Selepas solat tarawikh, makan nasi dirumah Saiful pula. Kemudian 'lepak' kedai kopi berdekatan. Lihat papan tanda menarik disebuah kedai. Apa yang menarik dengan papan tanda ini? Hihihi...ingin lebih sehat? Hisaplah rokok...:) Dekat bawah tu tertulis pula "merokok dapat menyebabkan kanker(kanser), serangan jantung, impotensi, dan gangguan kehamilan dan janin.
Hari kedua, selesai solat Subuh, seawal jam 6.30 pagi, kami sudah keluar dari rumah untuk melawat beberapa tempat menarik di Kabupaten Pidie. Kami dihadapan Benteng (Kubu) Kuta Asan, Sigli, Kabupaten Pidie. Didalamnya ada beberapa bilik-bilik. Sekarang diatasnya dibina asrama untuk atlet-atlet sukan yang menggunakan stadium Kuta Asan,Sigli, bersebelahan dengannya.
Menurut Saiful, benteng ini wujud sebelum zaman Kesultanan Kerajaan Aceh Darussalam lagi.Papan tanda Masjid Raya Pidie, Labui. Antara masjid yang tertua di Aceh sebelum zaman Kesultanan Kerajaan Aceh Darussalam iaitu zaman kerajaan Pedir, sebuah kerajaan kecil sebelum wujud kerajaan Aceh Darussalam.
Dibelakang masjid baru ini terdapat beberapa kuburan yang sangat lama. Khabarnya kuburan seorang ulama' dan ahli keluarganya.Kami dihadapan Rumoh Le Guna (Rumah Serba Guna) iaitu sebuah dewan utama di Universitas Jabal Ghafur(Unigha). Ia sebuah universitas swasta yang tertua di Aceh, dibina pada 12 Sept 1981. Namun, pengajian disini terhenti gara-gara konflik GAM-TNI yang berakhir pada tahun 2005 melalui perdamaian perjanjian MOU Helsinki (15 Ogos 2005). Kami sempat menyaksikan beberapa fakultas yang ada disini. Antaranya adalah fak. ekonomi, administrasi, pertanian, keguruan dan kependidikan. Malangnya, semua bangunan-bangunan tersebut sudah kelihatan terbiar dan berantakan (bersepah/berselerak). Sekitar tahun 2008/2009, beberapa fakultas mula digunapakai semula. Dahulunya, kawasan ini dikenal sebagai 'rawan merah' iaitu daerah operasi militer TNI menghadapi GAM. Ia berada diatas sebuah bukit iaitu Glee Gapui. Maka, sebab itulah ia disebut Jabal Ghafur. Awalnya kampus ini memiliki lebih 7000 mahasiswa.
Makam Putroe Thani (Putri Thani) iaitu isteri Sultan Iskandar Muda. Ia berasal dari Ribee, Pidie, Aceh. Isteri Iskandar Muda yang lain adalah Putroe Phang (Putri Pahang dari kesultanan Pahang, Malaysia yang bernama Putri Kamaliah) dan isterinya seorang lagi iaitu Putri Gayo. Dari Putri Thani, lahirlah anak yang menjadi salah seorang Sultanah Aceh iaitu Sultanah Ratu Safiatuddin. Dari Putri Gayo lahirlah anak lelaki bernama Meurah Pupok yang akhirnya dihukum hudud oleh Iskandar Muda kerana perbuatan zina. Boleh rujuk artikel-artikel saya yang lama diblog ini.Melawat kawasan 'perang'. Memang best gilerrr..:) Sehari menjelang 1 Syawal, dari pagi sampai ke petang, ada sebuah kawasan di Pidie, beberapa kampung disitu ada adat turun temurun bagi menyambut 1 Syawal. Mereka akan 'berperang' antara desa-desa yang hanya dipisahkan dengan sebatang sungai. Mereka akan siapkan 'markaz' masing-masing ditebing sungai yang tersedia meriam dari buluh, tong drum dan gelung simen. Mala pengumuman raya, mereka akan berperang siapa paling kuat bunyi meriam. Kami bergambar disalah satu pelantar 'kem'.
Memang kreatif:) Buluh-buluh dan batang pinang dugunakan untuk membuat 'menara kawalan'. Lihat dibelakang kami ada batang pinang yang ditegakkan dan replika kereta perisai. Semuanya itu hanya 'aksesori' sekitar kem masing-masing. Malam nanti akan dipasang unggun api bagi menerangi kawasan kem masing-masing.Dibelakang kami adalah replika kereta perisai dari buluh.
Lihat diseberang sungai juga ada pelantar kem desa sebelah. Masing-masing sudah siap dengan meriam yang ditanam didalam tanah. Semua fasilitas dan dana banyak disupport oleh orang-orang kaya dalam desa tersebut. Sayangnya..kami tak sempat tengok perang tersebut. Selepas Zohor kami sudah pulang ke Banda Aceh..
Kami bergambar dihadapan Istana Lama Orang-Orang Besar Kerajaan Aceh. Menariknya, kayu membuat istana ini diambil dari Tanjung Pinang, Malaysia. Kemudia dibawa ke Aceh Timur, untuk kegunaan Kerajaan Idie, sebuah kerajaan kecil. Kemudian dipindahkan dengan dicabut satu persatu dan dibawa ke Kabupaten Pidie dan siap dipasang semula pada Januari 1930. Di Pidie, ia diduduki oleh Raja Husein. Kemudian berlaku Perang Cambuk, beralih pemiliknya. Kemudian berlaku konflik Darul Islam (DI) / Tentera Islam Indonesia (TII) pimpinan Daud Beureuh menghadapi Tentera Nasional Indonesia (TNI) regim Sukarno, istana ini di'tawan' menjadi markaz TNI dan zaman konflik GAM-TNI, beralih tangan lagi. Pemilik terakhir istana ini adalah bapak bert-shirt putih ini. Lupa tanya namanya. Beliau adalah generasi ke-4 Raja Husein dan 3 orang anaknya sempat lahir diistana ini. Sekaran tidak dipakai lagi dan beliau membina rumah sendiri bersebelahannya.
Dihadapan rumah Saiful. Bapanya membuka bengkel dihadapan rumah kedai ini. Jam 11 tengah hari kami berangkat pulang ke Banda Aceh...TAMAT....:)
1 ulasan:
huh....best nya..kalau la dulu ckup masa utk ke sana.
Catat Ulasan