Isnin, 15 Mac 2010

Alumni Moro, Filipina selamat dikebumikan

Nico Prestiando@Ridwan yang ditembak oleh pasukan Detasemen Khusus (DENSUS 88) Anti Teroris pada hari Selasa, 9 Mac lalu di Gang Asem, Pamulang bersamaan dengan penembakan ke atas Dulmatin di tempat yang berhapiran selamat dikebumikan pada hari semalam sekitar jam 11 pagi di Cibubur, Ciracas, Jakarta Timur. Puluhan orang mengiringi jenazahnya.


Pada jasadnya di bahagian dada terdapat 5 lubang bekas tembakan peluru, darah segar masih mengalir dari bekas luka tersebut yang harus dibalut plastic hitam di bawah kain kafan yang menutupi tubuhnya. Makluman yang diterima, saat kejadian penembakan berlangsung, Ridwan direbahkan di depan warong di Gang Asem tersebut, kemudian ditembak sebanyak 5 kali sehingga tembus ke lantai di bawahnya dan meninggalkan bekas peluru berjumlah 5 lubang. (lihat gambar kesan peluru di lantai: http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7178/saksi-tersangka-ditembak-dari-jarak-dekat )


Ridwan merupakan alumni dari Kem Mujahidin di Moro, Filipina yang ke sana pada tahun 2004 dan kembali ke Indonesia pada tahun 2007. Beliau yang disebut-sebut sebagai pengawal peribadi Dulmatin ini, meninggalkan seorang isteri iaitu Eka dan seorang anak yang berusia 6 bulan. Beliau pernah menyatakan hasrat untuk mati syahid di jalan Allah kepada isterinya. Isterinya menyatakan, akhirnya ia mencapai cita-cita yang ia inginkan tersebut.


Info dan gambar dari : http://www.muslimdaily.net/ dan suasana pemakaman jenazah Dulmatin bisa baca disini: http://www.muslimdaily.net/opini/5274/dulmatin-juragan-sarang-walet Wallahua’lam.






Jumaat, 12 Mac 2010

Jenazah Dulmatin Selamat Dikebumikan

Jenazah Dulmatin selamat dikebumikan pagi tadi setelah dibawa pulang dari rumah sakit (hospital) Polis Republik Indonesia Keramat Jati malam tadi ke kampung halamannya di Pemalang, Jawa Tengah. Dulmatin atau Ammar bin Usman Sovie atau Joko Pitono ditembak oleh anggota Detasemen Khusus (DENSUS 88) Anti Teroris sekitar jam 11 pagi hari Selasa lalu. 2 lagi temannya iaitu Ridwan dan Hasan Nour ditembak pada hari yang sama di tempat yang berdekatan iaitu Pamulang, Tangerang. Penembakan ke atas mereka bermula dengan penangkapan beberapa anak muda yang dikatakan terlibat dengan teroris di Aceh Besar sejak 20 Feb yang lalu yang jumlahnya sudah melebihi 20 orang.


Sebaik jenazah tiba di kediamannya sekitar jam 3 pagi tadi, telah tersedia sepanduk yang dipasang dengan tulisan ‘Ammar bin Usman Sovie Bukan Teroris Tapi Mujahid’. Laungan takbir dari para pelawat yang datang dari kota Solo, Pekalongan, Semarang, Kudus dan beberapa kota berdekatan bergema sebaik ambulan yang membawa jenazah beliau tiba. Semua wartawan tidak dibenarkan memfoto gambar jenazah Dulmatin kecuali dari Team Muslim Daily.


Di sisi lain, Ust Abu Bakar Ba’asyir, pimpinan Pondok Pesantren Al-Mukmin, Ngruki, Sukoharjo, Solo mendakwa menerima khabar dari sebahagian pengunjung yang menziarahi jenazah Dulmatin bahawa jasadnya berbau wangi dan darah masih mengalir. "Saya dengar dari kawan-kawan di sana yang melihat jenazah Dulmatin. Baunya wangi dan darah masih mengalir. Kenapa demikian, itu membuktikan kalau teroris lima menit setelah mati pasti busuk," kata Ba'asyir. Beliau turut menyatakan bahawa, masyarakat boleh menilai samada mereka ini teroris atau tidak. Baginya mereka adalah pejuang Islam.


