Selasa, 20 Januari 2009

Takziah ya ukhti...

Jam 06.32 (waktu Malaysia) petang tadi, Ukhti Aiziah bt Umar mantan Tim.Exco Rehlah & Mukhayyam (RHM) PMKIAS 06/07 yang sempat bersama dalam organisasi mengirim SMS dari Pahang kepada saya. “ ana mohon antum wat solat hajat. Adik ana jatuh sungai, tapi masih belum dijumpai”. Innalillah ucap saya seusai membaca mesej ringkas tersebut.


Seketika kemudian,akhawat yang terhampir dengannya, ukhti Syarifah memaklumkan adiknya telah meninggal dunia dan ditemui jam 06.35 tadi. Innalillah..hanya beberapa minit sahaja daripada SMS pertama tadi.


Terus saya menghubungi Ukhti Aiziah mohon penjelasan. “ Pagi tadi dia bersama pak cik naik bot di sungai dalam kampung kami jugak di Rompin. Sungai besar juga dan bot terbalik. Pak cik pun jatuh bersama adik ana. Waktu tu sekitar jam 02.00 petang. Pak cik nak selamatkan, tapi dia pun terbelit dengan tali. Akhirnya adik ana hanyut dan tak jumpa. Petang tadi jam 6.35 polis dan bomba temui. Sudah meninggal. Sekarang di Hospital Muadzam Shah, Pahang untuk bedah siasat. InsyaAllah solat jenazah hari esok”.


Adiknya bernama Mohd Rizaha bin Umar, 22 tahun.

Lot 968 Kampung Sepakat Barat, 26800 Kuala Rompin, Pahang.


Al-Fatihah

Mudahan-mudahan Allah ampunkan dosa-dosanya yang pergi dalam usia yang masih muda. Kepada Ukhti dan ahli keluarga, kami harapkan agar dapat bersabar dan menerima ketentuan Allah ini dengan redho.

Daripada:

Penulis dan teman-teman seperjuangan ex-KIAS di IAIN Ar-Raniry.

1 ulasan:

Awanama berkata...

takzaih jg buat shabt,,mg adik syahid di jaln allah...