Khamis, 15 Januari 2009

Bersiap Mengisi Kemenangan !

Alhamdulillah, hasil pengiraan kertas undi untuk Pemilihan Raya (PEMIRA) calon Gubernor Fakultas Ushuluddin IAIN Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam berakhir jam 05.45 sebentar tadi. Proses pengiraan yang dilakukan oleh Komisi Independen Pemilihan Raya (KIPR) yang dimulakan sekitar jam 04.45 petang tadi berakhir dengan wakil dari Lembaga Dakwah Kampus (LDK), Sdr Miswar berjaya mendapat pungutan suara tertinggi iaitu sebanyak 117 suara berbanding lawannya, Sdr Zahrul yang hanya mendapat 59 suara sahaja dari keseluruhan mahasiswa Fakultas Ushuluddin yang berjumlah 281 orang. Undi rosak tercatat sebanyak 6 kertas undi sahaja berikutan kesalahan dalam mengundi.

Dalam PR kampus Malaysia, para mahasiswa memangkah mana-mana gambar calon yang dipilih. Di sini digunakan kaedah lama dengan cara mencucuk paku diwajah calon. Berkemungkinan kertas undi rosak adalah dari mahasiswa Malaysia kerana kertas undi ditanda ‘pangkah’.Terdapat juga kertas yang tidak ditandakan apa-apa pun dan ada yang ditandakan keduanya sekali.

KIPR memaklumkan bahawa, jumlah mahasiswa yang keluar mengundi bermula semalam sehingga hari ini hanya 182 orang sahaja termasuk mahasiswa dari Malaysia yang berada di Fak.Ushuluddin. Pengiraan kertas undi dihadiri oleh penyokong kedua-dua pihak, beberapa saksi dan Pembantu Dekan Fak.Ushuluddin yang memantau proses pengiraan.

Kini mahasiswa IAIN bersiap untuk mengikuti PEMIRA di Fak.Adab yang akan berlangsung dalam masa terdekat sebelum PEMIRA besar bagi melantik Gubernor Badan Eksekutif Mahasiswa (BEMA) IAIN yang dikenali di Malaysia sebagai MPP.

Tahniah diucapkan kepada Sdr.Miswar calon dari LDK atas kemenangan ini setelah berhempas pulas sekian lama untuk mencapai kemenangan. Mudah-mudahan segala matlamat dan gerak kerja dakwah di kampus terus segar dengan kemenangan LDK. Ingat, fasa berikutnya adalah bagaimana kita mengisi kemenangan tersebut.


Allahu Akbar !!! Bersiap Mengisi Kemenangan.

Untuk para aktvis mahasiswa Islam di kampus-kampus Malaysia, mudah-mudah PRK dalam minggu-minggu ini dipermudahkan dan diberi kemenangan.

Catatan: Gambar 1-proses pengiraan dan gambar 2- kami bergambar kenangan bersama Pembantu Dekan:)

Tiada ulasan: