Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana berjaya menempuhi Sidang Munaqasyah Skripsi saya yang berjudul “Konsep Hijrah Dalam Perspektif Al-Qur’an’ jam 9.00 pagi tadi dengan baik dan tenang setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas menyiapkannya dalam masa 3 bulan terakhir sebelum berakhirnya tempoh persidangan 26 Ogos ini. Akhirnya saya diterima dan lulus untuk mendapat S1. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…InsyaAllah, tanggal 16 September 2010, akan dilaksanakan wisuda IAIN Ar-Raniry.
Sekitar persidangan skripsi ku tadi…
Jutaan terima kasih dan penghargaan saya tujukan khusus buat ibu dan bapa tercinta dan ahli keluarga, pembimbing skripsiku, sahabat-sahabat seperjuangan dalam PKPMI-CA, sahabat-sahabat serumah sewa di Aceh dan seluruhnya yang tidak mampu saya nyatakan satu persatu nama mereka. Bantuan, dokongan dan motivasi dari kalian amat ku hargai.
Ya Allah, berkatilah ilmu yang ku perolehi dan jauhkanlah diriku dari mengkhianati amanah ilmu dan mudahkanlah aku untuk beramal dengannya dan menyampaikannya kepada ummat ini….
Catatan: Dalam system pengajian di pusat pengajian tinggi di Indonesia, ada beberapa istilah yang perlu kita ketahui seperti berikut:
1) Skripsi – karya ilmiah untuk program Ijazah
2) Tesis – karya ilmiah untuk program Magister (Master)
3) Disertasi – karya ilmiah untuk program Doktor.
Istilah S1, S2 dan S3 artinya strata 1 (Ijazah), strata 2 (Magister) dan strata 3 (Doktor). Strata artinya tingkat pendidikan. Wisuda adalah konvokesyen. Yudisium adalah majlis anugerah sijil di peringkat fakultas yang kebiasaannya dibuat beberapa hari di fakultas masing-masing sebelum konvokesyen.
2 ulasan:
tahniah.. semoga terus berbakti untuk ummah dan Deenul Islam..
Tahniah.
Insya Allah 9-12 Oktober 2010 ini ana, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah USM akan ke IAIN Ar-Raniry, Acheh. Ada seminar berkenaan perbankan Islam (Majlis Syariah) dan visata spiritual tsunami.
Catat Ulasan