Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin boleh berbangga sekali lagi apabila media dunia menyiarkan keadaan demokrasi di Malaysia ala Umno dan BN. Tahun lalu, Malaysia telah melonjak namanya apabila Al-Jazeera menyiarkan demokrasi ala Umno dan BN dengan rakaman kekerasan anggota polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang ditunggangi oleh penguasa dalam menghadapi rakyat yang berhimpun secara aman tanpa senjata untuk menuntut hak mereka yang dinafikan dalam Himpunan Bersih.
Akhbar Serambi
Antara lain dinyatakan, jumlah demonstran hampir 20,000 orang dan yang ditangkap sekitar 438 orang termasuk 31 remaja bawah 18 tahun. Penyataan dari tim.ketua Polis Kuala Lumpur, Ismail Omar yang menyatakan bahawa “aksi demo itu illegal (haram)…kami hanya ingin membubarkan mereka, jadi kami menggunakan meriam air dan gas air mata”. Beliau menegaskan bahawa polis tidak bertindak brutal. Turut dimuatkan adalah kenyataan dari pimpinan pihak oposisi (pembangkang) iaitu Anwar Ibrahim yang menyatakan kritikan terhadap pihak polis yang menggunakan kekerasan dan tempelak terhadap Dato’ Seri Najib Tun Razak yang telah menghancurkan gambarannya sebagai pria (lelaki) yang baik. Anwar turut menegaskan bahawa usaha damai telah dilakukan sekian lama sebelum oposisi melakukan unjuk rasa. Pihak polis anti huru hara dikerahkan seramai 5000 orang untuk menghalang demonstrasi anti-ISA, lapor akhbar Serambi
Di dalam TV Indonesia juga turut disiarkan aksi-aksi kekerasan polis menyuraikan para peserta demonstrasi anti-ISA. Tahniah UMNO dan BN ! Kini dunia mengenalmu….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan