Isnin, 5 Januari 2009

Pelaksana Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah : Ikon Perjuangan Muslimah Palestin

Menelusuri perjuangan umat Islam Palestin membuatkan kita benar-benar menghormati dan mengkagumi mereka. Mereka umpama wakil ummah Islam seluruh dunia dalam menghadapi golongan Kuffar Mustakbirin. Bahkan kemenangan jihad di bumi Palestin adalah kemuncak kemenangan Islam di tempat-tempat lain dan sebaliknya, jika bumi ini gagal dipertahankan, maka wilayah-wilayah umat Islam lain apatah lagi. Inilah yang dibimbangi oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika, Russia, Israel dan Negara-negara kuffar lain yang dihantui mimpi ngeri akan kembalinya khilafah Islam kali kedua. Saat itu, mereka akan dipimpin, bukan lagi memimpin. Sejarah telah membuktikan betapa bahagia dan tenangnya non-Muslim dibawah payung keadilan pemerintahan Islam. Namun, hari ini mereka bertindak sebaliknya.

Palestin telah menunjukkan kepada kita ratusan peribadi-peribadi unggul yang muncul menjadi ikon dan inspirasi kebangkitan umat Islam hari ini. Dari anak-anak kecil pelempar batu yang menggerunkan Israel sehinggalah kepada orang tua yang lanjut usia. Mereka benar-benar hidup dalam suasana jihad. Jika didalam sebuah keluarga tidak ada anak yang gugur sebagai syuhada’, ianya adalah keaiban besar kepada keluarga tersebut. Kematian anak ketika bertempur dengan Yahudi adalah satu kebanggaan bagi ibu-ibu disana. Disinilah mereka mengenal As-Syahid Izzuddin Al-Qassam, pakar bom yang syahid puluhan tahun lampau dan kini namanya diabadikan kepada roket-roket HAMAS, iaitu roket Al-Qassam. Bumi ini jugalah yang memperkenalkan mereka kepada Sheikhul Jihad, As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang gugur dibedil Apache tahun 2004 yang lalu, diikuti oleh As-Syahid Abdul Aziz Ar-Rantisi. Ketika Ghazzah dibantai teruk 27 Dis baru-baru ini, dunia Islam berkenalan pula dengan pimpinan HAMAS, As-Syahid Nizar Rayyan yang gugur diserang oleh Israel. Semua mereka ini adalah kaum Muslimin yang menjadi mastermind dalam menggerakkan jihad di bumi barakah ini.

Namun, tidak ramai yang mengetahui bahawa di bumi Isra’ ini juga, Allah memunculkan para akhawat, Muslimah yang membantu perjuangan Islam dengan aksi-aksi jihad yang sangat jarang dan sukar dilakukan oleh seorang muslimah. Dengan batasan aurat, tanggungjawab sebagai isteri, tugas mendidik anak-anak dan pelbagai kewajipan lain, mereka membuktikan bahawa jihad juga perlu dan memerlukan golongan muslimah. Disisi musuh, mereka adalah terrorist woman, ekstrem, fanatic, pelampau agama, jumud dan pelbagai label. Tetapi , Allah memandang mereka sebagai syuhada’. InsyaAllah mereka syahid. Inilah muslimah-muslimah Palestin ‘peledak bom’ yang menjadi mimpi ngeri bagi Israel, tetapi benar-benar menjadi ikon atau idola kebangkitan Muslimah Palestin.

Mereka Pelaksana Amaliyyah Al-Istisyhadiyyah :

Amaliyyah bermaksud perbuatan atau operasi dan Istisyhadiyyah bermaksud usaha mendapatkan syahid. Maka jika digabungkan dua kalimah ini, ia membawa pengertian ‘Operasi Untuk Mendapatkan Syahid’. Di Palestin, operasi ini disandarkan kepada perbuatan individu yang membawa bom atau apa-apa bahan letupan samada dipegang atau dipasang dibadan untuk meledakkan tentera kuffar Israel atau seluruh bangsa Yahudi. Mereka ini telah membuktikan :

1) As-Syahidah Wafa’ binti Idris, 28 tahun – operasi pada 27 Januari 2002.

2) As-Syahidah Dareen Abu Aysheh, 21 tahun – operasi pada 27 Februari 2002.

3) As-Syahidah Ayat Muhammad Al-Akhras,18 tahun – operasi pada 29 Mac 2002.

4) As-Syahidah Andaleeb Takafka, 20 tahun – operasi pada 12 April 2002.

5) As-Syahidah Hiba Al-Daraghma, 19 tahun – operasi pada 19 Mac 2003.

6) As-Syahidah Hanadi Taisir Jaradat, 29 tahun – operasi pada 04 Oktober 2003.

7) As-Syahidah Reem Soleh Ar-Riyashi, 21 tahun – operasi pada 14 Januari 2004.

8) As-Syahidah Zainab Abu Salem, 18 tahun – operasi pada 22 September 2004.

9) As-Syahidah Merfat Mas’ud, 18 tahun – operasi pada 06 November 2006.

10) As-Syahidah Fatimah Umar Mahmud An-Najar (Ummu Muhammad), 57 tahun – operasi pada 23 Nov 2006.

Bersambung… nantikan sambungan mengenai biografi ringkas, kisah-kisah menarik serta operasi yang mereka lakukan. InsyaAllah. Dalam proses penterjemahan dari artikel B.I ke B.M.:)

Tiada ulasan: