Jumaat, 17 Julai 2009

Jaulah ke Nanggroe Aceh Darussalam ( vol 1 )

Alhamdulillah, setelah sekian lama abah saya berhasrat untuk ziarah ke Aceh sejak saya berada disini dan pulang beberapa bulan yang lalu dan menceritakan keadaan disini seperti peninggalan sejarah Tsunami, peperangan Belanda dan sebagainya, akhirnya abah bersama Ust Hj Harun ( Guru Besar sekolah agama rakyat dijengka 16 yang mengajar saya sewaktu kecil ) serta Pak Cik Jamil, orang ditempat saya selamat tiba di Aceh jam 1.30 t.hari (Indonesia) pada 17 Julai 2009 setelah bertolak dari LCCT pada jam 1.00 t.hari (Malaysia). Saya ke airport mengambil ayah bersama Akh Azrul ( Peng.Biro Rehlah & Sambutan PKPMI-CA ) merangkap 'pemandu pelancong:) ..pemandu Inova ini namanya Suria. Beliau sudah lama berteman dengan anak-anak Malaysia di sini. Saya senang memanggilnya 'Suria Baja Hitam' :) Gambar atas, airport Bandara Sultan Iskandar Muda, Aceh.

Selepas itu, kami berhenti di Masjid Kampus Universitas Syiah Kuala (Unsyiah) kerana abah dan teman-temannya mahu menunaikan solat jama'.
Saya membawa abah dan teman-temannya singgah dirumah sewa kami di Desa Blang Krueng, Kecamatan Baitussalam, Kabupaten Aceh Besar, Aceh Darussalam untuk melepaskan penat lelah sebentar sambil minum-minum air.
Selepas itu sekitar jam 3.00 petang, kami berangkat ke kota Aceh dan singgah makan tengah hari di Restoran Putrajaya ( macam pernah dengar je nama ni..tapi dimana ya?:) . Disini, pelbagai jenis makanan Aceh disediakan dan layanannya pun bagus.
Pelbagai jenis lauk masakan Aceh diletakkan tanpa perlu kita memesannya. Yang penting, makan yang mana mahu sahaja. Jangan sentuh semua. Jika makanan dalam piring itu disentuh walau sikit, maka tetap perlu dibayar semua. Japi, pandai-pandailah pilih sendiri....Alhamdulillah, memang selera betul mereka makan. Saya sahaja yang perut kecil..:) Bayar berapa ? 272,ooo rupiah ..sekitar RM80.00 sahaja. Sebelah saya, Pak Cik Jamil, Ust Harun, my father, Suria dan Akh Azzar.
Jam 4.30 petang, saya pun membawa abah dan teman-temannya ke hotel. Saya tidak tahu mahu berikan penginapan dimana. Saya bukan pandai bab-bab memilih hotel ni. Sebelum datang saya tel dulu dan tanya "nak hotel macam mana?" Abah pun jawab "carilah macam mana pun..asal boleh duduk..bukan nak duk lama-lama..nak mari (Aceh) tengok-tengok ja.." Akhirnya, saya pun mendapatkan hotel yang paling murah, sehari 150,000 rupiah ( sekitar RM 50.00 ). Ok lah. Ada 3 katil, bilik mandi, pintu, tingkap....aircond saya gantikan dengan kipas :) Hotel ini namanya Hotel Lading, 5 minit berjalan kaki sudah sampai ke Masjid Baiturrahman.
Malamnya, selepas solat Maghrib kami pusing-pusing sekitar Masjid Baiturrahman. Diluar penuh dengan orang-orang berniaga pakaian, kasut dan sebagainya. Disepanjang jalan sekitar masjid penuh dengan ibu-ibu yang menjual sirih. Aneh ! anak-anak muda pun minat makan sirih termasuk saya punya supir (pemandu ) nih :) harganya 1000 rupiah akan dapat 3 sirih yang telah digulung-gulung dan sudah dimasukkan kapur. Gambar atas ini gambar kedai-kedai orang jual sireh.
Selepas Isya' , saya membawa mereka makan di kedai roti canai. Namanya kedai roti Canai Mamak Kuala Lumpur. Bukan orang Malaysia yang meniaga, tapi abang ni kerja di Damansara lebih 5 tahun. Selepas pandai buat roti, dia pun buka kedai di Aceh :) Inilah satu-satunya kedai roti canai yang saya jumpa di Aceh. Orang sini kurang tahu apa itu roti canai. Teh tarik pun tak jumpa kat sini...
Betul tak saya cakap? Tengok, Suria pun tak makan roti canai. Air je yang diminumnya. Macam-macam roti canai ada di kedai ni. Telur, coklat, nenas, pisang, keju, kaya, miskin...dan lain-lain:) Selepas selesai, kami hantar mereka ke tempat penginapan semula. Nak balik berehat plak. Pagi Sabtu ada ujian jam 8.30 pg. Ujian untuk melayakkan kami mengikuti program Kuliah Pengabadian Masyarakat (KPM) iaitu kami akan dihantar secara kelompok-kelompok kecil ke beberapa buah kampung di Aceh selama 43 hari bermula 24 Julai - 7 Sept nanti. Macam program keluarga angkat lah..buat apa-apa aktiviti dikampung tu..khas untuk mahasiwa tahun akhir..

InsyaAllah, hari Sabtu selepas ujian, kami akan bawa mereka melawat ke tempat-tempat sejarah Tsunami, perang Belanda, kesultanan Sultan Iskandar Muda dan lain-lain.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam, hebat bandara blang bintang @ sultan iskandar muda sekarang. Dulu kecik aje.....masa tu satu-satunya syarikat penerbangan internasional yang beroperasi adalah milik Malaysia iaitu "Pelangi Air". Dengan Pelangi Airlah kami student Malysia berulang alik Aceh - Penang. Kalautak pun naik bas ke Medan, naik flight di Bandara Polonia ke Penang. Kalau bajet kecil, naik feri ajela...