Antara lain, beliau mengatakan bahawa pelaksanaan ini perlu dikaji terlebih dahulu kerana sangat sulit untuk kita mendapatkan 4 orang saksi dalam kes zina. Maka, jika tidak cukup 4 saksi, ini adalah peluang untuk penzina berjaya meloloskan (melepaskan) diri. Adapun, bagi orang yang membuat laporan kes zina, akan dikenakan pula hukuman (qazaf) kerana tidak dapat membawa 4 saksi. Dan Aceh juga masih belum mempunyai hakim yang berkelayakan dalam mengurus hal ini. Kenyataan ini jelas menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami kaedah pelaksanaan hukum rejam, kaedah dan aturan dalam soal saksi dan sekitarnya.
Terdahulu, dalam akhbar Serambi
Entah mengapa sekali lagi hari ini beliau mengulas hal qanun rejam ini di TV Aceh setelah beberapa hari lalu beliau berada di Jakarta dalam satu pertemuan dengan sebahagian daripada Menteri-Menteri Luar beberapa buah Negara yang terlibat dalam penyaluran dana ke Aceh dan juga Negara-negara yang banyak membantu penyelesaian konflik di Aceh seperti Kanada dan lain-lain.Apakah beliau ditekan, wallahua’lam.
Yang jelas, penolakan ini adalah darinya sendiri yang merupakan Gubernor dari Partai Aceh (PA) atau dahulunya dikenal dengan sebuatan Gerakan Aceh Merdeka (GAM). Dalam pilihanraya di Aceh lalu, calon-calon dari partai mereka jugalah yang kebanyakan gagal dalam ujian membaca Al-Qur’an yang telah menjadi syarat untuk setiap calon-calon pilihanraya di Aceh. Sehinggalah muncul cadangan dari mereka agar peraturan test Al-Qur’an ini dihapuskan. Namun, mereka jugalah yang menuju ke segenap desa memaklumkan kepada rakyat bahawa perjuangan mereka adalah untuk menegakkan syariat Islam yang akhirnya kerajaan Pusat memberikan status autonomi khusus kepada Aceh untuk bebas melaksanakan pemerintahan dan undang-undang sendiri. Namun,
Di sisi lain, muncul juga tanggapan dari beberapa pihak yang bimbang jika syariat Islam dilaksanakan di Aceh, nanti mereka akan dianggap teroris dan melanggar hak asasi manusia. Pejuang-pejuang ‘hak asasi manusia’ dan ‘gerakan wanita’ di
Bebarapa ulama di Aceh mula mengkritik sikap Irwandi Yusuf sehingga ada yang mencadangkan beliau meletak sahaja jawatannya sebagai Gubernor.
Ketika ini di Aceh masih berkuatkuasa peraturan kepada pesalah minum arak, judi, khalwat dan beberapa hukum ta’zir yang lain seperti mendedahkan aurat dan sebagainya walaupun ianya sudah kelihatan agak longgar saat ini khasnya pendedahan aurat yang sudah tidak terkawal lagi. Alhamdulillah, di Aceh tidak ada kelab malam, kedai arak, tempat perjudian, konsert-konsert mungkar dan seumpamanya yang disediakan pemerintah.
Jelas ! Yang bersusah payah mahukan syariat Islam di Aceh dilaksanakan secara sepenuhnya bukanlah pihak pemerintah Aceh, tetapi adalah golongan ulama’. Jika ada masalah sekalipun mengenai kaedah pelaksanaan dan syarat-syarat lain dalam hal hukum rejam, ianya adalah masalah teknikal yang boleh diteruskan perbincangannya. Namun, kini jelas, Gubernor sendiri menzahirkan diri untuk tidak menerima langsung pelaksanaan undang-undang ini. Apakah nasib undang-undang Islam di Aceh yang masih ada, wallahua’lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan