Saat diundang untuk menjadi salah seorang fasilitator di kem tersebut, hati saya agak keberatan yang teramat sangat. Manakan tidak, inilah kali pertama saya bakal berprogram selama 40 hari lamanya. Wah, sudah macam teman-teman dari jama’ah Tabligh ini…akhirnya, memikirkan ini sebuah pengalaman besar yang perlu dikutip, saya menerimanya. Kebetulan, saya dan beberapa teman dari Pahang yang turut menjadi fasilitator di kem berkenaan, sedang bercuti selepas selesai mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar (Kulliah), Pekan. Bergeraklah saya ke Kuala Lumpur menggunakan bas, menaiki LRT dan yang sejenisnya yang saya pun tidak tahu namanya..hehe..Sampai di lokasi, Ust Muhammad sudah menunggu.
Sulit untuk saya menggambarkan bagaimana suasana suka dan duka yang kami rasai disana. Ianya pengalaman yang sangat mahal. Kehidupan kami bersama sebahagian besar peserta dikalangan anak-anak orang yang agak berada. Mereka sanggup menghantar anak-anak ke program sebegitu walaupun dalam tempoh yang lama dan bayaran yang mahal (sesuai dengan 40 hari) semata-mata inginkan anak-anak dididik dengan agama. Itulah reality sebahagian orang-orang di kota raya saat ini. Tidak semuanya tidak berminat dengan agama.
Target kami agar dalam tempoh tersebut, para peserta yang terdiri dari pelajar-pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah ini benar-benar Berjaya menghafaz Al-Qur’an sesuai ketetapan kami. Yang bersekolah menengah ditargetkan Berjaya menghafaz sebanyak 3 juz’ dan yang bersekolah rendah mesti dapat menghafaz keseluruhan juz’ Amma.
Setiap pagi selesai solat Subuh, kami mengumpulkan para peserta di lapangan riadhah di sisi masjid. Di situ mereka berdiri dengan penuh teratur, diajar sedikit kawat kaki dan seterusnya kami membacakan sebuah hadis dan meminta mereka mengikutinya serta terus menghafaz dengan melihat buku hadis yang telah disediakan kepada mereka. Begitulah suasana setiap pagi di masjid berkenaan dengan disaksikan masyarakat sekitar yang berada di warong-warong kopi berdekatan. Ada kalanya, kami melaungkan slogan-slogan ‘wahdah Islam’ (Rodhitu billahi robba…..). malangnya laungan ini tidak dapat kami teruskan dek kerana ada permintaan dari pihak tertentu agar tidak dilaungkan. Khabarnya ada yang gentar dengan laungan tersebut. Mungkin, kami kelihatan merekrut anggota teroris…
Sekitar 1 jam selesai acara berkenaan dan mereka pulang ke penginapan di tingkat dua masjid, mandi dan makan pagi serta melaksanakan solat Dhuha. Hafazan Qur’an kami mulai sekitar jam 8.45 dan berlanjutan sehingga jam 11 lebih. Kemudian seorang ustaz (dikalangan kami setiap hari) dengan bergilir-gilir menyampaikan kisah-kisah berkaitan Sirah dan sebagainya. Selepas solat Zuhur disambung lagi hafazan. Selepas Asar kami beriadhah. Selepas Maghrib diteruskan hafazan dan kadangkala peserta mengikuti kuliah maghrib yang ada pada malam tersebut di masjid berkenaan. Selepas solat Isya’, kebiasaannya kami memulai mentasmi’ mereka iaitu mendengar hafazan mereka seorang demi seorang. Ini yang paling best…hehe..siapa dapat hafaz, boleh pulang tidur awal. Seawal jam 4.30 pagi, mereka sudah bangun dan melaksanakan qiamullail.
