Sekurang-kurangnya ada 3 berita panas yang mewarnai media Indonesia saat ini yang masih belum reda. Pertama kes kehilangan jutaan miliyar rupiah (ribuan ringgit) wang negara melalui Bank Century. Antara nama-nama yang diminta pertanggungjawaban terhadap kes ini adalah Bapak Boediono iaitu wakil Presiden (timbalan) sekarang kerana saat itu beliau masih menjawat sebagai Gubernor Bank Indonesia dan yang kedua adalah Ibu Sri Mulyani, Menteri Kewangan Indonesia sekarang dan pada waktu kehilangan wang tersebut.
Kedua, kes korupsi di Lembaga Perpajakan Negara yang akhirnya terdedah satu demi satu nama-nama mereka yang tersangka. Kemuncaknya, episod dedah mendedah pun berlaku antara orang-orang penting dalam Kepolisian Indonesia yang terkait dalam kes korupsi dan suap menyuap ini.
Ketiga, isu yang tidak kurang panas saat ini adalah kemunculan deretan nama para artis-artis Indonesia yang tampil menawarkan diri untuk menjadi calon dalam pilihanraya bagi memilih Kepala Daerah dan Wakil (Timbalan) Kepala Daerah di seluruh Indonesia yang dijadualkan berlangsung sekitar Disember tahun ini. Bebarapa parti-parti politik mula membentuk koalisi (kerjasama) masing-masing untuk mendukung artis-artis ini. Kesempatan ini diambil kerana mengetahui di sudut publisiti calon, mereka tidak perlu bersusah payah lagi kerana para artis atau selebriti ini sudah sering muncul di media.
Isunya sekarang bukan soal artis atau siapa yang menjadi calon, tetapi isu kelayakan mereka yang hangat dibahaskan oleh pelbagai pihak. Manakan tidak, beberapa artis porno yang gambarnya penuh di internet dan akhbar dengan pakaian yang tidak cukup kain juga turut ingin bertanding. Ayu Azhari antara nama pernah berniat untuk maju dalam Pemilihan Umum (pilihanraya) Kepala Daerah di Kabupaten (Daerah) Sukabumi. Inul Daratista, artis dangdut tamatan sekolah menengah yang masyhur dengan aksi goyang gerudinya juga khabarnya untuk merebut kerusi di Daerah Malang. Maia Estianty, menawarkan diri sebagai calon wakil (timbalan) Kepala Daerah di Tangerang Selatan, Banten. Banyak lagi nama-nama artis yang muncul saat ini.
Terkini adalah artis terkenal Indonesia yang setiap malam muncul di kaca Trans TV sebagai model iklan kondom iaitu Julia Perez (Jupe). Bertukar-tukar pasangan kebiasaan baginya. Artis yang pernah bercerai dengan Damien Perez dan kini menjalin hubungan dengan Gaston Castano ini memulai kariernye di Perancis. Gambar-gambarnya yang hanya bertutup ‘atas’ dan ‘bawah’ sahaja penuh di internet dan akhbar. Ketika diwawancara pihak media, beliau dengan penuh yakin menyatakan “saya akan membangunkan daerah ini (daerah Pacitan) jika terpilih menjadi kepala daerah”.
Album pertamanya iaitu Kamasutra (2008) menuai kontroversi apabila menyertakan kondom didalam albumnya yang dijual tersebut. Ketika ditanya, beliau menjawab bahawa tujuannnya adalah untuk mencegah HIV/Aids serta mempromosikan safesexs dan Keluarga Berencana (Terancang). Namun banyak pihak yang menilai perbuatan tersebut sebagai dukungan kepada budaya seks bebas.
Maka, para artis-artis porno yang tidak pernah sunyi dengan berita-berita kotor tentang mereka ini dan yang tidak pernah bertudung ini pun turun ke tengah-tengah desa dengan menutup rambut mereka saat ini. Julia Perez yang sering tampil dengan dada terbuka pun menutup dadanya. Janji-janji manis pun bergema, sampai ada dikalanga mereka yang mula berbicara soal berkhidmat untuk agama dan akhirat. Yang tidak pandai berbicara soal fakta-fakta tentang sesebuah kawasan, sudah menjadi pandai dan tersusun kata. Ada yang berbicara sambil mengutip kitab suci. Ada yang pandai berbicara soal moral tanpa menyedari diri.
Isu artis tampil untuk menjadi calon dan wakil calon Kepala Daerah bagi periode (2010-2015) bertambah hangat apabila Bapak Gamawan Fauzi, Menteri Dalam Negeri pertengahan April baru-baru ini mengeluarkan kenyataan “ berpengalaman di pemerintahan dan tidak cacat moral” sebagai tambahan kepada Undang-Undang No 32 Tahun 2004 mengenai syarat calon kepala daerah. Akhbar pula memanaskan kenyatan Menteri ini dengan meletakkan tajuk besar “Penzina Dilarang Ikut Pemilihan Kepala Daerah”. Pro dan kontra muncul dengan maraknya terhadap isu ‘siapakah yang bersedia dipimpin bintang porno?’. Media mengundang Bapak Gamawan untuk berbicara di TV dalam sebuah program khas. Dalam masa yang sama para artis ‘tidak bersih’ ini pun diundang dalam acara yang lain mengenai isu yang sama. Maka, artis-artis pun menjawab “cuba dilihat aja pada pemimpin kita…siapa yang tidak ada kesalahan moral…berapa ramai yang koruptur (perasuah)?..maka kami tampil..apa arti jika negara dipimpin oleh orang-orang yang rosak juga seperti mereka?”
Saudara-saudara pembaca sekalian. Ingat ! Pemimpin yang kita lantik di dunia, maka kita akan bersamanya pada Hari Qiamat dihadapan Allah. Jika orang yang bertaqwa, maka untunglah. Tidak aibkah berdiri di belakang kaki mungkar di hadapan Allah kelak? Fikirkan ! Di Malaysia bagaimana pula ya?
Sebagai Renungan Bersama
Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila sifat amanah telah hilang, maka tunggulah saat datangnya Hari Qiamat. Seorang sahabat bertanya: Bagaimanakah cara hilangnya amanah itu Ya Rasulullah?. Rasulullah bersabda: Apabila suatu urusan diberikan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah datangnya Hari Qiamat.
(H.R Imam Bukhari 11/333 Kitab Ar-Riqaq )
Sabda Rasulullah s.a.w: Sesungguhnya Allah tidak akan mencabut ilmu pengetahuan seperti halnya Ia mencabut nyawa para hamba, tetapi Ia mencabut ilmu dengan mematikan para ulama’ sehingga apabila tidak ada lagi para ulama’ , orang ramai akan mengangkat orang-orang yang bodoh menjadi pemimpin. Maka apabila pemimpin-pemimpin itu ditanya (tentang sesuatu), maka ia akan memberikan fatwa tanpa didasari dengan ilmu pengetahuan. Mereka itu sesat lagi menyesatkan.
(H.R Imam Bukhari 1/194 dan Imam Muslim 16/223-224)
Sabda Rasulullah s.a.w: Tidaklah Hari Qiamat akan datang sehinggalah Allah ‘mengambil’ orang-orang yang baik dan beragama dari penduduk bumi, sehinggalah yang hanya tersisa adalah orang-orang yang hina dan tidak memiliki kebaikan sama sekali. Mereka tidak mengetahui yang ma’ruf dan tidak mengingkari yang mungkar.
(H.R Ahmad 11/181 – Ahmad Syakir berkata: Sanadnya sohih )
Sabda Rasulullah s.a.w: Tidaklah datangnya Hari Qiamat sehinggalah terdapat orang yang paling bahagia dengan dunia iaitu Luka’ bin Luka’.
Sabda Rasulullah s.a.w: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan para penipu, yang pada masa itu para penipu dibenarkan (dipercayai) dan didustakan pula terhadap orang-orang yang jujur. Pada masa itu juga, orang yang khianat diberi kepercayaan dan orang yang terpercaya dikhianati…
(H.R Ahmad, Ibnu Majah dan Al-Hakim dari Abu Hurairah – Shohih Al-Jami’ 3650)
Catatan: Luka’ adalah orang yang sedikit ilmu pengetahuannya dan akalnya. Selain itu Luka’ juga bermaksud orang yang tercela.
1 ulasan:
Seprti gambaran DUNIA akhir zaman...
Catat Ulasan