Jumaat, 31 Oktober 2008

Jangan Terlibat Dengan Pembangkang ! – Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia.

Catatan: Majlis Perasmian Persatuan dan Sambutan ‘Idul Fitri

Tempat: Hermes Palace Hotel, Banda Acheh

07.45 p.m : Ketibaan Tuan Yang Terhormat (TYT) Dato’ Zainal Abidin Zain, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Dr.Junaidi Abu Bakar, Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia dan Ms.Jerome Fernandez, Pengarah International Education of Acheh yang merupakan Ngo dalam mendirikan sekolah-sekolah untuk anak-anak mangsa Tsunami. Kelihatan 20 orang mahasiswa dari KIAS tetap tidak mengalah dengan memasuki ruangan dewan dengan memakai kopiah putih walaupun dilarang.

08.00 p.m : Makan malam.


Dari kiri: Dr.Junaidi (baju coklat), Ms.Jerome Fernandez dan Dato' Zainal Abidin Zain.

08.30 p.m : Majlis dimulakan dengan bacaan Ayat Suci Al-Qur’an.

08.45 p.m : Ucapan Yang DiPertua PKPMI-CA, Al-Akh Ibrahim bin Osman. Beliau mengalu-alukan kedatangan Dato’ Duta dan memperkenalkan secara ringkas apa itu PKPMI-CA.

08.55 p.m : Ucapan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia- beliau memaklumkan jumlah pelajar Malaysia di Indonesia hari ini ialah 5600 orang dan lebih 140 orang di Acheh. Antara lain, Dr Junaidi yang berasal dari Kg.Pahi, Kuala Krai, Kelantan mengakui pernah menjadi pensyarah di beberapa buah Universiti dan pengurus Proton. Dalam ucapannya, beliau memberi peringatan agar semua mahasiswa di Acheh tidak terlibat dengan pihak pembangkang. Jangan libatkan diri dengan pembangkang dan mesti memberikan sokongan kepada Kerajaan Malaysia. Saya akan membantu kamu dengan bantuan-bantuan kewangan dan sebaginya. Kalau balik Malaysia, boleh jumpa saya untuk recommend kerja j-QAF. Tetapi jika saya dapat maklumat ada dikalangan kamu disini yang terlibat dengan pembangkang, saya tidak akan bagi kamu dapat j-QAF. Kamu akan bermasalah dalam urusan nak buat visa dan kitas ( kad izin menginap di Indonesia ) sebab akan melalui dengan saya. Saya yang uruskan.

Dalam ucapannya, beliau juga memaklumkan bahawa Ms. Jerome Fernandez dilantik sebagai wakilnya di Acheh untuk menjadi ‘penasihat’ kepada mahasiswa Malaysia di Acheh kerana dia telah menetap di Acheh lebih 3 tahun. “ Jika ada apa-apa masalah kamu semua boleh terus bertemu dengan Ms. Jerome dan dia akan membantu kamu ”tambah beliau dengan mengakui bahawa Ms. Jerome adalah guru lamanya ketika di Sekolah Menengah Kuala Krai beberapa tahun yang lalu.

“ Mahasiwa di tempat lain di Indonesia juga kami bantu. Jadi kamu duduk disini jangan tubuh apa-apa kelab-kelab yang kecil. Mesti bersama PKPMI. Jangan buat macam-macam hal. Kawan-kawan saya di UK memaklumkan pelajar di sana banyak buat masalah. Di Mesir pun sama.” katanya lagi. “ Kamu kena ingat tanggungjawab kamu pada negara”.

Di penghujung ucapan, Dr.Junaidi turut mengulas mengenai Kelab Umno. “ di tempat lain ada Kelab Umno. Ini hanya untuk memudahkan mereka dapat peruntukan untuk persatuan…tapi, kamu tak perlulah tubuh kat sini. Nanti kamu tubuh Kelab Umno, ada yang tubuh Kelab Pas pula, Parti Keadilan pula..

09.05 p.m : Duta Besar Malaysia di Indonesia – Dato’ Zainal Abidin Zain mengucapkan selamat datang kepada mahasiswa baru di Acheh. Dalam ucapannya, beliau memperkenalkan dirinya berasal dari Sg.Petani, Kedah. Beliau juga telah berkhidmat di Indonesia lebih 30 tahun dan sempat menyaksikan Revolusi Islam Iran ketika berada disana selama satu tahun lebih. “ Malaysia sekarang berada dalam keadaan aman, ekonomi terus kukuh walaupun berlaku kejatuhan di peringkat dunia. Ini kerana kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang efektif bagi menghadapi masalah ekonomi yang berlaku. Kerajaan juga terus bagi menjaga keharmonian kaum. Kita mesti pertahankan perpaduan sampai bila-bila untuk mencapai wawasan 2020. Kamu mesti terus berjuang untuk kepentingan agama, bangsa dan negara.”

Beliau juga turut merasmikan penubuhan PKPMI-CA dengan peruntukan pertama sebanyak 5 juta rupiah ( lebih kurang RM2000 ). “ Untuk membangun Malaysia, kita perlukan modal insan. Semangat patriotism kita tidak pernah luntur ”katanya sebelum mengakhiri ucapan.

09.25 p.m : Persembahan Pentomen – kisah anak derhaka yang terlibat dengan dadah dan akhirnya berubah.

09.45 p.m : Cabutan bertuah – oleh Dato’ Duta.

09.50 p.m : Persembahan Nasyid – Ya Rabbi bil Mustafa dan Teman Sejati.

10.10 p.m : Cabutan bertuah (sambungan) – oleh Ms.Jerome Fernandez. Beliau mengambil masa beberapa minit menyampaikan ucapan. “ Saya juga berasal dari Kelantan. Dr.Junaidi ini mantan anak murid saya. Kamu duduk disini mesti belajar Bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa lain. Sangat penting. Adik saya, bukan orang Melayu, bukan Muslim, tapi mampu bercakap Arab. Sudah lama tinggal di Dubai. Kalau kamu ada masalah yang tidak boleh diselesaikan, datang saja ke pejabat saya. Saya akan bantu” tegas beliau yang meruapakan seorang India.

10.27 p.m : Bacaan doa penutup oleh Al-Akh Wan Fauzi bin Wan Muhamad dan penyampaian cenderahati kepada Dato' Duta dan Dr.Junaidi. Majlis bersurai.

Pembetulan : Dato’ Zainal Abidin Zain BUKAN bekas Tim.Menteri Pertahanan seperti dalam artikel sebelum ini. Hanya persamaan nama sahaja.Harap maaf.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga kita di jauhkan dr sifat riya'! bukan nak ckp apa cm ana dah sering berurusan dengan dr junaidi di jakarta, boleh di katakan dia cuma suka menggombal kata2, hmm. tak baik sungguh dia ckp mcm tu!