Sekitar dua tiga minggu ini, beberapa sahabat-sahabat seperjuangan dan sepengajian dari bumi
Sesi sidang skripsi disaksikan oleh teman-teman sepengajian yang lain. Saat itu, keberanian perlu meneggelamkan ketakutan, keyakinan perlu menghapus keraguan, ketenangan membungkus kebimbangan. Semuanya itu adalah ubat dan bekal mahal bagi mempertahankan karya ilmiah yang telah disiapkan dalam tempoh waktu berbulan-bulan lamanya beserta penat lelah yang tuan empunya badan sahaja merasainya. Mempertahankan hasil yang dibuat dihadapan penguji-penguji yang mempunyai pelbagai wajah bukanlah hal yang mudah. Pokoknya, sesi ini bukan sesi menyerah diri dihadapan mereka yang bertalu-talu melempar pertanyaan tersebut. Ini adalah ruang menyatakan pembelaan secara terbuka atas hasil usaha sendiri.
Menyerah bermakna membuang keyakinan terhadap hasil kerja yang sudah dilakukan semaksima mungkin. Jika mempertahankan hal ini perlukan kekuatan dan keberanian, begitulah dalam hal mempertahankan prinsip kehidupan. Apatah lagi prinsip itu benar dan kena dengan yang dikehendaki Al-Qur’an.
Prinsip dan matlamat adalah 2 hal yang berbeza. Prinsip adalah alat untuk mencapai matlamat. Matlamat boleh dibahagikan kepada 2 iaitu jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Anda boleh mencipta matlamat jangka pendek dalam kehidupan anda apa sahaja yang anda ingin capai. Namun, perlu diingati bahawa matlamat jangka masa panjang adalah tujuan yang sampai ke akhirat. Ianya adalah Mardhotillah.
Kalimah bahasa Arab sangatlah kaya dan unik. Hadaf adalah matlamat dan Ghayah juga adalah matlamat. Namun, ghayah khas untuk Islam atau untuk Allah. Maka, kalimah Allah digabung menjadi Allahu Ghayatuna.
Jika anda meletakkan matlamat hidup adalah bahagia dunia dan akhirat, maka anda perlu membayarnya dengan harga yang mahal. Akhirat tidak dapat percuma dan bahagia disana bukan dapat dengan anda duduk bersila dan menadah tangan sahaja. Maka untuk mencapai matlamat, anda perlukan alat. Alat itulah namanya prinsip. Contoh prinsip adalah ‘laksanakan perintah Allah dalam keadaan susah atau senang’. Ini namanya prinsip. Jika anda mahu bahagian dunia dan akhirat, lalu takut melaksanakan kerja Islam dan penakut yang teramat sangat untuk menyatakan kebenaran, apa anda ingat matlamat bahagia di akhirat boleh anda dapat ?
Maka, hiduplah dengan prinsip yang baik dan jelas. Orang yang tidak ada prinsip adalah orang bermasalah. Orang yang ada prinsip, lalu melawan prinsip sendiri lebih lagi bermasalah. Jika anda berprinsip, nyatakan sikap yang jelas apabila berlaku perlecehan atau perlawanan terhadap Islam. Jangan kerana ingin menjaga hubungan, anda diamkan kesalahan orang dikiri dan kanan anda. Jika anda seorang sahabat yang baik dan mahukan orang dikiri kanan anda juga baik, anda berbicara. Jika tidak, diamlah anda untuk selama-lamanya kerana anda sedang mencari redhonya.
( Tahniah untuk sahabat-sahabatku yang telah selesai menempuh tugasan-tugasan ini dan bakal menerima ijazah tidak lama lagi. Mudah-mudahan usaha kalian diberkati Allah dan ilmu yang dipelajari bermanfaat pada diri dan umat ini )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan