Ahad, 14 Disember 2008

Catatan 'Idul Adha 1429: Dari Blang Krueng ke Sigli.

Entah berapa kali sudah Mujiburrahman mengajak bertandang ke rumahnya di Sigli. Sejak menjejajakkan kaki di Acheh 25 Ogos lalu, beliau sering menghubungi kami melalui SMS atau terus menelefon. Lebih 5 tahun menetap di Malaysia, belajar dan berprogram bersama di Kelantan. Seronok bersamanya. Tapi sayang..dari jauh teman ini datang ke sana dengan harapan dari situ boleh ke Al-Azhar, rupanya sebaliknya. Percikan kotoran pembatalan Mou turut terpalit ke tubuhnya yang mencipta sejarah sebagai graduan terbaik Kias 2008.

"InsyaAllah akhi, kalau tiada halangan, kami akan ke tempat anta hari Sabtu ni, "kami cuba berjanji. Pengarah program, pencari mobil sewa, pemandu pelancong, tukang kutip duit, tukang cek minyak…semua lengkap. Kalau pergi perang perlu persediaan rapi, maka urusan lain pun perlu rapi. Itulah Islam. Ramai teman-teman pakar bab berjalan-jalan ni. Maklumlah, nak sampai ke Sigli dari Banda Acheh memakan masa 2 jam lebih. Saya menyampuk,"eleh..dekat je. Dua jam tu, macam Jengka ke Kuala Lumpur je. Ana ulang alik ngan motor je". Tapi, betul ke jalan nak ke Sigli ni macam jalan Jengka ke KL yang ada highway tu? Tunggu lah..

Alhamdulillah, jam 07.15 a.m, Sabtu kelmarin, semua siap siaga untuk misi jaulah ke Kabupaten Pidie. Disitulah terletaknya tempat bernama Indra Jaya dalam kawasan Sigli, rumahnya akh Mujib. Melihat rumahnya, Subhanallah..mewah la jugak. Banglo besar yang mempunyai reka bentuk yang menarik hasil idea bapaknya seorang yang berada di dunia pembinaan. Kiri rumah terletak sebuah kilang kayu yang menghasilkan perabot-perabot cantik. Namun, kemewahan tidak menjadikan dia dan kami berbeza atau ada garis pemisah. Kehidupannya biasa-biasa je..Hidupnya penuh sibuk dengan urusan dakwah ditambah dengan penampilan yang mudah tersenyum, tenang dan mudah menegur sesiapa sahaja, menjadi satu kredit berharga baginya dalam menggerakkan urusan dakwah.

Dua buah mobil penuh diisi penumpang seramai 18 orang.Semuanya tinggal disebuah rumah sewa. Saya bersama mobil yang dipandu oleh Akh Taufiq, teman sepengajian dari Jakarta. "Ok, semua baca doa. Kita nak berjalan jauh ni. Jangan lupa, " peringatan dari pemandu. Senang sekali bersama ikhwah dari Jakarta ni. Bersama dengannya, pasti ada sahaja nasihat-nasihat yang membina yang keluar dari mulutnya kepada kami. Ya, memang sepatutnya itulah yang berlaku kerana ia sebahagian dari peringatan Nabi tentang perlunya memilih teman yang baik. Seseorang itu mengikut agama teman rapatnya. Kalau agamanya rosak, maka dia turut rosak. Tapi, sekarang sebaliknya. Ramai yang tidak merasa tenang, selamat dan aman, apabila ada sahabat yang sentiasa menjadi penasihat. Kita merasa lega apabila sahabat diam diri apabila kita melakukan kesalahan. Bagi kita, inilah sahabat yang baik. Itulah…

Mobil bergerak meninggalkan Desa Blang Krueng, Kecamatan Darussalam, Kabupaten Acheh Besar, Nanggroe Acheh Darussalam. Untuk makluman, 'kecamatan' ialah kawasan, 'kabupaten' ialah daerah dan Nanggroe ialah Negeri. Lagi satu, disini motosikal dipanggila 'kereta' dan kereta dipanggil 'mobil'. Pening tak? Jangan lah pening. Kami dah 3 bulan pening..:) Kalau tiba di Indonesia, memang banyak perkataan baru kena fahami. Pertama, sebab perkataan tu tiada di Malaysia. Kedua, kerana disini terlalu banyak perkataan yang disingkatkan. Contohnya 'Dubes', 'Wagub', Polri' dan lain-lain. Dubes ialah Duta Besar, Wagub ialah Wakil Gubernor (timbalan) dan Polri ialah Polis Republik Indonesia.

Laju betul Taufiq bawa mobil. Dulu, sewaktu Tsunami beliau menjadi sukarelawa dan bertindak sebagai pemandu. Semua jalan-jalan yang rosak dan hancur sudah dirasai. Kami melewati Banda Acheh untuk ke Indra Jaya, Kec.Pidie di Kab.Sigli. Nanggroe Acheh ini sangat besar. Jika digabung Pahang, Kelantan dan Terengganu pun, Acheh lebi besar. Jadi, tidak hairanlah kalau tempat-tempat yang jauh memakan masa berbelas-belas jam untuk sampai dan terpaksa melewati bukit bukau dan gunung ganang. Antara Kab (daerah) di Acheh ialah Acheh Besar yang meliputi kawasan Banda Acheh, Acheh Utara, Acheh Selatan, Acheh Barat, Acheh Timur, Acheh Pidie dan sebagainya.

Perjalanan semakin jauh meninggalkan Banda Acheh diiringi nasyid Hai Mujahid Muda, Al-Banna dan Ar-Ruhul Jadid, dendangan dari kumpulan Shoutul Harakah. Mereka anak-anak muda yang merupakan aktivis dakwah di kampus Indonesia yang merasai dakwah dari PKS. Sekali sekala, nasyid 'Adik-Adikku Sayang' diputarkan. Memang kami semua minat. Lagu kegemaran sekolah rendah dulu. Kami akur dengan 'pemandu' kami yang cukup menjiwai nasyid-nasyid bersemangat yang bisa membentuk jiwa pemberani.

Di kiri dan kanan jalan, terbentang luas sawah padi yang menghijau. Hijau menyejukkan mata.Bangau-bangau putih memenuhi petak-petak sawah. Sekarang musim hujan. Orang disini mula menabur benih padi. Kebisaannya, dikawasan kampong, padi dituai sekadar untuk simpanan tuannya sahaja, tidak dijual ke kilang. Setahun mereka berhasil menuai sebanyak dua kali. Di Malaysia sudah bisa mencapai 3 kali. Tempat yang kami lalui ini bernama Indrapuri. Adik beradik Nilam Puri rasanya..Gunung-gunung tinggi dan memanjang persis Banjaran Titiwangsa. Air sungai jernih mengalir deras memikat mata. Subhanallah. Tidak ada orang yang boleh cipta begini. Kebun pisang, pokok pinang dan kebun koko menghiasi kiri dan kanan perjalanan. Tempat ini pula bernama Seulimum.

Acheh ini ada bahasa sendiri. Mereka tidak suka berbahasa Indonesia kecuali apabila orang luar datang dan tidak memahami bahasa Acheh seperti kami. Bahasa dan ejaannya agak unik kerana banyak menggunkan huruf 'U' dan 'E'. Contohnya Seulimum, Meulaboh, Blang Krueng dan lain-lain. Tetapi sebutannya ialah Selimum, Melaboh dan Blang Krung. Huruf 'U' dan 'E' tidak dibunyikan. Kalau huruf 'U' selepas 'E', maka ia tidak dibunyikan dan kalau huruf 'E' selepas 'U', ia tidak dibunyikan. Tapi dalam ejaan perlu ditulis kerana ada bunyinya yang tersendiri seperti 'Aneuk', tidak boleh dieja 'Anek'. Nanti lah antum antum datang sini, kami ajar.:)

Dalam perjalanan, kelihatan anak-anak ke sekolah berbaju coklat menandakan mereka bersekolah rendah. Kalau berseluar kelabu dan baju putih, sekolah menengah.Barulah teringat, di Indonesia sekolahnya sampai hari Sabtu. Mereka tidak bercuti akhir tahun pada penghujung bulan Nov dan Disember seperti kita. Tetapi mereka bercuti selama sebulan di dalam Bulan Ramadhan. Sekarang Pemilu (pemilihan umum) hampir tiba. Waktunya dijangka April 2009. Sepanjang perjalana pelbagai banner-banner mengalu-alukan kedatangan 'Idul Adha masih terpasang di pokok-pokok, dinding bangunan, tiang elektrik sampai ditengah-tengah hutan. Semua tulisan-tulisan berbentuk janji-janji mengekalkan keamanan di Acheh. Bahkan partai-partai secular peringkat Nasional tidak segan silu menaikkan tulisan-tulisan berbentuk Islami kononnya mendokong syariat di Acheh.

Acheh ini digelar Serambi Mekah. Alhamdulillah, dayah atau pesantren terlalu banyak. Untuk anak-anak atau orang tua, semua ada. Dayah atau pesantren sebutannya di Malaysia adalah Pondok. Di Kelantan dan Kedah masih wujud. Sampai ditengah-tengah hutan, kelihatan papan tanda 'Pondok Modern Darul Amen Gontor 10'. Pondok Gontor terkenal di Indonesia. Acheh adalah pondok Gontor yang ke-10. Kelihatan bangunannya yang berwarna putih dan agak besar seperti Sek.Menengah Agama. Jalan-jalan disini mula menguji kesabaran. Berlubang-lubang, ada yang masih dibaiki dan diperbesarkan. Sekali terhentak, berkocak isi perut. Kepala semakin berpusing. Jalannya naik bukit turun bukit, selekok-selekoh sangat curam. Ingatkan jalan Kuala Lipis – Merapoh atau Triang – Negeri Sembilan habis dahsyat, rupanya ada lagi yang dahsyat.

Sekarang, kami berada di atas bukit tinggi dan hutan yang agak tebal. Uniknya ciptaan Allah. Pohon-pohon balaknya tersusun rapi macam ditanam semula. Beruk-beruk pun menunjukkan aksi-aksi menarik yang menarik perhatian kami di tengah-tengah jalan. Kera-kera pun turut serta. Tapi baik sikit, sebab tidak mengganggu lalu lintas. Itulah kera, badannya kecil dari beruk dan takut masuk kawasan beruk. Di puncak bukit yang bersimpang siur ini, tersedia deretan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis kerepek. Kalau di Terengganu, deretan kedai keropok lekor dan Kelantan, dodol. Kedai-kedai makan pun ada diatas bukit ini. Jadi teman-teman gelar tempat ini 'Perhentian Merapoh'. Pandai la korang..

Bukit tinggi ini dikenali sebagai Seulawah ( baca: Selawah ). Jalannya masih basah dan agak licin menandakan baru ditimpa hujan. Sebuah papan tanda 'Hutan Rekreasi Taman Raya' terpasang dibahu jalan. Sekitar 5 km, nampaklah beberap chalet-chalet di kaki bukit. Bas-bas dan van-van sewa banyak melalui jalan ini. Semuanya menuju ke Medan. Tidak kurang yang pulang dari Medan ke Acheh membawa barang-barang untuk dijual. Banyak barang keperluan diambil dari Medan. Jadi, harga barang keperluan dan makan minum di Acheh agak mahal. Dari Banda Acheh ke Sigli mengambil masa 2 jam. Dari Sigli ke Medan 10 jam. Seharian untuk sampai ke Medan.

Beberapa minit kemudian, kami memasuki Kab.Pidie, melewati kawasan Grong-Grong dan tiba di Bandar kecil Pidie.Jam 9.10 berhenti beberapa minit di Masjid Agung Al-Falah, Bandar Sigli sementara menunggu Akh Mujib tiba untuk menunjukkan jalan ke rumahnya. Anak-anak kecil penuh didalam masjid belajar Al-Qur'an. Bandar Sigli agak pesat membangun. Setelah hilang sedikit kepeningan dan menunaikan Solat Dhuha, jam 09.45 kami berangkat ke Indra Jaya. Sepuluh minit sahaja dari Bandar Sigli. Akhirnya tibalah dihadapan banglo besar tersebut yang terletak dikiri dan kanannya, kawasan sawah padi dan kilang pemprosesan kayu milik ayahnya. Alhamdulillah.

Sebelum tiba di Indra Jaya, kami sempat melihat satu papan tanda yang tertulis 'Pelaksanaan Syariat Islam – Bukan Mengulang Sejarah, Tapi Kebutuhan Ummah '. Lama juga berfikir, barulah dapat memahami maksudnya yang tersirat. Syariat Islam pernah tertergak ratusan tahun di Acheh. Sekarang telah tersimpan didalam lipatan sejarah. Hukuman Hudud tidak kelihatan lagi. Yang tinggal, penguatkuasa Hisbah, papan tanda wanita yang bertudung dan ayat-ayat Al-Qur'an yang indah. Sedang, umat Islam yang masih kuat pegangannya dan pertubuhan Islam mendesak ditegakkan kembali atas keperluan (kebutuhan) saat ini. Tapi sayang, mereka berhadapan dengan pemerintah yang terkepit dek kerana menjaga hubungan baik dengan Negara-negara Barat yang membantu mewujudkan keamanan di Acheh. Itulah Irwandi, Gubernor Acheh dari Partai Acheh ( dulu GAM) yang telah secular. Kelemahannya semakin ketara dalam menguruskan Acheh sehingga mahasiswa dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) berdemo dihadapan kantornya Rabu 03 Dis lalu dengan menghadiahkan kepada Irwandi sekotak ubat kuat ( Kuku Bima TL-red ).

Lebih kurang jam 10.30, setelah minum-minum dan makan kuih raya, kami menziarahi Makam Teungku Dawud Beureueh ( baca: Tengku Dawud Bere'eh ) yang terletak di belakang sebuah masjid, Masjid Dawud Beureueh, Beurenum. Beliau seorang ulama' karismatik yang cukup disantuni dan disegani oleh teman dan lawan. Lahirnya tanggal 23 Sept 1899 dan kembali kepada Allah, tanggal 10 Jun 1987. Lebih 80 tahun beliau hidup. Setibanya disitu, seorang tua yang berjanggut diperkenalkan oleh Akh Mujib kepada kami. Setelah lama berbicara, barulah kami tahu bahawa dia cucu kepada Teungku Dawud Beureueh. Adik perempuannya adalah isteri kepad Sanusi Junid (bekas MB Kedah). Baruku tahu rupanya Sanusi Junid orang Acheh. Pelakon P.Ramlee pun orang Acheh. Nama cucu ulama' ini ialah Muzaffar Daud, bertugas di Business School, Jakarta. Berbicara dengan kami dalam bahasa Inggeris. Lancar sekali. Sekali sekala sahaja kedengaran bahasa Melayu. Kebetulan beliau pulang ke Acheh, kampungnya.

" Dulu Acheh telah berapa kali diserang Belanda. Raja-raja Acheh lari. Mereka serahkan perjuangan kepada ulama untuk lawan Belanda, "jelasnya kepada kami. "Teungku Dawud hanya menuntut janji Sukarno kepadanya. Ketika Belanda masih menyerang Acheh, Sukarno berjanji akan membantu bersama dan jika menang dan jadi Presiden nanti, beliau akan memberikan kebebasan kepada Acheh untuk laksanakan hukum Islam. Tapi bila menang, Sukarno khianat umat Islam Acheh," tambahnya lagi. "Jadi, orang Acheh mengangkat beliau menjadi pemimpin untuk fight dengan Sukarno, " kata Bapak Muzaffar kepada kami.
Bapak Muzaffar (cucu Teungku Dawud-berbaju kelabu)

Di belakang masjid ini, tersergam sebuah dayah hasil peninggalan Dawud Beureueh. Anak-anak disini sekitar tingkatan 1 – 3. Ketika ditanya mengenai pandangannya kepada GAM atau pemerintah Acheh sekarang, beliau pantas menjawab, "Ok". Kalau tiada mereka, susah juga kita". Selepas bergambar bersama, kami terus bertanya akh Mujib tentang pendirian bapak Muzaffar tadi tentang pemerintah Acheh sekarang. "Dia tidak tinggal di Acheh dan dia bukan orang politik. Mungkin pandangannya sekadar pandangan kepada orang luar sahaja, "jelas Mujib. Oooo…baru kami faham.

Hampi setengah jam disitu, kami berangkat ke Bandar Sigli untuk Solat Zohor dan Ashar disitu. Selepas menunaikan Solat Zohor, kami terus ke belakang untuk mendirikan solat Asar. Entah mengapa, banyak benar mata yang melihat kami. Saya yang menjadi imam pun serba salah. "Ishh..ada apa yang tak kena nih.." Lepas solat, terus kami mengadu kepada Taufiq, teman Jakarta. "Antum tahu, orang disini ramai orang-orang dayah/pesantren. Mereka ini mungkin jarang jama'kan solat. Bahkan kalau pergi ke Sabang pun mereka solat penuh setiap waktu. Padahal dari sini ke Sabang, lebih 3 jam perjalanan" jelas beliau pada kami. "Kenapa tak ambil rukhsah? ,"kami menyoal. "Wallahua'alm, jawabnya.

Terus kami menaiki mobil dan melihat-lihat Bandar Sigli. Sempat singgah sebentar di Tsunami Memorial Building yang masih dalam pembinaan. Letaknya di tepi pantai Sigli yang pernah dirempuh teruk oleh gelombang Tsunami. Didiinding bangunan ini tertera dua buah ayat Al-Qura'n beserta maksudnya. Antaranya: Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka dimalam hari waktu sedang tidur? Atau adakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka diwaktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain ? – Surah Al-A'raf: 97-98. Ayat yang kedua adalah dari Surah Al-Baqarah : 155-157.
Sebentar disitu, kami berangkat pulang semula ke rumah Akh Mujib. Sempatlah kami melewati sebuah penjara di Bandar Sigli yang menjadi saksi terkorbannya ratusan banduan didalamnya yang terperangkap ketika Tsunami dan tidak berjaya diselamatkan. Mudah-mudahan Allah ampunkan mereka. Menurut Mujib, Teungku Hasan Tiro pendiri Gerakan Acheh Meredeka juga, adalah orang Kab.Pidie. Sebahagian ahli keluarganya masih menetap disini.

Sampai dirumah, makanan tengah hari siap menunggu untuk dimakan. Alhamdulillah, macam-macam makanan disediakan buat mengisi perut anak-anak dari Malaysia ini. Hampir jam 03.00, kami berangkat ke sebuah sungai yang menagmbil masa 30 minit dari Indra Jaya itu. Tapi, sayang..hujan lebat dan air sungai yang jernih itu menjadi keruh. Tapi, dah sampai.Celup jugalah badan dalam air yang deras ini. Kabus memutih melindungi bukit-bukit hijau yang indah."InsyaAllah, nanti kita datang lagi rehlah disini," kata Taufiq. "Kita berkhemah atas bukit itu".

Hajat kami untuk pulang segera kerana perjanjian mobil sewa sampai jam 09.00 malam sahaja. Sekarang hujan semakin lebat. Bimbang tak sempat sampai. Namun, memandangkan makan malam disediakan pula, tunggulah juga. "InsyaAllah, kalau diminta bayaran lebih nanti, kita tambah lah sikit sorang, "cadang seorang teman. "Mudah-mudahan jaulah kita ini dikira sebagai ibadah kepada Allah dengan niat kita menjalin silaturrahim".

Azan Maghrib berkumandang jam 6.00 petang menandakan masuknya waktu solat bagi Jakarta. Bermakna setengah jam lagi kami perlu menunggu untuk mendengar azan di Acheh. Solat jama' terus agar perjalanan tenang setelah selesai menunaikan kewajipan kepada Allah. Selepas solat Maghrib dan Isya', kami menuanikan solat Hajat memohon agar Allah memberikan kesihatan kepada ayahnda Mujib yang sejak akhir-akhir ini semakin kuat penyakit jantungnya dan agar Allah memberkati isi rumah ini yang meraikan kami sebagai tetamu. Barakallahufikum.Akh Mujiburrahman (duduk-kanan), ibu dan bapanya (baju putih).

Setelah bergambar, bersalam dan memeluk erat sosok tubuh akh Mujib, kami meninggalkan Sigli dalam hujan yang semakin lebat. Sesekali, mobil hampir terbabas dan terhentak akibat lubang yang ditakungi air ditengah-tengah jalan. Alhamdulillah, jam 10 malam tiba dirumah. Rehat lah pula. Hari Isnin sudah mula kuliah.

3 ulasan:

Awanama berkata...

...jazakallahu khairan katheera satu catatan perjalanan (travelog) yang menarik untuk di kongsi bersama.

Putera sunnah
Pahang.

buih malaka berkata...

saya ingin tahu profil lengkap dayah selimum,tolong bantu saya sedetil mungkin,tlong kirim ke muhajir62@gmail.com.tank sebanyak2@.

salam dari aceh utara

www.3wae.com berkata...

免費視訊正妹裸聊
情色視訊美女內衣秀
a漫卡通成人動畫
h漫卡通成人動畫
性感辣妹比基尼
h漫卡通成人動畫
自拍走光卡通影片
h漫卡通
免費辣妹視頻