Ahad, 14 Disember 2008

Catatan 'Idul Adha 1429: Dari Blang Krueng ke Sigli.

Entah berapa kali sudah Mujiburrahman mengajak bertandang ke rumahnya di Sigli. Sejak menjejajakkan kaki di Acheh 25 Ogos lalu, beliau sering menghubungi kami melalui SMS atau terus menelefon. Lebih 5 tahun menetap di Malaysia, belajar dan berprogram bersama di Kelantan. Seronok bersamanya. Tapi sayang..dari jauh teman ini datang ke sana dengan harapan dari situ boleh ke Al-Azhar, rupanya sebaliknya. Percikan kotoran pembatalan Mou turut terpalit ke tubuhnya yang mencipta sejarah sebagai graduan terbaik Kias 2008.

"InsyaAllah akhi, kalau tiada halangan, kami akan ke tempat anta hari Sabtu ni, "kami cuba berjanji. Pengarah program, pencari mobil sewa, pemandu pelancong, tukang kutip duit, tukang cek minyak…semua lengkap. Kalau pergi perang perlu persediaan rapi, maka urusan lain pun perlu rapi. Itulah Islam. Ramai teman-teman pakar bab berjalan-jalan ni. Maklumlah, nak sampai ke Sigli dari Banda Acheh memakan masa 2 jam lebih. Saya menyampuk,"eleh..dekat je. Dua jam tu, macam Jengka ke Kuala Lumpur je. Ana ulang alik ngan motor je". Tapi, betul ke jalan nak ke Sigli ni macam jalan Jengka ke KL yang ada highway tu? Tunggu lah..

Alhamdulillah, jam 07.15 a.m, Sabtu kelmarin, semua siap siaga untuk misi jaulah ke Kabupaten Pidie. Disitulah terletaknya tempat bernama Indra Jaya dalam kawasan Sigli, rumahnya akh Mujib. Melihat rumahnya, Subhanallah..mewah la jugak. Banglo besar yang mempunyai reka bentuk yang menarik hasil idea bapaknya seorang yang berada di dunia pembinaan. Kiri rumah terletak sebuah kilang kayu yang menghasilkan perabot-perabot cantik. Namun, kemewahan tidak menjadikan dia dan kami berbeza atau ada garis pemisah. Kehidupannya biasa-biasa je..Hidupnya penuh sibuk dengan urusan dakwah ditambah dengan penampilan yang mudah tersenyum, tenang dan mudah menegur sesiapa sahaja, menjadi satu kredit berharga baginya dalam menggerakkan urusan dakwah.

Dua buah mobil penuh diisi penumpang seramai 18 orang.Semuanya tinggal disebuah rumah sewa. Saya bersama mobil yang dipandu oleh Akh Taufiq, teman sepengajian dari Jakarta. "Ok, semua baca doa. Kita nak berjalan jauh ni. Jangan lupa, " peringatan dari pemandu. Senang sekali bersama ikhwah dari Jakarta ni. Bersama dengannya, pasti ada sahaja nasihat-nasihat yang membina yang keluar dari mulutnya kepada kami. Ya, memang sepatutnya itulah yang berlaku kerana ia sebahagian dari peringatan Nabi tentang perlunya memilih teman yang baik. Seseorang itu mengikut agama teman rapatnya. Kalau agamanya rosak, maka dia turut rosak. Tapi, sekarang sebaliknya. Ramai yang tidak merasa tenang, selamat dan aman, apabila ada sahabat yang sentiasa menjadi penasihat. Kita merasa lega apabila sahabat diam diri apabila kita melakukan kesalahan. Bagi kita, inilah sahabat yang baik. Itulah…

Mobil bergerak meninggalkan Desa Blang Krueng, Kecamatan Darussalam, Kabupaten Acheh Besar, Nanggroe Acheh Darussalam. Untuk makluman, 'kecamatan' ialah kawasan, 'kabupaten' ialah daerah dan Nanggroe ialah Negeri. Lagi satu, disini motosikal dipanggila 'kereta' dan kereta dipanggil 'mobil'. Pening tak? Jangan lah pening. Kami dah 3 bulan pening..:) Kalau tiba di Indonesia, memang banyak perkataan baru kena fahami. Pertama, sebab perkataan tu tiada di Malaysia. Kedua, kerana disini terlalu banyak perkataan yang disingkatkan. Contohnya 'Dubes', 'Wagub', Polri' dan lain-lain. Dubes ialah Duta Besar, Wagub ialah Wakil Gubernor (timbalan) dan Polri ialah Polis Republik Indonesia.

Laju betul Taufiq bawa mobil. Dulu, sewaktu Tsunami beliau menjadi sukarelawa dan bertindak sebagai pemandu. Semua jalan-jalan yang rosak dan hancur sudah dirasai. Kami melewati Banda Acheh untuk ke Indra Jaya, Kec.Pidie di Kab.Sigli. Nanggroe Acheh ini sangat besar. Jika digabung Pahang, Kelantan dan Terengganu pun, Acheh lebi besar. Jadi, tidak hairanlah kalau tempat-tempat yang jauh memakan masa berbelas-belas jam untuk sampai dan terpaksa melewati bukit bukau dan gunung ganang. Antara Kab (daerah) di Acheh ialah Acheh Besar yang meliputi kawasan Banda Acheh, Acheh Utara, Acheh Selatan, Acheh Barat, Acheh Timur, Acheh Pidie dan sebagainya.

Perjalanan semakin jauh meninggalkan Banda Acheh diiringi nasyid Hai Mujahid Muda, Al-Banna dan Ar-Ruhul Jadid, dendangan dari kumpulan Shoutul Harakah. Mereka anak-anak muda yang merupakan aktivis dakwah di kampus Indonesia yang merasai dakwah dari PKS. Sekali sekala, nasyid 'Adik-Adikku Sayang' diputarkan. Memang kami semua minat. Lagu kegemaran sekolah rendah dulu. Kami akur dengan 'pemandu' kami yang cukup menjiwai nasyid-nasyid bersemangat yang bisa membentuk jiwa pemberani.

Di kiri dan kanan jalan, terbentang luas sawah padi yang menghijau. Hijau menyejukkan mata.Bangau-bangau putih memenuhi petak-petak sawah. Sekarang musim hujan. Orang disini mula menabur benih padi. Kebisaannya, dikawasan kampong, padi dituai sekadar untuk simpanan tuannya sahaja, tidak dijual ke kilang. Setahun mereka berhasil menuai sebanyak dua kali. Di Malaysia sudah bisa mencapai 3 kali. Tempat yang kami lalui ini bernama Indrapuri. Adik beradik Nilam Puri rasanya..Gunung-gunung tinggi dan memanjang persis Banjaran Titiwangsa. Air sungai jernih mengalir deras memikat mata. Subhanallah. Tidak ada orang yang boleh cipta begini. Kebun pisang, pokok pinang dan kebun koko menghiasi kiri dan kanan perjalanan. Tempat ini pula bernama Seulimum.

Acheh ini ada bahasa sendiri. Mereka tidak suka berbahasa Indonesia kecuali apabila orang luar datang dan tidak memahami bahasa Acheh seperti kami. Bahasa dan ejaannya agak unik kerana banyak menggunkan huruf 'U' dan 'E'. Contohnya Seulimum, Meulaboh, Blang Krueng dan lain-lain. Tetapi sebutannya ialah Selimum, Melaboh dan Blang Krung. Huruf 'U' dan 'E' tidak dibunyikan. Kalau huruf 'U' selepas 'E', maka ia tidak dibunyikan dan kalau huruf 'E' selepas 'U', ia tidak dibunyikan. Tapi dalam ejaan perlu ditulis kerana ada bunyinya yang tersendiri seperti 'Aneuk', tidak boleh dieja 'Anek'. Nanti lah antum antum datang sini, kami ajar.:)

Dalam perjalanan, kelihatan anak-anak ke sekolah berbaju coklat menandakan mereka bersekolah rendah. Kalau berseluar kelabu dan baju putih, sekolah menengah.Barulah teringat, di Indonesia sekolahnya sampai hari Sabtu. Mereka tidak bercuti akhir tahun pada penghujung bulan Nov dan Disember seperti kita. Tetapi mereka bercuti selama sebulan di dalam Bulan Ramadhan. Sekarang Pemilu (pemilihan umum) hampir tiba. Waktunya dijangka April 2009. Sepanjang perjalana pelbagai banner-banner mengalu-alukan kedatangan 'Idul Adha masih terpasang di pokok-pokok, dinding bangunan, tiang elektrik sampai ditengah-tengah hutan. Semua tulisan-tulisan berbentuk janji-janji mengekalkan keamanan di Acheh. Bahkan partai-partai secular peringkat Nasional tidak segan silu menaikkan tulisan-tulisan berbentuk Islami kononnya mendokong syariat di Acheh.

Acheh ini digelar Serambi Mekah. Alhamdulillah, dayah atau pesantren terlalu banyak. Untuk anak-anak atau orang tua, semua ada. Dayah atau pesantren sebutannya di Malaysia adalah Pondok. Di Kelantan dan Kedah masih wujud. Sampai ditengah-tengah hutan, kelihatan papan tanda 'Pondok Modern Darul Amen Gontor 10'. Pondok Gontor terkenal di Indonesia. Acheh adalah pondok Gontor yang ke-10. Kelihatan bangunannya yang berwarna putih dan agak besar seperti Sek.Menengah Agama. Jalan-jalan disini mula menguji kesabaran. Berlubang-lubang, ada yang masih dibaiki dan diperbesarkan. Sekali terhentak, berkocak isi perut. Kepala semakin berpusing. Jalannya naik bukit turun bukit, selekok-selekoh sangat curam. Ingatkan jalan Kuala Lipis – Merapoh atau Triang – Negeri Sembilan habis dahsyat, rupanya ada lagi yang dahsyat.

Sekarang, kami berada di atas bukit tinggi dan hutan yang agak tebal. Uniknya ciptaan Allah. Pohon-pohon balaknya tersusun rapi macam ditanam semula. Beruk-beruk pun menunjukkan aksi-aksi menarik yang menarik perhatian kami di tengah-tengah jalan. Kera-kera pun turut serta. Tapi baik sikit, sebab tidak mengganggu lalu lintas. Itulah kera, badannya kecil dari beruk dan takut masuk kawasan beruk. Di puncak bukit yang bersimpang siur ini, tersedia deretan kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis kerepek. Kalau di Terengganu, deretan kedai keropok lekor dan Kelantan, dodol. Kedai-kedai makan pun ada diatas bukit ini. Jadi teman-teman gelar tempat ini 'Perhentian Merapoh'. Pandai la korang..

Bukit tinggi ini dikenali sebagai Seulawah ( baca: Selawah ). Jalannya masih basah dan agak licin menandakan baru ditimpa hujan. Sebuah papan tanda 'Hutan Rekreasi Taman Raya' terpasang dibahu jalan. Sekitar 5 km, nampaklah beberap chalet-chalet di kaki bukit. Bas-bas dan van-van sewa banyak melalui jalan ini. Semuanya menuju ke Medan. Tidak kurang yang pulang dari Medan ke Acheh membawa barang-barang untuk dijual. Banyak barang keperluan diambil dari Medan. Jadi, harga barang keperluan dan makan minum di Acheh agak mahal. Dari Banda Acheh ke Sigli mengambil masa 2 jam. Dari Sigli ke Medan 10 jam. Seharian untuk sampai ke Medan.

Beberapa minit kemudian, kami memasuki Kab.Pidie, melewati kawasan Grong-Grong dan tiba di Bandar kecil Pidie.Jam 9.10 berhenti beberapa minit di Masjid Agung Al-Falah, Bandar Sigli sementara menunggu Akh Mujib tiba untuk menunjukkan jalan ke rumahnya. Anak-anak kecil penuh didalam masjid belajar Al-Qur'an. Bandar Sigli agak pesat membangun. Setelah hilang sedikit kepeningan dan menunaikan Solat Dhuha, jam 09.45 kami berangkat ke Indra Jaya. Sepuluh minit sahaja dari Bandar Sigli. Akhirnya tibalah dihadapan banglo besar tersebut yang terletak dikiri dan kanannya, kawasan sawah padi dan kilang pemprosesan kayu milik ayahnya. Alhamdulillah.

Sebelum tiba di Indra Jaya, kami sempat melihat satu papan tanda yang tertulis 'Pelaksanaan Syariat Islam – Bukan Mengulang Sejarah, Tapi Kebutuhan Ummah '. Lama juga berfikir, barulah dapat memahami maksudnya yang tersirat. Syariat Islam pernah tertergak ratusan tahun di Acheh. Sekarang telah tersimpan didalam lipatan sejarah. Hukuman Hudud tidak kelihatan lagi. Yang tinggal, penguatkuasa Hisbah, papan tanda wanita yang bertudung dan ayat-ayat Al-Qur'an yang indah. Sedang, umat Islam yang masih kuat pegangannya dan pertubuhan Islam mendesak ditegakkan kembali atas keperluan (kebutuhan) saat ini. Tapi sayang, mereka berhadapan dengan pemerintah yang terkepit dek kerana menjaga hubungan baik dengan Negara-negara Barat yang membantu mewujudkan keamanan di Acheh. Itulah Irwandi, Gubernor Acheh dari Partai Acheh ( dulu GAM) yang telah secular. Kelemahannya semakin ketara dalam menguruskan Acheh sehingga mahasiswa dari Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia (KAMMI) berdemo dihadapan kantornya Rabu 03 Dis lalu dengan menghadiahkan kepada Irwandi sekotak ubat kuat ( Kuku Bima TL-red ).

Lebih kurang jam 10.30, setelah minum-minum dan makan kuih raya, kami menziarahi Makam Teungku Dawud Beureueh ( baca: Tengku Dawud Bere'eh ) yang terletak di belakang sebuah masjid, Masjid Dawud Beureueh, Beurenum. Beliau seorang ulama' karismatik yang cukup disantuni dan disegani oleh teman dan lawan. Lahirnya tanggal 23 Sept 1899 dan kembali kepada Allah, tanggal 10 Jun 1987. Lebih 80 tahun beliau hidup. Setibanya disitu, seorang tua yang berjanggut diperkenalkan oleh Akh Mujib kepada kami. Setelah lama berbicara, barulah kami tahu bahawa dia cucu kepada Teungku Dawud Beureueh. Adik perempuannya adalah isteri kepad Sanusi Junid (bekas MB Kedah). Baruku tahu rupanya Sanusi Junid orang Acheh. Pelakon P.Ramlee pun orang Acheh. Nama cucu ulama' ini ialah Muzaffar Daud, bertugas di Business School, Jakarta. Berbicara dengan kami dalam bahasa Inggeris. Lancar sekali. Sekali sekala sahaja kedengaran bahasa Melayu. Kebetulan beliau pulang ke Acheh, kampungnya.

" Dulu Acheh telah berapa kali diserang Belanda. Raja-raja Acheh lari. Mereka serahkan perjuangan kepada ulama untuk lawan Belanda, "jelasnya kepada kami. "Teungku Dawud hanya menuntut janji Sukarno kepadanya. Ketika Belanda masih menyerang Acheh, Sukarno berjanji akan membantu bersama dan jika menang dan jadi Presiden nanti, beliau akan memberikan kebebasan kepada Acheh untuk laksanakan hukum Islam. Tapi bila menang, Sukarno khianat umat Islam Acheh," tambahnya lagi. "Jadi, orang Acheh mengangkat beliau menjadi pemimpin untuk fight dengan Sukarno, " kata Bapak Muzaffar kepada kami.
Bapak Muzaffar (cucu Teungku Dawud-berbaju kelabu)

Di belakang masjid ini, tersergam sebuah dayah hasil peninggalan Dawud Beureueh. Anak-anak disini sekitar tingkatan 1 – 3. Ketika ditanya mengenai pandangannya kepada GAM atau pemerintah Acheh sekarang, beliau pantas menjawab, "Ok". Kalau tiada mereka, susah juga kita". Selepas bergambar bersama, kami terus bertanya akh Mujib tentang pendirian bapak Muzaffar tadi tentang pemerintah Acheh sekarang. "Dia tidak tinggal di Acheh dan dia bukan orang politik. Mungkin pandangannya sekadar pandangan kepada orang luar sahaja, "jelas Mujib. Oooo…baru kami faham.

Hampi setengah jam disitu, kami berangkat ke Bandar Sigli untuk Solat Zohor dan Ashar disitu. Selepas menunaikan Solat Zohor, kami terus ke belakang untuk mendirikan solat Asar. Entah mengapa, banyak benar mata yang melihat kami. Saya yang menjadi imam pun serba salah. "Ishh..ada apa yang tak kena nih.." Lepas solat, terus kami mengadu kepada Taufiq, teman Jakarta. "Antum tahu, orang disini ramai orang-orang dayah/pesantren. Mereka ini mungkin jarang jama'kan solat. Bahkan kalau pergi ke Sabang pun mereka solat penuh setiap waktu. Padahal dari sini ke Sabang, lebih 3 jam perjalanan" jelas beliau pada kami. "Kenapa tak ambil rukhsah? ,"kami menyoal. "Wallahua'alm, jawabnya.

Terus kami menaiki mobil dan melihat-lihat Bandar Sigli. Sempat singgah sebentar di Tsunami Memorial Building yang masih dalam pembinaan. Letaknya di tepi pantai Sigli yang pernah dirempuh teruk oleh gelombang Tsunami. Didiinding bangunan ini tertera dua buah ayat Al-Qura'n beserta maksudnya. Antaranya: Maka apakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka dimalam hari waktu sedang tidur? Atau adakah penduduk negeri itu merasa aman dari kedatangan siksaan Kami kepada mereka diwaktu matahari sepenggalahan naik ketika mereka sedang bermain ? – Surah Al-A'raf: 97-98. Ayat yang kedua adalah dari Surah Al-Baqarah : 155-157.
Sebentar disitu, kami berangkat pulang semula ke rumah Akh Mujib. Sempatlah kami melewati sebuah penjara di Bandar Sigli yang menjadi saksi terkorbannya ratusan banduan didalamnya yang terperangkap ketika Tsunami dan tidak berjaya diselamatkan. Mudah-mudahan Allah ampunkan mereka. Menurut Mujib, Teungku Hasan Tiro pendiri Gerakan Acheh Meredeka juga, adalah orang Kab.Pidie. Sebahagian ahli keluarganya masih menetap disini.

Sampai dirumah, makanan tengah hari siap menunggu untuk dimakan. Alhamdulillah, macam-macam makanan disediakan buat mengisi perut anak-anak dari Malaysia ini. Hampir jam 03.00, kami berangkat ke sebuah sungai yang menagmbil masa 30 minit dari Indra Jaya itu. Tapi, sayang..hujan lebat dan air sungai yang jernih itu menjadi keruh. Tapi, dah sampai.Celup jugalah badan dalam air yang deras ini. Kabus memutih melindungi bukit-bukit hijau yang indah."InsyaAllah, nanti kita datang lagi rehlah disini," kata Taufiq. "Kita berkhemah atas bukit itu".

Hajat kami untuk pulang segera kerana perjanjian mobil sewa sampai jam 09.00 malam sahaja. Sekarang hujan semakin lebat. Bimbang tak sempat sampai. Namun, memandangkan makan malam disediakan pula, tunggulah juga. "InsyaAllah, kalau diminta bayaran lebih nanti, kita tambah lah sikit sorang, "cadang seorang teman. "Mudah-mudahan jaulah kita ini dikira sebagai ibadah kepada Allah dengan niat kita menjalin silaturrahim".

Azan Maghrib berkumandang jam 6.00 petang menandakan masuknya waktu solat bagi Jakarta. Bermakna setengah jam lagi kami perlu menunggu untuk mendengar azan di Acheh. Solat jama' terus agar perjalanan tenang setelah selesai menunaikan kewajipan kepada Allah. Selepas solat Maghrib dan Isya', kami menuanikan solat Hajat memohon agar Allah memberikan kesihatan kepada ayahnda Mujib yang sejak akhir-akhir ini semakin kuat penyakit jantungnya dan agar Allah memberkati isi rumah ini yang meraikan kami sebagai tetamu. Barakallahufikum.Akh Mujiburrahman (duduk-kanan), ibu dan bapanya (baju putih).

Setelah bergambar, bersalam dan memeluk erat sosok tubuh akh Mujib, kami meninggalkan Sigli dalam hujan yang semakin lebat. Sesekali, mobil hampir terbabas dan terhentak akibat lubang yang ditakungi air ditengah-tengah jalan. Alhamdulillah, jam 10 malam tiba dirumah. Rehat lah pula. Hari Isnin sudah mula kuliah.

Khamis, 11 Disember 2008

Tabur Bakti di Acheh: Tahniah Pelajar UTHM (kuitho)

Alhamdulillah, jam 01.45 tengah hari semalam, kelihatan 17 orang mahasiswa dari Universiti Tun Husein Onn Malaysia yang terdiri daripada 9 lelaki dan 8 perempuan mula menaiki tangga pesawat Fire Fly yang akan berlepas ke Airport Penang dari lapangan terbang Sultan Iskandar Muda, Bandaraya Blang Bintang, Nanggroe Acheh Darussalam. Walaupun tidak menitiskan air mata saat meninggalkan bumi Acheh, namun kegembiraan dan kepuasan terlihat diwajah-wajah mereka yang telah menabur bakti selama 10 hari di beberapa kawasan di Acheh.

Program kemanusiaan yang diberi nama Sinar D’Acheh (II) 2008 ini merupakan program kali ke dua yang dianjurkan oleh Sekretariat Sinar D’Acheh 2008. Ianya adalah gabungan dari Kelab Iqra’ (KI), Jawatankuasa Teman Pusat Islam (JTPI) dan Kelab Kaunseling & Kerjaya (KKDK) Universiti Tun Husein Onn Malaysia. Untuk kali ke dua program ini, Sdr Zulkharnain b.Mustapa ditaklifkan sebagai pengarah program. Setibanya di Banda Acheh, mereka menginap semalaman di Sulthan Hotel yang berdekatan dengan Masjid Raya Baiturrahman dan mengambil kesempatan berjalan-jalan sekitar Banda Acheh. Bersama mereka, 3 orang guru pengiring.

Keesokannya harinya, Selasa (02 Dis), kami dimaklumkan oleh salah seorang wakil mahasiwa UTHM, mereka sempat mengunjungi Makam Syiah Kuala ( Sheikh Abdul Rauf As-Singkeli) yang terletak sekitar 10 minit dari Banda Acheh. Tengah harinya, mereka mengadakan kunjung hormat kepada Badan Eksekutif Mahasiswa (BEMA) Universitas Syiah Kuala dan jam 03.00 petang BEMA Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry yang jarak antara kedua institut pengajian tinggi ini hanya sekitar 500 meter.

Dalam kunjungan kepada kepimpinan mahasiwa IAIN Ar-Raniry, kami beberapa orang pelajar Malaysia yang menuntut di sini dijemput oleh BEMA untuk turut serta.Alhamdulillah,disini aktivis-aktivis dakwah kampus masih mendominasi Bema. Antara yang menyampaikan ucapan adalah Presiden BEMA, guru pengiring mahasiwa UTHM dan pengarah program Sinar D’Acheh 08, Sdr Zulkharnain. Beliau turut mengendalikan tayangan ‘slide show’ yang memaparkan aktiviti-aktiviti Sekretariat Sinar D’Acheh 08 beberapa bulan sebelum bertolak ke Acheh yang meliputi aktiviti mencari dana di sekitar Negeri Johor. Antaranya ialah mereka mengadakan kuitipan derma di beberapa pasar raya besar sekitar kampus UTHM, mengadakan jualan amal dengan cara menerima pakaian-pakaian terpakai dan menjualnya di pasar, mengambil upah mencuci kereta dan motosikal dan bermacam-macam lagi. Semuanya dilakukan semata-mata untuk mencari sebanyak mungkin dana bagi menyumbangkan kepada anak-anak yatim dan faqir miskin di Acheh. Subhanallah..

Pada hari Rabu (03 Dis), semua peserta program seramai 17 orang ini bertolak ke Uleem, Pidie Jaya sebagai tapak utama program kemanusiaan mereka. Masa untuk sampai ke Pidie Jaya lebih kurang 2 jam lebih. Di situ, mereka menginap sehingga Hari Raya ‘Idul Adha ditemani oleh beberapa orang teman-teman dari UNSYIAH. Pelbagai agenda disusun disitu seperti program-program motivasi untuk anak-anak masyarakat setempat, ramah mesra dibeberapa rumah anak yatim dan menyampaikan sumbangan kepada mereka. Anak-anak yatim disini terdiri dikalangan mereka yang kehilangan ibu dan ayah kerana korban Tsunami, konflik GAM dengan pemerintah Republik Indonesia dan kematian biasa.

‘Idul Adha tanggal 10 Dzulhijjah 1429 / 08 Dis 2008 dimanfaatkan oleh mereka untuk mengadakan aktiviti korban perdana. Sebanyak 6 ekor lembu ditumbangkan dan dagingnya diagihkan kepada masyarakat setempat yang terdiri dikalangan orang-orang tua, anak yatim dan lain-lain di Pidie Jaya.

Setelah beberapa hari menabur bakti di Pidie Jaya, mahasiswa dari UTHM ini terus bertolak semula ke Banda Acheh pada Hari Selasa dan menginap sekali lagi di Sulthan Hotel semalaman. Setelah bersiar-siar buat kali terakhir di Banda Acheh, Rabu tengah hari mereka berangkat ke Airport Sultan Iskandar Muda untuk pulang ke Malaysia melalui Airport Penang. Mereka juga merakamkan jutaan terima kasih kepada syarikat penerbangan Fire Fly yang sudi menjadi penaja menanggung perbelanjaan tiket mereka pergi dan pulang. Barakallahu fi kum..

Sekalung Tahniah dan Penghargaan

Kepada :

Teman-teman UTHM

atas sumbangan bakti antum semua

daripada:

Pelajar-pelajar Malaysia di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Acheh Darussalam.

Catatan: Gambar kecil- dari kanan berkot hitam (Sdr Zulkharnain), berkopiah putih (guru pengiring/imam masjid UTHM) dan Presiden.Bema Ar-Raniry.

Hak Asasi Manusia: Pembela gay, lesbian dan ajaran sesat Ahmadiyyah terima anugerah.

Dalam artikel sebelum ini, saya ada menyenaraikan nama 50 tokoh Islam Liberal di Indonesia yang bergiat cergas ‘menghancurkan’ Islam. Antaranya ialah Siti Musdah Mulia, seorang ‘pejuang hak asasi manusia’ yang bertaraf Prof.Dr.M.A, lulusan dari Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Alauddin, Makasar (1982) dan IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta pada tahun 1992 dan 1997 peringkat Master dan Phd.

Beliau terlibat dalam memperjuangkan isu-isu berkaitan kewanitaan (feminist) di Indonesia dalam tempoh yang agak lama. Golongan gay, lesbian dan ajaran sesat Ahmadiyyah ( Nabi palsu Ghulam Ahmad Qadiyani) antara golongan yang dibela secara bersungguh-sungguh oleh beliau atas alasan mereka ini golongan minority yang didiskriminasi serta dinafikan hak-hak mereka. Musdah adalah perempuan pertama yang meraih gelaran doctor dalam bidang Pemikiran Politik Islam di UIN Jakarta. Pada tahun 1998, beliau mengikuti pendidikan informal berkaitan Islam dan Civil Society di Universiti of Melbourne, Australia, pendidikan Hak Asasi Manusia (HAM) dan Demokrasi di University of Chulalongkorn, Thailand pada tahun 2000 dan Management Pendidikan dan Kepimpinan di University of George Maison Virginia, Amerika pada 2001.

Akhbar online www.detik.com malam tadi melaporkan bahawa sempena Hari Hak Asasi Manusia (HAM) Sedunia, Yap Thiam Hien Award 2008, Indonesia telah menganugerahkan kepada Siti Musdah anugerah tokoh hak asasi manusia di Indonesia atas sumbangan beliau yang giat membela kelompok minoritas seperti gay, lesbian dan Ahmadiyyah. Memetik ucapan pengacara senior yang juga penggagas penghargaan ini, Todung Mulya Lubis kepada wartawan di Hotel Borobudur, Jakarta, Rabu kelmarin, beliau menyebut, “ Siti membela hak minoritas, dalam hal ini membela Hak Asasi Manusia. Meskipun berlatarbelakang Islam, dia berani memperjuangkan emansipasi bukan hanya Islam, tapi juga luar Islam”. Beliau juga mengakui, Musdah dapat menjadi inspirasi bagi kita semua untuk membangun Indonesia.

Siti Musdah yang dinilai oleh golongan liberal sebagai sosok perempuan cerdas dalam memperjuangkan HAM ketika majlis penganugerahan ini sedang berada di Tanah Suci Makkah menunaikan ibadah haji. Penghargaan ini diwakilkan kepada Diana Nurmin (50) saudara kepada beliau. Sebaik menerima makluman penghargaan itu, beliau yang berada di Makkah terus menghubungi penganjur melalui teleconference menyampaikan perasaan terkejutnya atas penganugerahan itu. “ Saya terkejut saya tidak menduga mendapat penghargaan ini”.

Musdah turut mengakui bahawa apa yang diperjuangkan ini merupakan tugas dari manusia untuk membela sesama yang mengalami diskriminasi. “Ini panggilan hati sesuai yang dianjurkan agama saya. Saya yakin penghargaan ini untuk semua pejuang HAM”.

Tokoh penggerak Islam Liberal ini pernah mengejutkan umat Islam Indonesia apabila beliau bersama beberapa temannya menggagaskan satu keputusan agar perkahwinan poligami dianggap tidak sah atau terbatal, kebenaran berkahwin antara Muslim dengan non-Muslim, calon suami atau isteri boleh mengahwinkan dirinya sendiri tanpa wali asalkan calon itu berumur 21 tahun keatas, beraqal dan sihat, masa iddah mesti juga dibuat pada orang lelaki bukan hanya untuk wanita, dan tempoh iddah lelaki adalah 130 hari, cerai tidak dijatuhkan oleh pihak suami, tetapi suami atau isteri boleh menceraikan sesama mereka di depan Sidang Pengadilan Agama dan bahagian waris anak lelaki dan wanita adalah sama.

Setelah dibantah keras oleh pertubuhan-pertubuhan Islam, Musdah terus pula menyuarakan isu gender yang mendukung fahaman liberalisme dan pluralisme. Dia bersama teman-temannya se-idea, seperti didalam Jaringan Islam Liberal (JIL) didanai oleh The Asia Foundation, lembaga dari Amerika yang sering mendukung gagasan liberalisme. Perjuangannya disedari oleh tokoh-tokoh kuffar dunia sehingga beliau menerima anugerah daripada International Women of Courage daripada Menteri Luar Amerika, Condoleeze Rice di White House tanggal 07 Mac 2007 bersama 9 orang yang lainnya. Tapisan ini dibuat secara detail daripada 100 calon untuk mendapatkan 10 orang penerima sahaja dari seluruh dunia.

Beliau diiktiraf oleh Amerika sebagai pejuang hak asasi manusia kerana perjuangannya merombak system hokum kekeluargaan di Indonesia. Mengenai bantahan-bantahan dan kritikan dari pertubuhan-pertubuhan Islam kepadanya, beliau menyebut, “ pemahaman saya sering dicap terlalu kebarat-baratan dan saya tidak akan terkejut, sekembalinya saya dari Amerika, saya akan dicap sebagai antek-antek (alat) Amerika”. Beliau juga antara yang terkehadapan dalam membantah pelaksanaan Rancangan Undang-Undang Pornografi (RUU) beberapa bulan lalu.

Persoalan: Adakah Islam membenarkan gay, lesbian dan ajaran sesat Nabi palsu Ghulam Ahmad Qadiyani? Beliau mengatakan perjuangannya adalah apa yang dianjurkan oleh agama untuk membela sesama manusia. Benarkah begitu? Jadi, beliau menyebut bahawa golongan ini didiskriminasi. Siapakah yang sedang dilawan oleh beliau? Ulama’, pertubuhan Islam atau Islam ? Tunggu jawapan dari Sisters In Islam di Malaysia !!!

Ahad, 7 Disember 2008

Salam 'Idul Adha 1429 Hijriyyah

Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idul Adha

10 Zulhijjah 1429 H / 08 Disember 2008

Kepada

Ibu-Bapa & Ahli Keluarga di Malaysia,

Semua individu yang pernah mencurahkan ilmu kepada kami sehingga kami mengenal,

menerima dan meyakini Islam sebagai Manhajul Hayah,

Sahabat-sahabat seperjuangan yang dikenali atau tidak di Malaysia, Mesir dan

dimana sahaja antum berada menjalankan Amal Islami,

Seluruh penyokong dan pendokong perjuangan Islam yang berkorban

untuk memastikan ‘Izzah Islam terpelihara &

Muslimin dan Muslimat di seluruh pelusuk dunia.

Daripada

Pelajar-Pelajar Malaysia di

Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Ar-Raniry, Nanggroe Acheh Darussalam, Republik Indonesia.

Mudah-mudahan ‘Idul Adha menambahkan semangat pengorbanan yang semakin tinggi untuk kita terus bersedia menerima perintah Allah & bergerak memacu kebangkitan Islam.

“Pengorbanan Menuntut Keikhlasan & Kesabaran”

Khamis, 4 Disember 2008

50 Tokoh Islam Liberal Indonesia - Penyesat Ummah !

Buku: 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia – Pengusung Ide Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme Agama.

Penulis: Budi Handrianto.

Penerbit: Hujjah Press, 2007.

Muqaddimah: Beliau membahagikan tokoh-tokoh ini kepada 3 kelompok iaitu para pelopor, para senior dan para penerus perjuangan. Untuk makluman sahabat-sahabat sekalian, hasil penelitian yang saya lakukan mendapati daripada 50 tokoh yang dikemukakan ini, sebanyak 28 orang adalah lepasan, masih berkhidmat atau ada kaitan dengan IAIN / UIN. Justeru itu, saya telah mengasingkan nama-nama mereka yang ada kaitan dengan IAIN / UIN dibahagian atas setiap kategori. Ianya bertujuan agar diberi perhatian oleh teman-teman khasnya yang berada di institusi-institusi ini agar sentiasa berwaspada.

Selain daripada IAIN / UIN, dikalangan mereka ini juga sebahagiannya adalah lepasan, masih berkhidmat atau ada kaitan dengan Universitas Gadjah Mada (UGM), Universitas Islam Indonesia (UII) bahkan ISTAC di Kuala Lumpur, Malaysia dan lain-lain tempat. Para penyesat ummat ini juga ada yang berkesempatan mengikuti pengajian di Amerika, Kanada serta beberapa university di Mesir seperti Al-Azhar atau America University of Cairo. Bidang yang sering melahirkan ‘insan-insan istimewa’ ini ialah bidang aliran pemikiran dan perbandingan agama, falsafah dan sejenisnya.

Kini, para penyesat-penyesat ummat ini berkeliaran bertugas di IAIN / UIN, di pejabata-pejabat pemerintahan, penulis-penulis, pembentang kertas kerja, menjadi ‘amilin-amilin’ Jaringan Islam Liberal (JIL) dan pelbagai institusi yang boleh dimanfaatkan untuk agenda pendoktrinan mereka. Kejahatan dan kesesatan mereka ditahap membimbangkan. Di Indonesia, ada dikalangan mereka yang memperjuangkan kesamarataan antara lelaki dan perempuan dalam semua perkara (gender), menyokong perkahwinan sesama jenis, mendoktrin fahaman semua agama adalah sama dan kembali ke syurga, Al-Qur’an perlu ditafsir semula dan sesiapa sahaja berhak menafsir Al-Qur’an, solat dan bertudung tidak wajib dan segala macam lagi kegelapan mereka memahami Islam hasil berguru dengan golongan kuffar dan para orientalis.

a) PARA PELOPOR

1) Abdul Mukti Ali (1923-2004)

Guru Besar Perbandingan Agama IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

Dekan Fakultas Usuluddin IAIN Yogyakarta.

Guru Besar IAIN Yogyakarta.

2) Nurcholis Madjid

IAIN Syarif Hidayatullah Jakarta ( 1965)

Pensyarah Fakultas Pasca Sarjana IAIN Syarif Hidayatullah (1985-2005)

3) Djohan Effendi

IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta (1970)

4) Prof.Dr Harun Nasution

Penulis buku-buku teks utama IAIN Indonesia.

5) Abdurrahman Wahid (Gusdur) – Pres.Indonesia (1999-2001).

Pesantren Tambak Beras, Jombang.

Universiti Al-Azhar, Mesir (1964-1966)

Universiti Baghdad (1966-1970)

Ketua Umum Nahdhatul Ulama’ – NU (1984-1999)

6) Ahmad Wahib

Fakultas Ilmu Pasti dan Alam Universitas Gadjah Mada (UGM)

7) M.Dawam Rahardjo

Fakultas Ekonomi UGM (1969)

8) Munawir Sjadzali

Universiti of Exeter, Inggeris.

Georgetown Universiti Amerika.

b) PARA SENIOR

1) Abdul Munir Mulkhan

Fakultas Tarbiyah IAIN Sunan Ampel (cawangan) Jember dan Sunan Kalijaga.

2) Azyumardi Azra

Fakultas Tarbiyyah IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta (1982)

Pensyarah Pasca Sarjana Fakultas Adab dan Fakultas Tarbiyyah IAIN Jakarta (1992-sekarang)

Guru Besar Sejarah Fakultas Adab IAIN Jakarta.

Pembantu Rektor (1) IAIN Jakarta (1998)

Rektor IAIN (UIN) Jakarta (1998-2005)

3) Prof.Dr. Komaruddin Hidayat

Sarjana Fakultas Usuluddin IAIN Jakarta (1981)

Guru Besar Filsafat Agama IAIN Jakarta (2001-sekarang)

Director Pasca Sarjana UIN Jakarta (2005-sekarang)

Rektor UIN Jakarta (2006-2010)

4) Nasaruddin Umar

Sarjana IAIN Alauddin, Makasar.

Dr. IAIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Pensyarah Fakultas Usuluddin Pasca Sarjana IAIN Jakarta.

Pembantu Rektor 3 IAIN Jakarta.

5) Zainun Kamal

Pembantu Dekan 1 Faklutas Usuluddin UIN Jakarta.

Pensyarah tetap Faklutas Usuluddin, UIN Jakarta.

Pensyarah Pasca Sarjana UIN, Jakarta.

6) Kautsar Azhari Noer

Guru Besar IAIN (UIN) Jakarta.

7) Alwi Abdurrahman Shihab

IAIN Alauddin, Ujung Padang (1986)

8) M.Amin Abdullah

Sarjana Fakultas Usuluddin –Perbandingan Agama IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta (1982).

9) Masdar Farid Mas’udi

Fakultas Syariah IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta (1979).

10) Said Aqiel Siradi

Pensyarah Pasca Sarjana UIN Jakarta.

11) Ahmad Syafi’I Ma’arif

Ohio University, Amerika (1980)

Pemikiran Islam, Universiti Chicago, Amerika (1983)

12) Goenawan Mohammad

Fakultas Psikologi Universitas Indonesia (UI) Jakarta.

13) Jalaluddin Rahmat

Fakultas Publisistik Universiti Pejajaran (1976)

14) M.Syafi’I Anwar

Colombia Universiti, Amerika (2004)

15) Moeslim Abdurrahman

S2 (Master) dan S3 (Phd) Universiti Urbana, Amerika.

c) PARA PENERUS PERJUANGAN

1) Abd A’la

Faklutas Adab IAIN Sunan Ampel, Surabaya (1987).

Program Magister Pasca Sarjana UIN Jakarta (1996).

Dr. UIN Jakarta (1999).

2) Abdul Moqsith Ghazali

S2 (Master) UIN Jakarta.

S3 (Phd) UIN Jakarta (sekarang).

Pensyarah UIN Jakarta.

3) Ahmad Sahal

Fakultas Syariah IAIN Yogyakarta.

Faklutas Usuluddin UIN Jakarta.

4) Bahtiar Effendy

Sarjana IAIN Jakarta (1986).

Pensyarah Pasca Sarjana UIN Jakarta (1995-sekarang).

Ketua Dewan Akademi Program Pasca Sarjana UIN Jakarta (1999-sekarang).

5) Fathimah Usman

Sarjana IAIN Wali Songo, Semarang.

Pusat Studi Gender IAIN Wali Songo.

Pensyarah Faklutas Usuluddin IAIN Wali Songo.

6) M.Jadul Maula

IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

7) Muhammad Ali

Pensyarah Faklutas Usuluddin UIN Jakarta.

8) Nong Darul Mahmada

( petugas JIL – banyak suarakan isu gender)

Faklutas Usuluddin IAIN Jakarta (1998)

9) Saiful Mujani

S1 (Sarjana) Fakultas Usuluddin, IAIN Jakarta.

10) Siti Musdah Mulia

S1 (Sarjana) IAIN Alauddin, Makasar (1982).

S2 (Master) dan S3 (Phd) UIN Jakarta (1992-1997)

11) Sukidi

Fakultas Syariah / Peradilan Agama UIN Jakarta (1998).

12) Sumanto Al-Qurthuby

IAIN Wali Songo (1999).

13) Syamsu Rizal Panggabean

S1 (Sarjana) Fakultas Syariah IAIN Sunan Kalijaga, Yogyakarta.

14) Taufik Adnan Amal

Pensyarah Ulumul Qur’an Fakultas Syariah, IAIN Alauddin, Makasar.

15) Ahmad Fuad Fanani

Fakultas Usuluddin UIN Jakarta

16) Ahmad Gaus AF

Fakultas Ilmu Komunikasi (IISIP) Jakarta

17) Budhy Munawar Rahman

Director Program Yayasan Paramidana.

Staf Pengajar Universitas Paramidana Mulya, Jakarta.

18) Denny J.A

Phd Ohio University, Amerika (2001)

19) Hamid Basyaib

Universitas Islam Indonesia (UII)

20) Husein Muhammad

Al-Azhar, Mesir.

21) Ihsan Ali Fauzi

University Ohio, Amerika.

Pendiri JIL bersama Ulil Abshar.

22) M.Luthfi Asy-Saukani

Phd University Melbourne, Australia.

Pensyarah Pemikiran Islam Universiti Paramidana, Jakarta.

23) Mun’im A.Sirry

Fakultas Syariah dan Undang-Undang International Islamic University, Islamabad, Pakistan (1990-1996).

24) Rizal Malarangeng

Phd. Ohio Universiti, Amerika.

25) Ulil Abshar Abdalla (Koordinator Jaringan Islam Liberal)

Pesantren Mansajul Ulum, Pati.

Pesantren Al-Anwar, Rembang.

Fakultas Syariah Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) Jakarta.

26) Zuhairi Misrawi

Fakultas Usuluddin jurusan Aqidah Falsafah Universiti Al-Azhar, Mesir (1995).

27) Zuly Qodir

Fakultas Agama Islam Universiti Muhammadiyyah, Yogyakarta (1996).

Magister Studi Islam Universiti Islam Indonesia (UII).

Sosiologi Fisipol UGM, Yogyakarta.

Catatan: Kepada sahabat-sahabat yang mempunyai maklumat-maklumat mengenai pergerakan Sisters In Islam (SIS) di Malaysia atau tokoh-tokoh Islam Liberal yang menyelinap di ISTAC, KL , diharap dapat menyampaikan maklumat tersebut untuk dikongsi bersama. InsyaAllah, dengan sedikit kekuatan yang ada ini, kita bergabung menghadapi mereka dengan usaha-usaha pendedahan ini !!! Mudah-mudahan usaha kecil ini dapat menyelamatkan ‘Aqidah umat Islam yang kian parah dewasa ini khasnya di bumi Malaysia.

Isnin, 1 Disember 2008

UIN & IAIN : Tapak Pendoktrinan Islam Liberal dan Pluralisme !

Petikan Buku: Nabi-Nabi Palsu dan Para Penyesat Ummah – terbitan 2008.

Penulis :Ustaz Hartono Ahmad Jaiz

Antara buku beliau : Ada Pemurtadan di IAIN-terbitan 2005.

Pemurtadan di IAIN sudah merata bahkan seluruh perguruan tinggi Islam ( IAIN, UIN, STAIN, STAI-S ) sampai yang swasta bahkan Fakultas Agama Islam di perguruan tinggi umum sudah terkena pula iaitu terkena virus pemurtadan. Kerana kurikulumnya ,sistem pengajarannya dan dosen-dosennya mengusung pemikiran yang merusak.

a) Pendidikan Islam yang dirosak iaitu:

1) Aqidah Islam – dari Tauhid mengesakan Allah dialihkan kepada kepercayaan pluralisme agama (menyamakan semua agama). Ini sangat menyelewengkan Islam, baik secara keyakinan mahupun keilmuan. Jadi dari penegakan Tauhid justeru dialihkan ke pemasaran kemusyrikan, penyamaan semua agama.

2) Pemahaman Islam dirosak secara sistematis. Tidak merujuk kepada Al-Qur’an dan As-Sunnah dengan metod yang benar, tetapi merujuk metod Barat yang diprogram untuk mencela Islam dan merosak pemahaman Islam.

3) Peralihan pembelajaran Islam daripada Al-Qur’an dan As-Sunnah serta Aqidah Islamiyyah (Tauhid) kepada Sejarah Pemikiran Islam (SPI) dan Sejarah Peradaban / Kebudayaan Islam ( SKI ). Bahkan SPI dan SKI itu dijadikan mata kuliah dasar umum ( MKDU ) untuk semua fakultas dan jurusan diseluruh perguruan tinggi Islam bahkan sampai ke Fakultas Agama Islam di Perguruan Tinggi Umum. Dari situlah ( dari dua mata kuliah dasar umum ) yang diwajibkan kepada seluruh mahasiswa dan waktu semesternya bersambung-sambung itulah perosakan pemikiran dan pemahaman Islam dilancarkan secara sistematis oleh dosen-dosen yang sudah dirancang untuk mengusung paham model kafir Barat yang pada intinya adalah Anti Agama. Dengan menghancurkan agama menggunakan paham pluralisme agama, menyamakan semua agama. Diantara alat untuk menghancurkan agama iaitu apa yang mereka sebut metod hermeneutic iaitu metod Tafsir Bible, yang telah mampu merosak agama Yahudi dan Krsitian. Kini metod hermeneutika itu telah diajarkan di IAIN (UIN) Jakarta dan Yogyakarta.

4) Peralihan pembelajaran Islam dari ahlinya iaitu para ulama’ dan perguruan Islam di Timur Tengah dialihkan kepada belajar Islam kepada orang kafir Yahudi, Nasrani ataupun kepada orang-orang yang mengaku Islam tetapi Sekular dan berfahaman aneh-aneh @ nyeleneh di perguruan-perguruan tinggi di Barat. Padahal para pendiri studi Islam di Barat sudah dikenal kebanyakan adalah para orientalis yang tujuannya : penjajahan, kristianisasi dan pembaratan ( kolonialisasi, kristianisasi dan westernisasi ).

5) Pembelajaran Islam yang sebenarnya untuk membentuk generasi Islam yang faham Islam dialihkan menjadi sarang-sarang dan fabric-fabric pembaratan, perosakan Islam secara sistematis menggantikan fabric-fabric perosakan Islam di Barat. Jadi perosakan Islam di Indonesia sudah ada fabricnya iaitu IAIN – IAIN atau perguruan tinggi Islam se-Indonesia untuk meliberalkan dan mempluralismekan agama umat Islam @ memusyrikkan. Sedang para pengasongnya atau pengetengnya adalah Jaringan Islam Liberal (JIL) pimpinan Ulil Absar Abdalla dan 44 lembaga lainnya yang mengusung fahaman liberal dan pluralisme agama yang merosak Islam.

Dana untuk perosakan Islam itu didapat dari lembaga-lembaga swasta kafir dan Negara. Diantaranya satu lembaga kafir swasta sahaja membiayai 44 lembaga dan untuk satu lembaga seperti JIL sahaja mendapatkan Rupiah 1.4 milion setiap tahun dari The Asia Foundation, lembaga kafir swasta yang berpusat di Amerika. Ulil Absar Abdalla mengaku kepada majalah Hidayatullah, Disember 2004 bahawa, dana Rp 1.4 milion yang dia terima setiap tahun dari The Asia Foundation itu kecil dibanding yang diterima oleh lembaga-lembaga lainnya ( dari 44 lembaga diantaranya lembaga-lembaga di lingkungan NU, lembaga-lembaga lainnya ( dari 44 lembaga diantaranya lembaga-lembaga di lingkungan NU, Muhammadiyyah, IAIN, UIN, perguruan tinggi Islam, swasta dan lain-lain).

Satu lembaga swasta kafir sahaja sudah boleh membiayai 44 lembaga berfahaman liberal yang mengalahkan Islam. Padahal di Indonesia ini ada 48 lembaga swasta internasional. Dari 48 itu yang merupakan lembaga kafir sebanyak 47, sedangkan Islam hanya satu iaitu iaitu Al-Haramain Foundation sudah dihentikan oleh Amerika. Jadi yang 47 lembaga swasta kafir dibiarkan hidup. Bayangkan satu lembaga kafir sahaja mampu biayai 44 lembaga perosak Islam. Sedangkan satu-satunya lembaga Islam dihentikan secara paksa. Inilah Indonesia dibawah penjajahan Amerika.

Didunia ini ada kekuatan yang menghancurkan Islam dengan dua cara. Pertama : dengan cara membunuh secara fizikal, seperti terjadi di Iraq, Afghanistan, Palestin, Thailand dan sebagainya. Kedua: pembunuhan keimanan seperti yang dilakukan di Indonesia iaitu mencabuti keimanan, daripada Tauhid kepada pluralisme agama @ kemusyrikan menggunakan pendidikan terutama di IAIN (UIN) dan lain-lain, diantaranya di 44 lembaga yang dibiayai swasta kafir. Semuanya itu dengan dana yang sangat besar. Bahkan sudah merambah ke pesantren-pesantren dan madrasah-madrasah untuk diubah kurikulumnya dengan didanai oleh Amerika sebesar 157 juta dolar ( oleh lembaga rasmi milik Negara, belum lagi yang swasta ). Sedangkan untuk perosakan kurikulum pendidikan Islam di dunia Islam maka di danai Amerika satu million dolar setiap tahun. Jadi umat Islam ini dibunuh fiziknya dan dibunuhi keimanannya.

Pembunuhan keimanan lebih dahsyat dibanding pembunuhan fizik. Kerana kalau hanya pembunuhan fizikal, maka ketika umat Islam dibunuh sedangkan iman di dadanya masih utuh, InsyaAllah masuk syurga. Tetapi pembunuhan keimanan dengan melalui pendidikan yang pada dasarnya mencabuti keimanan, maka walaupun fiziknya masih hidup, namun imannya mati. Lalu ketika fizikalnya mati, maka masuk neraka. Itulah yang dinyatakan di dalam Al-Qur’an : “ dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan.” – Al-Baqarah:191. Tekanan bahkan penggeseran keimanan itu lebih dahsyat dibanding pembunuhan.

Bukti-bukti Perosakan Islam Melalui IAIN / Perguruan Tinggi Islam

Antara kenyataan-kenyataan yang membahayakan Islam:

1) Ajakan berzikir dengan lafaz ‘Anjing hu Akbar ‘ oleh mahasiswa senior fakultas Usuluddin / Filsafat IAIN Bandung kepada para mahasiswa baru dalam acara ta’aruf Sept 2004.

2) Pernyataan ‘Selamat bergabung di area bebas tuhan’ diacara yang sama ( ta’aruf pelajar baru IAIN Bandung ).

3) Ada dosen (pensyarah) yang didepan kelas dengan bangganya mengaku sudah 3 bulan tidak solat. (Tabloid Republika, Dialog Jumaat, 22 Okt 2004).

4) Kes ajakan berzikir dengan lafaz ‘Anjing hu Akbar’ dan ungkapan ‘selamat bergabung di area bebas tuhan’ justeru dibela oleh pihak IAIN Bandung hingga dekan Fakultas Usuluddin IAIN Bandung sampai merendahkan Forum Ulama Umat Islam (FUUI) Bandung yang mempersoalkan kes itu dengan menyebut bahawa orang-orang FUUI itu S2 (Master) sahaja belum lulus. Ini adalah bentuk kesombongan mereka yang meremehkan manusia lain.

5) Buku Dr.Harun Nasution berjudul Islam Dipandang Dari Berbagai Aspeknya diperuntukkan kepada para mahasiswa IAIN. Didalamnya ada pernyataan : Agama Monotheisme (datang daripada Tuhan) adalah Islam, Yahudi, Krsitian dan Hindu.

6) Pernyataan daripada Abdul Munir Mulkhan, wakil rector IAIN (UIN) Yogyakarta, pemimpin tertinggi Muhammadiyyah : Syurga Tuhan itu nanti dimungkinkan terdiri daripada banyak ‘kamar’ yang boleh dimasuki dengan beragam jalan atau agama. Ini bertentangan dengan ayat Al-Qur’an : Barangsiapa yang mencari agama selain daripada Islam, maka sekali-kali tidak akan diterima daripadanya dan dia diakhirat termasuk orang-orang yang rugi – Al-Imran:85.

7) Zainun Kamal (dosen UIN Jakarta) menikahkan Muslimah dengan lelaki Kristian di Hotel Kristal Pondok Indah, Jakarta pada hari Ahad 28 Nov 2004 iaitu Suri Anggerni dengan Alfin Siagian. Ini bertentangan dengan ayat Al-Qur’an surah Al-Mumtahanah:10.

8) Dr.Kautsar Azhari Noer (dosen UIN Jakarta) penggemar ajaran Ibnu Arabi , fahaman pluralisme agama dan orang liberal dari Paramidana. Dalam pidato Debat Fikih Lintas Agama di UIN Jakarta pada 15 Januari 2004 berkata : Aqidah itu memang tidak sama. Aqidah itu buatan manusia bukan buatan Tuhan.

9) Dr.Nurcholis Madjid (dosen IAIN Jakarta) pendiri Yayasan Paramidana Jakarta, alumni Chicago, Amerika, telah menikahkan anak putrinya Nadia dengan lelaki Yahudi di Amerika pada 30 Sept 2001 tidak dengan akad Islam , tetapi akad universal iaitu antara anak manusia dengan anak manusia. ( Buku APdl, hlm.36)

10) Drs.Nuryamin Aini, MA, pengajar Fakultas Syariah UIN, Jakarta menyudutkan para ulama’ (sebenarnya menyudutkan Islam) yang mengharamkan pernikahan beza agama (Islam dengan non-Islam). Penyudutan itu hanya dengan dalih hasil penelitiannya mengenai anak-anak hasil pernikahan beza agama katanya lebih banyak yang ikut kepada Islam. Ungkapan yang ditujukan kepada para ulama’ namun hakikatnya kepada Islam itu adalah hasil wawancara Ulil Absar Abdalla (JIL) dengan beliau yang disiarkan melalui islamlib.com .

11) Dosen-dosen IAIN / UIN yang bergabung didalam team penulis Paramidana Jakarta menulis buku-buku Fiqh Lintas Agama, 2003 yang sangat merosak Aqidah Islam, daripada Tauhid diarahkan kepada kemusyrikan dengan istilah pluralism agama dan memutarbelitkan hukum Islam. Yang halal diharamkan dan yang haram dihalalkan. Team penulis Paramidana itu sebahagiannya adalah dosen-dosen UIN Jakarta. Semuanya terdiri daripada 9 orang iaitu : Nurcholis Madjid, Kautsar Azhari, Prof.Dr.Kamarudin Hidayat, Masdar F.Mas’udi, Zainun Kamal, Zuhairi Misrawi, Budhy Munawar-Rahman, Ahmad Gaus AF dan Mun’im A.Sirry.

12) Journal Relief terbitan Universitas Gadjah Mada (UGM), advisornya Achmad Mursyidi dan dibiayai pula oleh The Asia Foundation menyebarkan fahaman yang sangat memurtadkan , ditulis di cover belakang majalah / journal Relief yang mengutip kenyataan seorang dosen IAIN Yogyakarta :

“ ..kenapa kita ribut-ribut menyalahkan orang atheis bahawa atheis adalah musuh orang ber-Tuhan. Padahal Tuhan sendiri atheis. Ia juga tidak bertuhan.” – majalah Relief, vol 01 No 02 Yogyakarta, Mei 2003.

Bersambung …

( Nantikan sambungannya mengenai bukti-bukti perosakan Islam melalui lapangan / diberbagai IAIN atau UIN)

Ya Allah, Engkau Selamatkanlah Kami Disini Dengan Meyakini dan Mengimani Islam Sebagai Aqidah

Catatan : Tidak semua IAIN atau UIN mempunyai dosen-dosen pendukung Islam Liberal. Antara yang terang-terangan wujud hanya di UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta, UIN Yogyakarta, IAIN Semarang, IAIN Bandung dan beberapa UIN atau IAIN lain. Namun hampir kesemua UIN atau IAIN di Indonesia mempunyai sukatan-sukatan pengajian atau bahan-bahan rujukan yang disediakan atau ditulis oleh tokoh-tokoh akademik yang mendokong Islam Liberal seperti Islam Dipandang dari Berbagai Aspeknya & Sejarah Pembaharuan Pemikiran Islam (Dr.Harun Nasution) yang terbukti menyesatkan, buku-buku Nurcholis Majid dan lain-lain.