Selasa, 21 Julai 2009

Jaulah ke Nanggroe Aceh Darussalam (vol 4)

Gambar-gambar lawatan selepas Asar (Sabtu):
Gunung Terbelah : Lihat dinding gunung yang berwarna putih yang terbelah (warna putih) akibat kedahsyatan Tsunami. Untuk membezakan antara bukit atau gunung yang sengaja ditarah (untuk pembangunan) dengan yang runtuh kerana Tsunami, lihat yang Tsunami runtuhannya lurus dan sama. Tempat ini terletak di Lhoknga, Banda Aceh.
Masjid Rahmatullah: Masjid yang mula dibuka pada tahun 19 Mac 1990 ini antara masjid yang terselamat sewaktu Tsunami disaat ribuan rumah disekitarnya musnah.Ia terletak di Lampuuk, Kecamatan Lhoknga, Aceh Besar. Kini diruang dalam bahagian belakangnya yang musnah sengaja dibiarkan untuk menjadi tatapan bagi kita. Beberapa gambar juga disediakan diruangan belakang masjid ini.
Padang Jarak :Lihatlah gambar masjid ini yang tinggal sebatangkara. Semua kampung disekelilingnya hilang dan hanya tinggal tapak2rumah sahaja yang masih kelihatan.
Kesan Runtuhan: Inilah kesan runtuhan dalam masjid yang masih dibiarkan untuk dilihat.
Kesan Runtuhan : Didalam masjid Rahmatullah.
Anak-Anak Taman Pengajian Kanak-Kanak (TPK) : Anak-anak sedang mengaji Qur'an di masjid selepas Asar.
Kapal PLTD Apung 1: Kapal ini adalah kapal yang diletakkan ditengah laut untuk menjana elektrik tambahan ke seluruh Banda Aceh.Sebelum Tsunami ia terletak di Ulee Lheu atau sekitar 10 km dari tempat sekarang. Kini ia berada di tengah kawasan perumahan.
Dari atas kapal : Gambar ini adalah gambar dari atas kapal PLTD Apung 1.
Dari atas kapal : Rumah bumbung berwarna merah dan biru adalah rumah bantuan Tsunami. Lihatlah kedudukan laut dari kapal ini.
Tuan Rumah: Bapak berbaju oren mengaku dibawah kapal inilah rumahnya yang asal. Kini dia menetap dirumah bantuan yang terletak sekitar kawasan itu. Semua keluarganya selamat kerana mereka dikampung itu keluar lebih awal ketika gempa dan sewaktu ombak Tsunami datang mereka telah berada di jalan besar.
Kapal Apung : Kapal nelayan ini telah 'menyelamatkan' seramai 59 orang yang sempat naik ke atasnya.
Tuan Rumah: Inilah tuan rumah yang kapal duduk diatas bumbung rumahnya. Dia antara yang terselamat. Namanya Bapak Samsudin dan Ibu Basyariah. Selepas berhenti Tsunami,mereka berjalan sejauh 30 km untuk mencari makanan kerana sehari mereka tidak makan.
Jarak Asal: Lihat bukit kecil ditengah laut. Itulah kedudukan asal daratan. Kini ia telah berada jauh 1km ditengah laut.

Isnin, 20 Julai 2009

Jaulah ke Nanggroe Aceh Darussalam (vol 3)

Gambar-gambar lawatan selepas Zohor (Sabtu) :
Rumah Aceh : Salah satu dari bangunan yang terdapat didalam kawasan muzium Aceh. Ini adalah rumah tradisional Aceh, yang didalamnya terdapat gambar-gambar tokoh-tokoh pejuang Aceh, barang-barang lama seperti pedang, tembikar, piring, tempayan, alat-alat mengerjakan tanaman padi dan sebagainya. Rumah tradisional Aceh ini dibina oleh Gubernor Belanda, Van Swart pada tahun 1914.
Cakra Donya : Sebuah loceng besar berupa mahkota besi berbentuk stupa buatan China tahun 1409 Masihi, 125 cm tinggi dan 75 cm lebar. Ia terletak didalam kawasan muzium Aceh. Ia adalah hadiah dari Raja China yang dihantar oleh Laksamana Cheng Ho pada tahun 1414.
Komplek Makam Raja-Raja Dinasti Bugis : antaranya - Sultan Ala Iddin Ahmad Syah (1727-1735) , Sultan Ala Uddin Johan Syah (1735-1760) , Sultan Ala Uddin Mohd Daud Syah (1781-1795) dan Pocut (anak kesayangan) Muhammad. Makam ini juga letaknya didalam kawasan muzium Aceh.
Kerbau Kepala Dua : Antara pameran yang terdapat dalam muzium Aceh adalah anak kerbau berkepala 2 yang lahir pada tahun 1953 di Ulee Kareng, Aceh dan sempat hidup hanya 2 bulan 10 hari sahaja.
Potret-Potret di Muzium Aceh : Antara potret-potret lama yang terdapat di muzium Aceh.Hubungan Aceh dan kerajaan Turki Uthmaniyyah : Sebuah catatan yang tertulis "teks transliterasi Surat Sultan Aceh Alaaddin Syah Al-Kahhar untuk Sultan Sulaiman Agung (Turki) mengenai permohonan bantuan militer dan ahli kemiliteran dari kesultanan Uthmani untuk melawan bangsa Potugis. Bantuan Turki selanjutnya juga dilampirkan (3halaman). Bahasa: Turki. Tarikh : Jumadil Akhir 973 H / 7 Januari 1566 M.
Makam Sultan Iskandar Muda : Jika di makam Syiah Kuala (Sheikh Abdul Rauf) dipenuhi dengan botol air mineral disekelilingnya entah apa tujuan, sekarang di makam ini pula menjadi tempat solat...

Gambar-gambar dan penjelasan berkenaan Komplek Makam Sultan Iskandar Muda, boleh dilihat pada artikel saya yang lalu di http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/11/lawatan-ke-komplek-makam-sultan.html

Kuburan Tentera Belanda (Kristian) : Sekitar 2200 tentera Belanda yang mati dalam tempoh penyerangan Aceh, mati dikuburkan disini termasuk Major Jenderal Kohler yang tewas dalam penyerangan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh. Di dinding pintu masuk kawasan kuburan ini ditulis nama-nama mereka dan tahun kematian. Setiap tahun masih tedapat waris-waris mereka dari Belanda yang datang menziarahi kuburan ini. Didalam ini juga terdapat puluhan orang-orang Indonesia (Jawa) sendiri yang dikuburkan disini. Mungkin mereka menjadi tentera dibawah Belanda.
Muzium Tsunami : Kuburan Belanda sekitar tahun 18 sehingga awal tahun 19 ini terletak dibelakang Muzium Tsunami yang hampir siap sepenuhnya pembinaan yang bermula pada tahun 2008.
Makam Meurah Pupok : Disitu tertulis " popular dengan sebutan Peutjut. Menurut sejarah Meurah Pupok adalah putera Sultan Iskandar Muda (abad ke-16). Kerana suatu 'kesalahan' " sultan menghukum sendiri puteranya ini. Sering disebut Pocut (anak kesayangan) kemudian berubah menjadi Peutjut. Pada saat Sultan akan menghukum puteranya inilah ,lahir ungkapan "Mate Aneuk Meupat Jirat - Gadoh Adat Pat Tamita."

Maksudnya adalah 'mati anak, boleh dicari kuburnya, tapi mati adat (adat yang Islami), dimana lagi mahu dicari'. Dikatakan Meurah Pupok melakukan zina. Anak Sultan Iskandar Muda yang perempuan adalah Ratu Safiatuddin yang pernah menjadi pemerintah Aceh. Makam Meurah Pupok terletak didalam kawasan petak. Akhirnya, pada abad ke-18, kawasan ini menjadi kuburan Belanda pula.
Kuburan Massal (ramai-ramai) : Didalam kawasan ini telah dikebumikan sekitar 14,264 syuhada' Tsunami. Tiada batu nisan disini. Hanya ada label kawasan kuburan kanak-kanak dan kawasan kuburan orang dewasa. Ia terletak di Ulee Lheue, Banda Aceh yang jaraknya dengan laut hanya 500 m ( asalnya bukan 500 m, tapi lebih 1 km, tapi kini sebahagian darat menjadi lautan ).
Masjid Baiturrahim : Ia terletak di Kecamatan Meuraxa, Ulee Lheu, Banda Aceh. Jaraknya dengan laut hanya 500 m seperti kuburan massal. Ini antara masjid yang terselamat disaat ribuan rumah musnah disekelilingnya. Ia hanya rosak sedikit sahaja.
Masjid Baiturrahim : Gambar pada 17 Jan 2005 ,beberapa hari selepas Tsunami. Didalam masjid ini dibahagian belakangnya disediakan sebuah ruang galeri foto-foto Tsunami yang tertulis 'In Memorial Photo - Peristiwa Bencana Gempa Tsunami Aceh 26 Dis 2004'. Antara gambar-gambarnya adalah gambar korban dan masjid-masjid yang hanya rosak sekitar 10% sahaja dan selebihnya selamat. Gambar-gambar dibawah ini juga terdapat di Masjid Baiturrahim.
Ketinggian air laut : Lihat betul-betul air berwarna hitam setinggi 3-4 kali pohon kelapa yang berada diatas untuk menghempap rumah2 dibawah.
Air laut sedang 'mengejar' penduduk Aceh.

2 Hotel di Jakarta di Bom : Mengapa Pengganas Sering Umat Islam ?

Sekitar jam 11.20 pagi tadi sewaktu berada di lapangan terbang Bandara Sultan Iskandar Muda dalam rangka menghantar ayahanda dan teman-temanya pulang ke Malaysia serta menyambut adik-adik mahasiswa baru dari Ma’ahad Tahfiz Malim Nawar,Perak dan Taman Pengajian Islam, Kemaman yang akan melanjutkan pengajian ke tahun pertama di IAIN Ar-Raniry, saya menerima sebuah SMS dari seorang sahabat yang berada di UIN Jakarta.


Bunyinya begini :

“ Assalamualaikum..akhirnya Polis Republik Indonesia (Polri) kehabisan akal untuk menjawab pertanyaan public, mujahidin lagi menjadi kambing hitam, padahal Islam


1) Melarang berperang pada Bulan Haram (Rejab) – lihat QS.2 : 149, QS 9: 5 dan 36 dalam tafsirannya ayat ini menjelaskan larangan berperang kecuali kerana diserang musuh.


2) Tabayyun – lihat QS. 4: 94 menurut tafsir ‘meneliti’ disana termasuklah meneliti tempat, situasi dan kondisi, ada tidaknya Muslim, dan musuh yang akan diserang.


Maka ini bukan aksi mujahidin tetapi konspirasi untuk menyudutkan Islam. Untuk itu sebagai Muslim hendaklah meneliti setiap berita yang diterima ( QS: 49 : 6 ). Jangan turut membe seperti media fasiq ini. Fitnah kembali ditebar, rapatkan barisan. Kebenaran akan secepatnya terungkap. Islam bukan agama semberono. Semua tercipta ada aturan….forward ke teman-teman lain akh”.


Saya membalas mesejnya dan mengucapkan terima kasih:

“ salam, syukran ukhti..ana setuju. Ini memang mainan Amerika…dan kalau umat Islam bom hotel itu pun, ana tidak akan bersetuju…tapi, insyaAllah, bukan umat Islam”.


Hari ini pihak polis Indonesia mula mewar-warkan kononnya pengebom 2 hotel di Jakarta tempoh hari adalah ‘orang-orang’ Nordin Mat Top, seorang yang sering dikaitkan dengan pertubuhan Jama’ah Islamiyyah (JI). Dalam masa yang sama Amerika dan Australia mula menawarkan diri untuk membantu polis Indonesia atas nama kerjasama memerangi keganasan. Bagi pasukan Manchester United (MU) yang dijadualkan akan menginap disalah satu hotel ini pada hari ini untuk perlawanan bola sepak dengan Indonesia, telah membatalkan kehadiran mereka ke Indonesia dan khabarnya mereka baru melakukan perlawanan di Malaysia.


Motif serangan belum diketahui sepenuhnya, namun nama Nordin Mat Top dan Dr.Azhari ( Malaysia ) yang sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu kini menghias media massa, Indonesia. Pada hari kejadian, dilaporkan 9 orang mati termasuk beberapa warga Amerika, Australia dan Swirtzeland serta selebihnya pekerja hotel dan beberapa warga Indonesia sendiri.


Saya masih teringat ucapan Ust Fauzan Al-Ansori iaitu pimpinan Majlis Mujahidin Indonesia (MMI) dalam sebuah seminar mengenai perbahasan buku ‘Aku Melawan Teroris-Imam Samudra’ beberapa tahun lalu, kata beliau “ saya pernah bertemu dengan seorang pegawai tinggi polisi Indonesia dan bertanyakan kepadanya..”pak, apakah orang-orang bukan Islam tidak ada yang ganas (terror) ? mengapa apabila ada aksi-aksi terror, maka yang akan keluar adalah nama-nama umat Islam sahaja ? mengapa tidak ada keganasan-keganasan..namanya orang kafir? Beliau mendiamkan diri..”


Mudah-mudahan kita tidak terperangkap dalam permainan ini walaupun kadangkala dimedia sering dipaparkan kononnya ini perbuatan mujahidin, ini rakaman ucapan mereka, ini surat wasiat mereka, ini pengakuan mereka…ini..ini…Pembaca sekalian ! Jangan lupa bahawa Amerika dan inteligennya, Australia dan inteligennya, Israel dan inteligennya, Negara kuffar dan intelegennya adalah golongan yang cekap dan bijak mengatur apa sahaja strategi…bahkan umat Islam sahaja boleh digunakan oleh mereka untuk membuat apa-apa pengakuan kononnya ini adalah tindakan jihad dan syahid. Jangan lupa ! Tragedi bom Bali 2002, dan tragedy WTC 11 Sept 2001 antara bukti nyata betapa cekapnya pihak CIA, Mossad dan beberapa buah inteligen berperanan.

Sabtu, 18 Julai 2009

Jaulah ke Nanggroe Aceh Darussalam ( vol 2 )

Jam 10.30 pagi : Kami menziarahi makam ulama' terkenal Aceh iaitu Sheikh Abdul Rauf As-Singkeli. Sahabat-sahabat boleh membaca berkenaannya dan gambar-gambar makam ini pada artikel saya yang lalu di http://arruhuljadid86.blogspot.com/2008/12/kenali-nanggroe-acheh-darussalam-siri.html Jika sahabat-sahabat masih ingat dalam peristiwa Tsunami pernah dihebohkan akan makam seorang ulama yang terselamat di Aceh, padahal jaraknya dengan laut hanya berhadapan sekitar 300m sahaja. Inilah makamnya. Namun, cerita-cerita yang mengatakan bahawa makam ini terapung dipermukaan air adalah cerita-cerita yang berlebihan yang tidak perlu anda ‘imani’. Amat mengecewakan..di saat makam ini ada penjaga pun, botol-botol air mineral masih banyak terletak disekeliling makam ini…

Gambar : Drs.Machmud.Ika (berkaca mata hitam) adalah penjaga makam ini yang merupakan generasi ke-8 Syiah Kuala yang banyak memberikan penerangan kepada kami. Sheikh Abdul Rauf (Syiah Kuala) seorang ulama' yang hidup dizaman Sultan Iskandar Muda. 15 tahun beliau belajar agama di Makkah.

Selepas itu kami bertolak ke sebuah kawasan yang terdapat 4 buah kota lama di zaman kesultanan Kerajaan Aceh. Kami han
ya sempat pergi ke Benteng Indrapatra dan Benteng Sultan Iskandar Muda sahaja. 2 benteng lagi tidak sempat pergi iaitu Benteng Inong Balee (perempuan janda) dan Benteng Kuta Lubuk.
Dalam perjalanan, kami menyaksikan sebuah jambatan yang menghubungkan antara 2 buah kampung yang putus sewaktu Tsunami.
Gambar 1: Benteng Indrapatra(atas)terletak di Desa Ladong, Kec.Masjid Raya, Kab.Aceh Besar.
Gambar 2: Benteng Indrapatra (atas) sebuah lagi (didalam kawasan yang sama).
Dibawah tempat bulat ini ada telaga...kuat betul memanjat budak sorang nihhh..
Gambar 3 : Benteng Sultan Iskandar Muda terletak di Desa Beurandeh, Kec.Masjid Raya, Kab.Aceh Besar. Semua benteng-benteng ini terletak menghadap ke laut. Dikatakan, ia digunakan sebagai mengawasi arus pelayaran, pertahanan dan pemukiman zaman itu. Selepas itu kami pulang semula ke kota Banda Aceh dan solat Zohor di situ.Semua benteng-benteng ini berada dipesisiran pantai Utara Aceh Besar.

Jika kita sampai ke Masjid Baiturrahman, Banda Aceh, dibahagian kiri masjid ini terdapat sebuah tugu peringatan yang tertulis kalimat berikut : “ Tanggal 14 April 1873 ditempat ini mayor (major) Jenderal J.H.R Kohler tewas dalam memimpin penyerangan terhadap Masjid Raya Baiturrahman”. Sejarah masjid Baiturrahman sangat banyak. 2 kali ia dibakar di zaman Belanda. Untuk tahu lebih panjang sejarah masjid ini, jemputlah datang ke sini.


bersambung lagi...