Isnin, 28 September 2009

Email Dari Pembaca Yang Tidak Bersetuju Dengan Saya

[ Seingat saya, ini adalah kali ketiga saya menerima email berbentuk respon dan sedikit kritikan terhadap beberapa artikel yang diposting khasnya mengenai isu Islam Liberal dan terorisme. Penghantarnya adalah individu yang sama yang menggunakan email http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/05/respon-pembaca-pada-artikel-ancaman.html Kemudian email keduanya mengenai liberalisasi dan demokrasi ( saya sudah terdelete ) dan yang ketiga, pada 21 Sept baru-baru ini yang mengkritik tajuk ‘Ciri-Ciri Teroris Ala Amerika’. (maaf-sepatutnya Versi Amerika, bukan Ala Amerika).


Setakat ini saya tidak pernah menghantar email balasan kepada beliau dan untuk kali ini pun saya masih tidak menjawabnya. InsyaAllah, akan diusahakan juga. Buat masa ini saya tidak sempat menjawabnya lagi kerana kebimbangan saya saudara kita ini akan terus termuntah membaca artikel saya setelah artikel sebelum ini membuatkan beliau menjadi ‘geli’. Pembaca yang ingin ‘mewakil’ saya menjawabnya, boleh tulis diruangan komentar pada bahagian bawah artikel ini – Terima Kasih ]


Silakan membaca…


Saya geli membaca tulisan anda di blog yang bertajuk Ciri-ciri Teroris ala Amerika.

Sungguh berlebihan reaksi anda dalam menanggapi fenomena terorisme yang belakangan ini kembali marak. Anda memandang bahwa seolah aksi terorisme yang dilakukan sekelompok orang dengan mengatasnamakan Islam belakangan ini, hanyalah fitnah semata.


Rasanya, anda terlihat “berat” menerima kenyataan bahwa memang ada sekelompok Islam yang beraliran keras dan bertindak teroristik. Anda sepertinya mencoba menghibur diri dengan memandang bahwa semua itu hanyalah fitnah.


Pemikiran anda khas kelompok fanatik agama. Memandang dunia dengan sentimen primordial keagamaan, bukan “logika kemanusiaan” yang universal. Ini menyebabkan kepedulian anda terhadap konflik lebih disebabkan karena sentimen primordial, bukan empati kemanusiaan.


Lihatlah, betapa besar perhatian umat Muslim terhadap konflik di Afghanistan, Palestina, Thailand selatan, Filipina selatan, dan Ambon. Apa motivasi mereka peduli? Kemanusiaankah, atau sekedar sentimen “saudara seiman”?


Jika jujur, jawabannya adalah karena yang “menzolimi” Muslim dalam konflik tersebut adalah kaum kuffar. So, Muslim hanya benci terhadap kaum kuffar, dan tidak peduli terhadap penderitaan kemanusiaan.


Ketika kaum kuffar menzolimi Muslim, dunia Islam berang. Mungkin dalam benaknya, “ini kesempatan bagus untuk mengutuk kaum kuffar”. Tetapi ketika negara-negara Muslim sendiri menzolimi umat Muslim, seperti rezim Saddam yang menzolimi rakyatnya dari kalangan Syiah, Kurdi dan lawan politiknya (mereka juga Muslim), dunia Islam tidak bereaksi apa-apa. Kenapa? Karena pelaku kezoliman adalah Saddam, yang juga Muslim.


Konflik di Sudan selatan, dan banyak negara-negara Afrika, di mana korban dan pelakunya tak jarang sesama Muslim sendiri, apakah dunia Islam memiliki kepedulian dengan intensitas yang sama pada kepedulian mereka atas konflik di Irak, Palestina dan sebagainya?


Baca tulisan saya di blog berikut ini:

Dunia Islam dan Kepedulian Terhadap HAM

Kemudian, baca dan simak situs berikut:

http://islamlib.com/id


Semoga tulisan-tulisan di sana dapat membuka dan memperluas cakrawala berpikir anda.

“Qui scribit, bis legit”

“Barang siapa menulis, ia membaca dua kali” (Pepatah Yunani)


Catatan : Saya tidak akan menghalang komentar dari sesiapa pun diblog ini baik dihantar pada email atau c-box. Hanya gunakan bahasa yang baik sahaja. Anda bebas memberi komentar. Namun, jika anda tidak mampu lagi dan terasa menyakitkan atau terasa semakin geli membaca article-artikel disini, saya cadangkan anda tidak menziarahi lagi blog ini untuk keselamatan diri anda.

Ahad, 27 September 2009

'Idul Fitri dan Ahzab Moden

Bahang sambutan ‘Idul Fitri 1430 Hijrah masih terasa. Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberi kemudahan, kekuatan serta dengan rahmatNya universiti Ramadhan yang kita lalui berjaya disempurnakan dan keputusan dari ujian di dalam tempoh itu akan kita ketahui kelak, InsyaAllah.


Laungan takbir dan kalimah Laa’ilaha illalloh yang dilaungkan sewajarnya menjadikan kita terus mengingati , memahami dan mengambil roh perjuangan dari peristiwa besar yang berlaku dalam bulan Syawal ini. Ghuzwah Al-Ahzab (tentera bersekutu) atau Khandaq (parit) memperlihatkan kepada kita betapa pihak kuffar dan musuh yang memerangi Islam sejak sekian lama ,bukanlah bergerak bersendirian atau berseorangan. Namun, perlawanan kepada Islam ini disertai oleh pelbagai golongan yang mempunyai warna dan corak yang berkepelbagaian. Ghuzwah Al-Ahzab yang berlaku pada bulan Syawal tahun keempat atau kelima Hijrah telah membuktikan bagaimana pihak kuffar bergabung dalam sebuah barisan dan pakatan yang terdiri dari pelbagai kabilah-kabilah Yahudi seperti Yahudi Bani Nadhir, Bani Ghatfan, Bani Murrah, Bani Fuzarah, Bani Quraizah yang khianat dan Arab Quraisy untuk memerangi kerajaan Islam Madinah.


Diantara kalimah yang terkait dengan peristiwa besar ini yang kita laungkan pada 1 Syawal yang lalu adalah kalimah wahazamal Ahzaba wahdah’. Rasulullah s.a.w sendiri tidak putus-putus berdoa kepada Allah dengan doa yang masyhur yang terkandung didalam Qunut Nazilah iaitu Allahumma Ya Munzilal Kitab, wa Ya Mujriyas sahab, wa Ya Hazimal Ahzab, ihzimhum wansurna ‘alaihim Ya Rabbal ‘Alamin.


Sebagaimana pertembungan diantara kekufuran dan keimanan itu berterusan sehingga hari Qiamat, maka begitulah juga halnya dengan pasukan Ahzab. Ia juga wujud sehingga hari Qiamat iaitu dalam bentuk gabungan pelbagai golongan dan pihak yang memusuhi Islam atau kurang senang dengan Islam secara rasmi atau tidak. Mereka juga wujud dengan pelbagai nama saat ini, baik Yahudi yang sinonim dengan Negara Israel atau Kristian dimana-mana Negara khasnya Amerika, Britain, Australia dan Filipina atau golongan Mulhidin (komunis) yang anti agama seperti Russia, China dan sebagainya atau Buddha di Thailand dan Cambodia yang membantai ratusan ribu umat Islam atau juga pemimpin-pemimpin Arab dan pendokongnya yang menganut fahaman sosialis atau juga pemimpin-pemimpin dimana-mana Negara umat Islam yang beriman dengan sekularisme serta nasionalisme. Semua mereka adalah pasukan Ahzab Moden yang saat ini sangat memusuhi, memerangi, tidak senang, prejudis dan rimas dengan Islam.


Gerakan Nasionalisme didalam Negara ini juga tidak bergerak bersendirian dalam menghadapi Islam. Dibelakang mereka tersusun rapi pelbagai pihak lain baik Amerika dan Yahudi yang sangat senang melihat fahaman kebangsaan ini dianuti oleh umat Islam sehingga dengan fahaman sesat inilah yang mampu menjadikan terpecahnya Negara-negara umat Islam dengan perjuangan atas nama bangsa masing-masing dan bukanlah bangkit diatas nama perjuangan yang berasaskan ukhwah dan aqidah Islamiyyah. Maka tidak hairanlah jika kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRU-2004 yang lalu diucapkan tahniah terawal daripada Presiden Amerika, George W.Bush.


Ahzan Moden adalah kalimah yang dipopularkan oleh As-Syahid Syed Quthb yang terbunuh ditali gantung kerajaan thoghut Mesir. Kalimah ini sangat tidak disenangi oleh pelbagai pihak khasnya mereka yang bermasalah dengan Islam. Padahal merekalah yang mengiklankan permusuhan dengan Islam secara terang-terangan sebagaimana pemimpin UMNO yang bodoh mengganggu tugas Mahkamah Syariah dalam kes Kartika Seri Dewi dan Sisters In Islam (SIS) yang bengong mencari peguam untuk membatu Kartika membantah sebatan 6 rotan kepadanya dalam keadaan beliau sendiri mahukan undang-undang itu dilaksanakan. Ketika undang-undang sivil menghukum manusia dalam keadaan aurat yang terdedah (hanya kemaluan bawah ditutup), sebatan yang merosakkan kulit punggung begitu dahsyat dan darah yang mengalir membasahi punggung pesalah, rotan yang besar dan kaedah pukulan yang begitu dahsyat, tiada sedikitpun suara dari UMNO dan SIS ini.


Maaf, inilah mereka-mereka yang saya katakana pasukan Ahzab Moden didalam Negara kita saat ini yang sangat rimas dan tidak tenteram dengan kalimah Islam, Syariah dan sebagainya.