"Silahkan masyarakat menilai, yang saya tahu mereka pejuang Islam, bukan teroris yang teroris adalah Amerika. Itu yang dibalik, maling (pencuri) teriak maling (pencuri) , tapi Indonesia taklid," kata Ba’asyir, Jumat (12/3). Dalam simpatinya terhadap pendirian Dulmatin yang melawan Amerika, Ba’asyir tetap mengaku jihad mereka ada kekeliruan.


Dalam keriuhan media melaporkan kejayaan DENSUS 88 menewaskan Dulmatin yang tercatat dalam daftar buruan oleh Amerika, sebahagian anggota masyarakat mula menilai ada beberapa hal yang masih diragukan dari aksi penembakan ke atas mereka beberapa hari yang lalu. Baca di sini http://www.arrahmah.com/index.php/news/read/7178/saksi-tersangka-ditembak-dari-jarak-dekat dan di sini http://www.muslimdaily.net/berita/lokal/5263/saksipolisi-sengaja-bunuh-teroris-dari-jarak-dekat


Makluman dari: www.muslimdaily.net dan www.arrahmah.com

Foto dari: www.muslimdaily.net

Khamis, 11 Mac 2010

Dari Aceh ke Pamulang: Mereka diburu.

Mereka rata-rata adalah pemuda Islam yang pernah berjihad di Moro, Filipina bagi menghadapi Tentera Filipina yang memerangi umat Islam. Sebahagian mereka adalah para mujahid yang pernah berjihad dan menerima latihan di bumi Afghanistan dalam menghadapi penjajahan komunis Rusia sekitar tahun 80-an dan 90-an. sebahagian mereka pernah berjihad di Poso, Ambon dan Maluku sekitar awal tahun 2000 saat umat Islam dibantai teroris Kristian. Kini anak-anak muda asal Indonesia ini diburu pihak pemerintah Indonesia dengan dakwaan teroris.


Mereka yang ditembak hari Selasa kelmarin di 2 tempat yang berbeza di Pamulang, Tangerang, Jakarta adalah Dulmatin. Beliau ditembak di sebuah kedai internet dan 2 orang lagi iaitu Ridwan dan Hasan Nour ditembak di Gang Asem, Pamulang.


Nama Dulmatin kini mewarnai kaca TV Indonesia setiap waktu. Manakan tidak, rupa-rupanya nama beliau berada dalam senarai buruan Amerika dengan harga 1 juta dolar Amerika (93 miliyar rupiah). Namanya adalah sebaris dengan nama Noordin M.Top dan Dr.Azhari yang telah terbunuh tahun lalu.


Berikut senarai yang ditangkap pihak polis dan Detasemen Khusus (DENSUS 88) Anti Teroris Indonesia beberapa minggu ini sejak 20 Feb lalu:


1. Sapta Adi Bin Robert Bakri @ Ismet Hakiki @ Syailendra (40), asal Pandeglang. Terlibat bom di Australia tahun 2004, lulusan Mindanao, Filipina.

2. Yudi Zulfahri @ Bara (27), Aceh Besar. Dia direkrut pertama kali dan
memfasilitasi kelompok ini masuk ke Aceh untuk latihan di sana;

3. Zaki Rahmatullah @ Abu Jahid asal Pandeglang;

4. Masykur Rahmat bin Mahmud (21), asal Aceh Jaya, tertembak di kaki dan tidak meninggal;

5. Surya @ Abu Semak Belukar, asal Aceh;

6. Azam @ Imanudin, asal Aceh;

7. Heru asal Lampung, dari Wonogiri;

8. Muchtar asal Tanah Abang, Jakarta;

9. Agus Kasdianto @ Hasan @ Nasim asal Depok;

10. Deni Suhendra @ Faris asal Kerawang;

11. Adi Munadi alamat Bandung tapi pengiriman dari Kalimalang Jakarta;

12. Laode Afif @ Adit @ Abu Hazwa dari Rawamangun;

13. Deni Sulaiman @ Sule asal Lampung;

14. Adam @ Ade asal Pandeglang Banten. Belum ada fotonya;

15 Sofyan Tasauri asal depok. Pernah mendirikan sekolah untuk pelatihan menembak di Depok, beberapa tahun lalu. Sofyan adalah pemasok senjata dan sedang didalami (oleh Polis Republik Indonesia);

16. Sutrisno;

17. Tatan;

18. Abdi;

19. Iwan Suka Abdullah MD, ditangkap tanggal 3 Maret di Aceh Besar;

20. Marzuki @ Tengku asal Aceh, ditemukan mati tertembak.

Beberapa nama kini masih dalam buruan pihak polis Indonesia. Antaranya Umar Palek @ Mike.


Yahya Ibrahim atau Dulmatin.
Dulmatin
Dulmatin dan Umar Palek
Polis Indonesia menunjukkan gambar Dulmatin
Gambar Dulmatin yang lama dan gambar setelah ditembak. namun, masih ramai yang meragui apakah benar itu Dulmatin termasuk ahli keluarganya.
Ditembak Selasa kelmarin: Dari kiri - Dulmatin, Ridwan dan Hasan Nour
Wajah-wajah teroris atau Mujahid? Wallahua'lam.

Khamis, 4 Mac 2010

Sheikh Mustafa Sabri Afendi: Mufti Penentang Sekular

Sheikh Mustafa Sabri Afendi (gambar atas) salah seorang mufti bagi Kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menyaksikan secara langsung detik-detik akhir jatuhnya Khilafah Islam ini. Beliau lahir pada tahun 1869 dan meninggal dunia pada tahun 1954. Beliau diangkat menjadi mufti pada tahun 1920 iaitu di era pemerintahan Khalifah Muhammad VI (gambar bawah) (1918-1922). Beliau adalah Khalifah yang ke 36 dalam pemerintahan Turki Uthmaniyyah. Selepas beliau, adalah Khalifah Abdul Majid II (1922-1924).


Sheikh Mustafa saat itu lantang mengkritik gerakan Sekular di bawah pimpinan Mustafa Kamal Attaturk. Akhirnya beliau di buang negeri pada tahun 1922 dan menuju ke Mesir bersama para pengikutnya. Khalifah Muhammad VI tidak mampu berbuat apa-apa lagi dalam hal ini kerana pemerintahan Turki sudah mula dikuasai oleh gerakan Sekular, Freemason dan sebagainya. Bahkan, Khalifah Muhammad VI juga yang melantik Mustafa Kamal Attatuk sebagai Pemeriksa Umum Tentera Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada April 1919 dan diberi kepercayaan mentadbir tentera di kawasan Anadhol (Mustafa Kamal Attaturk memang sangat dipercayai saat itu sehingga berjaya mengelabui mata para ulama’ di Turki).


Selepas sistem khilafah ditumbangkan pada tahun 1924, Kerajaan Turki Sekular dengan Presidennya yang pertama, Mustafa Kamal menunjukkan sikap ‘lunaknya’ dengan menawarkan pengampunan kepada Sheikh Mustafa Sabri dan 150 pengikutnya. Beliau meninggal dunia di Mesir pada tahun 1954.


Antara kenyataan Sheikh Mustafa Sabri yang paling penting diberi perhatian adalah “memisahkan agama dengan politik, adalah jalan paling mudah untuk menjadi KAFIR !!!”.

Selasa, 2 Mac 2010

3 Mac 1924 – 3 Mac 2010: Kejatuhan Khilafah Uthmaniyyah

Kerajaan Turki Uthmaniyyah berdiri pada tahun 1288 Masihi dan ditumbangkan oleh musuh-musuh Islam secara rasmi sepenuhnya tanggal 3 Mac 1924. Dalam tempoh 636 tahun berdirinya kerajaan Islam ini, terdapat 37 orang pemerintah. 8 yang awal menggunakan gelaran Sultan dan 29 yang lain menggunakan gelaran Khalifah. Sultan yang ke-7 iaitu Sultan Muhammad II (1451-1481) pernah diisyaratkan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya ketika Baginda sedang menggali parit (khandak) dalam Perang Ahzab (Perang Khandak):


[ Kostantinople akan dibuka oleh tentera Islam. Ketuanya adalah sebaik-baik ketua dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera – Hadis Riwayat Imam Ahmad ] Ternyata, beliaulah ketua tentera yang berjaya membuka Kota Kostantinople dari Kristian sehingga beliau digelar Muhammad Al-Fatih (Pembuka). Baca tentang beliau disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/kenali-tokoh-perjuangan-al-fatih.html


Antara pemerintah yang terkenal gigih mempertahankan Islam adalah Khalifah Abdul Hamid II (1876-1909). Dizamannya musuh-musuh Islam dari negara-negara Barat, Yahudi, Freemason dan sekutu mereka mula menekan Turki. Baca mengenai ketegasan Khalifah Abdul Hamid II dalam isu tanah Palestin disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/palestin-sejarah-yang-dilupakan-oleh.html Dan baca pula bagaimana sikap pemimpin-pemimpin Arab hari ini dalam isu Palestin disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/09/binasalah-pemimpin-pemimpin-nasionalis.html


Kemuncak tekanan kuffar ke atas kerajaan Islam ini berlaku di era pemerintahan Khalifah Abdul Majid II (1922-1924). Beliau diperintah dengan kawalan sepenuhnya oleh gerakan Freemason dan secular yang sudah mula menguasai Turki dan disokong oleh rakyat yang sudah berjaya ‘dicuci otak’ mereka. Mustafa Kamal Attaturk yang berketurunan Yahudi digunakan oleh pihak Barat bagi menghadapi Khalifah. Baca kejahatan dan jenayah Kamal Attaturk ke atas Islam disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/rekod-panjang-jenayah-bapak-sekular.html


Maka, sejak tarikh tersebut, bermulalah sistem Khilafah dibuang dan digantikan dengan sistem Republik. Presiden pertama Republik Turki adalah Mustafa Kamal Attaturk (1924-1938). Sehingga kini, Republik Turki mempunyai 11 orang Presiden. Presiden Turki sekarang adalah Abdullah Gul dan PM pula adalah Recep Tayyib Erdogan. Mereka berdua dari Parti Keadilan dan Pembangunan (AK Party) iaitu sebuah parti yang berbasis Islam. Untuk melihat senarai Presiden Republik Turki, baca disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/keruntuhan-khilafah-islam-presiden.html


Selepas kerajaan Islam ini berjaya ditumbangkan, maka muncullah para ulama’ yang sedar akan kepentingan memperjuangkan Islam sebagai Ad-Din dan Daulah serta mengetahui bahaya fahaman secular apabila dianuti oleh umat Islam. mereka inilah yang menggerakkan Harakah Islamiyyah dinegara masing-masing. Antara Harakah Islamiyyah yang muncul selepas jatuhnya Khilafah Uthamniyyah, baca disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/09/harakah-islamiah-satu-pengenalan.html dan di Turki sendiri, Sheikh Bediuzzaman bangkit menyeru rakyat kembali kepada Islam dan meninggalkan fahaman secular. Baca kegigihan beliau disini

http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/sheikh-bediuzzaman-said-nursi-dan.html


Lain-lain maklumat, rujuk disini http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/palestin-dan-keruntuhan-khilafah-islam.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/turki-uthamniyyah-zaman-keruntuhan.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/01/potret-suram-turki-uthmaniyyah.html dan http://arruhuljadid86.blogspot.com/2009/03/merve-kavakci-diusir-dari-parlimen-tuki.html