“ InsyaAllah..takpe..boleh bang” jawab Nazri dengan penuh keyakinan apabila tiba di perhentian KL Sentral setelah bersama saya dari Pekeliling dan membuat pertukaran di Masjid Jamek sekitar jam 06.00 petang semalam. Sayu mata melihat dia melangkah keluar dari train dicelah himpitan orang yang penuh sesak untuk naik dan turun di KL Sentral. Katanya, ada kawan yang akan datang ambil di situ untuk dia pulang ke Bangi.
Beliau menaiki bas Metrobus dari Temerloh dan saya dari Jengka. Destinasi sama-sama ke Hentian Pekeliling, Gombak. Semua penumpang sudah turun. Agak sulit untuk beliau berdiri dari kerusi dan menuruni bas. Saya yang terakhir turun lantas memegang tangannya penuh erat dan membawa perlahan menuruni tangga bas. Tangan kirinya memegang tongkat. Sampai dibawah, beliau bertanya, “bang, dimana tempat LRT ?” Tanpa berfikir panjang, tangannya terus saya pegang semula. Kebetulan saya juga ingin menaiki Lrt ke Masjid Jamek dan menukar train ke Asia Jaya pula. Asia Jaya selepas KL Sentral.
Dipertengahan jalan sambil memimpin tangannya, sempat saya bertanyakan mengenai dirinya beberapa hal. “ Nazri asal mana?” “Saya dari Johor…pergi rumah kawan di Temerloh..” “Sekarang belajar lagi?” “Ya, belajar..baru tahun pertama di KUIS”. “Emm…dah lama ke macam ni (buta)?” “ Sejak umur 6 tahun..mata ada masalah dulu..pergi ke hospital buat pembedahan..akhirnya..berlaku kesilapan..terus buta..” “Oooo..jadinya..takde harapan lagi ke (untuk elok)?” “ Tak..sekarang ibu bapa dalam proses turun naik ke mahkamah untuk ambil tindakan..”
“ Di KUIS belajar macam mana?” “belajar macam biasa..mendengar..periksa, jawab dalam Braille ( tulisan untuk orang buta )”. “emm..ambil apa di KUIS?” “Saya ambil bahagian komunikasi…keluarga galakkan ambil bidang Syariah…insyaAllah..saya akan sambung bidang Syariah juga nanti..” Ya, Allah, hebatnya semangat dia ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan beliau.
Setelah membantu membeli kad, kami terus menaikil Lrt ke Masjid Jamek. Dalam perjalanan, sambil duduk, saya bertanya lagi. “Sebelum ni sekolah apa?” “saya dari Maktab Abu Bakar, Johor…” “ooo..macam mana Nazri boleh jalan jauh-jauh ye..? naik bas sendiri-sendiri..” “ emm..kalau tempat dah biasa..insyaAllah..boleh..tapi..kalau macam ni, kena minta tolong orang juga lah..” Beberapa minit, kami tiba di Masjid Jamek dan terus menukar ke Putra LRT pula. Saya ke Asia Jaya. Beliau ke KL Sentral. Dalam kepala, saya berfikir, bagaimana di KL Sentral nanti. Siapa yang akan bawa Nazri dicelah keributan dan kesesakan orang ramai disitu…
Biasanya, di Masjid Jamek memang payah mahu dapat kerusi untuk duduk di dalam Putra. Maklumlah, kawasan hentian dan pertukaran utama. Jadi, terpaksalah saya dan dia berdiri sambil tangannya terus saya pegang kerana dia agak tidak stabil berdiri dalam keadaan kenderaan bergegar. Kalau tidur pun dalam Putra ni, rasanya tak kan tumbang sebab macam dalam bekas Sardin..
“Terima kasih bang..” beliau ucapkan pada saya sebaik keluar di hentian KL Sentral. Bagaimana perjalanannya selepas itu, saya tidak tahu. Saya tiba di Asia Jaya. Sebaik kad dimasukkan ke mesin, gagal. Ditolak keluar berkali-kali. Akhirnya datang pengawal disitu. Dia mencuba, gagal juga. Lalu dia bertanya “adik naik dari mana tadi?” “Dari Masjid Jamek..turun kat sinilah..” “ooo..adik tak cukup nilai duit kad ni..” “Ishh..saya bayar cukuplah..” Akhirnya baru ku teringat..kad aku tertukar dengan kad Nazri. Lawak betul..
Terima kasih Nazri, sudi bersama saya dalam perjalanan. Saya kagum dengan saudara. Zahirnya, saudara buta, tetapi hati saudara tidak buta. Saya kagum dengan ketabahan dan kecintaan saudara mahu menuntut ilmu. Semoga kita bertemu lagi saudaraku..InsyaAllah.
Alahmdulillah, saya pun sudah tiba di Aceh semula jam 2.30 petang tadi setelah bertolak dari LCTT jam 1.30 tadi.

2 ulasan:
lor ustaz. saya kenal la nazri tu. tak sangka yer ustaz leh ketemu ngan dia. Dia seorang tabah, acapkali saya lihat saya, saya rasa sayu dan terus memuhasabah diri.
semoga Allah merahmati dirinya
mgkn enta akan t'kjut klu ana bgtau, nazri itu asalnya mmg baik,namun setelah beberapa lama di kuis,beliau culture shock dan t'ikut dgn kwn2nya...sdh mulai hisap rokok dan sudah mulai m'jwb...ana sendiri t'kjut pabila mendengarnya tp akhirnya ana lihat sendiri dgn mata..moga allah tunjuki dia..allahu'alam..
Catat Ulasan