Sabtu, 28 November 2009

Jangan sampai anda disebut "budak belajar agama yang tolol!"

[ Sudah seminggu lamanya saya tidak mengupdate blog ini. Seminggu tidaklah terlalu lama kerana masih belum bersawang dan berhabuk berbanding sebulan. Sebagaimana anda membaca misi dan visi di ‘catatan pinggir’ di bahagian atas kiri blog ini, maka sebegitulah apa yang akan saya sampaikan dalam artikel pendek ini ]


Jika anda pelajar pengajian Islam di sesebuah tempat, menerima kunjungan atau bertemu dengan seseorang, maka dakwah yang pertama perlu sampai ke lubuk hati mereka adalah ‘bagusnya budak-budak belajar agama nih…ramah, mesra, hormat tetamu, sopan santun….bla..bla..bla..’. Pokoknya, mesej Islam yang anda pelajar mesti sampai kepada mereka tidak kira tetamu atau orang yang anda kunjungi itu penoreh gertah, pengait sawit, pengutip koko, penyuci tandas, penjaga tol, artis, pelakon filem dan seumpamanya.


Jika artis yang tidak menutup aurat bertemu anda sekalipun, wajib anda raikannya sebaik mungkin. Perlu berdampingan bersamanya pun satu keperluan. Perlu berpegang tangan dan bergambar dengannya pun satu keperluan bagi anda, Muslimat pengajian Islam. Maka anda secara tidak sedar, tampil dengan pakaian yang menutup aurat, tudung yang menutupi dada dan labuh kebelakang, muka yang tidak berwarna-warni, bibir yang tidak bergincu, lengan yang tidak dibuka dihadapan lelaki, pergaulan yang terjaga antara kaum lelaki dan pakaian yang tidak menarik untuk dipandang oleh kaum lelaki, sebenarnya telah menyampaikan mesej dakwah senyap kepada artis ini. Tanpa perlu bicara soal aurat, hanya dengan penampilan, anda telah berjaya sebenarnya. Besarnya pahala anda jika anda memahami 24 jam dalam kehidupan mesti bekerja menyampaikan risalah Islam.


Namun, jika sampai anda seorang demi seorang berebut-rebut untuk bergambar dengan artis, bahkan siap berbangga memaklumkan pada teman lain “ aku dapat tangkap gambar dengan dia tau…rugilah kau….bukan senang tau…” dan yang lain pula menjawab “adusss…aku buat keje tadi..tak sempat nak jumpa dia…” sebenarnya anda sedang melakukan sebuah peristiwa malang yang sangat mengerikan. Jika anda bukan pelajar pengajian Islam, tetapi orang awam yang jahil tentang Islam, maka ia bukan sebuah keanehan.


Bergambar beramai-ramai sebagai meraikan artis, satu keperluan penting. Berebut-rebut seorang demi seorang untuk bergambar dengan artis, satu kegilaan. Anda berbangga kerana disebelah gambar anda nantinya adalah seorang artis. Jika mak cik pencuci tandas sekolah bergambar bersama anda, mungkin tiada nilai komersial. Apabila anda berbangga bergambar dengan artis, bermakna anda tumpang sekaki berbangga disebelah anda adalah artis yang berlakon dalam sebuah atau beberapa buah filem. Apabila anda berbangga dengannya, berbangga dengan filemnya dan berbangga dengan aksinya didalam filem tersebut, anda 2 x 5….


Ketika mendengar kuliah Ust Kamal Shaari beberapa tahun lalu mengenai isu murtad, katanya, “setuju dengan murtad adalah dosa..bersetuju dengan orang yang membiarkan murtad adalah dosa..redho dengan kekufuran adalah kufur….redho dengan maksiat termasuk kita ahli maksiat..” bahkan, jika anda membuka hadith-hadith peristiwa akhir zaman, anda akan menemui amaran Nabi s.a.w bahawa bala' Allah akan turun antaranya apabila artis disanjung-sanjung.


Menghormati dan seronok jika dia tetamu, satu anjuran Islam. Menghormati dan seronok kerana dia artis sebuah filem, satu penghinaan kepada diri sendiri yang dibahu sedang memikul ilmu Allah. Apatah lagi jika anda seorang lelaki yang belajar agama berebut juga untuk berpeluang bersama artis wanita. Lebih-lebih lagi kebodohan itu terpancar ditengah dahi anda.


Anda perlu faham ! saya bukan kecewa dan benci melihat orang bergambar dengan sesiapa sahaja tetamu. Tetapi benci dengan sikap. Orang lain tidak kenal pun, namun andalah yang bertindak karut berlebih-lebihan menjadikan orang lain kenal seseorang itu adalah artis. Kalau anda adalah wanita berpeleseran atau lelaki di bawah jambatan, saya tidak pelik.


Sebenarnya saya bukanlah pelik sangat jika pelajar agama yang wanitanya sebegitu, sebab bergambar dengan lelaki pun tidak dirasakan apa-apa pun. Alasannya, “saya bergambar ditempat terbuka..bukan dalam gelap..bukan pegang tangan pun..bukan duk rapat-rapat pun..”jika orang mengatakan anda bodoh, pasti anda marah atau pun anda sendiri yang akan menjawab, “ ye lah..kami ni bodoh..tak tahu hukum..” Anda ingat ubat bodoh hanya keluhan dan pengakuan ? jika tidak tahu, anda boleh bertanya dan belajar. Tetapi sudah diajar, melawan juga, andalah yang sebenarnya membodohkan diri anda. Pesan saya, jangan sampai agama dirosakkan dan dipermainkan hasil tindakan anda, pelajar-pelajar agama ! jangan sampai ada yang menyebut “wahai budak belajar agama yang tolol !”


Anda boleh menyebut saya ekstrem dan jumud dalam berpendirian. Dan anda juga mempunyai ruang untuk berfikir atas apa yang saya luahkan. Silakan…




3 ulasan:

alawiah raji berkata...

erm....tajuk yg amat menarik minat sy...masalahnya budak agama ni slalunya tak nak mgaku kesilapan diorg n slalu mcari salah org lain ja..how???

Dzasc Skachers berkata...

Salam buat kawan2 dan admin punya blog..
saje nak jual nama ngan sedikit komen,bukan komen pun..tapi macma sokongan la.. :D
memang saya sangat2 sokong dengan apa yang abg Fadhullah dah tulis tuh..
memang da best, walaupon saya orang cakap rock ke apa..memang pun.. :D
tapi saya xkisah orang nak cakap apa, yang penting apa yang saya wat betol dan xganggu orang lain pun.. :)
xnak bahas pasai saya,xde makna pun, cume saya post kat sini sebab nak cakap memang dak2(orang) zaman sekarang dah xtahu malu, harap belajar agama tapi ciri agama tuh drang sorok, yang drang kedepankan ciri2 slumber(yahudi trend)..kalo cakap pasal yang abg Fadhullah tu tulis,memang wat malu jer,dah la belajar agama,nak wat mende jahat(agungkan artis) xpandai cover,maksud saya "kalo hangpa nak wat jahat tu jangan sampai orang yang respect kita jadik pandang macam xade ilmu"..lebih baik xyah je jadik pelajar yang belajar agama..
satu lagi saya amik dari segi perwatakan seseorang,kenapa eh kalo seseorang tu bile depan orang yang ternama misalnya,nak tunjuk baik padahal sebenarnya perangai kalah devil, saya cakap mende betol dan saya memang xsuka kalo seseorang tu depan makan nasik blakang makan daging expired,suka berpura-pura kononnya baik,padahal belakang..pergh..nie saya cakap sebab ramai kawan saya yang macam tu,bukan nak kata saya perfect,kalau sape yang kenal saya dah tau perangai ngan dress saya,dan saya sendiri memang suka berwatakan sebenar diri saya dari "meniru perwatakan orang lain"..buat ape belakon2 semata-mata untuk dapat pujian yang sebenarnya xlayak pon bagi dia?xmalu ke?lagi2 kalau dah kenal lama,tibe2 depan ustaz(contoh)berubah jadik baik macam dia betol2 baik,yang ustaz tu pun bangau pegi percaya sedangkan ustaz tu sendiri tahu macam mana perangai sebenar dia..
saya cakap sebab saya pernah alami,dan kejadian tu berlaku depan mata saya..(berat sebelah)
bak kata orang "harap belajar U,mesir,jordan mane2 la tapi tetap xpaham aturan2 islam"baik hang pi belaja kat tepi kebun jer..ntah2 lagi paham pe..? :D
sory la buat admin blog nie..melalut macam saya yang punya blog.. :D
salam dari saya > duad..
kalau nak komen silakan..email jer..
duad_oi89@yahoo.com atau duad1989@gmail.com
P/S : jangan anta 3mailBomB dah..? :)

hidayah berkata...

salam..akhi..ana selaloo gak bkak blog akhi..teruskan berjuang.hm..ana rasa apa yang akhi cakap ni btul..
ramai jer yang amek kos dakwah masa belajar, tapi last2 dakwah pon hilang ntah kemana..diri sndiri pon tak keruan..nauzzubillah..