Jumaat, 16 Januari 2009

Insiden Kepala Babi : Provokasi Yang Mencabar Maruah Ummah !

Mungkin ini tajuk yang sesuai untuk artikel ringkas ini. Serba salah juga nak tulis ‘babi’ . Tapi apa boleh buat, memang nama dia babi. Kalau tukar khinzir pun, sama sahaja.

Saat ummah Islam serius mengikuti perkembangan pembantaian dahsyat Israel ke atas Ghazzah dan perkembangan PRK Kuala Terengganu, seluruh warga UM, Kuala Lumpur digemparkan dengan berita penemuan kepala babi. Sekali lagi saya ulang, ‘kepala babi’ betul. Bukan kertas lukisan gambar babi atau anak patung babi. Kejadian yang cukup mencabar maruah ummah ini dikatakan berlaku pada pagi tadi, 16 Jan.

Cukup dahsyat apabila kepala babi ditinggalkan didalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM). Kejadian ini berlaku sekitar jam 04.00 sehingga 05.00 pagi tadi. Tambah menghairankan apabila disamping kepala babi ini diletakkan bendera PAS yang tertulis ‘PMI, PRO M, PAS. Insiden dahsyat ini berlaku saat seluruh mahasiswa UM bersiap untuk mengikuti pilihan raya kampus tanggal 19 Jan ini. Entah apa kaitan kepala babi dengan pilihan raya kampus, wallahua’lam.

Sebentar tadi, seorang sahabat yang berada di UM menghantar SMS kepada saya berbunyi “ akhi, doakan kemenangan kami dalam PRK 19 Jan ini dengan penghinaan yang kami terima dengan insiden kepala babi dalam surau APIUM.” Saya hanya membalas, InsyaAllah dan bertanya sudah dikesan atau tidak provokatornya. Beliau membalas “ belum ustaz, masih dalam siasatan polis. Baru lepas munajat ni..” Saya terus SMS kembali memohon maklumat terperinci tentang kejadian gila ini. Sekali lagi balasan diterima “ kejadian area 4-5 pagi, 16 hb di surau akademi pengajian Islam. Kepala babi dan diletak atas bendera PAS. Atas bendera itu ada tulisan PMI-PRO M-PAS. Polis buat siasatan. Pres conference dah dibuat petang tadi..boleh check kat harian metro esok..” Na’uzubillah.

Secara peribadi saya tidak tahu untuk membuat andaian-andaian tentang pelakunya samada Muslim atau Non-muslim atau mana-mana pihak yang terlibat dalam PRK UM yang akan berlangsung 19 Jan ini. Cuma cukup saya memberi peringatan, bukan ini kali pertama rumah Allah dihina sedemikian rupa di Malaysia. Maka, ingat ! tragedy Masjid Babri di India atau Masjid Kg.Bujal di Kemaman akan berulang jika insiden ini dipandang ringan. Jangan sampai kemarahan umat Islam kepada Israel menyebabkan anda (provokator) menjadi sasaran. Ingat, disekitar kalian ada manusia-manusia yang sanggup mati bila rumah Allah diaibkan sedemikian rupa. Jika ini benar-benar dilakukan oleh mana-mana Muslim, saya peringatkan bahawa anda berada dalam wilayah Murtad dari Islam dengan tindakan jahat dan tidak bertamadun ini. Walaubagaimanapun, kita terus mengharapkan agar pihak keselamatan meneruskan siasatan dengan telus dan rapi seperti mana mereka 'menyiasat' rumah aktivis muslimah PMI UM kelmarin demi mengelakkan insiden yang tidak diingini.

Untuk teman-teman pejuang di kampus UM, teruskan perjuangan. Tekanan dan penghinaan akan menambah kekuatan kepada kalian. Siru ‘ala barakatillah. Tahniah atas peningkatan kerusi yang dimenangi oleh ISIUKM.

Gambar diambil dari blog sahabat saya http://reformismuda.blogspot.com/ beserta ulasan.Rujuk ulasan lain di blog Pres Gamis dan Pro Mahasiswa UM di link blog ini.,

Tiada ulasan: