Sekitar Perjalanan ke Padang Tiji, Kabupaten Pidie, Aceh 8-9 Sept
Tanggal 8 – 9 Sept 2010 bersamaan 29 – 30 Ramadhan 1431, saya dan beberapa teman mahasiswa Malaysia yang menyambut ‘Idul Fitri di Aceh iaitu Mohd Danial, Muslim dan Azri telah berkunjung ke Desa Pasar, Kecamatan Padang Tiji, Kabupaten Pidie, Nanggroe Aceh Darussalam. Kunjungan dalam rangka silaturrahim ke rumah seorang teman mahasiswa Aceh iaitu Saiful. Perjalanan dari Banda Aceh ke Padang Tiji mengambil masa sekitar 2 jam menggunakan angkutan umum yang dikenal sebagai L-300.
Untuk pengetahuan pembaca, Nanggroe Aceh Darussalam mempunyai 18 buah kabupaten. Di Malaysia mungkin disebut ‘daerah’. Kabupaten tersebut adalah Aceh Besar, Pidie, Pidie Jaya, Aceh Jaya, Bireun, Aceh Barat, Nagan Raya, Aceh Utara, Aceh Tengah, Bener Meriah, Aceh Timur, Aceh Barat Daya, Gayo Lues, Aceh Selatan, Aceh Tenggara, Aceh Tamiang, Aceh Singkil dan Simeulue.
Adapun di Kabupaten Pidie, terdapat sebanyak 23 kecamatan. Kami berkunjung ke Kecamatan Padang Tiji. Di Malaysia, kecamatan adalah ‘kawasan’ iaitu lebih kecil dari kabupaten. Menurut bapa Saiful, Kecamatan Padang Tiji mempunyai 64 buah desa yang terletak di bawah 7 buah mukim.
Sebuah hal yang sangat menarik, Kabupaten Pidie sebenarnya telah melahirkan tokoh-tokoh penting Aceh dan Nasional. Antaranya adalah Teuku Mohammad Hassan (Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia 1948-1949 dalam Kabinet Darurat), Teungku Muhammad Daud Beureu’eh ( Mujahid Aceh yang memimpin gerakan jihad menghadapi regim Sukarno yang mengkhianati Islam di Aceh melalui gerakan Darul Islam (DI) / Tentera Islam Indonesia (TII), Ibrahim Hassan (Menteri Negara Urusan Pangan / Kabulog dan Gubernor Aceh 1986-1993) serta Rektor Universitas Syiah Kuala, Aceh 1973-1982),Hasballah M.Saad (politikus Indonesia dari Partai Amanat Nasional-PAN dan mantan Menteri Negara Urusan Hak Asasi Manusia) dan Hasan Muhammad Di Tiro (pendiri Gerakan Aceh Merdeka –GAM).
Kami bertolak dari Banda Aceh sekitar jam 10.00 pagi dan tiba di sana sekitar jam 12.00 lebih dengan menaiki L-300. Rata-rata pemandu L-300 memang membawa kenderaan ini dengan laju. Sedikit kecelakaan berlaku di Saree tepatnya di pintu masuk perhentian L-300 (Banda Aceh – Medan).
Perhentian L-300 dari Banda Aceh-Medan
Kenderaan ini jenamanya 'L-300'. Sebab itu disebut L-300. Supir (pemandu) sedang menukar tayar yang bocor akibat tabrakan (kemalangan) dengan sebuah motosikal
Abang pemandu motosikal sedang memperbetulkan sedikit kerosakan di motornya. Disebabkan kepakarannya melompat dari motor setelah ditabrak dari tepi, akhirnya dia selamat dan hanya mengalami sedikit luka-luka kecil ditangan:) Beliau membawa beberapa ekor ayam dalam kotak tersebut. Ayam-ayam itu juga kelihatan sedikit kesakitan...huhu
Tiba di Masjid Raudhatul Rahman, Padang Tiji sebaik azan Zohor berkumandang. Masyarakat sekitar memanggilnya masjid 'tempurung' kerana bentuk kubahnya. Saya terlupa apa istilah 'tempurung' dalam bahasa Aceh..:) Dari kiri: Danial, saya dan Azri.
Istirehat sebentar di dalam masjid setelah solat Zohor-Asar (jama') bersama Saiful (berkain pelekat). Disebabkan bulan Ramadhan, tiadalah makan tengah hari...hihi..jadi,Saiful mengajak kami melawat sebuah masjid tua pada zaman Kesultanan Kerajaan Aceh Darussalam yang terletak dekat dengan rumahnya. Untuk sampai ke masjid tua tersebut, kami bertemu dengan beberepa tempat menarik dibawah.
Ini adalah perhentian keretapi di zaman Belanda yang terletak di Padang Tiji.
Ini adalah tangki air untuk kegunaan keretapi. Keretapi zaman itu masih menggunakan wap.
Sebuah sekolah rendah (agama) yang tertulis nama 'Tuanku Hasyem Banta Muda'. Siapa beliau?
Ini adalah salah satu pondok tradisional yang masih ada di Aceh iaitu di Padang Tiji. Umur pelajarnya tidak terbatas. Kebanyakannya anak-anak muda. Mereka masih memakai kitab-kitab kuning. Pagi mereka ke sekolah biasa dan malam mereka menginap di pondok-pondok ini untuk mengikuti pengajian.
Memang kelihatan agak uzur pondok ini. Sebagian bumbungnya masih mengekalkan penggunaan daun rumbia.
Lihat tangga untuk masuk ke pondok-pondok mereka
Saiful juga 'mondok' disini pada waktu malam. Luas setiap bilik ini sekitar dua depa sahaja.
Ini antara masjid yang tertua di Aceh. Khabarnya ia wujud pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Muda (1607-1636) atau mungkin lebih awal lagi.
Hanya tiang-tiang kayu ditengah masjid ini sahaja bangunan asli masjid tersebut. Adapun, selebihnya itu adalah binaan baru.
Binaan kubah masjid yang masih kekal.
Kolah untuk berwudhu' dan sumur (telaga) lama
Sekitar masjid juga dipenuhi dengan 'wakaf-wakaf' tempat pengajian yang masih berfungsi sampai sekarang. Disampingnya adalah tanah perkuburan.
Ini adalah makam Tuanku Hasyem Banta Muda. Ia terletak bersebelahan dengan masjid tua ini. Beliau adalah Panglima Besar Angkatan Perang Kerajaan Aceh Darussalam dibawah pemerintahan Sultan Alaiddin Mahmud Syah (1870-1874). Setelah pelantikan beliau sebagai panglima perang, sultan mengeluarkan surat perintah perang bagi menghadapi Belanda yang bertarikh 1 Muharram 1290 Hijriyyah (1873 Masihi).
Nantikan sambungan hari kedua perjalanan kami (9 Sept). InsyaAllah, dalam artikel berikutnya...
Saya mula melibatkan diri dengan dunia blog ini pada bulan Ogos 2008 setelah berkali-kali memikirkan untuk mewujudkannya. Saya tidak meletakkan target atau fokos tertentu artikel-artikel, berita atau apa sahaja bahan-bahan yang akan saya sampaikan di sini. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam baik mengenai Dunia Islam dan ummahnya, pengajian dan keilmuan, kemahasiswaan, catatan pengalaman dalam kehidupan dan dakwah, catatan permusafiran di perantauan dan sebagainya yang saya rasakan perlu dikongsi dengan para pembaca, maka saya akan usahakan penyampaiannya. InsyaAllah. Justeru itu anda berhak untuk membaca, memikirkan, menghayati dan memanfaatkannya, namun untuk terus menerima dan bersetuju dengan segala perkara yang saya sampaikan, anda yang lebih mengetahui. Jika ia hanya pandangan peribadi saya, wajar untuk anda tidak terus mengiyakannya. Anda juga boleh sahaja memberikan apa-apa sokongan, dorongan, teguran, pandangan dan kritikan yang membina dengan penuh perasaan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah yang dibaluti dengan akhlak terindah. Tiada hari-hari atau kekerapan khusus dalam penyampaian bahan-bahan di sini. Saya hanya menggunakan waktu-waktu kelapangan sahaja. Saya akan terus menulis apa sahaja yang saya fikirkan mendatangkan manfaat dan maslahah kepada Islam dan ummahnya. Sebagaimana hidup memerlukan kepada misi dan visi yang jelas, maka di dalam penulisan ini, saya juga mempunyai misi dan visi. InsyaAllah. Terima kasih atas kunjungan kalian.
Lahir 23 Jun 1986. Sek.Keb.Felda Sena Jengka 16 (1993-1999). Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka (1999-2003). Kulliah Al-Lughah Wad Din Sultan Abu Bakar,Pekan (2004). Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kota Bharu (2005-2008). Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Aceh Darussalam, Indonesia (2008-2010). Pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurusan Tafsir & Hadith ini kini berkhidmat sebagai seorang pendidik di sebuah sekolah menengah agama (arab) di tengah ibu kota, Kuala Lumpur dan turut menyampaikan pengajian agama dibeberapa buah masjid sekitar. Boleh dihubungi ditalian 019-2069750 atau saifulislam_gema@yahoo.com
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت - الحديث
Apa Kata Mereka Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan