan AS setahun hasil industry pornografi mencapai 10 milion dolar.
5) Antara bisnes-bisnes seks ialah Playboy, Penthouse, Hustler, Vivid, General Motors, Time Warner dan AT & T.
6) Tahun 1969, Denmark menjadi negara pertama menghapuskan undang-undang kesusilaan yang menghasilkan ledakan pornografi yang dahsyat.

Bagaimana dengan masalah pornografi di Malaysia ? Apa sikap dan tindakan pemerintah ? Apa peranan pertubuhan-pertubuhan Islam ?

Catatan: Kajian dan Fakta ini dipetik dari Majalah Sabili keluaran Oktober.

Rabu, 15 Oktober 2008

Acheh dan Perjuangan (1)

“Dulu kami tidak bisa keluar waktu malam, bimbang ditembak…pernah kami satu kampung dipanggil berkumpul ramai-ramai termasuk Pak Kecik (ketua kampung) , mereka paksa kami bagi tahu dimana anggota GAM. Kalau diam, dipukul. Saya sendiri pernah dipukul” luah Ahmad perlahan dengan nada sayu mengenangkan zaman konflik yang pernah disaksikannya. “Bila ditangkap, pasti tidak ada peluang hidup. Kalau hari ini hilang, esok sudah jadi mayat. Mayat-mayat habis disiksa. Muka ditoreh, leher dikelar, pelajar-pelajar pesantren dibunuh, teungku-teungku (ustaz) dibunuh…macam-macam lagi” jelas Ahmad panjang lebar.

Semuanya gara-gara konflik selama 30 tahun antara pemerintah Republik Indonesia dengan Bangsa Acheh. Yang menjadi korban, masyarakat awam. Siapa sahaja yang didapati terlibat dengan GAM pasti tiada harapan hidup panjang. Bahkan simpati GAM dengan hanya menyumbang sebiji telur ayam untuk bekalan di dalam hutan pun, akan dibelasah teruk sehingga mati. Pergerakan orang Acheh sentiasa diperhatikan.
“Sebelum ini Acheh terpisah dari Indonesia. Pemerintahnya bangsa Acheh sendiri. Tapi selepas Indonesia mencapai kemerdekaan pada tahun 1945 , langsung mereka memasukkan Acheh ke dalam Indonesia. Mereka merampas Acheh dan memerintah tempat kami ini. Zaman itu Presidennya Bapak Sukarno. Maknanya kami sempat berada dibawah Sukarno dan Suharto” tambah Ahmad. “Orang luar dari Acheh biasa digelar ‘orang Jawa’. Mereka datang memerintah tempat kami, lalu habis hasil bumi Acheh dikaut ke Indonesia. Acheh ini banyak hasil bumi seperti minyak dan berbagai bahan galian. Kami sendiri tidak merasai hasil bumi tersebut. Orang Acheh hidup menderita,miskin dan sukar mencari rezeki di bumi sendiri” getus beliau.

Tekanan, penindasan dan pelbagai tindakan diskriminasi ke atas bangsa Acheh yang majoritinya adalah umat Islam mengundang kepada ledakan kebangkitan bangsa Acheh. Desakan demi desakan dilakukan agar pemerintah dari Indonesia ini meninggalkan Acheh dan memberikan hak sepenuhnya kepada bangsa Acheh untuk memerintah. Ratusan tahun mereka mencapai era kegemilangan dengan menjalankan pemerintahan sendiri hinggalah dirampas oleh pemerintah Republik Indonesia selepas Indonesia merdeka. Siapa yang tidak kenal dengan Sultan Iskandar Muda. Zaman pemerintahannya, syariat Allah dijalankan sepenuhnya di bumi Serambi Makkah ini. Ratusan tahun Belanda gagal menguasai Acheh dek kerana kekuatan umat Islam di Acheh yang tiada tandingnya. Sistem pemerintahan kesultananan berakhir apabila ‘penjajah’ sekular Indonesia memerintah Acheh. Peperangan sudah jadi kebiasaan bagi mereka. Ratusan ribu syuhada’ telah gugur di bumi ini baik di era penjajahan kulit putih atau penjajah Nasionalis Sekular Indonesia sendiri.
Tanggal 04 Disember 1976 di Bukit Halimon, Luengputu, Pidie, satu deklarasi penting dilakukan oleh Hasan Tiro. Secara rasminya Gerakan Acheh Merdeka (GAM) didirikan. Teungku Hasan Muhammad Di Tiro diangkat menjadi pimpinan tertinggi guna memimpin para pejuang menghadapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang dibawa khas dari Republik Indonesia untuk menggempur gerilawan GAM sekaligus membedil siapa sahaja simpatisan GAM. Boleh dikatakan keseluruhan Acheh menjadi ‘tapak’ serangan TNI bagi memburu para pejuang. Kawasan yang paling teruk ialah Acheh Utara. Hasan Tiro yang lebih dikenali sebagai Wali Nanggroe Acheh Darussalam sendiri sempat berulang alik dan keluar masuk hutan selama 3 tahun sebelum meninggalkan Acheh secara diam-diam pada tahun 1979 akibat pemburuan TNI. Kehebatan bangsa Acheh terserlah dengan sikap taat dan wala’nya mereka pada pimpinan mereka, Hasan Tiro. Walaupun terpaksa keluar dari tanah airnya sendiri, namun umat Islam dan gerilawam GAM masih mengangkat beliau sebagai ‘Amir’ dan menerima arahan-arahan darinya dari jarak jauh.
“Ramai dikalangan anggota GAM yang lari ke Malaysia akibat diburu oleh TNI. Kebanyakan anggota GAM, anak-anak muda. Ahli keluarga mereka ditangkap, disiksa, rumah dibakar, wanita diperkosa, tanaman dimusnahkan dan macam-macam penyiksaan. Kami sangat takut” Ahmad terus rancak memberi penerangan kepada saya di tepi koridor berdekatan tangga IAIN Ar-Raniry pagi tadi. “Bayangkan, selepas tragedy Tsunami 26 Disember 2004, ratusan ribu yang mati, mereka (TNI) masih datang memburu anggota GAM disaat rakyat Acheh sedang berduka menghadapi musibah Tsunami.”

Tsunami merupakan ‘hadiah’ berharga daripada Allah kepada umat Islam di Acheh. Seluruh bantuan dari pelbagai badan-badan internasional sampai ke Acheh. Disinilah bermulanya cetusan idea dari pelbagai negara agar Acheh diberi perhatian. ‘Tekanan’ dari dunia menyebabkan pemerintah Indonesia menjadi waras semula setelah gila berpuluh-puluh tahun. Megawati diasak hebat agar menghentikan konflik berdarah antara TNI dan GAM. 15 Ogos 2005, terhasil satu perjanjian perdamaian antara pemerintah Indonesia dan pimpinan GAM yang dikenali sebagai MoU Helsinki, dilaksanakan di Helsinki, Finland. Semua anggota GAM diarahkan oleh pimpinannya meletakkan dan menyerahkan senjata tanda menerima perdamaian.

“Ada juga yang masih degil tidak mahu serahkan senjata. Mungkin mereka ini masih berdendam dengan TNI. Manakan tidak, ibu bapa mereka dibunuh, adik mereka diperkosa, diculik dan macam-macam. Boleh jadi mereka juga bimbang dikhianati sekali lagi oleh pemerintah RI kerana bukan ini kali pertama perjanjian perdamaian dianjurkan” jawab Ahmad bila saya menanyakan tentang sejauhmana anggota GAM menerima perdamaian. “Kadangkala ada yang masih simpan senjata untuk tujuan merompak. Jadi, kalau ada sebarang insiden penculikan, perompakan atau pembunuhan yang kerap berlaku sekarang , mereka hanya kita panggil OTK-Orang Tidak Dikenali. Maka jangan dikaitkan dengan GAM lagi kerana arahan rasmi dari GAM supaya berdamai dikeluarkan sendiri oleh Teungku Hasan Muhammad Di Tiro” jelas Ahmad lagi.

Selepas MoU Helsinki, Acheh diisytiharkan sebagai wilayah autonomi khusus. Hak-hak memerintah diberikan sepenuhnya kepada umat Islam Acheh. Namun ada beberapa perkara, Acheh masih terikat dengan pemerintah Indonesia seperti ekonomi. Walaubagaimanapun, hasil ekonomi Acheh diberikan lebih banyak kepada pemerintah Acheh sendiri untuk kepentingan rakyat. Hak untuk menjalankan syariat Islam diberikan sepenuhnya kepada Acheh tanpa sebarang sekatan walaupun sampai saat ini perjalanan pelaksanaannya masih tidak dapat dijalankan sepenuhnya akibat beberapa masalah. Mengulas mengenai janji pihak pemerintah untuk membayar ganti rugi kepada waris-waris korban atau mereka yang pernah tersiksa, Ahmad memberitahu ianya masih tidak sampai. Hanya beberapa kawasan sahaja yang telah menerima…dan kalau dapat pun, memang tidak setimpal langsung dengan apa yang mereka alami. Sebelum meninggalkan Ahmad dan teman-teman yang lain, saya sempat bertanya, “rasanya selepas MoU ini, kedamaian ini akan berterusan atau tidak ? “Belum tentu. Sekarangpun masih kelihatan kabur” tegas beliau.

Catatan: Beberapa sahabat bertanyakan pandangan saya mengenai status GAM dan anggotanya yang mati adakah boleh disebut ‘JIHAD’ ? Saya tidak mampu mengeluarkan keputusan yang meyakinkan dengan ilmu yang sangat sedikit , cuma sekadar memberikan pandangan bahawa mereka yang gugur adalah syuhada’ berdasarkan hadis Nabi yang menyatakan bahawa orang yang mati mempertahankan maruahnya adalah syahid. Menghadapi kezaliman juga adalah jihad. Maka lebih baik kita menghukum begitu. Kita bimbang suasana hari ini apabila Amerika menyebut Usamah, Al-Qaedah,Tholiban sebagai pengganas, maka ribuan umat Islam mengiyakannyan. Sedangkan boleh jadi mereka ini disisi Allah diangkat kemuliaan sebagai Mujahid dan Syuhada’ tanpa pengetahuan kita yang turut menimpakan hukuman prejudis kepada mereka. Wallahua’lam.

( Mohon maaf kerana saya tidak dapat menyertakan gambar dan nama sebenar Ahmad. Harap memahami )

Isnin, 13 Oktober 2008

Shah Rukh Khan, Kerajaan Negeri Melaka dan Anda

Malam tadi saya sempat melayari blog seorang sahabat dari Universiti Malaya, KL http://reformismuda.blogspot.com. Maklumlah saya baru dipromote blognya sehari dua baru ni. Tahniah kerana meramaikan dai’e ‘alam maya’. Artikel terbarunya mengenai anugerah gelaran Dato’ kepada Shah Rukh Khan oleh kerajaan Negeri Melaka bersempena hari ulang tahun ke-70 Yang Di Pertuan Negeri Melaka, Tun Khalil Ya’acob. Seramai 758 individu dianugerahkan darjah,tauliah, bintang dan pingat kebesaran Negeri Melaka tahun ini dalam majlis tersebut. Menurut Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam, anugerah tersebut diberi kerana jasa Shah Rukh Khan yang mempromosikan nama Melaka melalui filem ‘One Two Ka Four” di A Famosa Resort, Alor Gajah beberapa tahun lepas dimata dunia.

Terus saya bertindak pantas melayari portal tranungkite.net untuk mengikuti perkembangan isu ini dan kritikan-kritikan dari forumer TKO. Waduhhh…banyak bangat artikelnya Pak. Pada perkiraan saya artikel yang dihantar ke TKO melebihi 10 dan kritikan forumer dalam ruangan borak-borak siber lebih 5 komen. Marah betul korang ye..apa-apa pun saya ucapkan tahniah kerana saudara-saudara dipilih oleh Allah untuk menjadi golongan ‘ghuraba’ yang masih mempunyai deria rasa yang baik dan terkesan dengan tindakan tidak bertamadun nasionalis sekular di Malaysia. Ada yang maki hamun, tanya kenapa artis Malaysia payah dapat dan segala macam.

Tapi…cuba renung sebentar persoalan-persoalan yang saya lontarkan ini untuk dinilai dengan dada yang lapang, fikiran yang baik dan emosi yang terjaga demi untuk kebaikan diri kita sebagai penyokong dan pendokong yang mengintima’kan diri bersama Harakah Islamiah. Tidak ada tujuan lain saya lemparkan ‘bom’ ini melainkan mengharap agar tindakan dan komentar kita benar-benar telus dan terbit dari hati yang sangat luhur membenci siapa sahaja yang memusuhi Islam termasuk Shah Rukh Khan.

Petikan dari laman web wikipedia.org mengenai latarbelakang Shah Rukh Khan. Sebahagian ahli keluarganya beragama Hindu dan beliau menganggap 'tak da masalah'. Al-Qur'an dan patung pun diletak bersebelahan dalam rumahnya. Ini agenda Islam Liberal.


1) Percayakah saudara kalau saya katakan bahawa sebahagian besar dari rumah-rumah ahli jama’ah kita sendiri masih penuh kaset-kaset, cakera padat atau VCD artis-artis Bollywood yang tersusun rapi pelbagai tajuk ?

2) Tahukah saudara masih ada dikalangan kita sendiri yang sanggup bersusah payah keluar ke pasar malam, pasaraya untuk mendapatkan VCD-VCD terbaru Bollywood ? termasuk yang suka download dari internet dan simpan dalam laptop atau komputer.

3) Yakinkah saudara berapa ramai dikalangan kita yang sanggup berjam-jam ‘menyembah’ televisyen pada setiap Hari Sabtu dan Ahad selepas Zohor untuk melihat aksi-aksi, lagu-lagu dan badan serta pusat-pusat artis Bollywood ? sangat pelik bila si ibu dan bapa turut serta. Siap mengalir air mata...adushh. Lepas tu hingus pulak mengalir :)

So, dua lagi soalan tambahan.

1) Shah Rukh sahajakah yang kita tak bersetuju dikalangan artis Bollywood ?

2) atau marahnya kita kerana yang beri anugerah ni Kerajaan Negeri Melaka atau bahasa mudahnya UMNO yang memang kita nak termuntah dengar namanya ?


Sekitar tahun 2006 atau 2007 yang lalu, saya berkesempatan turun menyertai himpunan dihadapan Kedutaan Amerika membantah kekejaman Amerika dan Israel. Masih segar dalam ingatan, selepas selesai himpunan, semua beredar dan cari kedai nak beli air. Saya terkejut melihat seorang hamba Allah, muslimat ,orang penting yang baru sebentar tadi melaungkan Anti Amerika, Hancur Israel dan berbagai kutukan tiba-tiba dengan muka slamber meneguk air dari botol Coca Cola. Seorang lelaki menegur, lalu dia hanya mampu tersenyum tersipu-sipu. Kalau kita sebut kita bersama ulama', tak kan peringatan dari Dr Yusuf Qardhawi tentang haram membantu Amerika dan Israel kita tak boleh pakai.KFC, Coca Cola, Mac Donald, Starbucks terang-terang sumbang dana pada Amerika dan Israel. Sampai hari ni duk makan dan minum lagi. Lepas tu bila kempen boikot barang Amerika Israel gagal, pakat duk tunding jari pada orang lain.Belambak lagi makanan lain..ni aku nak marah ni:) Jadi, kita ni marah satu benda kerana apa???


Sayanglah sesuatu perkara kerana Allah dan bencilah sesuatu perkara pun kerana Allah.


Teringat saya sewaktu berada di sekolah menengah 5 tahun yang lalu. Saya sempat membaca sebuah majalah, tak silap Tamadun. Ada satu artikel mengenai Mujahidin Kashmir yang siap sedia mencari Shah Rukh Khan untuk dibunuh atas alasan beliau telah murtad dari Islam.Saya tidak tahu kebenarannya sehinggalah malam tadi saya membaca artikel sahabat saya ini yang mendedahkan status sebenar Shah Rukh Khan.

Jadi, tinggi harapan saya kepada diri saya terlebih dahulu dan untuk seluruh pendokong perjuangan Islam khasnya agar kita benar-benar mengaggap isu ini isu maruah umat Islam yang dipermainkan bukan sekadar kerana marahkan UMNO menganugerahkan gelaran Dato’ kepadanya. Perlu diingat, PAS adalah Harakah Islamiah dengan dua tugasan iaitu dakwah dan politik yang beriringan. Maka apabila mungkar dilakukan oleh sesiapa pun wajib dihadapi bukan sekadar UMNO semata-mata. Mudah-mudahan keadilan kita ini menjadi ruang mendekatkan kemenangan oleh Allah kerana kita sangat bimbang lewat dan sukarnya kemenangan itu adalah kerana maksiat dan mungkar yang hidup didalam diri pejuang Islam sendiri. Ketika Saidina Umar R.a mengutus Saad bin Abi Waqqash memimpin angkatan perang, Umar menasihati Saad, “ Wahai Saad, bertaqwalah kepada Allah. Kamu menang adalah kerana dosa dan maksiat yang dilakukan oleh pihak musuh. Jika kamu yang melakukan maksiat, maka kamu akan dikalahkan oleh Allah.

Last, kurangkanlah menjadi peminat atau penonton setia Bollywood atau paling afdhal, tinggalkanlah. Ianya hanya sekadar filem yang menggambarkan nikmatnya wanita, khayalan rumah banglo mewah, taman-taman indah, gedung-gedung dan harta mewah yang tidak mampu kita kecapi. Disinilah timbulnya budaya zina terbuka, berpelukan dikhalayak ramai tanpa segan silu sehingga menatijahkan ancaman murtad. Kita amat bimbang jika sampai satu tahap ada mana-mana anak muda yang menyebut, “ aduhai..kalaulah dapat jadi macam diaorang, boleh peluk-peluk,cium-cium kan bagus ”. Apa maksud ‘jadi macam diaorang’ ?

Saudara, ingatlah..umat Islam dan mujahidin dari Hizbul Mujahidin di Kashmir, India sedang merintih menagih doa dari kita. Air mata dan darah mereka mengalir dek tindakan kejam tentera India dan pelampau Hindu disana. Boleh jadi darah mereka mengalir dan ratusan masjid-masjid mereka roboh akibat ‘sumbangan’ kita yang mengayakan industri filem mereka yang merupakan salah satu sumber kewangan kerajaan Toghut India. Jika kita tidak mampu sumbangkan untuk Islam, janganlah menambah kesusahan kepada Islam.

Sabtu, 11 Oktober 2008

Sekitar Majlis Sambutan dan Pidato Menyambut Wali Nanggroe

12.30 malam:
Semua jalan menuju ke Bandar Acheh sesak dengan kenderaan yang mengangkut ribuan massa. Sejak Zohor semalam mereka telah mula bergerak dari daerah masing-masing. Masa perjalanan melebihi 10 jam dari daerah-daerah yang jauh. Bendera merah putih Partai Acheh (PA) dikibarkan di motosikal oleh ratusan anak muda yang berkonvoi. Lebih 100 buah bas dipenuhi dan dibalut bendera PA. Puluhan trak-trak mengangkut warga memenuhi jalan-jalan utama Acheh persis era darurat dulu. Massa dibahagikan beberapa lokasi sebagai tempat berehat mengikut daerah-daerah.

11.00 pagi:
Pihak penganjur menyampaikan taklimat dihadapan ratusan ribu warga Acheh yang sebahagian besarnya adalah anak muda. Dengan lilitan kain merah putih di kepala, yang memakai baju-baju tentera, menggalas panji-panji Partai Acheh. Kekecohan berlaku beberapa kali akibat tindakan ‘nakal’ baling membaling botol air oleh peserta bagi mengarahkan orang dihadapan supaya jangan berdiri. Himpit menghimpit dan suasana panas menyebabkan pihak bomba berkali-kali terpaksa menyembur air dari kenderaan mereka. Pihak penganjur terpaksa mengarahkan peserta himpunan duduk bagi mengelakkan ada warga yang pengsan dalam suasana panas tersebut.

Beberapa buah motosikal diangkat keluar kerana diletakkan didalam pagar masjid. Pagar-pagar dan pintu gerbang menjadi sasaran anak muda untuk berdiri dan memanjat tinggi bagi mendapatkan posisi yang terbaik. Keliahatan lori panjang milik TVRI yang dinaiki oleh petugas media bagi membuat liputan dan siaran langsung.

Puluhan ribu memenuhi halaman masjid Baturrahman.Ribuan lagi berada diluar kawasan masjid akibat kesukaran masuk dan memenuhi kedai-kedai,bangunan tinggi, atas bas,trak-trak dan seluruh Bandar Acheh.

11.30 pagi:
Solawat Badar dialunkan oleh seorang panitia dan diikuti oleh ratusan ribu massa bagi meredakan suasana kecoh dan hingar bingar. Selepas itu sekumpulan anak-anak Acheh menyampaikan lagu-lagu Acheh berunsur nasihat serta lagu berkenaan MoU Helsinki dengan menggoyangkan kepala ligat keatas kebawah seperti dikir barat.Cuma tak tepuk tangan sahaja. Antara lafaznya “ perdamaian antara TNI dan mujahidin”.

12.20 t.hari:
Bacaan ayat suci Al-Qur’an kedengaran menandakan hampir masuk waktu Zohor.

12.35 t.hari:
Azan dilaungkan dan serentak dengan itu rombongan Teungku Hasan Tiro pun tiba dikawal oleh ratusan petugas berbaju hitam dan berselempang kain berwarna merah, putih dan hitam. Ribuan massa berebut-rebut untuk bersalam dan mengambil gambar Wali.

12.55 t.hari:
Hasan Tiro berdiri diatas pentas dan melambaikan tangan kepada warga Acheh. Beliau mengucapkan ' Assalamualaikum. Lon ka troh teuka di Acheh (Saya sudah tiba di Acheh)'. Lalu beliau duduk.Solawat diteruskan dan majlis berehat sebentar memberi peluang kepada mereka yang menunaikan Solat Zohor.

01.15 t.hari:
Malik Mahmud ( mantan PM GAM ) menyampaikan ucapan mengalu-alukan kedatangan Hasan Tiro dengan menyebut ‘marhaban ya Amirul Mukminin’ ‘sami’na wa atho’na’.Laungan takbir dilaungkan oleh beliau disambut oleh warga Acheh. Beliau membacakan sedikit latar belakang sejarah Acheh dan perjanjian MoU Helsinki.

01.25 t.hari:
Ucapan Teungku Dr Hasan Muhammad Ditiro dibacakan oleh Malik Mahmud berikutan Wali Nanggroe yang agak kelelahan.Pergerakan Hasan Tiro kelihatan agak perlahan dengan usianya yang menjangkau 83 tahun. Beliau menyebut bahawa 200 ribu warga Acheh menjadi korban dalam konflik puluhan tahun lalu sejak 1976 yang berakhir 15 Ogos 2005 dengan MoU. Biaya peperangan sangat mahal, tapi harga sebuah perdamaian lebih mahal. Perjanjian perdamaian ini sangat mahal dan perlu dipelihara bersama, katanya.Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih kepada Susilo Bambang Yudhoyono (Presiden) dan Yusuf Kalla (wakil Presiden) kerana diera pemerintahan merekalah bermulanya usaha-usaha kearah perdamaian sejak tahun 2000. Perdamaian dengan rundingan, bukan kekerasan, kata Hasan Tiro. Ucapan terima kasih turut disampaikan kepada beberapa negara yang menjadi 'penaja' utama dalam membantu Acheh kearah perdamaian melalui MoU selepas Tsunami seperti Amerika, Jepun, Sweden, Norway dan lain-lain.

Beliau turut menyebut beberapa perkara penting dalam MoU, antaranya: Mantan pejuang GAM tidak akan dipanggil gelaran 'separatis' iaitu kelompok yang ingin memisahkan diri dari kesatuan kerana mereka telah terlibat dalam perjanjian perdamaian. Keduanya, selepas Tsunami Acheh menjadi perhatian dunia internasional untuk dapat dibantu terhadap kepentingan rakyat yang tertinggal dalam segenap bidang. Ketiganya, Acheh akan dapat kebebasan dalam bentuk hak-hak sipil (rakyat) , politik, hak-hak ekonomi, sosial dan budaya melalui proses demokrasi, adil dan bermartabat.

Beliau turut memperingatkan warga Acheh agar tidak terpancing dan terhasut dengan beberapa usaha kelompok subversif yang melakukan tindakan-tindakan yang mensabotaj perdamaian. Jauhi dan berhati-hati dengan mana-mana pihak yang mengadu domba sesama kita. Ucapan diakhiri dengan beliau mengucapkan Salam ‘IdulFitri.

01.40 t.hari:
Bacaan Al-Fatihah kepada seluruh pimpinan terdahulu, para ulama’ dan syuhada’ yang telah berkorban harta dan nyawa bagi mendaulatkan Acheh.

Hasan Tiro (tengah) diapit oleh Malik Mahmud(mantan PM GAM) yang bertali leher merah

0.145 t.hari:
Ribuan warga brgerak perlahan meninggalkan perkarangan Masjid Raya Baiturrahman dan acara berikutnya nasyid dan ucapan-ucapan wakil-wakil rombongan. Anggota polisi sibuk menjaga lalu lintas. Sehingga waktu Asar tadi barulah jalan utama Bandar Acheh lancar sepenuhnya. Alhamdulillah,tidak ada sebarang insiden yang tidak diingini atau provokasi dari mana-mana pihak.Keselamatan dikendalikan sepenuhnya oleh 'Unit Amal' Partai Acheh. Polisi hanya menjaga lalu lintas.Tidak ada tembakan gas pemedih mata dan semburan air asid kearah massa.

Catatan: Benarkah GAM berjuang untuk menegakkan Negara Islam? Masih samakah keadaan pendokong Partai Acheh dengan pejuang-pejuang GAM yang lampau? Adakah GAM dipimpin oleh ulama’? Bagaimana dengan keadaan pimpinan Partai Acheh sekarang? Benarkah unsur-unsur Islam dan Syariat yang tertegak sedikit sebanyak di Aceh ini kerana Acheh diperintah oleh mantan-mantan GAM ? atau wujud ‘tangan-tangan’ lain yang berusaha kea rah menjadikan Syariat Islam bertapak dibumi Acheh? Apakah pelaksanaannya dijalankan dengan telus tanpa memilih bulu? Apa pendirian Partai Keadilan Sejahtera (PKS) yang merupakan Partai Islam Indonesia terhadap beberapa sikap GAM atau Partai Acheh (sekarang) ? InsyaAllah, saya akan cuba dapatkan maklumat dari pelbagai pihak dan sumber kerana setakat ini saya masih tidak dapat jawapan yang memuaskan mengenai apa sebab atau tujuan GAM berjuang menghadapi pemerintah Republik Indonesia? Wallahua’lam.
p/s: gambar-gambar dari kamera saya mengalami masalah.Gambar ini diambil dari kompas.com.

Jumaat, 10 Oktober 2008

Himpunan 100 Ribu Rakyat Esok !

Minggu ini semua akhbar di Indonesia menjadikan berita kepulangan pendiri GAM, Teungku Dr Hasan Muhammad Ditiro sebagai tajuk utama akhbar. Sememangnya beliau tokoh karismatik yang dianggap symbol perjuangan rakyat Acheh menuntut kemerdekaan di wilayah itu sejak puluhan tahun lampau bagi menjalankan pemerintahan sendiri dan menjalankan syariat Islam secara keseluruhan.

Disebalik kegembiraan sebahagian besar warga Acheh yang merupakan mantan-mantan anggota GAM, simpatisan dan pengkagum Hasan Tiro, akhbar hari ini melaporkan peringatan dari pihak panitia sambutan Komite Peralihan Acheh (KPA), Drs Adnan Beuransyah. Beliau melarang keras massa yang akan bergerak ke Bandar Acheh esok dari melakukan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan persoalan termasuk meneriakkan slogan “ Merdeka”. Ini berikutan kepulangan Hasan Tiro adalah dalam rangka perdamaian Acheh. Jadi kami harap massa dapat memahaminya”.

Akhbar Serambi Indonesia hari ini melaporkan peringatan pihak penganjur agar tidak melaungkan 'Merdeka"

Semalam beliau masih berada di Selangor dan sempat mengunjungi kawasan Putra Jaya sekitar jam 2.15 petang waktu Malaysia selama 2 jam lebih. Beliau yang pernah ‘dicari’ oleh Tentera Nasional Indonesia (TNI) sebelum MoU Helsinki dimaklumkan akan berada di Acheh selama dua minggu dengan agenda-agenda perjalanan yang telah siap dilakukan termasuk pulang ke kampung kelahirannya di Pidie. Setibanya di airport Sultan Iskandar Muda jam 11.30 pagi esok bersama Irwandi Yusuf, Gabenor Acheh, beliau akan disambut dengan laungan azan dan terus ke pejabat Gabenor. Dihadapan Masjid Raya Baiturrahman, yang akan turut berpidato tengah hari esok ialah Malik Mahmud, mantan Perdana Menteri GAM, Abu Sanusi, mantan pejuang GAM dan Abu Tumin, ulama’ Acheh yang akan disiarkan secara langsung menerusi TVRI Acheh, Acheh TV dan RRI Banda Acheh.

Dipihak kepolisian, mereka telah siap menyediakan 1125 anggota polisi untuk menjaga keamanan bagi menghadapi kedatangan jutaan massa yang akan berhimpun di Bandar Acheh. Sejak semalam ribuan massa telah mula bergerak dan menetap di Bandar Acheh. Mengulas kunjungan Hasan Tiro, kepala Staf Angkatan Darat (Kasad), Jenderal TNI Agustadi Sasongko menyebut, “ kedatangan pemimpin teringgi GAM itu tidak akan menggangu keamanan di wilayah itu. Kalau mau datang, datang aja. Soal pengamanan terhadap dia tidak ada. Dia kan warga negara biasa” , jelas beliau. Namun dari sisi yang lain wujud segelintir manusia yang berharap kunjungan Hasan Tiro ke kampung halamannya di Acheh ditafsirkan negatif dan macam-macam, kata Suhaidi yang merupakan Guru Besar Fakultas Hukum Universitas Sumatera Utara.

Drs Adnan Beuransyah yang juga merupakan jurubicara Partai Acheh meyakini bilangan massa yang hadir esok mencecah angka 100 ribu yang hadir dari setiap wilayah. " Tapi bisa saja mencapai jutaan kerana antusiasnya warga untuk melihat pulangnya HasanTiro", jelas beliau.

Catatan : Berita kepulangan dan rapat umum beliau pada hari esok akan saya sampaikan pada jam 9.00 malam atau seawal selepas Asar. InsyaAllah.

Saya akan serahkan kekuasaan kepada Najib-Pak Lah

Akhbar Serambi Indonesia pagi ini melaporkan keputusan Pak Lah letak jawatan Mac 09 dan bagi pada suami Rosmah.
Akhbar Harian Acheh turut melaporkan berita panas ini. Kat Indonesia sama macam Mongolia, panggil nama ayah. Jadilah Badawi. Mongolia panggil Ms.Razak:)

Khamis, 9 Oktober 2008

Terkini: Kepulangan Hasan Tiro masih dibimbangi !

Menjelang Kepulangan Hasan Tiro...
Kepulangan Teungku Dr Hasan Muhammad Ditiro, pendiri GAM pada 11 Okt ini masih dibimbangi oleh pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang pernah berkonflik dengannya. Ini dapat dilihat melalui kenyataan-kenyataan pimpinan-pimpinan tertinggi TNI sejak beberapa hari menjelang kepulangan Hasan Tiro. “ Kita anggap Hasan Tiro sebagai warga negara asing yang berkunjung ke Indonesia. Jadi tidak ada sesuatu yang menjadi perhatian TNI ”, jelas kepala Pusat Penerangan TNI, Marsekal Muda TNI Sagom Tamboen di Hotel JW Marriot, Jakarta Selatan semalam. Mengenai kebimbangan beberapa pihak terhadap kepulangan Hasan Tiro yang dianggap akan mempengaruhi simpatisan dan kombatan GAM di Acheh, beliau menjawab, “ ya, soal itu tanya pada GAMnya dong. Kami tidak melihat itu kira-kira bagaimana pengaruhnya atau dampaknya. Kita tanyakan saja kepada mantan GAM”.

Sagom Tamboen juga berkata, “ apalagi dengan kedatangannya itu, kita lebih waspada .Kita tidak mahu gara-gara kehadiran seorang warga dari luar negara menbuat tugas kita lebih berat disana. Saya kira seperti dikatakan beberapa pihak bahawa itu harus menjadi perhatian. Tapi kita tidak bisa mengarahkan atau menuduh kea rah itu. Jangan sampai sesuatu yang menjadi pembicaraan public diabaikan, itu tidak bisa, kerana kita bisa terlepas pandang. Kewaspadaan dari semua pihak harus dilakukan”.

Walaubagaimanapun, pihak kepolisian akan tetap menyiapkan juga pengamanan atas kedatangan Hasan Tiro yang kini mencapai usia 83 tahun setelah 29 tahun meninggalkan Acheh. “ Pengamana tetap dilakukan, tetapi standard tamu biasa” jelas Bambang Hendarso yang merupakan pihak kepolisian Indonesia. Serambi Indonesia semalam turut melaporkan bahawa seramai 360 pengawal keselamatan akan disediakan oleh Komite Peralihan Acheh (KPA) bagi melancarkan perjalanan kunjungan Hasan Tiro ke beberapa tempat sejak menjejakkan kaki ke Acheh Sabtu ini. Kepulangan beliau akan disambut sebagai tamu pemerintah Acheh dan Komite Peralihan Acheh (KPA) akan menyediakan 60 pengawal personal dan 300 personel lainnya merupakan pengawal yang menggunakan Id card secara khusus. Walaubagaimanapun, pihak KPA mengakui bahawa sistem pengamanan kepulangan Hasan Tiro dikendalikan sepenuhnya oleh kepolisian.

Wali Nanggroe ini sebaik tiba pada jam 10.30 pagi akan terus ke pejabat Gabenor Acheh dari airport Sultan Iskandar Muda. Sekitar jam 2.30 petang, beliau akan terus ke Masjid Baiturrahman sebagai acara kemuncak. Antara tempat yang akan dikunjungi beliau ialah makam Teungku Chik Ditiro yang merupakan pejuang ulung Acheh yang ada hubungan kekeluargaan dengannya serta pulang ke kampung kelahirannya di Lamulo, Tiro. Maklumat yang diterima juga menyebut, ribuan massa akan bergerak dari daerah masing-masing untuk menyambut kepulangan Hasan Tiro di Bandar Acheh. “ Kita berharap kepulangan Wali Nanggroe Hasan Tiro menunjukkan perdamaian sudah benar-benar terjadi di Acheh, “ kata sekretaris jenderal Himpunan Ulama Dayah Acheh (HUDA), Teungku Faisal Ali semalam. Acheh mempunyai kepadatan penduduk seramai 4.2 juta orang yang majoritinya beragama Islam.
Serambi Indonesia hari ini melaporkan persiapan polisi dalam pengamanan pergerakan Hasan Tiro di Acheh.
Dalam wawancara dengan wartawan station TV Indonesia dan Malaysia di sebuah hotel di Shah Alam semalam, beliau menyatakan sokongan terhadap perdamaian yang sudah 3 tahun menjelma di Acheh setelah MoU Helsinki 15 Ogos 05. “Acheh adalah tempat dimana saya harus pergi. Itu rumah saya” jelas beliau. Pengakuan untuk pulang ini akhirnya dapat meleraikan isu yang berkembang di Acheh kini mengenai dakwaan bahawa Hasan Tiro yang akan pulang adalah palsu. Walaubagaimanapun semua pihak berharap kepulangan beliau akan menambah kekuatan kepada perdamaian untuk Acheh yang mempunya kepadatan penduduk seramai 4.2 juta orang dan majoritinya beragama Islam.

Catatan: Teungku Dr Hasan Muhammad Ditiro telah 29 tahun meninggalkan Acheh pada tahun 1979 secara diam-diam selepas mendeklarasikan Acheh Merdeka di Bukit Halimon, Luengputu, Pidie pada 4 Disember 1976 .Setelah MoU Helsinki 15 Ogos 2005, anggota GAM akhirnya meletakkan senjata menerima perdamaian dari pemerintah Republik Indonesia yang puluhan tahun melakukan diskriminasi keatas wilayah Acheh khasnya dari sudut ekonomi dan sebagainya. GAM melakukan serangan gerila menghadapi penyerangan Tentera Nasional Indonesia (TNI).Kini GAM bertukar menjadi partai politik utama Acheh dengan nama Partai Acheh (PA). Sejarah Acheh, perjuangan GAM dan sebab mereka menentang pemerintah Republik Indonesia akan saya sampaikan dari semasa ke semasa sementara mendapatkan maklumat yang tepat. InsyaAllah.

Selasa, 7 Oktober 2008

Pimpinan PAS bertemu Hasan Tiro


Akhbar Serambi Indonesia hari ini (Selasa) melaporkan kunjungan beberapa pimpinan tertinggi PAS kepada pengasas Gerakan Acheh Merdeka (GAM), Teungku Hasan Muhammad Ditiro di sebuah hotel di Negeri Selangor Darul Ehsan semalam. Pertemuan pada jam 5.00 petang (Malaysia) itu, turut disertai oleh mantan Perdana Menteri GAM, Malik Mahmud, mantan Menteri Luar GAM, Dr Zaini Abdullah, mantan Menteri Pertahanan GAM, Zakaria Saman, pembantu khas Hasan Tiro, Muzakkir Abdul Hamid dan sejumlah mantan kombatan GAM.

“Kunjungan pimpinan PAS itu turut disertai oleh beberapa wakil media” , jelas Muzakkir Abdul Hamid. Selain pimpinan PAS, turut mengunjungi petinggi GAM itu ialah anggota Forum Komunikasi dan Koordinasi (FKK) Desk Acheh, Zainal Ariffin dan beberapa wakil media dari Acheh, Jakarta dan Malaysia. Namun hanya beberapa wakil media sahaja dari Malaysia yang berpeluang mewawancara Hasan Tiro yang kebetulan mereka hadir bersama pimpinan PAS.

Menurut Muzakkir, kedatangan pimpinan PAS tersebut merupakan kunjungan Silaturrahmi. Sebab sejak awal, pihaknya sudah mengatakan bahawa selama berada di Malaysia, Hasan Tiro akan bertemu dengan semua rakan dan pihak-pihak yang telah menjalin hubungan lama dengannya. “ Orang-orang PAS sudah cukup lama kenal dengan orang-orang GAM di Malaysia, apalagi mereka tahu banyak siapa Wali (Hasan Tiro), “ tambah Muzakkir.
Serambi Indonesia 7 Okt melaporkan pertemuan pimpinan PAS dengan Hasan Tiro dikolum berwarna hijau.

Hasan Tiro yang telah meninggalkan Acheh penghujung 70-an dan menetap di Swedia sehingga menjadi warga negara negara itu akan pulang ke Acheh pada 11 Oktober ini. Beliau yang menaiki pesawat MAS tiba di Malaysia pada 4 Oktober lalu dan kini menetap beberapa hari di Malaysia sebelum berangkat ke Acheh. Dikatakan pada 11 Oktober ini juga , satu majlis Silaturrahmi bersama Hasan Tiro akan diadakan di Bandar Acheh Darussalam.

Mengenai kepulangan beliau, Panglima Daerah Militer (Pangdam) Iskandar Muda, Mayjen TNI Soenarko berkata, “ dari kacamata saya sebagai seorang tentera, Hasan Tiro adalah seorang warga negara asing yang berkunjung kesini. Kebetulan tanah kelahirannya disini. Jadi dia bukan tamu negara”. Tentera Nasional Indonesia (TNI) tidak akan melakukan pengamanan layaknya seorang tamu negara. Beliau turut menyatakan kebimbangan terhadap perdamaian Acheh ( MoU Helsinki ) yang dilihat masih semu atau tidak jelas. Ini berikutan berlakunya pelbagai ancam mengancam, intimidasi, penculikan, pemaksaan dan praktik pungutan liar yang dilakukan oleh pihak yang tidak diketahui identitas mereka.
Serambi Indonesia 5 Okt melaporkan ketibaan Hasan Tiro di Malaysia pada 4 Okt disambut warga Acheh yang menetap di Malaysia.

Catatan: MoU Helsinki adalah perjanjian perdamaian antara pemerintah Republik Indonesia dan Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang diadakan di Helsinki, Finland pada 15 Ogos 2005 sebagai tanda berakhirnya konflik berdarah hampir 4 dekad yang lalu iaitu sekitar tahun 1960-an.

Ahad, 5 Oktober 2008

Ya Allah, Rahmatilah Sahabat Kami ini..

TAKZIAH

Kepada:
Ibu Bapa & Ahli Keluarga

Al-Akh Mohamad Bin Abdullah
Bekas Mahasiswa Jabatan Ijazah Syariah
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS ) 07/08

Alamat:
Lot 197 Kg.Galok, Chetok, 17060 Pasir Mas, Kelantan

Di atas pemergian beliau pada jam 5.45 pagi tadi setelah terjatuh dari keretapi di Jerantut, Pahang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur bersama Al-Akh Malek b.Hamzah.

Daripada:
Graduan KIAS di IAIN Ar-Raniry, Acheh Darussalam

AL-FATIHAH
p/s: Beliau dikatakan berdiri ditepi pintu akibat kehabisan tiket untuk ke KL dan tertidur. Jatuh dan tersepit diantara koridor dan badan keretapi yang masih bergerak ketika hampir berhenti dihadapan perhentian Jerantut sekitar jam 3.00 pagi. Kakinya cedera parah. Meninggal dunia di hospital Jerantut jam 5.45 pagi.

Jumaat, 3 Oktober 2008

Ancaman Islam Liberal 1 : Jaringan Islam Liberal Perlekeh Sistem Khilafah !

Baru-baru ini sebuah station TV Indonesia, Metro TV telah menerbitkan satu rancangan yang bertajuk ‘ Todays Dialogue ’.Ianya merupakan satu rancangan yang kerap ditayangkan, berupa wawancara bersama tokoh-tokoh, diskusi dan dialog-dialog mengenai apa jua isu mengenai kepentingan negara dan sebagainya. Untuk Todays Dialogue minggu ini yang disiarkan pada 30 September / 30 Ramadhan pada jam 10.00-11.00 malam, topik perbincangan pada malam tersebut ialah ‘Khilafah VS Demokrasi Dalam Islam.

Tokoh yang diundang dalam program ini ialah Abdul Moqsith Ghazali yang merupakan wakil Jaringan Islam Liberal Indonesia ( JIL ), Ismail Yusanto , jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia dan Novriantoni Kahar, pensyarah Universiti Paramidana. Saya hanya sempat mengikuti dialog ini sekitar 20 minit terakhir sahaja. Namun dalam tempoh singkat tersebut, saya cukup merasa tersinggung dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil JIL Indonesia yang terang-terangan memperlekehkan sistem Khilafah Islam apabila ianya dipertahankan oleh Hizbut Tahrir.

Perlu diingat, Hizbut Tahrir adalah sebuah organisasi Islam yang bermatlamatkan untuk menegakkan dan mengembalikan semula Khilafah Islamiyyah. Matlamat mereka perlu kita hargai kerana ini juga sebahagian dari matlamat mana-mana Harakah Islamiah. Namun, jika melihat kepada pendirian Hizbut Tahrir khasnya di Malaysia yang tidak mahu melibatkan diri dengan sistem demokrasi dan memasuki pilihan raya bagi mencapai matlamat mereka itu atas alasan jalan ini tidak syar’ie, kita tertanya-tanya juga bagaimanakah mereka ingin mencapai tampuk kekuasaan bagi melaksanakan agenda besar ini. Adakah perlu melalui penerangan atau tulisan semata-mata. Dan adakah semua perkara yang dikatakan datang dari Barat seperti sistem demokrasi ini ditentang semuanya oleh Islam ?

Saya tidak berhasrat untuk membincangkan mengenai pendirian Hizbut Tahrir secara detail. Sekadar mengharapkan ada penjelasan atau uslub yang jelas agar difahami bagaimana kaedah untuk mereka mencapai matlamat mulia tersebut. Namun kita diajar oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna supaya tidak merendah-rendahkan mana-mana saudara kita yang mereka juga mempunyai matlamat yang sama untuk kepentingan Islam tetapi menggunakan pendekatan yang berbeza dari kita. Walaubagaimanapun usaha memberi penjelasan mengenai pendirian kita dan jalan yang kita lakukan perlu ‘dikongsi’ bersama mereka agar dapat dibina satu kekuatan bersama dalam usaha merealisasikan matlamat suci ini.
……………………………………
“ Saya tertanya-tanya bagaimanakah Hizbut Tahrir ingin menegakkan Sistem Khilafah ini sedangkan ianya adalah perkara yang masih tidak ada asas atau contoh yang kukuh ? ” begitulah lebih kurang persoalan wakil JIL kepada Bapak Ismail Yusanto dari Hizbut Tahrir. Penjelasan-penjelasan darinya dipatahkan satu persatu oleh wakil JIL dengan nada sinis dan penuh prejudis kepada sistem Khilafah. Antara lain beliau bertanya, “ agaknya berapa ratus tahun lagi Khilafah yang diperjuangkan oleh Hizbut Tahrir ini akan tertegak di Indonesia ? ” soalnya sambil tersenyum.

Cukup perit bagi Bapak Ismail untuk berhadapan dengan serangan dan perlekehan dari wakil JIL ini ditambah dengan serangan dari Novriantoni, pensyarah Uni. Paramidana yang dilihat mempunyai aliran pemikiran yang sama sahaja dengan JIL. Dalam sesi soal jawab bersama penonton yang terdiri dikalangan mahasiswa dari beberapa universiti sekitar Jakarta, sekali lagi wakil Hizbut Tahrir diperlekehkan oleh mahasiswa UIN Syarif Hidayatullah yang mengemukakan pertanyaan dengan dimulai, “ Bapak saya ingin bertanya satu soalan. Saya melihat Bapak Ismail ini masih kurang pembacaan. Mungkin Bapak tidak membaca sebuah buku yang ditulis oleh Ali Abdul Razieq ( mengenai Khilafah ) ”. Saya kurang ingat persoalannya.

Tetapi, timbul satu keraguan difikiran saya mengapa mahasiswa disebuah Institut Pengajian Tinggi Islam sepertinya mengemukakan persoalan menggunakan hujjah dari Ali Abdul Raziq? Tidak kenalkah dia siapa Ali Abdul Raziq ? Dia seorang sarjana Islam yang dikritik keras oleh Al-Azhar kerana menulis buku bernuansa secular, Al-Islam wa Ushulul Hukm (Mesir 1925). Adakah anasir-anasir Islam Liberal ini telah mula meresap masuk kedalam kepala otak mahasiswa ini ? Mengapa setiap kali Bapak Ismail dari Hizbut Tahrir dibidas oleh wakil JIL dan pensyarah ini, sebahagian besar mahasiswa bertepuk tangan gembira melihat hasrat dan cita-cita beliau diperlekehkan ? Wallahua’lam.

Bapak Ismail sempat memberikan jawapan dengan mengatakan Kitab Ali Abdul Razieq tersebut telah dibantah oleh seorang ulama’ yang menulis sebuah kitab baru. “ Saya tidak tahu samada saudara yang bertanya tadi membaca atau tidak kitab baru ini ? ” beliau membalas semula. Diakhir dialog sekali lagi wakil JIL memperlihatkan kebodohannya dengan menyoal, “ saya tidak tahu mengapa Bapak Ismail terlalu beriman dengan sistem Khilafah tersebut sedangkan di dalam Rukun Iman tidak terdapat pun keimanan kepada Khilafah .” " Saya melihat hasrat menegakkan Khilafah umpama mimpi disiang hari,"tambahnya lagi.

Inilah kejahilan penganut JIL yang menganggap perkara berkaitan Islam dan Iman hanya yang zahir tercatat dalam Rukun Iman semata-mata. Sedangkan bila disebut beriman kepada Allah itu sudah memadai untuk kita memahami bahawa masih banyak arahan dan larangan Allah yang terdapat di dalam Al-Qur’an termasuklah bekerja kearah penegakan Khilafah Islam. Maka tidak peliklah menutup aurat itu menjadi pilihan bagi mereka mungkin kerana tidak ada didalam rukun iman.

Khamis, 2 Oktober 2008

Ramadhan berlalu..Syawal menjelang..

17 Ramadhan:
Majlis berbuka puasa berjama’ah di Meunasah Blang Krueng , Darussalam, Acheh merupakan program rutin setiap tarikh 17 Ramadhan sempena Hari Nuzul Qur’an hampir setiap masjid dan meunasah di Indonesia. Setiap warga membawa pelbagai juadah dari rumah masing-masing dan dimakan bersama.
21-30 Ramadhan:
Hampir kesemua masjid-masjid besar dipenuhi oleh jama’ah yang beri’tikaf pada 10 malam terakhir Ramadhan dengan bertahajud dan membaca Al-Qur’an sehingga waktu bersahur. Bilangan mereka yang beri’tikaf setiap malam kadang kala melebihi 100 orang di setiap masjid.

27-30 Ramadhan:
Selepas solat tarawikh pada malam-malam penghujung Ramadhan, setiap warga berkumpul di masjid atau meunasah untuk mengeluarkan zakat. Di Indonesia masih kekal pengeluaran zakat menggunakan beras. Alhamdulillah, kami pelajar Malaysia yang tinggal di rumah sewa turut menerima sumbangan beras sebanyak 50 kg yang tertera perkataan ‘ Musafir Malaysia’ di guni beras.

01 Syawal:
Kesempatan berhari raya di Acheh diambil peluang untuk Solat ‘Idul Fitri di Masjid Baiturrahman yang merupakan masjid negeri bagi provinsi Nanggroe Acheh Darussalam. Terletak di tengah-tengah kota yang pernah menjadi saksi tragedy Tsunami 04. Perjalanannya sekitar 15 minit sahaja dari tempat tinggal kami. Sebahagian besar sahabat lain solat di Masjid Kg.Rukoh yang berhampiran dengan rumah sewa.

Di Baiturrahman yang menjadi Imam ialah wakil Gabenor Acheh Darussalam dan khatibnya Ust Muhammad Yasir Yusuf , pensyarah Fakultas Syariah IAIN Ar-Raniry.
Ribuan kaum Muslimin memenuhi perkarangan masjid
Ribuan kaum Muslimat melimpahi ruangan dalam sehingga ke dataran masjid
Ziarah rumah jiran dengan sahabat-sahabat Malaysia. Orang Acheh memang bagus bab memuliakan tetamu, tapi kaum wanitanya baik ibu atau anak gadis sering menghulurkan tangan untuk bersalam. Jadi kami terpaksa lah angkat tangan macam sembah tu didada dan tundukkan sikit kepala (mcm filem Kiamat sudah dekat :). So,diaorang faham pendirian kami..
Ditengah-tengah memakai jaket hitam,Akh Taufiq, sahabat sepengajian dari Indonesia
Berikut adalah petikan teks khutbah ‘Idul Fitri 1429 Hijriah yang disampaikan oleh Ust Muhammad Yasir Yusuf di Masjid Baiturrahman:

“ Kaum Muslimin Rahimakumullah,
Sebulan penuh kita ditempa untuk memenangkan pertarungan melawan hawa nafsu syaitan, kita berusaha menundukkan hawa nafsu di bawah syariat Allah, kita mengatur makan, minum, hubungan suami isteri serta berbagai macam aktivitas lain sesuai dengan jadual yang ditentukan oleh Allah. Oleh kerana itu, tanda orang yang lulus dalam madrasah Ramadhan adalah mereka yang tetap menjiwai semangat Ramadhan diluar bulan Ramadhan , mereka tidak melaksanakan kesolihan hanya di Bulan Ramadhan, bersedekah hanya dibulan Ramadhan, tidak melakukan korupsi di bulan Ramadhan, tapi mereka membelenggu syaitan, nafsu dan menghambakan diri hanya kepada Sang Kholiq juga di luar bulan Ramadhan…

Allah tahu kita sering bertakbir dalam ibadah-ibadah kita, tapi melupakan takbir diluar itu. Kita besarkan Allah di masjid, diatas tikar sejadah , di musolla, tapi diluar masjid kita besarkan yang lain. Kita mengagungkan kekayaan, kekuasaan, kedudukan, kita besarkan hawa nafsu, kepentingan dan fikiran kita. Ketika duduk di pejabat, kita campakkan perintah-perintah Allah. Jabatan yang seharusnya kita gunakan untuk memakmurkan negara, melayani rakyat, membela yang lemah, menyantuni yang memerlukan pertolongan, justeru kita manfaatkan untuk memperkaya diri. Kita bangga kalau kita melihat rakyat yang harus kita layani merengek-rengek bersimpuh memohon belas kasihan kita. Di pejabat, di jalanan, ditengah masyarakat, kita singkirkan takbir dan kita suburkan takabbur…..

Kaum Muslimin Yang Berbahagia,
Tahun 2009 dihadapan kita adalah tahun yang menentukan bagi kedamaian Acheh ke depan. Tahun 2009 Pemilu ( pemilihan umum ) akan dilaksanakan. Berbagai kepentingan akan berbicara, keinginan untuk menjadi anggota dewan jangan sampai menghancurkan masa depan akhirat kita. Jangan sampai keinginan kita untuk menang membuat kita mengahalalkan segala cara, keganasan, ancaman, saling menghina, memburukkan yang berakhir dengan retaknya hubungan sosial dan ukhwah di dalam masyarakat.

Pemilu bukanlah pertarungan hidup dan mati sehingga antara calon harus berusaha untuk menjatuhkan dan memfitnah satu sama lainnya di Acheh. Puasa mengingatkan kita bahawa obsesi yang lebih besar yang harus didedikasikan adalah untuk kehidupan setelah kematian. Rasulullah mengingatkan “Orang yang cerdik adalah orang yang bekerja untuk kehidupan setelah kematian ”. Jangan sampai pertarungan Pemilu 2009 menambah dan semakin bertompok-tompoknya dosa dan luka untuk Acheh yang mengancam pada rosaknya perdamaian yang sudah kita nikmati . Medan Pemilu harus difahami sebagai medan untuk memberikan yang terbaik bagi kemajuan Acheh Darussalam ke depan dengan mengedepankan program-program unggulan untuk kesejahteraan masyarakat, bukan malah melihat keburukan-keburukan antara partai politik.

Kalau semuanya menjadikan Pemilu sebagai medan untuk memberikan kebajikan kepada masyarakat , maka masyarakat akan menikmati proses demokrasi ini. Sebaliknya jika semua berambisi untuk menjadi pemimpin lalu mengahalalkan berbagai cara, maka siapapun yang terpilih ke depan adalah pemimpin yang mempunyai obsesi akhirat yang sangat lemah. Artinya ia akan memimpin dengan mengenyampingkan kecerdasan emosional dan spiritual sekaligus….

Pesan moral Ramadhan adalah jangan jadikan perut anda sebagai kuburan orang lain. Jangan jadikan anda sebagai kuburan rakyat kecil. Jangan pindahkan tanah dan ladang milik mereka ke perut anda. Itulah pesan moral puasa yang menurut saya relevan untuk melahirkan karakter masyarakat Acheh ke depan.Kita tidak jarang berani memakan hak orang lain. Kita sering jadi omnivor ( binatang pemakan segala ) tanpa memerhatikan halal dan haram..”

( agak2 khutbah macam ni boleh tak baca kat Malaysia ? :)
p/s: Kawasan2 Hizbut Tahrir di Indonesia menyambut 'Idul Fitri sehari lebih awal ( Selasa ) dan aliran tariqat Naqsyabandiyah serta Syatriyyah pada hari ini ( Khamis ). Mereka berpegang kepada pandangan dan hujjah masing2.Wallahua'lam.