Konspirasi Di Balik Bom
Dedi Junaedi
Buku setebal 293 halaman hasil karya Ir.Dedi Junaedi yang diterbitkan pada Januari 2003 oleh Bina Wawasan Press, Jakarta ini telah diberi kata pengantar oleh Bapak Suripto, S.H. Beliau dahulunya adalah orang penting yang berada ditempat yang agak tinggi didalam Badan Intelijen Indonesia (BIN). Kini beliau bersama partai Islam di Indonesia. Jika anda menonton filem Sang Murabbi yang menceritakan mengenai sosok tubuh Ust Hj Rahmat Abdullah, maka anda akan melihat pihak polis yang selalu mengintip kegiatan Ust Rahmat. Itulah tugas Suripto dahulunya dizaman regim Suharto.
Bahkan, tidak dapat disembunyikan lagi jasa besar Bapak Suripto sekitar tahun 1996 lalu. Disaat berkecamuknya perang di Bosnia, beliaulah antara yang bersusah payah dan memberanikan diri menyeludup senjata ke markaz Mujahidin Bosnia di Zagreb yang diusahakan mendapatkannya dari pasaran gelap dalam tempoh 2 bulan penuh dengan menggunakan jalan darat. Kesungguhannya disedari oleh CIA dan sekutu mereka sehingga ke mana sahaja, beliau akan diikuti.
Didalam buku hasil karya Sdr. Dedi Junaedi ini, beliau mendedahkan beberapa hal yang sangat mengejutkan di balik tragedy Bom Bali 12 Okt 2002. Fakta yang didedahkannya sekian banyak, tidak didedahkan oleh media apatah lagi media yang dikuasai oleh para penjajah bumi umat Islam.
Perlu difahami, bahawa dalam kes pengeboman pusat peranginan Bali pada tahun 2002 tersebut, secara jelas dan tidak berselindung lagi, 3 anak muda yang merupakan alumni bumi jihad, Afghanistan, Filipina, Ambon dan Maluku iaitu Imam Samudra, Amrozi dan Ust Mukhlas @ Ali Ghufron mengakui letupan di Bali adalah tindakan mereka. Pengakuan mereka jelas samada di mahkamah atau melalui penulisan-penulisan mereka seperti Aku Melawan Teroris dan Jika Masih Ada Yang Mempertanyakan Jihadku karya Imam Samudra. Kita tidak akan berbicara soal hukum operasi yang mereka lakukan tersebut kerana mereka telah menjelaskan hujjah-hujjah mereka melalui pelbagai penulisan dan juga dalam sesi wawancara dengan pihak media.
Namun, disatu sisi, ada sekian banyak hal yang masih menjadi keraguan dan tanda tanya kepada pelbagai lapisan masyarakat sebagaimana pendedahan dari Ir. Dedi Junaedi didalam buku ini. Antaranya:
Ø benarkah Amrozi ( tugas : sediakan bom ) mampu menyediakan bom yang begitu dahsyat sehingga boleh mengorbankan 202 nyawa ( 88 daripada Australia ), mencederakan 350 orang yang lain, memusnahkan 47 buah bangunan, puluhan kenderaan terbakar dan jalan raya rosak begitu parah ? bahkan mereka bertiga sendiri terkejut dengan hasil pengeboman tersebut.
Ø Mengapa jenis bom yang meledakkan 202 orang itu mengambil masa yang begitu lama untuk didedahkan kepada public mengenai jenisnya samada karbit (karbat), TNT, C-4 atau Mikro Nukelar. Jika jenis Mikro Nuklear, maka hanya 2 negara yang mampu menyediakannya iaitu Amerika dan
Ø Mengapa seorang wanita yang menjadi tercedera dalam kejadian tersebut dibawa sehingga ke hospital di Negara
Ø Mengapa seorang tentera
Ø Untuk apa Bapak Suripto sampai dipanggil menghadap oleh pihak polis
Ø Pres. Megawati ( waktu itu ) telah dimaklumkan terlebih dahulu oleh pihak Amerika bahawa
Ø Puluhan juta dolar Amerika disalur ke
Pelbagai perkara lagi didedahkan oleh Ir. Dedi Junaedi. Amat sulit untuk anda dan saya memahami isu ini. Seolah-olah apa yang dilakukan oleh Imam Samudra dan teman-temannya sudah berjaya dihidu oleh pihak intelijen sehingga mereka menyediakan bom yang lebih dahsyat atau aksi mereka ini adalah provokasi dari pihak intelijen yang berada didalam pergerakan mereka sendiri – wallahua’lam.
Nantikan ulasan berikutnya mengenai operasi intelijen yang pastinya kita akan terkejut apabila nantinya kita akan mengetahui adanya individu yang kita sangkakan mujahidin atau pimpinan Maujahidin, namun sebenarnya mereka adalah intelijen yang berjaya masuk sehingga berada di peringkat tertinggi dalam gerakan jihad, gerakan dakwah, partai Islam dan sebagainya sebagai provokator. Hal ini termasuklah isu pengeboman Ritz Carlton dan J.W Marriot, Jakarta Julai lalu – wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan