Selasa, 30 Disember 2008

BOIKOT : Sebuah Wasilah Jihad !

Pagi ini jam 11.00 dijangka ribuan umat Islam akan bergabung kekuatan untuk mengadakan himpunan aman yang dinamakan Intifadhah Umat Islam Malaysia di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat, Jalan Tun Razak bagi menyatakan bantahan terhadap serangan udara Israel yang telah mengorbankan ratusan umat Islam Palestin dan mencederakan lebih 1000 yang lain. Website Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam http://www.alqassam.cc/arabic/news1.php?id=7353 hari ini melaporkan angka terkini korban adalah 350 orang dan 1650 mengalami kecederaan.

Berikutan serangan menggila daripada Israel ke atas umat Islam di Ghazzah, Palestin pada Sabtu lalu yang berterusan sehingga hari ini, Presiden Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Cikgu Mohd Azmi Abdul Hamid kelmarin sekali lagi menegaskan kewajipan umat Islam untuk mengadakan solat hajat dan demonstrasi disemua masjid bagi menyatakan bantahan keras terhadap serangan ini.

Selain itu, Cikgu Azmi turut menyatakan, “Umat Islam di Malaysia mesti menegaskan pendirian terhadap Negara pengganasa Israel yang didalangi Amerika Syarikat. Untuk itu umat Islam mesti memperbaharui serta mempertajam kempen boikot terhadap produk Amerika dan Israel”. (Harakah)

Sebuah majalah Islam di Indonesia, Sabili keluaran terakhir untuk 2008 baru-baru ini memetik catatan pengalaman Cikgu Azmi ketika pulang dari kem pelarian Palestin yang terletak antara Syria dan Iraq. Beliau menyebut, “disana satu hari seorang pemuda berumur 16 tahun mendatangi saya dan bertanya.Apakah kami ini menjadi beban bagu dunia Islam dan kaum Muslimin? Saya tidak boleh menjawab.Lalu anak muda itu berkata lagi,” kalau memang kami ini menjadi beban bagi dunia Islam dan kaum Muslimin dan keadaannya seperti sekarang, rasanya hanya ada satu jalan keluar. Bunuh sahaja kami dan biarkan kami binasa agar hidup kami tidak membebani hidup kalian. Setelah itu dunia Islam dan kaum Muslimin boleh tidur dengan tenang”.

Boikot : Kesan atau Tidak ?

Tidak terfikirkah kita ucapan anak muda berusia 16 tahun ini? Sejak Amerika menjajah bumi Islam Afghanistan tahun 2001 yang lalu kononnya dengan misi memburu Usamah bin Laden, sebahagian besar ulama’ul amilin termasuk Dr.Yusuf Al-Qardhawi menyeru pemboikotan produk-produk Amerika dan Israel. Ini kerana, umat Islam ditembak dan disembelih oleh kuffar adalah hasil kekuatan ekonomi mereka yang dimanfaatkan untuk mendapatkan kelengkapan perang mengahdapi para Mujahidin dan umat Islam yang hanya bersenjata lama. Bahkan, dikalangan mereka ada yang mengharamkan langsung pembelian produk Amerika dan Israel.

Jika kita menelusuri secara terperinci pandangan para ulama’, pelbagai pandangan atau ijtihad mereka yang kita temui. Soalnya, berat sangatkah untuk berjihad melalui usaha boikot ini? Atau kita masih menunggu untuk menyaksikan prestasi mendadak kejayaan hasil boikot terlebih dahulu? Lupakah kita, Denmark hampir-hampir akur dengan tindakan boikot produk mereka oleh umat Islam yang mengundang kerugian besar kepada beberapa syarikat mereka dek kerana tindakan barbarian seorang warga mereka yang menghina sosok tubuh Rasululllah tempoh hari?

Ataupun kita masih mencari alasan bahawa tidak ada pilihan lain untuk mendapatkan produk melainkan barangan Amerika dan Israel? Benarkah semua barangan di Malaysia hasil Amerika dan Israel?

Apa Usaha Anda dan Saya?

Saudara, Allah s.w.t tidak pernah atau akan bertanya mengenai hasil tindakan jihad kita. Berhasil atau tidak, berjaya atau gagal. Kita hanya diarah melakukan tindakan dan amalan. Jika ditanya, maka bagimanalah nasib Nabi Nuh a.s yang hampir 950 tahun hidup namun hanya beberapa orang yang beriman atau burung kecil yang berusaha memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim.

Saat 350 gugur syahid, mencipta alasan dan takwilan-takwilan lagi untuk tidak memboikot adalah tindakan yang sangat dungu dan menambahkan keriangan Israel untuk terus membantai umat Islam. Jangan lupa ucapan pegawai pertahan awam Negara haram Israel ,Ofer Shmerling selepas serangan Sabtu lalu,” 'Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel”.

Kita tidak mampu kesana (Palestin) akibat sekatan-sekatan dan masalah-masalah yang lain. Bahkan pejuang Hamas tidak mengharapkan kehadiran kita. Mereka hanya menagih doa, sokongan kewangan, sokongan moral dan usaha-usaha menekan kerajaan masing-masing agar menekan Israel. Itu sahaja.

Paling penting, usahakanlah apa sahaja alternative-alternatif jihad yang boleh mendatangkan maslahah kepada mereka. Baik dengan solat hajat, edaran risalah, kutipan derma, tayangan-tayangan, munajat-munajat, majlis penerangan dan sebagainya. Jangan sampai kita dituntut oleh mereka di Yaumil Mahsyar gara-gara tidak ada langsung tindakan untuk mengamankan mereka dari kezaliman. Mainkan peranan masing-masing. Jika anda mampu untuk bersama berdemonstrasi, ya silakan. Ketika darah umat Islam mengalir tanpa mampu disekat-sekat lagi, cukuplah kita menjadi duri mencari-cari hujjah untuk menafikan peranan demonstarsi, peranan boikot dan sebagainya. Bahkan mencari-cari dalil untuk mengatakan demonstrasi tidak syar’ie ,boikot tidak syar’ie, sedang kita hanya mampu berdentam dentum di kantor-kantor dan kedai kopi sahaja.

Isnin, 29 Disember 2008

Kelab UMNO : Satu Penjelasan

Gara-gara memposting sebuah artikel ringkas bertajuk “Muharram : Berhijrahlah Teman-Temanku ! “ tanggal 27 Dis, Sabtu malam Ahad yang lalu, inbox diblog saya banjir dan hampir melimpah dengan kritikan dan kemarahan dari beberapa pihak pagi keesokannya. Tidak ketinggalan ada juga beberapa insan yang menyatakan sokongan walaupun saya tidaklah mengharapkan. Akhirnya, entah mengapa saya menjadi begitu akur dengan kritikan tersebut sehingga bertindak memadamkan semula posting artikel tersebut pada pagi Ahad itu sekitar jam 07.00 pagi yang telah dibaca sekurang-kurangnya 35 orang yang sempat saya catatkan bil.pengunjung.

Paling menyedihkan apabila saya benar-benar terlepas pandang dengan tidak menyimpan satu copy article tersebut didalam laptop atau pendrive. Tidak terfikir pula rupa-rupanya artikel pendek tersebut ‘disambut’ dengan pelbagai komentar. Alhamdulillah, Allah masih memelihara ingatan dan saya masih mengingati isi-isi penting dalam article tersebut. Antaranya ialah :

a) Saya menimbulkan persoalan mengapa saat rakyat yang berada diceruk kampong sudah mula cerdik dan berfikiran terbuka untuk membuat perubahan, tiba-tiba mahasiswa yang berpengajian tinggi masih bergantung dengan Umno khasnya diluar Negara.

b) Saya tidak tahu samada teman-teman daripada Kelab Umno di Indonesia bersama Kelab Umno sekadar untuk mendapatkan wang menampung pengajian mereka (yang agak mahal) atau memang mereka telah sebati dengan doktrin kebangsaan (Nasionalisme). Jadi,kalau sesiapa yang ingin dapatkan wang bolehlah masuk Umno, tetapi untuk cari kebenaran, janganlah kerana Umno bukan tempat untuk cari kebenaran.

c) Untuk apa bergantung dengan Umno (Kelab)? Kenapa kita bimbang sangat. Yang atur rezeki dan pekerjaan kita adalah Allah, bukan Umno. Yakinlah dengan Rububiyyah Allah (sifatnya yang Maha Memberi Rezeki) kerana segala rezeki dan kerja kita selepas ini telah diatur oleh Allah.

d) Jika benar pemerintah ingin membantu pelajar Malaysia diluar Negara, silakan,Tiada siapa yang menghalang. Ini memang tugas peemerintah. Soalnya, untuk apa perlu ada Kelab Umno, sedangkan telah ada persatuan rasmi pelajar.

e) Ketika didalam kursus BTN untuk semua mahasiswa yang akan keluar Negara, mereka menekan pelajar supaya jangan terlibat dengan politik, tetapi bagaimana dengan Kelab Umno? Bukan politikkah?

f) Dalam keadaan pelajar-pelajar agama mahu menyambung pengajian ke luar Negara, duit zakat pun begitu sukar untuk diperolehi, terpaksa ke hulu dan ke hilir mencari sumbangan, gerakan mahasiswa Islam ditekan dan sebagainya, kita masih memaksa diri kita menjadi dungu untuk bersama Kelab Umno.

g) Kata Saidina Umar ketika berjaya membebaskan Baitul Maqdis daripada Salibiyyin, “Kita adalah satu kaum yang diberi kelmuliaan oleh Allah kerana berpegang dengan Islam, barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam ,maka dia akan dihina oleh Allah”.

h) Percayalah, ‘nikmat’ adanya kelab umno hanya dirasai oleh ketua-ketua anda sahaja. Yang dibawah hanya mendapat baki-baki sahaja.

i) Untuk teman-teman Kelab Umno di Kaherah, Mesir: Malangnya anda bertemu puluhan kitab dan ulama’ , namun tidak menemui hukum secular. Janganlah anda khianati ilmu anda. Jangan sampai umat Islam di Malaysia menggelar anda ‘khianati ummah’. Janganlah menjadi Ahli Kitab yang tahu kebenaran, tetapi menjadi sesat atau Musa Samiri yang berguru dengan Nabi Musa, lalu berkhianat.

Lebih kurang, inilah point penting yang ditulis dalam artikel tersebut. Jika ada teman-teman yang sempat membaca dan menemui perkara yang saya tertinggal, tolong maklumkan pada ruangan komentar dibawah artikel ini.

Catatan: Dalam artikel tersebut, saya memasukkan 2 foto pimpinan Kelab Umno Indonesia dan Jakarta. Saya juga menyebut, insyaAllah selepas ini jika tiada masalah, gambar pimpinan Kelab Umno di Mesir akan saya paparkan diblog ini untuk tatapan rakyat Malaysia.

…………………………………………………………………………………………………..

Akhirnya, berderu-deru kritikan memenuhi inbox blog ini sehingga memaksa saya untuk memadamkan semula artikel tersebut untuk tidak memburukkan keadaan dan menghormati teman-teman yang agak tidak bersetuju kerana foto mereka dimasukkan.

Dibawah ini adalah komentar-komentar yang masuk ke inbox blog ini mengikut tarikh dan jam:

28 Dec 08, 22:44

berkata: aneh org beragama sentiasa mencaci dan menghina rakan seagama sendiri... kebencian di utamakan lebih daripada pengangan konsep muslim itu ikhwah... maaf berkatalah mengikut suara Ilahi bukan amarah..

28 Dec 08, 21:01

hafiz: nama pun dah umno... umno jgklaaa.. blaja tggi2 hukum Allah amek mudah jer.. moga Allah bukakan hati bersatu dlm jemaah islam yg sebenar..

28 Dec 08. 08.35

pro mahasiswa: justeru, segala tindakan kerajaan akan disokong sepenuh hati o kelab ini. walaupun ianya salah..

28 Dec 08, 08:35

pro mahasiswa: kpd kelab umno, slogan y anda laungkan- kami bukan parti politik tu dah xleh guna lagi.. nama yg sebenar bagi kelab umno adalah kelab PENYOKONG umno..

28 Dec 08, 06:11

untuk blues: sikap umno ni sama je kat mana pun.yg penting perut.hukum no 100

28 Dec 08, 01:24

blues: kata pepatah, rezeki jgn ditolak..musuh jgn dicari..betul kata saudara/ri biore..urusan halal haramnya itu haya Tuhan yang tahu...bukan saudara atau sesiapa

28 Dec 08, 01:23

blues: sebab kelab umno luar negara tidak ada langsung unsur politik..apa yang kamii terima,hanya sekadar kemudahan yang diberi

28 Dec 08, 01:21

blues: harapan saya, saudara harusnya selidik dahulu..tanya..baru dan nilai sendiri..bukankah itu yang di ajar dalam Islam??

28 Dec 08, 01:21

blues: kenapa harus berterima ksih pada saudara? sdgkan saudara tidak tahu ttg misi dan visi kelab, saudara sudah lemparkan pandangan negatif

28 Dec 08, 01:16

biore: sekali lagi, semua urusan hanya Tuhan saja yang uruskan..bukan kita..ingt..bukan kita..sekian terima kasih

28 Dec 08, 01:15

biore: belum tentu semuanya jahat n buruk,mana yang baik tu kita amk..yang buruk tu jauh2 la kita tglkan

28 Dec 08, 01:14

biore: saya harap, semua pihak yang terlibat dalam perkara ini, jgn berfikiran cetek..luaskan minda, jgn terlalu taksub pada 1 perkara, yang lain semua dianggp salah dan haram

28 Dec 08, 01:13

biore: urusan benda atau duit itu halal atau tidak hanya Tuhan saja yang tahu, bukan kita yang menentukan

28 Dec 08, 01:12

biore: urusan duit dan apa fasiliti yang diterima hanyalah sebatas kemudahan yang diberikan kepada kami

28 Dec 08, 01:11

biore: banyak bukti ramai dikalangan pelajar yang terlibat dalam kelab umno semuanya berjaya dgn cemerlang,tiada unsur politik di dalamnya

28 Dec 08, 01:10

biore: terima kasih atas perhatiannya..tapi untuk maklumat, misi dan visi kelab umno seluruh dunia adalah untuk membantu sesama pelajar malaysia

27 Dec 08, 23:40

berkata: shukran

27 Dec 08, 23:40

berkata: islam tu adil.. bukan umno atau apa... sedang anda berbicara anda juga membuat kebatilan sebenarnya anda lebih terlihat memberikan fitnah kpd agama.. sedang anda tidak pernah tahu apa yang kami lakuka

27 Dec 08, 23:39

berkata: hanya menjalankan apa yg dirasakan perlu untuk pelajar... kheirul kalam man qalla wa dalla

27 Dec 08, 23:38

berkata: kalau anda punya bukti tolong berikan... sekiranya kami makan duit rakyat untuk bersenang lenang, kami tahu akibatnya... tapi kalau anda melemparkan fitnah, ingat azab anda lebih perit.. kami di sini

27 Dec 08, 23:37

berkata: Percayalah bahawa 'nikmat' adanya Kelab-Kelab Umno ini hanya dirasai oleh ketua-ketua anda sahaja. Anda dibawah hanya berkongsi baki-baki sahaja.

27 Dec 08, 23:37

berkata: sheikh... kalau nak berbicara pasal agama tolong la jgn mendatangkan fitnah... berbicara atas dasar yg haq.. maaf saya seorang drp gambar yg ada disitu tp saya rasa apa yg anda katakan itu adalah ftnh.

Ditengah-tengah komentar dari pelbagai pihak ini, saya menerima email daripada seorang pimpinan Kelab Umno pada pagi Ahad kelmarin menegur tindakan saya. InsyaAllah, saya berusaha untuk memberikan penjelasan tentang komentar-komentar ini, tentang Kelab Umno secara umum termasuk Numram (Nadi Umno Republik Arab Mesir) yang dipimpin oleh mahasiswa yang mempelajari Aqidah dan Syari’ah. InsyaAllah. Saya juga mengalu-alukan komentar dari sesiapa sahaja dengan harapan nanti diakhirnya, kita diberi petunjuk oleh Allah s.w.t untuk terus bersedia melakukan perubahan setara dengan sosok tubuh kita sebagai golongan berpendidikan yang tentunya bijak membuat penilaian untuk kepentingan Islam dan ummahnya serta bangsa dan Negara umumnya.

Ahad, 28 Disember 2008

1430 Hijriyyah: Israel Tambah Rekod Hitam Jenayah Atas Umat Islam

Laman web Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam http://www.alqassam.cc/arabic/ hari ini melaporkan angka kematian warga awam Palestin meningkat sehingga 282 orang dan kecederaan mencapai angka 700 orang. Hari ini keseluruhan hospital di Ghazzah penuh sesak dengan jenazah para syuhada’ dan mereka yang tercedera. Serangan udara dari pihak Israel di Jalur Ghazzah (Gaza) Sabtu, waktu Zohor kelmarin mendapat reaksi pelabagai pihak.

Antaranya daripada seorang pegawai pertahanan awam Negara Haram Israel, Ofer Shmerling: “ Saya akan bermain muzik hari ini dan merayakan apa yang dilakukan oleh tentera udara Israel”(Harakah). Selain beliau,turut membuat ulasan ialah jurubicara Agen Security Nasional (NSA) Amerika, Gordon Johndroe, “ serangan roket Hamas yang berterusan harus dihentikan. Hamas harus menghentikan aktiviti terorisnya agar masa depan warga Palestin terjamin”( arrahmah.com). Bagi pihak Israel, mereka mengakui akan terus melakukan serangan yang lebih dahsyat daripada Sabtu kelmarin. “Semua yang berkaitan dengan Hamas akan menjadi target” kata jurubicara militer Israel( arrahmah.com).

Hari ini, PM Palestin, Ust Ismail Hanieyah berkata, “"Ada darah di mana-mana, banyak yang terluka dan menjadi korban di tiap rumah dan tiap jalan. Gaza hari ini dihiasi darah. Korban itu boleh bertambah dan boleh lebih banyak lagi yang terluka. Tapi Gaza tak akan pernah hancur dan tak akan pernah menyerah," tegas Haniyeh. "Kami tak akan meninggalkan tanah air kami. Kami tak akan mengibarkan bendera putih dan tak akan berlutut kecuali pada Tuhan," ujar pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh seperti dilansir dari Reuters, Minggu (28/12/2008).

Alhamdulillah, saat ini HAMAS sebagai gerakan jihad yang terkehadapan di Palestin mula melakukan aksi serangan balas menggunakan roket Al-Qassam ke beberapa tempat di Israel. HAMAS disenaraikan oleh Amerika sebagai salah satu gerakan terrorist. Allahuakbar !!!

Apa Tanggungjawab Kita ?

1) Adakan Solat Hajat secara individu atau berjamaah secara berterusan mendoakan keselamatan dan kesabaran kepada umat Islam di Palestin, kemenangan kepada Mujahidin Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah (HAMAS) dan gerakan jihad lain.

2) Berdoa bersungguh agar Allah menjadikan bumi Ghazzah (Gaza) sebagai neraka bagi tentera Israel dan menghancurkan mereka.

3) Teruskan amalan-amalan sunat yang lain seperti membaca Al-Qur’an dan berzikir.

4) Menyertai gerakan-gerakan Islam mendesak pemerintah Malaysia mengeluarkan kenyataan khusus mengkritik dan mendesak Israel hentikan kezaliman.

5) Sertai himpunan-himpunan membantah kebiadapan Israel yang dianjurkan oleh pertubuhan-pertubuhan Islam.

6) Sampaikan sumbangan seberapa banyak untuk membantu umat Islam disana melalui gerakan Islam.

Untuk perkembangan terkini dan foto-foto serangan di Palestin, layari www.arrahmah.com , http://www.alqassam.cc/arabic/ , http://palestinkini.info/index.php , dan lain-lain website dunia Islam di link blog ini.

JANGAN LUPA:

Hadiri Intifadhah Umat Islam bersama Dewan Pemuda Pas Pusat

di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat pada Hari Selasa 30 Dis jam 11.00 pagi.

Tunjukkan Solidariti Anda Kepada Saudara SeAqidah. Korbankan beberapa jam untuk menyatakan sokongan anda kepada umat Islam Palestin.

Jumaat, 26 Disember 2008

Tsunami 26 Disember: Antara Fenomena Alam dan Bala’.

Imam Solat Jumaat tadi penuh khusyu’ berdoa khas untuk mereka yang telah kembali kepada Allah dalam musibah Tsunami. “ Allahummaghfir li man mata bi sababis Tsunami, waj’al qabrahum raudatan min riyadhil jinan wala taj’al qabrahum hufratin mun hufarin niran..” di ulang beberapa kali dan diaminkan oleh para ma’mum. Suasana sebegini berlaku dihampir keseluruhan masjid-masjid di Acheh.

Sejak malam tadi, pelbagai acara diatur oleh pihak masjid untuk memperingati musibah Tsunami tanggal 26 Dis 2004 yang lalu yang telah menjadi acara tahunan. Majlis bacaan Al-Qur’an, Surah Yaasin, tahlil dan doa berterusan sehingga menjelang Jumaat tadi. Di Masjid Raya Baiturrahman yang pernah terhimpun ratusan mayat dihadapannya dulu, selepas Isya’ malam tadi dilaksanakan majlis zikir beramai-ramai yang dianjurkan oleh Himpunan Mahasiswa Indonesia (HMI) dengan nama Zikir Akbar yang dipimpin oleh Ust Arifin Ilham. Ribuan warga berpakaian putih memenuhi ruangan masjid. Solat hajat dimana-mana terus dilakukan.

Pengharapan dan rasa takut akan berulangnya tragedy tersebut jelas kelihatan pada masyarakat Acheh. Jika ditanya pada mereka yang telah kehilangan ibu atau bapa, anak-anak atau saudara mara tentang Tsunami, jawapan mereka, “kami sangkakan hari tersebut berlaku Qiamat”. Subhanallah. Sampai saat ini masih ada dikalangan mereka yang masih trauma. Manakan tidak, pagi Ahad yang tenang itu tidak disangka menjadi saksi kejadian yang sangat memilukan. Air laut yang selalunya tenang menggamit para nelayan kini bertukar menjadi ganas menghempas pesisiran pantai dengan kelajuan ombak 700km/jam. Pucuk kelapa yang tidak pernah merasai masinnya air laut turut merasai air setinggi 15 meter yang melonjak naik. Gempa yang diakui oleh pengkaji bumi dengan skala 9.8 skala richter itu menelan korban melebihi 250,000 nyawa. Entah berapa ratus mayat yang tidak ditemui sampai saat ini samada jasadnya telah hancur atau tenggelam ditengah lautan.

Hari ini genap 4 tahun tragedy tersebut. Pelbagai cerita-cerita muncul dari pengakuan mangsa yang masih hidup dan sempat menyaksikan bah besar tersebut. Jika dikutip pengalaman, kengerian dan pelbagai keajaiban dalam musibah tersebut, mungkin berbelas-belas buah buku boleh dicoretkan. Namun, sejauhmana kengerian tersebut menambah ketaqwaan kepada Allah dikalangan mereka yang masih hidup, wallahua’lam.

……………………………………

Perbincangan samada Tsunami sekadar fenomena alam yang ‘biasa-biasa je’ atau peringatan daripada Allah menjadi satu polemic hangat yang diperdebatkan. Pihak yang menganggap ini fenomena alam menafikan pihak yang mendakwa Tsunami adalah peringatan atau azab daripada Allah dan sebaliknya. Orang awam yang tidak tahu menjadi makin tidak tahu kebenaran akibat otak mereka disumbat masuk oleh pemikiran secular yang memaksa diri untuk menerima bahawa kejadian ini ‘perkara biasa’. Meminjam kata Astora, “tidak ada kaitan dengan kemurkaan Allah”.

Bagi penulis yang ketika itu masih menjadi penilai kepada pelbagai pandangan-pandangan tersebut teringat kepada isi kuliah Ust Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man. Beliau saat itu mengulas mengenai pendirian beberapa pihak yang melarang menggunakan istilah ‘bala’ kerana dibimbangi akan mengecilkan hati mangsa atau waris korban. Katanya, “ kenapa kita bimbang apabila disebut ini bala? Untuk apa terasa ? Sedangkan Nabi sendiri menyebut “yang paling teruk sekali dibala’ oleh Allah adalah para Nabi”. Maksudnya Nabi adalah golongan yang paling banyak diuji oleh Allah. Bila kita sebut ini bala’, sekurang-kurangnya orang yang hidup dalam maksiat ambil peringatan kerana boleh jadi kerana maksiat merekalah Allah menunjukkan kemarahannya”.

“ Yang bimbang sangat dengan istilah bala’ ni bukan mangsa Tsunami pun, tapi yang hidup dalam maksiat, rasuah, lawan ulama’, judi, arak…”. Lebih kurang begitulah isinya.

Apabila ada orang menyebut bahawa, jika ini bala’ kenapa umat Islam di Acheh yang kena, kenapa tidak Amerika atau Israel sahaja? Ust Tuan ketika itu memperingatkan ayat Al-Qur’an : dan takutlah kamu akan fitnah (azab,ujian dll) Allah yang apabila diturunkan tidak hanya khusus untuk orang yang zalim sahaja (tetapi mengenai semua manusia). Jika azab ini menimpa ahli maksiat, maka padanlah dengan maksiat yang dilakukan. Adapun bagi orang yang tidak melakukan maksiat, lalu ditimpa juga azab, boleh jadi kerana mereka merasa cukup diri mereka sahaja yang baik, yang sholeh, apa yang terjadi pada orang lain, bukan menjadi urusannya. Sedangkan Islam tidak begitu. Di dalam Islam diajarkan Hablum minAllah wa hablum minannas ( hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia ).

Bahkan di dalam hadis, Nabi s.a.w bersabda : Barangsiapa yang tidak mempedulikan atau mengambil tahu urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.

Ketika menghuraikan mengenai azab Allah ini, beliau menyebut bahawa ada 4 kategori manusia dalam musibah ini:

1) Bagi orang yang hidup dalam munkar dan maksiat kepada Allah, lalu dimatikan dalam musibah ini, ini satu azab kepadanya atas dosa tersebut. ( Rujuk Surah Al-‘Ankabut : 40 ).

2) Bagi orang yang sholeh yang baik yang mati dalam musibah ini, ini adalah peluang untuk Allah berikannya pahala mati syahid kecil.

3) Bagi mangsa atau waris-waris yang masih hidup, musibah ini adalah ujian dari Allah untuk menilai sejauhmana keimanan dan kesabaran mereka. ( Rujuk Surah Al-‘Ankabut : 02-03 )

4) Bagi manusia lain yang tidak ditimpa musibah ini, tetapi melihat atau mengetahuinya, maka mudah-mudahan ia menjadi iktibar atau peringatan bagi mereka agar sentiasa berhati-hati dalam segala urusan kehidupan agar bertepatan dengan kejendak Allah.

Sangat pelik apabila ada manusia yang cukup bimbang dan merasa tidak enak apabila disebut ini adalah bala’ atau peringatan daripada Allah kepada manusia. Soalnya, apa yang ruginya apabila kita menggunakan istilah bala’? Padahal inilah jalan yang boleh membuatkan manusia yang hidup dalam mungkar sedar bahawa dosa mereka mengundang azab Allah. Namun, apabila penafian demi penafian dibuat agar Tsunami tidak dilihat ‘hasil’ daripada Allah, akhirnya lihatlah apa yang berlaku. Sambutan Tahun Baru 2005 di Malaysia yang penuh dengan percampuran gila lelaki dan perempuan yang mengundang kepada aksi zina setiap tahun dihentikan dan diganti dengan bacaan tahlil, solat hajat dan segala macam. Sebabnya? Kerana simpati atas fenomena alam yang menimpa umat Islam. Bukan kerana keinsafan. Sedangkan apabila ditanya kepada orang di Acheh, mereka sendiri tunduk dan hanya mampu berkata: “ini peringatan Allah untuk kita”.

Lalu, apabila tanggal 26 Dis 2005, 2006, 2007 dan 2008 ini, Tsunami tidak berlaku lagi, maka mungkar Tahun Baru diteruskan juga. Jadi, bagi golongan kuffar, secular, nasionalis dan kaum kerabatnya, maksiat terus diulang. Judi terus dibiarkan, arak terus disuburkan, kelab malam terus diperbanyakkan…kerana ? Tsunami bukan daripada Allah!!! Tidak peliklah jika Phuket yang hancur ranap, kini dibangunkan semula bahkan kurang dari setahun, pelacur-pelacur neraka beroperasi semula.

Atau kita menunggu sehingga Tsunami benar-benar merempuh Kuala Lumpur, baru kita diam dan akur ini adalah peringatan daripada Allah ? Malangnya spesis ‘fenomena alam’ ini masih angkuh berbicara dimana-mana. Kalaupun benar ia fenomena alam, soalnya siapa yang menggerakkan pusat gempa itu dilaut berhampiran Acheh dan digoncangkan sedahsyat itu kalau bukan Allah ? Lu pikirlah sendiriiii..

Benarlah apabila musibah tidak dipandang daripada perspektif Islam, dosa dan pahala, halal dan haram, maka wang sumbangan untuk mangsa Tsunami pun disapu oleh manusia yang cukup busuk perut dan hati mereka.

Al-Fatihah untuk korban Tsunami.

Rabu, 24 Disember 2008

Kenapa Mereka Ini Yang Memeningkan Ummah ?

Inilah mereka yang didakwa sebagai golongan cerdik pandai, pembaharu Islam, moderate dan terbuka yang berbicara tentang Islam dan mempunyai pendengar, penyokong, pendokong, pengikut serta pembela tegar. Mereka ini bahkan berguru dengan golongan seperti Mohammed Arkhoun ( penulis buku ‘Rethinking Islam’ – guru besar Islamic Thought, Uni.Sorbone, Perancis), Nasr Hamid Abu Zayd, Fazlur Rahman dan lain-lain yang jelas ditentang oleh para ulama’ ul amilin kerana sekularnya pemikiran mereka dan sering menafsir Al-Qur’an dengan pemikiran yang cukup berbahaya.


Ajaran Sesat Ahmadiyyah ( Ghulam Ahmad Qadiyani ):


Tokoh-tokoh Islam Liberal yang mendokong ajaran sesat Ahmadiyyah antaranya adalah:

a) Atho Muzhar – Kepala Badan Litbang Departemen Agama.

b) Nasaruddin Umar - Pembantu Rektor 3 IAIN Jakarta / Dirjen Bimas Islam Departemen Agama.

c) Azyumardi Azra – bekas rector UIN Jakarta.

d) Abdul Moqsith Ghazali - Pensyarah UIN Jakarta.

e) Ulil Abshar Abdalla – Koordinator JIL.


Ajaran Sesat Anand Krisna:


Tokoh-tokoh Islam Liberal yang menyokong ajaran sesat Anand Krisna antaranya adalah:

a) Dr.Nasaruddin Umar – UIN Jakarta. Beliau memuji buku Anand Krisna: …” dalam buku ini, Pak Anand Krisna ingin mengingatkan kepada kita semua bahawa bukan aspek mistisnya surah-surah ini yang perlu ditonjolkan, melainkan penghayatan maknanya yang begitu dalam dan komprehensif.” ( Surah-Surah Terakhir Al-Qur’an Al-Karim bagi Orang Modern – karangan Anand Krisna ).

b) Komaruddin Hidayat – Rektor UIN Jakarta. Beliau memberi kata pengantar dalam buku Anand Krisna:….” Saya melihat dalam buku ini bangunan argumentasi reinkarnasi (jelmaan semula) diambil dari ayat-ayat Al-Qur’an yang digabung dengan hasil telaah ayat-ayat kehidupan.” ( Penyelaman Spritual Anand Krisna bersama Achmad Chodjim, Maulana Wahiduddin Khan ).


Hak Berkahwin Sesama Jenis:


1) Jurnal JUSTISIA Fakultas Syariah IAIN Semarang edisi 25 tahun XI 2004 – sampul jurnal ini memuat tulisan yang berjudul : “ Indahnya Kahwin Sesama Jenis” yang membela perkahwinan sesama jenis ( homosexual dan lesbian) dengan menggunakan ayat-ayat Al-Qur’an.


2) Isi jurnal itu diterbit menjadi buku “ Indahnya Kahwin Sesama Jenis” yang didalamnya dicatat pada sampul belakang kalimah-kalimah berikut: “ …dan sebagai warga Negara yang hak-haknya dilindungi oleh Undang-Undang Dasar (UUD), sudah semestinya kaum homosekual diberi hak dan perlindungan untuk menikah secara abash dengan paying hokum tetap dari Negara. Kerana itu, kami memandang sangat penting untuk dilakukan revisi UU Perkahwinan No 1 Tahun 1974 dengan memasukkan poin perlindungan dan pengabsahan kahwin sesama jenis. Orang yang tidak mendukung perkahwinan sesama jenis adalah orang-orang yang egois, keras kepala dan serakah yang tidak layak hidup dibumi ini”.


3) Para mahasiwa menutup bukunya itu dengan catatan penutup berjudul : “ Homosekual dan Pernikahan Gay: Suara Dari IAIN”. Mereka ini mengaku bahawa suara mereka adalah suara IAIN dengan menyatakan: “ hanya orang primitive sahaja yang melihat perkahwinan sesama jenis sebagai sesuatu yang abnormal dan berbahaya. Bagi kami, tiada alasan yang kuat bagi siapapun dengan dalih apapun untuk melarang perkahwinan sejenis. Sebab Tuhan pun sudah maklum, bahawa projeknya menciptakan manusia sudah berhasil bahkan kebablasan (keterlaluan) ”.


Penghinaan Kepada Al-Qur’an:


1) Kes penginjakan lafaz Allah di IAIN Surabaya oleh pensyarah yang bernama Sulhawi Ruba, 51 pada 05 Mei 2006 dihadapan 20 mahasiswa Fakultas Dakwah ketika mengajar mata kuliah Sejarah Peradaban Islam (SPI). Majalah GATRA edisi 07 Jun 2006 melaporkan: Sulhawi sengaja menginjak-injak lafaz Allah yang ditulisnya pada secarik kertas. Gara-gara ulahnya itu, dia kemudian diskors 6 bulan. Beliau ketika itu menerangkan posisi Al-Qur’an sebagai hasil budaya manusia. “ Sebagai budaya, posisi Al-Qur’an tidak berbeda dengan rumput”. Lalu ia menulis lafaz Allah diatas secarik kertas sebesar tapak tangan dan menginjakkannya dengan kasut.


“ Al-Qur’an dipandang sacral (suci) secara substansi, tapi tulisannya tidak sakral. Al-Qur’an sebagai Kalam Allah adalah makhluk ciptaanNya, sedangkan Al-Qur’an sebagai mushaf adalah budaya kerana Bahasa Arab, huruf hija’iyah dan kertas merupakan hasil karya cipta manusia. Sebagai budaya, Al-Qur’an tidak sakral. Yang sakral adalah Kalamullah secara substantive”.


2) Prof.Dr. Amin Abdullah, rector UIN Yogyakarta antara mereka yang sangat aktif mempromosikan gagasan-gagasan Nasr Hamid Abu Zayd melalui buku-buku yang ditulisnya. Antaranya buku ‘ Falsafah Kalam di Era Postmodernisme’.


3) Seorang pensyarah UIN Yogyakarta, murid kepada Nasr Hamid Abu Zayd menerbitkan disertasinya (karangan ilmiah untuk peroleh gelaran doctor) dengan judul: ‘Al-Qur’an Kitab Sastera Terbesar’ dengan kata pengantar oleh Nasr Hamid Abu Zayd sendiri.


4) UIN Yogyakarta pada tahun 2004 telah mencatat sejarah kerana meluluskan sebuah tesis master yang secara terang-terangan menyatakan: “Al-Qur’an bukan Kitab Suci”. Tesis ini kemudian diterbitkan menjadi buku berjudul: “ Menggugat Otentisitas Wahyu Tuhan” yang tercatat didalamnya “ dengan kata lain, mushaf ini tidak sakral dan absolute melainkan profane dan dan fleksibel. Yang sakral dan absolute hanyalah pesan Tuhan yang terdapat di dalamnya yang masih dalam pencarian. Kerana itu, kini kita diperkenankan bermain-main dengan mushaf tersebut tanpa ada beban sedikitpun, beban sakralitas (kesucian) yang melingkupi perasaan dan fikiran kita”.


5) Di Fakultas Syariah IAIN Semarang lahir sebuah jurnal ‘JUSTISIA’ yang berbagai edisi juga melakukan dekonstruksi dan desakralisasi terhadap Al-Qur’an. Edisi 23 Tahun XI 2003 contohnya, memuat pengantar redaksi : “ dan hanya orang yang mensakralkan Al-Qur’anlah yang berhasil terperangkap siasat (aniaya) bangsa Quraisy tersebut”.


6) Di dalam jurnal ini, boleh dinikmati tulisan para mahasiswa dan sarjana IAIN Semarang yang secara terbuka membongkar konsep Al-Qur’an sebagai Kalamullah seperti: Qura’n ‘Perangkap’ Bangsa Quraisy, Pembukuan Al-Qur’an oleh Uthman: Sebuah Fakta Kecelakaan Sejarah, Kritik Ortodoksisme: Mempertanyakan Ketidakreativan Generasi Pasca Muhammad dan sebagainya. Dibahagian belakang cover jurnal ini ada penggugatan terhadap segala macam objek sakralitas: “adakah sebuah objek kesucian dan kebenaran yang berlaku universal? Tidak ada ! Sekali lagi tidak ada ! Tuhan sekalipun !


7) Mata kuliah Hermeneutika yang berakhir pada dekonstruksi dan desakralisasi (menghilangkan/nafi kesucian) konsep teks Al-Qur’an telah menjadi mata kuliah wajib di berbagai jurusan Tafsir Hadith dibeberapa IAIN / UIN sehingga apabila ada pihak yang membantah pengajaran mata kuliah ini, ada pensyarah yang tetap bertahan dan menyatakan bahawa penggunaaan Hermeneutika untuk Al-Qur’an sudah final dan harga mati.


Fahaman Pluralisme:


1) Nurcholis Madjid : “ …setiap agama sebenarnya merupakan eksperesi keimanan terhadap Tuhan yang sama. Ibarat roda, pusat roda itu adalah Tuhan dan jari-jari itu adalah jalan dari berbagai agama”. ( Buku: Tiga Agama Satu Tuhan )


2) Jalaluddin Rahmat : “ Semua agama itu kembali kepada Allah. Islam, Hindu, Buddha, Nasrani, Yahudi kembalinya kepada Allah. Adalah tugas dan wewenang Tuhan untuk menyelesaikan perbedaan diantara berbagai agama. Kita tidak boleh mengambil alih Tuhan untuk menyelesaikan perbedaan agama dengan cara apapun termasuk dengan fatwa”. ( Buku: Islam dan Pluralisme : Akhlak Al-Qur’an Menyikapi Perbedaan-Jalaluddin Rahmat).


Beliau pernah menyebut: “ Ana sunni wa syi’ie ( saya Ahlus Sunnah dan Syiah ).


Liberalisme:


1) Seorang pendakwah alumni Fakultas Syariah salah satu kampus Islam di Yogyakarta ketika menyampaikan ceramah dihadapan 150 pendakwah di Kota Dumai, Riau Sept 2006 tentang gerakan liberalisasi Islam di Indonesia, beliau menyebut: “ yang tidak mahu liberal, akan terpinggirkan kerana arus utama sudah dikuasai kaum liberal”. Beliau turut membenarkan terjadinya proses liberalisasi dikampusnya secara besar-besaran.


Dipetik dari:Buku 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia ( Budi Handrianto ) & Nabi-Nabi Palsu dan Para Penyesat Umat ( Ust Hartono Ahmad Jaiz ).


Gambar kecil: Sulhawi Ruba.