Jumaat, 28 November 2008

Amerika Penyelamat Dunia ?

Cukup terkesan rasanya saat mengikuti Filem Black Hawk Down malam Isnin yang lalu dan sebuah filem peperangan di Filipina (tak ingat dah tajuknya) pada malam Rabu kelmarin disebuah station TV swasta disini. Seingat saya, kedua-dua filem ini pernah ditonton di Malaysia dulu. Black Hawk Down telah lama, tetapi peperangan di Filipina masih baru rasanya. Tidak mengapa lama atau baru keluar, tak penting ! Amerika memang hebat dalam membikin filem. Kalau filem perang, maka sebelum menonton kita sudah tahu siapa menang. Kalau Amerika kalah dalam perang, pengarah filem ini memang tak habis kursus ! Rambo diulang tayang sampai hari ini. Black Hawk Down diulang tayang. Segala macam lagi. Namun sejauh mana umat Islam yang menonton faham jarum jahat Amerika dalam filem ini, wallahua’lam.

Ketika mereka menghantar armada tentera yang besar untuk berperang di Vietnam, akhirnya mereka pulang dengan malu yang sangat besar apabila dibantai teruk oleh pejuang-pejuang tempatan Vietnam. Kononnya datang sebagai penyelamat untuk selesaikan konflik. Akhirnya muncullah filem Rambo yang berperang di Vietnam kononnya membantu rakyat Vietnam. Saat Afghanistan dijajah komunis Rusia, Amerika datang lagi konon dengan misi penyelamat untuk keamanan. Lalu keluarlah filem Rambo yang baru, membantu Mujahidin menggempur tentera Rusia. Bersusah payah, sanggup diseksa…Rasanya Rambo telah sampai siri ke-4 yang dilakunkan oleh Stallone.

Apa mesejnya ? Ada Negara sedang dilanda konflik, perang saudara, pejuang tempatan lawan tentera kerajaan dan lain-lain. Maka penyelamatnya ialah Amerika. Amerika Negara yang sangat kuat. Maka kekuatan Amerika cukup ‘diwakilkan’ kepada seorang manusia bernama Rambo. Segala-galanya ada pada Rambo. Kalau Rambo mati, maka rakyat Negara tersebut tidak boleh diselamatkan. Apa lagi ? Amerika yang diwakili Rambo adalah watak manusia yang lemah lembut, saying pada kawan, prihatin pada sesiapa sahaja…itulah rupa Amerika kononnya. Cukup dengan satu senapang, beberapa anak panah, bom-bom tangan untuk membuatkan ribuan tentera tewas, helicopter jatuh, ketua tentera terbunuh….

Ketika para Mujahidin di Somalia berjuang menghadapi tentera kerajaan Ethopia yang beragama Kristian untuk mempertahankan bumi Mogadishu, melaksanakn syariat Islam di Mogadishu, Amerika pun tiba secepat mungkin. Untuk apa ? Ya, kami akan membantu kalian mengamankan Somalia. Jawapan Amerika. Tidak sampai berapa hari, ratusan umat Islam Somalia terbunuh ditangan Amerika. Mujahidin Somalia yang dipimpin oleh Farah Aidid akhirnya menggempur habis-habisan tentera Amerika. Habis musnah helicopter mereka termasuk Black Hawk digugurkan. Maka muncullah filem Black Hawk Down. Digambarkan bahawa mereka ini adalah militant Somalia. Ketuanya seorang yang bengis, berambut panjang, memakai rantai dan pengikutnya pengganas-pengganas yang bengis. Amerikalah yang menyelamatkan umat Islam Somalia. Memang baik sungguh ! Anak-anak, wanita dan orang awam dilarang oleh ketua tentera Amerika daripada dibunuh.Ya,baiknya Amerika….dalam filem ini.

Meminjam kata Sheikh Usamah bin Laden : Amerika sangat penakut. Mereka telah beberapa kali kalah. Di Somalia, para Mujahidin menggempur mereka habis-habisan dan mereka lari dalam keadaan ketakutan ! Entah berapa ratus tenteranya yang mati, tidak didedahkan angka terperinci. Yang penting, mereka mengalami trauma yang teruk saat menghadapi para Mujahidin yang berbekalkan senjata-senjata buruk yang mungkin tidak dipakai lagi oleh mereka. Black Hawk Down menggambarkan bagaimana para pengganas Somalia ini menyerang tentera Amerika. Satu perkara penting yang perlu diberi perhatian, mengapa dimarkaz-markaz ‘pengganas’ ini tergantung kalimah-kalimah Allah dan bunyi azan jelas kedengaran didalam filem ini ? Para ‘pengganas’ memakai serban. Amerika sedang memerangi siapa ? Mereka memasuki Somalia, membantu tentera Ethopia menghadapi Mujahidin Somalia yang mempertahankan Mogadishu sebagai tapak untuk melaksanakan Syariat Islam. Berakhir atau belum ? Tidak ! Sampai hari ini mereka masih di Somalia.

Di Filipina, wilayah Mindanao dan Moro merupakan wilayah yang didiami oleh sebahagian besar umat Islam sebagaimana Pattani, Yala dan Songkhla di Tahiland. Dengan kejahatan regim pemerintah Filipina dari dahulu sehingga sekarang yang beragama Kristian, habis umat Islam di Moro dan Mindanao dibantai menjadi pelarian dibumi sendiri. Ust Salamat Hasyim akhirnya bangkit memimpin jihad di Filipina. Beliau telah kembali kerahmatullah. Kini menjadi Ust Abu Sayyaf Amir Mujahidin mengahadapi bala tentera Filipina yang kejam dengan tarbiyyah jihadiyah di Kem Abu Bakar, Mindanao. Moro Islamic Laboration Front (MILF) digerakkan sebagai wadah perjuangan. Siapa ‘pasukan penyelamat’ di Filipina sekarang ? AMERIKA ! Habis pejuang Islam diselamatkan oleh Amerika ke dalam penjara Filipina.Mereka diamankan disel-sel gelap Filipina.

Sayang sekali, Ust Abu Sayyaf digambarkan sebagai pemimpin teroris Filipina…dan sebahagian umat Islam yang rosak otaknya berjaya ditipu oleh Kuffar sehingga menghukum saudara sendiri yang seaqidah !!! Mereka digambarkan sebagai gerakan penculikan, pembunuhan orang awam dan segala macam fitnah. Kalau disebut nama Abu Sayyaf, maka anak-anak ber’panduan’ surat khabar harian akan membayangkan wajah seorang pengganas, penculik, bengis, jahat, menakutkan…Lahaula wala quwwata illa billah..Amerika berjaya kuasai media dan otak kita !

Filem ? Mesti dibuat. Ceritanya mesti Amerika penyelamat, membantu tentera Filipina menghadapi satu kelompok golongan radikal, ekstrem atau istilah baru ‘pejuang pemisah’, penculik dan lain-lain. Nama Abu Sayyaf ditukar kepada Abu Bakar. Difilemkan bagaimana seorang tentera Amerika perempuan diculik oleh anggota kumpulan Abu Bakar, dilayan kasar, dimaki..Abu Bakar bengis, memakai subang, memakai serban dan berjanggut tebal..Akhirnya mati ditembak dan..Amerika pemenangnya di Filipina dalam ‘kerjasama’ tersebut.

Cukuplah ! Cukuplah sekali kita ditipu oleh filem-filem mereka. Namun kita masih tertunggu-tunggu sampai bilakah otak-otak pengarah filem yang beragama Islam ini ingin membuat ‘pembalasan’ semula terhadap filem-filem tersebut atau setidak-tidaknya buatlah filem yang menggambarkan watak-watak pejuang Islam yang baik. The Lion of The Desert (Umar Mukhtar ) antara contoh terbaik yang cukup membanggakan !

gambar kecil ialah: Farah Aidid (pejuang Somalia).


Jangan lupa doa untuk saudara-saudara di Somalia dan Filipina !

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Amerika memang merencanakan ini semua buat menhancuri Islam,,dan kita wajib melawan dan menentang mereka dengan cara mereka menentang kita,, darah di balas darah,, jika mereka menggunkan media,, kita lawan juga dengan media.. di harapkan agar para syabab2 Islam bagun dan melawan.. jadikan media Blog ini sebagai ajang kita bangkit menentang!

Tanpa Nama berkata...

filem black hawk down lebih kurag sama macam filem 'the rise of the sun'.. mintak admin ulas pasal filem tu..