Isnin, 22 Disember 2008

Kenapa Kepala Aku Bergoyang ?

“Kenapa kepala aku tiba-tiba bergoyang?, “saya tertanya-tanya. Tak kan laptop dihadapan ni lama sangat buka sampai panas, kepala pun bergoyang? Letih sangat ke hari ni? Macam kena tiup angin je kepala. Angin sepoi-sepoi bahasa..Tapi, badan sampai ke bawah tak pula bergoyang. 05 saat lebih kurang dirasai fenomena aneh tersebut. Sekitar jam 08.50 malam( waktu Acheh).

Tiba-tiba Aizam yang duduk dibilik sebelah di rumah sewa ini keluar bilik dan terus meluru bertanya, “anta tak rasa bergoyang ke? Saya jawab, “rasalah…”Aikk..kenapa ni? Kawan-kawan yang berdiri semua tak rasa kecuali yang duduk sahaja.

Seketika, Syam yang sedang menghadap TV pula datang. “Ishh..badan ana rasa bergoyanglah. Air dalam bekas (water cooler) tepi TV yang biasa kami minum pun bergoyang. Hahaha..rumah kita berhantu..Pendek cerita..ada seorang teman rumah sewa baru pulang dari rumah sewa pelajar Malaysia yang lain terus bertanya,” kat sini tak rasa bergegagr ke tadi? Ana duk rumah sewa sana tadi rasa bergegar. Ada hok tengah tidur, terjaga. Badan bergegar.” cerita dia pada kami.

Jam 11.15 pagi tadi, kami pun buka laman web Berita Harian. Barulah ku tahu apa yang terjadi.

“Isnin 22 Disember 2008

Gempa 5.6 skala Richter landa Banda Acheh

JAKARTA: Gempa berukuran 5.6 skala Richter melanda Bandar Acheh di barat daya Sumatera, malam tadi, tetapi tiada laporan segera mengenai kerosakan yang mangsa yang terbabit. Agensi Penyelidikan Gelogi Amerika Syarikat melaporkan, gempa berlaku jam 8.47 malam (1347 GMT), di 75 kilometer barat daya Banda Aceh. Pusat Amaran Tsunami Pasifik, di Hawaii bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran mengenai bahaya tsunami di wilayah berkenaan. – AFP”

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Mutakhir/20081222085127/Article/index_html

“Ya Allah, selamatkan kami. Mohon tiada lagi Tsunami ke-2. Fobia dengar 26 Dis…

3 ulasan:

Solehah Muhammad berkata...

semoga semua teman2 di aceh dlm perlindungan Allahu Taala

Tanpa Nama berkata...

amin...Allahuma amin....

ummu berkata...

assalamualaikum,semoga selammat adik2 di sana