Sekitar jam 2.27 pagi tadi, sekali lagi kami dikejutkan dari tidur apabila merasai gegaran yang agak kuat. Sebahagian teman-teman masih ada yang menonton Piala Dunia. Kelihatan beberapa jiran tetangga keluar dari rumah. Makluman dari detik.com menyatakan bahawa, berlakunya gempa bumi berkekuatan 7.5 skala richter di kedalaman 21 km dan arah 420 km Barat Laut Sabang iaitu pusatnya di kepulauan Nicobar, India. Ia berpotensi Tsunami. Ia dirasai sekitar 2 minit lamanya.
Di beberapa kawasan di Banda Aceh, warga ada yang berhamburan keluar dari rumah. Di beberapa lokasi menonton Piala Dunia, ada para penonton yang membubarkan diri. Guncangan ini turut dirasai sampai ke kawasan Bukit Tinggi, Medan (Sumatera Utara). Setakat ini belum ada laporan kerosakan atau korban jiwa dilaporkan. Berita lanjut boleh diikuti melalui http://www.detik.com/
Ya Allah, peliharalah keselamatan kami semua.
2 ulasan:
huhu...ni kira dah kali ke-4 la kan? moga Allah menyelamatkan antum semua
Ini kali ke 8 gempa slama kami brada di aceh sejak 25 ogos 08..dari 8,hanya 3 shj yg saya tdk rsai ggrnnya.
Catat Ulasan