Begitulah kehidupan kami. Kami bukan sekadar fasi, bahkan sebagai warden yang menjaga mereka baik di tempat penginapan dan sebagainya. Sekali sekala adalah yang demam, sakit perut, menangis mahu pulang..adik-adik yang sekolah rendah lah tu..hehe..yang menariknya, kami setiap fasilitator dihadiahkan sebatang rotan. Yang degil-degil memang kena libas..pelbagai musibah dan badai berlaku saat program berjalan. Terlalu banyak. Alhamdulillah, segalanya dapat dihadapi dengan baik.
Minggu-minggu terakhir, kami menganjurkan pertandingan demi pertandingan. Antaranya pertandingan tilawah Qur'an,menghafaz qur’an dan hadis, azan, nasyid dan sebagainya. Kemuncaknya adalah hari penutupan, semua ibu bapa dating dari pelusuk Malaysia untuk membawa anak-anak mereka pulang. Paling jauh dari negeri Perlis. Acara khatam Al-Qur’an kami buat pada hari tersebut. Penuhlah dengan bunga telur yang dibawa oleh ibu bapa. Akhirnya sesi bergambar antara fasilitator dengan ahli kumpulan masing-masing. Saat itu….air mata pun gagal ditahan dari deras mengalir…fuhhh..
Sebuah hal yang tidak dapat dilupakan adalah, beberapa hari terakhir dari program, kami membeli akhbar. Ya Allah, dilaporkan ribuan mati di Aceh Darussalam. Entah apa sebab belum diketahui. Baru terdengar istilah Tsunami. Ust Abdullah (salah seorang fasi/ustaz dari Aceh yang sudah lama berkhidmat bersama persatuan ini) kelu tidak berkata, air mata menitis satu demi satu….
[ UNTUK ADIK-ADIK YANG MASIH MENGENALI SAYA, BOLEHLAH HUBUNGI AGAR KITA DAPAT TERUS MENJALINKAN UKHWAH YANG TERBINA SEBELUM INI. SUDAH 6 TAHUN KITA BERPISAH. MUNGKIN DIKALANGAN KALIAN SUDAH ADA YANG BERSTATUS MAHASISWA ATAU PELAJAR DISEKOLAH MENENGAH. SELAMAT BERJUANG ]
Akhi Ishraf (adik abg Ikhsan) sedang mentasmi' hafazan ahli kumpulannya. garang betul..tengok rotan dia tuh...:)
Komandan dari Yaman sedang mengendalikan riadhah..hehe..yang baju biru tua tu saya..rotan jugak kat tangan dia..:)
Riadhah peserta Muslimat
Sesi paling sulit untuk dicontrol..sesi mandi..tak cukup kat bilik mandi,mandilah diluar..siap main gelongsor2 lagi..aduhh..
Ini peserta bukan fasi, tapi kami minta jadi panitia untuk pertandingan adik-adik yang sekolah rendah..
Suasana majlis Khatam Al-Qur'an di majlis penutupan Kem Tahfiz 40 hari..
AJK yang sediakan makanan untuk ibu bapa dan para peserta.
Majlis penyampaian hadiah pada hari penutupan. Baju batik tu Ust Hj Muhammad. Berjubah adalah Ust Shukri (imam masjid Bandar Baru Sg.Buluh), bersongkok (dari pihak JAWI kalau tidak salah)
Insan unik...dua beradik di belakang adalah kembar dan 3 beradik didepan adalah kembar..:)
Ust Shukri bergambar bersama ahli kumpulannya.
Saya bersama ahli kumpulan
Abg alumni Yaman bersama ahli kumpulannya
Akhi Azrul bersama ahli kumpulannya
Akhi Saiful Azim bersama ahli kumpulannya. Sekarang beliau di Mesir..lama dah tak dapat berhubung..mudah2n dirimu sentiasa sihat dan thabat dlm pjugan..
2 ulasan:
koi pon rindu kt adik2 kem tahfiz 20 ari diKIPSAS 2005..azim dh blk m'sia,tinggal adik diejelh kt mesir..
koi bangga bile adk2 n fmly sndri yg berada d progrm 2..tp kenyataannay tdk..ana berhrp ada yg dtg mgubh fmly ana.
Catat Ulasan