Salam perjuangan buat sahabat-sahabat pembaca sekalian,
Mohon maaf kerana beberapa kesibukan menyebabkan sudah agak lama blog ini tidak dikemaskini.
1) Saat ini saya masih berada di Bagan Pinang, Port Dickson, Negeri Sembilan setelah mengikuti majlis penamaan calon pagi tadi. Kawasan ini kubu UMNO yang juga kawasan Dato’ Seri Isa Samad sendiri. Beberapa kawasan estet terdapat disini yang rata-rata pekerjanya adalah kaum India. Beberapa kem tentera juga terdapat disini. Jika dilihat kepada bendera dan sepanduk-sepanduk, UMNO memang menang. Namun, hati agak tersentuh melihat bagaimana masyarakat Cina dan India memegang bendera Parti Islam dan membantu calon PAS begitu hebat. Kata seorang India pada saya pagi tadi apabila melihat pimpinan kaum India dan Cina bersama mengiringi calon PAS “ sekarang sudah berubah..tak macam dulu lagi..” Saya membalas “kamu tidak takut lagi dengar perkataan Islam ya..” dia tersenyum.
Malam ini ada 3 program iaitu ceramah bersama Haji Hadi, Khalid Ibrahim, Nizar Jamaludin, Mazlan Aliman, Gobalakrishnan dan calon PAS, Ust Dzulkifli Mohamad Omar. Di markaz DAP pula diadakan pertunjukan kebudayaan kaum Cina (tanglong dll), India dan Melayu. Malam ini Ust Azhar Atan (pemenang nasyid TV9) juga akan membuat persembahan dipentas PAS. Pagi esok baru pulang semula ke Pahang.
2) Saya baru pulang dari kampong di Lenggong, Perak Darul Ridzuan kerana bapa saudara kembali keRahmatullah petang Rabu yang lalu dan tiba di Pahang jam 2.30 pagi tadi. Jam 7.00 pagi terus bergerak ke Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
3) Gempa bumi yang melanda Padang, Indonesia, banjir besar yang melanda Filipina dan beberapa kawasan berhampiran serta tsunami yang melanda beberapa kawasan di Amerika wajar diinsafi oleh kita sebagai Muslim yang beriman kepada Allah. Hadis Nabi yang menyatakan tanda-tanda hampirnya hari Qiamat adalah banyaknya gempa bumi, runtuhan, banjir besar dan lain-lain benar-benar terlihat dihadapan kita saat ini. Saya ucapkan takziah pada seluruh mangsa musibah besar ini. Untuk saudara seaqidahku, kuatkan kesabaran dalam menghadapi ujian dari Allah ini. Mudah-mudahan diangkat darjat kalian atas kesabaran ini dan dikurniakan syahid (kecil) bagi mereka yang terkorban. Takziah khusus saya tujukan buat teman-teman seperjuangan dari Malaysia yang menuntut di Padang.
Saya dimaklumkan, gegaran di Padang turut dirasai di Aceh. Merasai gegaran beberapa saat bukanlah kali pertama bagi kami. Kalau tidak salah sudah 5 kali iaitu apabila berlaku gempa ditengah laut kawasan Sumatera. Mudah-mudahan kepulangan semula kami ke Aceh pada minggu hadapan berada dibawah jagaan Allah s.w.t. InsyaAllah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan