Selasa, 5 Januari 2010

Gus Dur pergi, kontroversi lagi.

Gus Dur atau nama sebenarnya Abdul Rahman Wahid kembali kepada Allah s.w.t tanggal 30 Dis 2009, Rabu lalu sekitar jam 06.45 petang (07.45 Malaysia). Jasadnya dikebumikan dengan penuh adat kenegaraan dengan iringan polis, tentera dan disaksikan oleh menteri-menteri serta Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang hadir menyampaikan ucapan takziah saat jenazahnya ingin dimasukkan ke liang lahad. Pengebumian dilakukan pada waktu Zohor hari Khamis.


Hari ini beliau yang merupakan anak kepada seorang ulama’ terkenal iaitu Kiyai Haji Abdul Wahid dan cucu kepada Kiyai Haji Hasyim Asy’ari yang merupakan pendiri Nahdhatul Ulama’ (NU) telah 6 hari meninggalkan rakyat Indonesia dan umat Islam khususnya. Jika dilihat latar belakang keluarga dan pendidikan beliau sendiri, maka wajarlah jika beliau digelar Kiyai iaitu Tuan Guru.


Namun, catatan mengenai hal berikut tidak dapat disembunyikan dari pengetahuan umum lagi:


i) Mei 2008, beliau ke Amerika untuk memenuhi undangan Shimon Wiesenthal Center (SWC) untuk menerima penghargaan The Jewish Medal of Valor. Dalam majlis tersebut, beliau turut menyatakan ikut serta merayakan Hari Kemerdekaan Israel, sebuah hari dimana bangsa Palestin dibantai secara membabi buta dan diusir dari tanah air. Anugerah medal diterima kerana beliau dilihat sebagai sahabat paling setia dan berani terang-terangan menjadi pelindung Zionis-Yahudi dunia disebuah Negara majority Muslim terbesar seperti Indonesia.


ii) 12 Jun 2007, dalam sebuah konferensi bertema Holocaust di Bali pada hari Selasa, Gusdur juga membela Holocaust. Beliau menyebut, Indonesia seharusnya mengakui Negara Israel.


Hari ini, heboh di kaca TV Indonesia, perkuburan beliau yang diziarahi oleh ratusan orang setiap hari itu, menjadi tempat segelintir orang-orang yang sangat taksub kepadanya untuk mengambil tanah dari kuburnya. Tanah yang ditinggikan di atas kuburan mula menurun akibat diambil oleh para penziarah. Bunga-bunga yang ditabur pun dikutip dan dibawa pulang. Isak tangis sebahagian penziarah makin melampau-lampau. Manakan tidak, sewaktu hidupnya, betapa ramai pendokongnya yang mengganggapnya sebagai wali. Bahkan saat ini mula beredar SMS yang menyatakan bahawa kematian beliau adalah kerana dibunuh.


Hari ini Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) telah bertindak mengeluarkan kenyataan yang melarang perbuatan tersebut yang dibimbangi boleh menimbulkan kesyirikan kerana terlalu mengkultuskan (mensucikan) beliau yang telah pergi.

Tiada ulasan: