Sabtu, 1 November 2008

Bantahan dan Tentangan Iringi Pengesahan RUU Pornografi

Pengesahan Rancangan Undang-Undang Pornografi sebagai Undang-Undang di Indonesia 30 Okt kelmarin ditentang pelbagai pihak. RUU Pornografi yang disahkan sebagai Undang-Undang oleh Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) ini turut diulas oleh Dr.Hidayat Nur Wahid yang merupakan Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) yang merupakan Majlis yang lebih tinggi dari DPR. “ Nanti kalau mengambil keputusan benar-benar dilakukan dengan cara demokratis. Bahawa ada yang setuju atau tidak setuju memang demokrasi memberi ruang semacam itu, “ ulas beliau sebelum menghadiri sidang untuk mengesahkan RUU ini di Pejabat DPR, Senayan, Jakarta, Khamis lalu.

Dr.Hidayat Nur Wahid yang juga merupakan mantan Ketua PKS dan sekarang salah seorang dari ahli Majlis Syura PKS turut menyatakan bahawa yang diperlukan sekarang adalah mengkomunikasikan kepada orang awam bahawa Undang-Undang ini bukan dalam rangka untuk menyekat aktiviti kesenian, menyekat pakaian tradisional atau tarian tradisonal. Beliau juga mengingatkan supaya janganlah aktiviti-aktiviti tersebut sampai satu tahap ditunggangi pornografi. PKS yang merupakan antara partai Islam di sini telah beberapa kali terlibat dalam melakukan bantahan melalui demonstarasi-demonstrasi aman.

Disisi lain, pihak yang menentang pengesahan RUU ini sebagai Undang-Undang memberikan pelbagai respon membantah. Antaranya golongan artis dan penggiat seni, golongan Islam Liberal dan pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia (HAM). Di Bali, sebuah kawasan pelancongan yang penuh dengan kegiatan seks, masyarakatnya sejak awal lagi menolak RUU ini. Mereka mengancam akan melakukan bantahan awam atau tidak mematuhi langsung Undang-Undang ini. Ini diungkapkan oleh Koordinator Komponen Rakyat Bali (KRB) , Ngurah Arta Khamis kelmarin. Beliau juga memberi peringatan akan membawa isu ini ke Mahkamah dan jika gagal menggunakan mahkamah, masyarakat Bali akan mendesak pemerintah memberikan status autonomi khusus kepada Bali.

Walaubagaimanapun, kita mengucapkan tahniah di atas kejayaan Partai-Partai Politik Islam, Ngo-Ngo Islam, pertubuhan kemasyarakatan, gerakan mahasiswa dan semua pihak yang terlibat dalam memperjuangkan pelaksanaan Undang-Undang ini walaupun terpaksa merempuh badai pendokong jahiliyah yang begitu dahsyat. Allahuakbar !

1 ulasan:

malaysia baru berkata...

Lebih 50 tahun merdeka....baru sedar kejahatan pornografi.
Mari hidup sebagai bangsa merdeka zahir & batin.