Catatan : Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman kepada Kartika atas kesalahannya meminum arak disebuah kelab malam di Cherating, Kuantan sekitar 2 tahun lalu dengan hukuman denda RM5,000 dan 6 sebatan. Pihak kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNOlah yang menghadkan hanya 6 sebatan sahaja kepada Mahkamah Syariah. Maka hanya 6 sebatan sahajalah yang mampu ditetapkan oleh mereka. Isu sekarang bukanlah isu 6 sebatan itu bertepatan dengan Islam atau tidak kerana ianya adalah perkara yang boleh diperbincangkan dengan lebih lanjut, namun isunya adalah bagaimana sikap pemimpin UMNO yang sangat tidak serius dan berdolak dalik dalam hal arak ini kerana mereka jugalah yang membantah sebatan ini dengan alasan ‘kita masih belum ada kepakaran dalam sebatan’ ini. Ketika mereka mennggunakan undang-undang sivil yang langsung tidak bertepatan dengan Islam, boleh dan ada pula pakar-pakar sebatan yang disediakan. Begitu jugalah dengan SIS…Bahkan maklumat yang diterima, ada beberapa pimpinan Negara yang menghubungi hakim Mahkamah Syariah Pahang yang menjatuhkan hukuman ini dan mengugut beliau dengan pelbagai ugutan serta tekanan.

Jumaat, 18 September 2009

Pengganas No 1 Asia terbunuh ?

Setelah lebih 6 tahun menjadi buruan pihak berkuasa Indonesia, akhirnya Noordin M. Top didakwa terbunuh bersama 3 lagi temannya iaitu Urwah, Hadi Susilo dan Aji di Solo, Jawa Tengah pagi semalam. Sekali lagi, pasukan Detasemen Khusus ( DENSUS 88 ) Anti Terorisme, Indonesia dikenal kerana ‘kejayaan’ aksi mereka memburu Noordin.


Apakah benar Noordin yang menjadi perancang pelbagai siri-siri serangan keatas kepentingan Amerika dan sekutunya di Indonesia, masih belum terungkap. Namun, media terus berperanan menjuarai isu ini dengan pelbagai citra dalam pemberitaan terhadap buruan no.1 ini.


Di Malaysia, akhbar Utusan Malaysia sampai meletakkan tittle ‘Pengganas No.1 Asia’ kepada Noordin dibawah tajuk ‘Pemburuan Noordin Berakhir’. Bahkan pada ruangan Kronologi Serangan Militan Di Indonesia Sejak 2000 , akhbar Utusan juga turut melakukan sebuah fitnah terhadap As-Syahid Imam Samudra, Amrozi dan Ust Mukhlas@Ali Ghufron dengan tuduhan pelaku bom Bali sehingga mengorbankan 202 nyawa. Nama Ust Abu Bakar Ba’asyir turut dikaitkan dengan konspirasi menentang Negara. Pelbagai fakta yang disiarkan pada ruangan kronologi tersebut, kebanyakannya adalah fakta yang sama sebagaimana yang sering dilaporkan oleh media-media kuffar Amerika, Australia, Britain mahupun Israel.


Ketika mengulas mengenai pengeboman hotel J.W Marriot dan Ritz Carlton dalam temubual bersama wartawan majalah Sabili, Ust Abu Bakar Ba’asyir, Amir Jama’ah Ansar Tauhid (JAT) mengatakan bahawa ‘ saya sangat takut mengatakan mereka itu teroris..Wallahi, ini akan dipertanyakan oleh Allah s.w.t kelak………jika kita menyebut mereka teroris, kita ikut membantu Amerika dan oknum tertentu di Indonesia yang ingin menghancurkan Islam..Terorisme adalah produk Amerika untuk memerangi kaum Muslimin yang konsisten menjalankan agamanya..mereka mengelabui orang dengan menyebut Mujahid sebagai teroris…..mereka Mujahid, bukan teroris..’


Istilah ‘Pengganas No 1 Asia’ yang digunakan oleh media Malaysia amat mengecewakan dalam keadaan masih tidak terbukti apakah benar pengeboman kelmarin adalah tindakan mereka sebagai perancang. Namun, media kuffar dan antek-anteknya telah berjaya membentuk minda pembaca agar menerima hakikat bahawa pengganas itu adalah umat Islam.


Laporan mengenai detik-detik kematian Noordin dan 3 temannya, pembaca boleh merujuknya disini:

http://www.muslimdaily.net/ dan juga http://www.arrahmah.com/ pada ruangan ‘Local News’.


Jika benar mereka bersalah, mudahan-mudahan Allah ampunkan dosa mereka. Mereka adalah Muslim yang juga mencintai agama mereka dan terkesan dengan kezaliman yang dilakukan oleh kuffar keatas umat Islam diseluruh dunia. Jika benar tindakan tempohhari adalah tindakan mereka berdasarkan ijitihad yang tidak tepat, Allahlah yang menilainya. Namun, sampai saat ini masih tidak terbukti pengeboman ini adalah kerja mereka melainkan bukti-bukti yang merupakan versi pihak berkuasa Indonesia dan Negara-negara kuffar yang lain dalam menyudutkan Islam. Jika mereka benar-benar tidak bersalah, lalu dihukum sedemikian rupa, mudah-mudahan mereka syahid, InsyaAllah dan para pembunuh semuanya akan dipertanggungjawabkan oleh Allah pada hari akhirat kelak sebagaimana yang telah mereka lakukan kepada Imam Samudra, Amrozi, Ust Ali Ghufran, Dr.Azhari dan sebagainya.- wallahua’lam.