Rabu, 12 November 2008

Kelebihan Mati di Jalan Allah.

TERKINI: Bagi sahabat-sahabat yang ingin mendapatkan terjemahan hadith Nabi S.a.w berkaitan burung-burung hijau yang membawa roh para syuhada’ versi Bahasa Melayu, anda boleh melayari http://ibnu-ismail.blogspot.com sekarang. Kelebihan para syuhada’ juga turut dimuatkan dalam blog tersebut.

Wallahua’lam.

Firman Allah s.w.t : Dikalangan orang beriman, ada pemuda-pemuda yang membenarkan janji mereka kepada Allah (untuk berjuang membela Islam). Maka dikalangan mereka ada yang telah selesai menunaikan janji tersebut (lalu mendapat syahid) dan dikalangan mereka juga, ada yang sedang menunggu-nunggu giliran (untuk syahid). Dan mereka sekali-kali tidak akan mengubah janji mereka kepada Allah sedikitpun - Al-Ahzab : 23.