Ahad, 27 September 2009

'Idul Fitri dan Ahzab Moden

Bahang sambutan ‘Idul Fitri 1430 Hijrah masih terasa. Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kemudahan, kekuatan serta dengan rahmatNya universiti Ramadhan yang kita lalui berjaya disempurnakan dan keputusan dari ujian di dalam tempoh itu akan kita ketahui kelak, InsyaAllah.


Laungan takbir dan kalimah Laa’ilaha illalloh yang dilaungkan sewajarnya menjadikan kita terus mengingati , memahami dan mengambil roh perjuangan dari peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Syawal ini. Ghuzwah Al-Ahzab (tentera bersekutu) atau Khandaq (parit) memperlihatkan kepada kita betapa pihak kuffar dan musuh yang memerangi Islam sejak sekian lama ,bukanlah bergerak bersendirian atau berseorangan. Namun, perlawanan kepada Islam ini disertai oleh pelbagai golongan yang mempunyai warna dan corak yang berkepelbagaian. Ghuzwah Al-Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun keempat atau kelima Hijrah telah membuktikan bagaimana pihak kuffar bergabung dalam sebuah barisan dan pakatan yang terdiri dari pelbagai kabilah-kabilah Yahudi seperti Yahudi Bani Nadhir, Bani Ghatfan, Bani Murrah, Bani Fuzarah, Bani Quraizah yang khianat dan Arab Quraisy untuk memerangi kerajaan Islam Madinah.


Diantara kalimah yang terkait dengan peristiwa besar ini yang kita laungkan pada 1 Syawal yang lalu adalah kalimah wahazamal Ahzaba wahdah’. Rasulullah s.a.w sendiri tidak putus-putus berdoa kepada Allah dengan doa yang masyhur yang terkandung didalam Qunut Nazilah iaitu Allahumma Ya Munzilal Kitab, wa Ya Mujriyas sahab, wa Ya Hazimal Ahzab, ihzimhum wansurna ‘alaihim Ya Rabbal ‘Alamin.


Sebagaimana pertembungan diantara kekufuran dan keimanan itu berterusan sehingga hari Qiamat, maka begitulah juga halnya dengan pasukan Ahzab. Ia juga wujud sehingga hari Qiamat iaitu dalam bentuk gabungan pelbagai golongan dan pihak yang memusuhi Islam atau kurang senang dengan Islam secara rasmi atau tidak. Mereka juga wujud dengan pelbagai nama saat ini, baik Yahudi yang sinonim dengan Negara Israel atau Kristian dimana-mana Negara khasnya Amerika, Britain, Australia dan Filipina atau golongan Mulhidin (komunis) yang anti agama seperti Russia, China dan sebagainya atau Buddha di Thailand dan Cambodia yang membantai ratusan ribu umat Islam atau juga pemimpin-pemimpin Arab dan pendokongnya yang menganut fahaman sosialis atau juga pemimpin-pemimpin dimana-mana Negara umat Islam yang beriman dengan sekularisme serta nasionalisme. Semua mereka adalah pasukan Ahzab Moden yang saat ini sangat memusuhi, memerangi, tidak senang, prejudis dan rimas dengan Islam.


Gerakan Nasionalisme didalam Negara ini juga tidak bergerak bersendirian dalam menghadapi Islam. Dibelakang mereka tersusun rapi pelbagai pihak lain baik Amerika dan Yahudi yang sangat senang melihat fahaman kebangsaan ini dianuti oleh umat Islam sehingga dengan fahaman sesat inilah yang mampu menjadikan terpecahnya Negara-negara umat Islam dengan perjuangan atas nama bangsa masing-masing dan bukanlah bangkit diatas nama perjuangan yang berasaskan ukhwah dan aqidah Islamiyyah. Maka tidak hairanlah jika kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU-2004 yang lalu diucapkan tahniah terawal daripada Presiden Amerika, George W.Bush.


Ahzan Moden adalah kalimah yang dipopularkan oleh As-Syahid Syed Quthb yang terbunuh ditali gantung kerajaan thoghut Mesir. Kalimah ini sangat tidak disenangi oleh pelbagai pihak khasnya mereka yang bermasalah dengan Islam. Padahal merekalah yang mengiklankan permusuhan dengan Islam secara terang-terangan sebagaimana pemimpin UMNO yang bodoh mengganggu tugas Mahkamah Syariah dalam kes Kartika Seri Dewi dan Sisters In Islam (SIS) yang bengong mencari peguam untuk membatu Kartika membantah sebatan 6 rotan kepadanya dalam keadaan beliau sendiri mahukan undang-undang itu dilaksanakan. Ketika undang-undang sivil menghukum manusia dalam keadaan aurat yang terdedah (hanya kemaluan bawah ditutup), sebatan yang merosakkan kulit punggung begitu dahsyat dan darah yang mengalir membasahi punggung pesalah, rotan yang besar dan kaedah pukulan yang begitu dahsyat, tiada sedikitpun suara dari UMNO dan SIS ini.


Maaf, inilah mereka-mereka yang saya katakana pasukan Ahzab Moden didalam Negara kita saat ini yang sangat rimas dan tidak tenteram dengan kalimah Islam, Syariah dan sebagainya.


Catatan : Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman kepada Kartika atas kesalahannya meminum arak disebuah kelab malam di Cherating, Kuantan sekitar 2 tahun lalu dengan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan. Pihak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNOlah yang menghadkan hanya 6 sebatan sahaja kepada Mahkamah Syariah. Maka hanya 6 sebatan sahajalah yang mampu ditetapkan oleh mereka. Isu sekarang bukanlah isu 6 sebatan itu bertepatan dengan Islam atau tidak kerana ianya adalah perkara yang boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut, namun isunya adalah bagaimana sikap pemimpin UMNO yang sangat tidak serius dan berdolak dalik dalam hal arak ini kerana mereka jugalah yang membantah sebatan ini dengan alasan ‘kita masih belum ada kepakaran dalam sebatan’ ini. Ketika mereka mennggunakan undang-undang sivil yang langsung tidak bertepatan dengan Islam, boleh dan ada pula pakar-pakar sebatan yang disediakan. Begitu jugalah dengan SIS…Bahkan maklumat yang diterima, ada beberapa pimpinan Negara yang menghubungi hakim Mahkamah Syariah Pahang yang menjatuhkan hukuman ini dan mengugut beliau dengan pelbagai ugutan serta tekanan.

Tiada ulasan: