Khamis, 23 Julai 2009

Bom Hotel, pemain MU, penyokong MU dan kejayaan kuffar…

Malam tadi saya berbual dengan seorang teman yang merupakan peminat bola sepak. Saya tidak tahu siapa yang diminatinya samada MU, Arsenal atau apa. Katanya, bayangkan di Indonesia sahaja ada sebanyak 28 juta peminat MU ( lebih lagi ) yang menanti kehadiran mereka ke Indonesia. Namun, gara-gara pengeboman hotel di Jakarta yang salah satu dari hotel itu adalah tempat mereka bakal menginap, akhirnya mereka mengambil keputusan membatalkan kehadiran mereka kerana kebimbangan soal keselamatan mereka yang mungkin tidak terjamin.


Ribuan yang telah membeli tiket untuk menyaksikan perlawanan ini baik di Jakarta ataupun melalui skrin-skrin besar yang akan dipasang di seluruh tempat di Indonesia. Bayangkan jika 28 juta orang membeli baju T-Shirt MU, berapa keuntungan yang akan didapati oleh pemain MU hasil komisyen antara pembuat baju (penganjur) tersebut. Bahkan terdapat peminat yang membeli tiket untuk makan malam bersama pemain MU yang bernilai 30 – 40 juta rupiah.


Lebih sebulan di kaca TV, iklan-iklan kehadiran pemain MU ke Indonesia dipaparkan. Setiap hari lebih dari 10 kali iklan. Semua iklan itu sampai menggunakan pemain MU sebagai modelnya iaitu Wayna Rooney, Rio Ferdinand, Berbatov, Ryan Giggs dan beberapa orang yang lain. Iklan yang ditaja oleh syarikat telefon M3 ( macam Maxis lah kalau di Malaysia ) ini dikatakan dibuat diluar Negara. Sangat menarik, mereka muncul di dalam iklan tersebut dengan berbicara dalam bahasa Indonesia yang berbentuk kempen mencintai bola sepak dan mengajak menyaksikan perlawanan tanggal 20 Julai lalu.


Sekarang apa yang terjadi ?


Setelah hotel di bom tanggal 17 Julai lalu, pemain MU tidak mahu datang kerana jaminan terhadap keselamatan mereka diragui walaupun berkali-kali pihak penaja iaitu M3 membuat rayuan agar selepas mereka berada di Malaysia, diharap dapat juga datang ke Indonesia. Namun, mereka tetap tidak mahu datang.


Kini, syarikat M3 terpaksa membayar kepada pemain MU sebanyak 19 milliar ( billion ) rupiah atas iklan yang menggunakan pemain MU sebagai modelnya. Mereka juga perlu membayar komisyen baju MU yang telah dijual kepada para pemain ini. Cuba anggarkan jika sehelai baju berharga RM12.00 dan RM 10.00 perlu diberikan kepada pemain MU, kira-kira berapa kos yang perlu ditanggung oleh syarikat penaja ini ?


Kejayaan Kuffar dengan pengeboman hotel ?


1) Mereka boleh ‘masuk campur’ atas nama kerjasama memerangi teroris di Indonesia yang akhirnya nanti para aktivis jihad dan gerakan Islam akan ditangkap di Negara sendiri. (setakat ini Susilo masih tidak mahu ada campur tangan asing dalam menyelesaikan kes ini ).


2) Mereka boleh masuk campur untuk ‘mengganggu’ hubungan baik Susilo dengan partai-partai Islam di Indonesia dan membantutkan kontrak politik yang menguntungkan Islam antara SBY dengan partai-partai ini khasnya dalam perjanjian SBY perlu mendukung Palestin. Ini menakutkan Amerika kerana Indonesia adalah Negara yang mempunyai paling ramai umat Islam.


3) Musuh Islam berjaya menimbulkan kemarahan yang sangat menggila kepada peminat fanatic MU yang sangat kecewa dengan pembatalan perlawanan ini. Maka secara tidak langsung TV yang setiap detik memprovokasi nama Jama’ah Islamiyyah, Al-Qaeda, mujahidin dan sebagainya telah menambahkan kebencian kepada peminat-peminat MU ini sehingga mereka nantinya tidak segan-segan memaki hamun JI dan para mujahidin membabi buta sebagaimana media yang jahat ini.


Catatan : RM 1.00 bersamaan RP 2,800. Kiralah berapa jumlah 19 billion RP dalam jumlah RM dan kiralah berapa nilai keuntungan kuffar memprovokasi para peminat MU yang jumlahnya melebihi 28 juta orang di Indonesia.

3 ulasan:

Awanama berkata...

Tak perlulah tulis sangat tentang pasukan MU milik yahudi Amerika ni. Angka 28 juta peminat MU di Indonesia tu sangat diragui. Sesiapa sahaja boleh sebut angka yang diingini tapi tanpa ada bukti sokongan atau kajian, maka ianya sekadar "penglipur lara".
Lagi satu, kebanyakan peminat pasukan bolasepak EPL atau lain-lain di Asia hanya membeli barangan tiruan sahaja, bukan original. Jadi pasukan tu tak dapat apa-apa keuntungan pun.

Muhammad Fadhlullah berkata...

terima kash ats kmntr sdra:
1) saya tidk mnjdikan MU sbgi mtlmt artkl ini, ttpi ksn pgbmn bom hotel yg bkl didiami olh pmain ini trhdp ummh Islm.baca baik2 artkl ini.
2) istilah 'pglipur lara' yg sdra gunakan prlu jg saya prbtulkn.saya tdk pelik jika dikatakn blgnnya 28 juta krna jumlah rkyt indnsia shj lebih dari 100 juta org.apa yg sdra pelik kalu pmintnya 28 juta dn angka ini adalh angka penykong kelabnya bukan angka pnnton yg mnnton MU di dpn TV dirumh!
3) sy tdk mmbicarakn soal bju tiruan atau tidak.yg dibicarakan adlh jumlah yg prlu dibyr oleh penaja mgikut jumlh bju yg mrk cetak kpd pemain MU ini...
4) fahami apa isi pnting yg ingn saya smpikn dr artkl ini...saya sndri bukan pnyokong mana2 psukan bola sepak..

apa2 pun trma kasih atas pdgn sdra.

Awanama berkata...

Tanpa nama: Saudara kita ni masih muda dan agak lurus dari penulisannya.

Kenapa ramai gemar MU? Krn mereka menghiburkan dan ada rekod permainan bolasepak yg bagus dan tentunya pemain2 yg hebat. Sama juga Itali dan Sepanyol. Jika kita nak Malaysia atau Muslim hebat dalam bolasepak, silakan lahir anak2 yg hebat bolasepak. Boleh pergi berlatih di UK,Itali atau Sepanyol dgn kelab2 terkemuka.

Baju,topi, cenderahati dll boleh dibeli dikedai tempatan.Soalnya, kedai tempatan dan kilang2 siapa yang punya?