Berikut gambar-gambar yang dapat saya foto sekitar majlis Solat Jenazah kepada Dr.Hasan Muhammad Di Tiro selepas solat Asar tadi di Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh. Lebih 1000 orang menyolatkan jenazah beliau. Selepas itu hadirin mendengar ucapan ringkas dari seorang ulama’ Aceh, Teungku Muhibbudin Waly, diikuti dengan ucapan Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf sebagai mewakili pemerintah Republik
Kemudian jenazah dibawa menuju ke Indrapuri, Aceh Besar untuk disolatkan disana pula dan dikebumikan disitu berhampiran makam pahlawan Aceh, Teungku Chik Di Tiro. Jaraknya dari Banda Aceh sekitar 30 minit perjalanan. Jenazah akan dimakamkan pada malam ini. Hasan Tiro berasal dari Tiro, Sigli, Aceh Besar.
Teungku Muhibbudin Waly sedang berucap memperingatkan perjuangan Hasan Tiro yang mesti dipertahankan. Massa sempat mengalirkan air mata mendengar ucapan beliau.
Irwandi Yusuf, Gubernor Aceh, sedang menyampaikan ucapan. Berbaju hitam adalah Malik Mahmud (Menteri di zaman GAM memerintah Aceh)
Berkaca mata, baju putih (no 3 dari kanan) adalah Dr.Zaini Abdullah (Menteri Kesihatan zaman pemerintahan GAM)
Semoga Allah menerima amal baik dan perjuangannya dan Allah ampunkan kesalahannya. Al-Fatihah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan