Rabu, 21 Januari 2009

Palestin dan Keruntuhan Khilafah Islam Turki Uthmaniyyah

Seluruh dunia hari ini sibuk berbicara isu serangan Israel ke atas Ghazzah, Palestin. Dulunya Palestin adalah sebuah wilayah Islam yang dijaga oleh Turki Uthmaniyyah. Selepas era kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah, maka seluruh Negara-negara Arab yang dinaungi oleh Turki ketika itu habis ‘difara’idkan’ sesama Negara-negara penjajah. Palestin di masuki oleh Israel. Mesir dijajah oleh Inggeris, Libya dijajah oleh Itali, Afghansitan dijajah oleh Inggeris dan Soviet Union dan sekarang Amerika dan sebagainya. Berikut adalah sedikit sebanyak sejarah keruntuhan Khilafah Uthmaniyyah dan pengkhianatan terbesar ke atas Daulah Islam:


Kisah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Islam moden ini, bermula ketika Sultan Abdul Hamid II menolak permintaan Theodore Hertzel (Ketua Zionisme Antarabangsa dan anggota tertinggi Freemasonry) agar Khilafah Uthmani menyerahkan Palestin sebagai wilayah baru untuk Yahudi. Sejak penolakan ini pula, kekuatan lobi Yahudi mulai bermain keras. Mereka mulai membangkitkan gerakan-gerakan anti Sultan Abdul Hamid II. Antaranya adalah penubuhan Ittihad wat Taraqiy dan Fatat At-Turk iaitu gerakan pemuda-pemuda Turki yang telah didoktrin dengan fahaman secular. Keduanya adalah gerakan dan organisasi yang diasuh dan dibesarkan oleh Gerakan Freemasonry di Turki.


Agenda utamanya adalah menentang dan melakukan pemberontakan atas Sultan Abdul Hamid II. Parti ini untuk pertama kalinyaterbentuk dan muncul sekitar tahun 1890. Digerakkan oleh mahasiswa Akademi Ketenteraan dan Kedokteran Tentera. Mereka banyak melakukan gerakan rahsia untuk menjatuhkan kekuasaan Sultan Abdul Hamid II dari dalam terutama dari garis tengah tentera. Tahun 1897, gerakan ini terbongkar dan Sultan memerintahkan pembubarannya.


Tanggal 4-9 Feb 1902, di Perancis dilakukan konferensi besar dengan agenda meruntuhkan Utsmani. Konferensi ini digerakkanoleh Ittihad wat Taraqiyy. Hasil dari konferensi tersebut, mereka meminta agar Negara-negara Eropah terlibat secara aktif untuk mengakhiri dan menyingkirkan Sultan Abdul Hamid II dari Daulah Turki. Bahkan mereka mendakwa diri telah menguasai sebahagian besar kekuatan ketenteraan di Negara Turki, termasuk pimpinan tertinggi ketenteraan, Mustafa Kamal Affandi.


Dengan lantang Ittihad wat Taraqiyy mengatakan akan memimpin Turki dengan idoleogi Revolusi Perancis yang berdasarkan liberte, egalite dan fraternite. Peristiwa ini lebih dikenali dengan peristiwa 13 Mac.

Sebuah aksi massa meledak dan menuntut penggulingan Sultan Abdul Hamid II, Pemuda-pemuda Turki yang berangkat ke Eropah saat itu, sebagaimana diberitahu oleh Sultan Abdul Hamid II, mereka mempelajari semua hal tentang Revolusi Perancis, kecuali satu hal iaitu siapa dibelakang Revolusi Perancis itu tidak dikaji. Lalu pemuda-pemuda secular Turki ini pulang ke Turki dan bergabung dengan segala pergerakan yang bertujuan untuk meruntuhkan Turki Uthmani.


Akhir episode ini adalah keputusan yang ditandatangani dalam Perjanjian Lausanne, 20 Nov 1922. Dua pihak yang hadir adalah pemerintah baru Ankara (salah satu wilayah didalam Turki) yang disebut-sebut kononnya beliau mewakili kerajaan Turki Uthamniyyah dengan pihak Inggeris. Selama perundingan, Inggeris melalui Lord Curzon menetapkan beberapa syarat dan kondisi:


1) Penghapusan khilafah secara sepenuhnya.

2) Pengasingan atau halau khalifah keluar Negara.

3) Penyitaan semua kekayaan Khalifah.

4) Pengisytiharan pensekularan Turki.


Dari pihak Turki Utsmani, mereka menolak dan menentang syarat-syarat yang diajukan kecuali beberapa tokoh sahaja termasuk Mustafa Kamal Afendi yang dunia lebih mengenalinya sebagai Mustafa Kamal Attaturk.


Siapakah Mustafa Kamal Attaturk ?

Beliau lahir pada tahun 1881 disebuah kawasan miskin di Salonik, Turki. Salonik adalah kawasan Yahudi Daulamah iaitu sekumpulan Yahudi dari Sepanyol.yang berhijrah ke situ. situ. Salunik sebuah bandar dalam negara Yunani yang tunduk dibawah pemerintahan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.Jika ditelusuri latar belakangnya, bermakna dia dari keturunan Yahudi. Beliau sempat berada di sekolah Fatimiyyah yang masyhur. Namun selepas itu ayahnya menukarkan beliau ke sekolah lain yang memakai sistem barat kerana benci kepada sheikh-sheikh agama. Peringkat menengah beliau memasuki sekolah tentera dan menjadi ahli Freemasonry. Ketika zaman mahasiswa, Kamal bergabung dengan kumpulan nasionalis yang fanatic. Kelompok ini tidak jemu-jemu menyalahkan Islam sebagai punca keterbelakangan Turki dan terus menerus menyebarkan kebencian terhadap Syariat yang dianggap kolot serta menjadikan ajaran-ajaran sufi sebagai bahan tertawaan.


Kamal menyatakan keinginannya untuk membangunkan Turki yang dihormati oleh Negara-negara lain di dunia. Ia pernah menyatakan, “ Saya adalah Turki ! Menghancurkan saya sama ertinya dengan menghancurkan Turki ! “ Setelah berkuasa, Kamal menyatakan dengan tegas bahawa ia akan menghancurkan seluruh kesan-kesan Islam dalam kehidupan bangsa Turki. Hanya dengan menghapuskan segala sesuatu yang berbau Islam, maka Turki boleh memperolehi kemajuan menjadi bangsa yang moden. Kamal juga menyerang Islam dengan ungkapan, “ selama hampir 500 tahun, hukum dan teori-teori ulama’ Arab serta tafsir para pemalas dan tiada guna telah menentukan hukum perdata (baca:hukum berkaitan harta) dan pidana (baca:hukum berkaitan jenayah) Turki. Tidak ada wahyu Tuhan ! Islam itu hanyalah rantai yang digunakan para ulama’ dan penguasa zalim untuk membelenggu rakyat. Penguasa yang memerlukan agama adalah orang yang lemah. Orang yang lemah tidak boleh berkuasa ! “.


Ketika berkuasa, Mustafa Kamal menjadi dictator absolute .Seluruh bangsa Kurdis di Turki dibinasakan dengan cara yang bengis ,desa-desa dibakar ,ternak dan hasil tanaman dimusnahkan, perempuan dan anak-anak diperkosa dan dibantai. Bangsa Kurdis adalah bangsa yang beragama Islam. Mereka bukan orang Turki. Solahuddin Al-Ayubi juga adalah bangsa Kurdis. Rakyat Turki juga harus menerima reformasi anti Islam seperti larangan mengenakan fez / tarbus (kopiah Turki) dan serban. Rakyat Turki diwajibkan mengenakan pakaian Eropah, wajib menggunakan tulisan Turki (tidak boleh menulis tulisan Jawi dan Arab), calendar Hijrah dihapuskan dan Hari Ahad adalah hari cuti menggantikan Jumaat. Akibatnya, jutaan rakyat Turki khasnya di desa-desa dan Bandar-bandar kecil mengutuk Mustafa Kamal.


Tanggal 29 Okt 1923 menjadi satu hari bersejarah untuk umat Islam sedunia. Rancangan awal Mustafa Kamal mendapatkan keberhasilan. Beliau berdiri diatas pentas dan mulai menyampaikan ucapan. “Anda telah menugaskan saya untuk menyelamatkan keadaan di saat yang kritis ini. Namun krisis ini bukan akibat perbuatan anda. Sumber dari krisis ini bukanlah satu perkara yang sederhana ,namun kesalahan mendasar dalam system pemerintahan kita. Majlis Nasional melaksanakan fungsi sebagai lembaga legislative .Setiap anggota Majlis Nasional masih harus ikut campur dalam setiap pengambilan keputusan pemerintah dan turut mengatur Kementerian-kementerian pemerintahan dan keputusan para Menteri. Tuan-tuan ! Tidak seorang menteri yang dapat melaksanakan tanggungjawab dan menerima kedudukannya dalam kondisi seperti itu. Anda harus menyedari bahawa peemrintahan yang dibangun dengan landasan seperti itu tidak akan dapat berdiri tegak dan kalau pun tegak, itu satu pemerintahan yang kacau bilau. Kita harus mengubah keadaan ini. Oleh sebab itu, saya telah memutuskan bahawa Turki harus menjadi sebuah Republik dengan seorang Presiden yang terpilih”.


Pidato itu pun menyudahi Khilafah Islam yang memang sudah runtuh sejak tergulingnya Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909 dan digantikan oleh Sultan Muhammad V. Pidato itu hanya sebagai bulldozer yang menyapu bersih puing-puing khilafah yang telah hancur. Mustafa Kamal Attaturk menyempurnakan penutupan buku dengan dipilihnya dia sebagai Presiden Turki dan pengkhinat besar dalam sejarah Islam.


Antara tarik-tarikh penting yang perlu kita ketahui:


1) 28 Okt 1922 – satu muktamar diadakan dan wakil Kerajaan Turki dijemput bagi memutuskan pembentukan Republik Turki dan penghapusan Kerajaan Turki Uthmaniyyah dengan tidak dibenarkan wakil Turki bersuara.

- Majlis Kebangsaan Turki membuat keputusan memecat Sultan Muhammad IV (selepas Sultan Muhammad V ) dan sistem khalifah dihapus.

2) 17 Nov 1922 – Majlis Kebangsaan isytihar Turki adalah negara Republik dan jawatan sultan tidak diperlukan lagi sehingga Sultan Muhammad IV melarikan diri.

3) 24 Julai 1923 – Turki mesti membebaskan Qobrus, Syam, Iraq, Al-Jazair,Tunisia,Mesir dan Libya dari taklukannya dan dibahagi sesama Inggeris.

4) 3 Mac 1924 – Sistem Khalifah dihapus secara rasmi dan Ankara diisytihar sebagai ibu Negara Turki menggantikan Istanbul.


Makluman: InsyaAllah, dalam artikel selepas ini, saya akan senaraikan semua Khalifah-Khalifah yang mentadbir Kerajaan Turki Uthamniyyah bermula tahun 1288 – 1924.


Catatan: Artikel ini dipetik dari Majalah Sabili, Indonesia, edisi 18 Disember 2008 dan juga buku Gerakan Freemasonry-Musuh Dalam Menghancurkan Islam (maafkan saya kerana benar-benar tidak ingat siapa penulis buku ini) berwarna merah yang ditulis oleh seorang Ustaz dari Kelantan dan diterbitkan sekitar tahun 2000 dan pernah diiklankan di akhbar Harakah. Jika ada yang mengetahui tajuk sebenar dan nama penulis ini, tolong maklumkan pada saya. Syukran.

Tiada ulasan: