Isnin, 13 September 2010

Sekitar Malam 'Pawai Takbiran' di Banda Aceh - 1 Syawal 1431

Malam 1 Syawal 1431 Hijriyyah, kami beberapa orang mahasiswa Malaysia yang menyambut ‘Idul Fitri di Aceh bergerak ke Kota Banda Aceh untuk mencari sedikit keperluan bagi menyambut ‘Idul Fitri keesokan harinya. Orang begitu ramai di tengah-tengah Banda Aceh. Kami tidak tahu bahawa pada malam tersebut ada sebuah acara yang sangat meriah diadakan. Acara tersebut dikenal sebagai ‘Pawai Takbiran’. Ia dibuat dihadapan Masjid Raya Baiturrahman. Seusai solat fardhu Isya’, orang ramai berkumpul diluar masjid untuk mendengar ucapan dari Gubernor Aceh, Irwandi Yusuf sempena menyambut kedatangan 1 Syawal.

Kemudian kumpulan takbiran dijemput ke pentas. Mereka bertakbir penuh bersemangat diikuti oleh orang ramai yang memenuhi jalan. Takbir diiringi dengan pukulan gendang, kompang dan sebagainya. Selepas itu, suasana tambah meriah dengan perarakan kereta berhias dari pelbagai lembaga-lembaga pemerintahan, masyarakat, desa, remaja masjid dan sebagainya. Kalau tidak silap saya, lebih dari 20 buah kenderaan. Semuanya dihias dengan cantik. Setiap kenderaan dipenuhi oleh sekumpulan kaum lelaki yang melaungkan takbir. Jika dibaca sejarah Aceh, kita akan mendapati bahawa, budaya seperti ini sudah hidup sekian lama sejak zaman Sultan Iskandar Muda lagi. Beliau yang mengarahkan agar dihadapan Masjid Raya Baiturrahman, dibunyikan gendang dan meriam apabila tiba hari-hari kebesaran Islam seperti 'Idul Fitri, Idul Adha dan lain-lain. Ia sebagai tanda kegembiraan kita menerima kehadiran hari-hari penting dalam Islam ini.


Kesibukan lalu lintas dihadapan Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh dimalam 1 Syawal 1431.
Bergambar saat kereta berhias melintas.
Beberapa orang bertakbir dan beberapa orang yang lain memukul gendang
Sangat menarik...
Diantara satu kenderaan dengan kenderaan yang lain, ada pula sekumpulan anak-anak sekitar 20 orang yang berjalan membawa sepanduk dan unggun api.
Pembawa unggun api..cantiknya...:)
Suasana dari beranda Masjid Raya Baiturrahman
Seusai mendirikan solat Isya'. Wajah-wajah anak-anak yang beraya tanpa ibu dan bapa..huhu
Pulang ke rumah buat kek untuk esok...pandai adik-adik nih..boleh tempah kat depa..:)
Adik nih pandai jugak..hehe
Ini yang lebih pandai buat kek dan MAKAN kek..hihi
Alhamdulillah, jadi pun..apa nama kek nih?entah..:)