Sabtu, 16 Januari 2010

AKAN BERADA DI PASARAN !!! INSYA’ALLAH

Sebuah catatan dari bumi Iskandar Muda “Palestin Dikhianati Pemimpin Arab”, buku yang mengumpulkan 30 buah artikel-artikel menarik dan bermutu dari blog Suara Anak Muda sejak Ogos 2008 sehingga Jan 2010. Artikel-artikel yang telah dihimpunkan, disemak semula, dirujuk sumber-sumber asal, dikemaskini sebaik mungkin, disusun dengan susunan yang lebih teratur dan penggunaan bahasa yang mudah difahami oleh pelbagai latar belakang pembaca. Meliputi artikel-artikel berkaitan perjuangan umat Islam, dakwah dan tarbiah, keorganisasian dan beberapa persiapan serta nasihat-nasihat penting buat para aktivis ummah.

Antara artikel menarik di dalamnya : Tangan Ghaib Di Belakang Pembatalan MOU Al-Azhar, Iskandar Muda Pertahan Syariat Allah, Jatuh Bangun Islam di Aceh, Khilafah Uthmaniyyah Bapa Yang Hilang, Bediuzzaman Melawan Badai Jahiliyyah Moden, Karamah Dari Bumi Palestin, Hamas Mimpi Ngeri Bagi Israel, Potret Mujahidah Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah, Darah Mengalir di Bumi Pattani, Islam Liberal Menerjah Institusi Agama………..


Nantikan kemunculannya !!! Akan berada di pasaran seawal bulan Februari, InsyaAllah.


2 gambar di atas: Pelaksanaan hukuman Ta’zir (bukan Hudud) di Masjid Al-Mukarramah ke atas pesalah kes khalwat pada 12 Januari 2007. Gambar di bawah: Pelaksanaan hukuman Ta’zir (bukan Hudud) di Masjid Muttaqin, Peunayong ke atas pesalah kes minum arak pada 24 Julai 2006.


Gambar-gambar dari simpanan Teungku Hasanuddin Yusuf Adan ( Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiah Indonesia-DDII Cabang Aceh ).

1 ulasan:

razi berkata...

jadi rencana buku tersebut di terbitkan di mana?apa di Indonesia apa di malaysia.Menarik juga sudah mampu menelurkan buku..Selamat