Jumaat, 18 September 2009

Pengganas No 1 Asia terbunuh ?

Setelah lebih 6 tahun menjadi buruan pihak berkuasa Indonesia, akhirnya Noordin M. Top didakwa terbunuh bersama 3 lagi temannya iaitu Urwah, Hadi Susilo dan Aji di Solo, Jawa Tengah pagi semalam. Sekali lagi, pasukan Detasemen Khusus ( DENSUS 88 ) Anti Terorisme, Indonesia dikenal kerana ‘kejayaan’ aksi mereka memburu Noordin.


Apakah benar Noordin yang menjadi perancang pelbagai siri-siri serangan keatas kepentingan Amerika dan sekutunya di Indonesia, masih belum terungkap. Namun, media terus berperanan menjuarai isu ini dengan pelbagai citra dalam pemberitaan terhadap buruan no.1 ini.


Di Malaysia, akhbar Utusan Malaysia sampai meletakkan tittle ‘Pengganas No.1 Asia’ kepada Noordin dibawah tajuk ‘Pemburuan Noordin Berakhir’. Bahkan pada ruangan Kronologi Serangan Militan Di Indonesia Sejak 2000 , akhbar Utusan juga turut melakukan sebuah fitnah terhadap As-Syahid Imam Samudra, Amrozi dan Ust Mukhlas@Ali Ghufron dengan tuduhan pelaku bom Bali sehingga mengorbankan 202 nyawa. Nama Ust Abu Bakar Ba’asyir turut dikaitkan dengan konspirasi menentang Negara. Pelbagai fakta yang disiarkan pada ruangan kronologi tersebut, kebanyakannya adalah fakta yang sama sebagaimana yang sering dilaporkan oleh media-media kuffar Amerika, Australia, Britain mahupun Israel.


Ketika mengulas mengenai pengeboman hotel J.W Marriot dan Ritz Carlton dalam temubual bersama wartawan majalah Sabili, Ust Abu Bakar Ba’asyir, Amir Jama’ah Ansar Tauhid (JAT) mengatakan bahawa ‘ saya sangat takut mengatakan mereka itu teroris..Wallahi, ini akan dipertanyakan oleh Allah s.w.t kelak………jika kita menyebut mereka teroris, kita ikut membantu Amerika dan oknum tertentu di Indonesia yang ingin menghancurkan Islam..Terorisme adalah produk Amerika untuk memerangi kaum Muslimin yang konsisten menjalankan agamanya..mereka mengelabui orang dengan menyebut Mujahid sebagai teroris…..mereka Mujahid, bukan teroris..’


Istilah ‘Pengganas No 1 Asia’ yang digunakan oleh media Malaysia amat mengecewakan dalam keadaan masih tidak terbukti apakah benar pengeboman kelmarin adalah tindakan mereka sebagai perancang. Namun, media kuffar dan antek-anteknya telah berjaya membentuk minda pembaca agar menerima hakikat bahawa pengganas itu adalah umat Islam.


Laporan mengenai detik-detik kematian Noordin dan 3 temannya, pembaca boleh merujuknya disini:

http://www.muslimdaily.net/ dan juga http://www.arrahmah.com/ pada ruangan ‘Local News’.


Jika benar mereka bersalah, mudahan-mudahan Allah ampunkan dosa mereka. Mereka adalah Muslim yang juga mencintai agama mereka dan terkesan dengan kezaliman yang dilakukan oleh kuffar keatas umat Islam diseluruh dunia. Jika benar tindakan tempohhari adalah tindakan mereka berdasarkan ijitihad yang tidak tepat, Allahlah yang menilainya. Namun, sampai saat ini masih tidak terbukti pengeboman ini adalah kerja mereka melainkan bukti-bukti yang merupakan versi pihak berkuasa Indonesia dan Negara-negara kuffar yang lain dalam menyudutkan Islam. Jika mereka benar-benar tidak bersalah, lalu dihukum sedemikian rupa, mudah-mudahan mereka syahid, InsyaAllah dan para pembunuh semuanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada Imam Samudra, Amrozi, Ust Ali Ghufran, Dr.Azhari dan sebagainya.- wallahua’lam.





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selamat Hari Raya Aidilfitri & Selamat Bercuti dari kami di IMCurtain.com. Maaf Zahir dan Batin!

p/s: Kami ingin mengajak para blogger semua untuk menyertai komuniti blogger kami di IMCurtain.com