Jumaat, 18 Disember 2009

22 Tahun HAMAS : 1987-2009

Tanggal 14 Disember 2009 bersamaan 27 Zulhijjah 1430 yang lalu, Harakatul Muqawwamatul Islamiyyah: HAMAS ( Gerakan Kebangkitan Islam ) menyambut ulang tahun ke-22 penubuhan HAMAS di bumi Palestin. HAMAS adalah gerakan jihad dalam menghadapi pencerobohan bangsa Yahudi ke atas tanah umat Islam Palestin. Mereka juga adalah ‘pengawal-pengawal’ Al-Aqsa disaat rumah Allah yang menjadi kiblat pertama umat Islam ini dikotori oleh tentera-tentera Zionis Laknatullah.

HAMAS juga adalah sebuah gerakan Islam yang melibatkan diri sebagai parti politik Islam di Palestin bagi menghadapi gerakan parti politik secular dan kebangsaan Palestin dalam misi menegakkan kerajaan Islam Palestin. Pengkhianatan gerakan secular dan kebangsaan (nasional) Palestin ke atas perjuangan Islam dan ke atas bumi Palestin tidak boleh disembunyikan lagi. Disaat bumi Palestin dibantai oleh Israel dengan dukungan Amerika dan Negara-negara kuffar lain, mereka inilah yang sanggup duduk bergelak ketawa bersama para penjajah ini dalam rangka menjalinkan kerjasama memusnahkan HAMAS semata-mata kerana HAMAS mahukan Palestin yang hidup dengan dasar Islam dan perlawanan ke atas Yahudi di atas nama jihad.

Kedengkian gerakan secular dan kebangsaan Palestin seperti Gerakan Fatah ( pimpinan Presiden Palestin: Mahmud Abbas ) ke atas HAMAS jelas terlihat ketika bumi Ghazzah dibantai teruk akhir 2008 yang lalu. Dahulunya FATAH dikenal sebagai PLO pimpinan Yaser Arafat. Mereka inilah yang sanggup membantu Israel menangkap pejuang-pejuang HAMAS dan siapa sahaja rakyat yang menjadi simpatisan kepada HAMAS. Bahkan, Negara-negara Arab seperti Mesir juga bertindak jahat kepada saudara seaqidah sendiri di Palestin dengan menutup jalan masuk Mesir – Palestin agar bantuan umat Islam tidak bisa sampai kepada rakyat Palestin. Semuanya ini dilakukan bagi mengambil hati Israel dan Amerika yang menjadi tuan kepada mereka.

Kini, umur HAMAS telah mencecah 22 tahun setelah ditubuhkan pada tahun 1987 yang lalu dibawah pimpinan As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin ( 1987-2004 ). Beliau syahid dibedil peluru berpandu dari helicopter Apache milik Israel. Penggantinya, As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi pula hanya sempat memimpin beberapa bulan sahaja, lalu peluru Apache menerjah dadanya pula. Kini, Qa’id HAMAS tidak diisytiharkan secara umum lagi kerana bakal menjadi sasaran baru Israel. Namun, tokoh-tokoh utama mereka seperti Ust Ismail Hanieyah ( PM Palestin ), Khalid Mash’al dan lain-lain ditonjolkan.

Teruskan perjuangan kalian…dengan iringan doa dari saudara kalian yang prihatin di seluruh dunia. Fajar kemenangan pasti tiba. Imman nasr wa immas syahadah wa ‘isy kariman au mut syahidan.

Gambar dari website Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam (sayap ketenteraan HAMAS) http://www.alqassam.ps/arabic/


Tiada ulasan: