PKMPI-CA merakamkan ucapan takziah kepada Al-Akh Mohd Hafizi bin Mustafa yang telah diuji oleh Allah dengan pemergian bapanya pagi tadi. Bapanya meninggal dunia di kampungnya, Kampung Jejawi, Alor Pasir, Pasir Mas, Kelantan.
Hafizi Mustafa adalah mahasiswa Malaysia di Fak.Ushuluddin IAIN Ar-Raniry, Aceh Darussalam. Beliau kini dalam perjalanan pulang setelah menaiki pesawat jam 2 petang ( 3 Malaysia ) tadi dari Banda Aceh. Jenazah bapanya dijangka akan disolatkan menjelang waktu Asar hari ini juga. Beliau adalah lepasan dari Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Kelantan yang memulai kuliah di Aceh pada 25 Ogos 2008 dan tahun ini merupakan tahun terakhir disini.
[ Program Bedah Buku Refleksi Implementasi Syariat Islam di Aceh yang dibuat pagi tadi baca disini : http://pkpmi-ca.blogspot.com
Saya mula melibatkan diri dengan dunia blog ini pada bulan Ogos 2008 setelah berkali-kali memikirkan untuk mewujudkannya. Saya tidak meletakkan target atau fokos tertentu artikel-artikel, berita atau apa sahaja bahan-bahan yang akan saya sampaikan di sini. Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam baik mengenai Dunia Islam dan ummahnya, pengajian dan keilmuan, kemahasiswaan, catatan pengalaman dalam kehidupan dan dakwah, catatan permusafiran di perantauan dan sebagainya yang saya rasakan perlu dikongsi dengan para pembaca, maka saya akan usahakan penyampaiannya. InsyaAllah. Justeru itu anda berhak untuk membaca, memikirkan, menghayati dan memanfaatkannya, namun untuk terus menerima dan bersetuju dengan segala perkara yang saya sampaikan, anda yang lebih mengetahui. Jika ia hanya pandangan peribadi saya, wajar untuk anda tidak terus mengiyakannya. Anda juga boleh sahaja memberikan apa-apa sokongan, dorongan, teguran, pandangan dan kritikan yang membina dengan penuh perasaan mahabbah dan ukhwah Islamiyyah yang dibaluti dengan akhlak terindah. Tiada hari-hari atau kekerapan khusus dalam penyampaian bahan-bahan di sini. Saya hanya menggunakan waktu-waktu kelapangan sahaja. Saya akan terus menulis apa sahaja yang saya fikirkan mendatangkan manfaat dan maslahah kepada Islam dan ummahnya. Sebagaimana hidup memerlukan kepada misi dan visi yang jelas, maka di dalam penulisan ini, saya juga mempunyai misi dan visi. InsyaAllah. Terima kasih atas kunjungan kalian.
Lahir di Hospital Kuantan tanggal 23 Jun 1986 pada jam 11.41 pagi.Pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Jengka 16. Seterusnya di Ma'ahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Dini, Bandar Jengka ( 1999-2003 ), Kulliah Al-Lughah Wad-Din Sultan Abu Bakar, Pekan ( 2004 ), Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS),Kelantan ( 2005-2008 ) dan sekarang di IAIN Ar-Raniry, Acheh, Indonesia di Fakultas Usuluddin jurusan Tafsir & Hadith.Kini diamanahkan sebagai Peng.Biro Dakwah & Pembangunan Insan PKPMI-CA 09/10.Saya boleh dihubungi ditalian : 087890305908.Sebarang pandangan emailkan kepada: saifulislam_gema@yahoo.com.
من كان يؤمن بالله واليوم الأخر فليقل خيرا أو ليصمت - الحديث
Apa Kata Mereka Pada Islam ?
William Ewart Gladstone ( 1809 - 1898 ) - mantan PM Britain zaman Queen Victoria "selagi mereka ( umat Islam ) berpegang dengan kitab ini, selama itulah mereka bangkit dan kita tidak dapat menundukkan mereka. Oleh itu pisahkan mereka dari Kitab ini". - ( ucapan beliau sambil mengangkat Al-Qur'an dalam Parlimen Britain ketika membincangkan penentangan umat Islam terhadap penjajahan )
Theodore Hertzel - pencetus idea penubuhan negara Yahudi ( tulis buku Negara Yahudi : 1895 ) "misi kalian bukanlah mengeluarkan mereka dari Islam, walaupun yang terakhir ini merupakan keberhasilan yang paling gemilang. Tapi lebih pada usaha bagaimana menjauhkan mereka dari Islam..jadikanlah mereka sebagai orang Islam yang tidak kenal agamanya sendiri, orang Islam yang gemar berfoya-foya, suka dengan kemaksiatan, hidup semata-mata untuk cari harta dan jabatan..jika umat Islam sudah menjadi seperti ini, maka misi kalian sudah berhasil..laksanakan dan tunaikan misi kalian ini dengan penuh kesedaran - ucapan di Persidangan Yahudi di Basle, Switzerland : 1897.
Lord Cromer - Gubernor Inggeris di Mesir & Sudan telah menulis " bahawasanya tanah jahan yang diberi kemerdekaan itu perlu diserahkan kepada anak negeri yang dapat melangsungkan dasar-dasar dan polisi yang menjaga kepentingan dan keselamatan Barat "
10 Rancangan Kuffar Hancurkan Islam
1) Lenyapkan sistem pemerintahan Islam.
2) Menghapuskan Al-Qur'an.
3) Hancurkan akhlak Muslim, fikiran , hubungan mereka dengan Allah dan bebaskan mereka mengikut hawa nafsu.
4) Lenyapkan kesatuan kaum Muslimin.
5) Ragukan kaum Muslimin terhadap agamanya.
6) Lemahkan bangsa Arab.
7) Dirikan negara diktator di dunia Islam.
8) Pisahkan kaum Muslimin dari menguasai perindustrian dan biarkan mereka hancur dengan barangan Barat.
9) Singkirkan tokoh-tokoh Islam dan tamatkan Gerakannya.
10) Rosakkan wanita dan kembangkan pergaulan bebas.
0 ulasan:
Catat Ulasan