Selasa, 24 Ogos 2010

Sidang Munaqasyah Selesai...Alhamdulillah

Alhamdulillah, saya bersyukur kepada Allah kerana berjaya menempuhi Sidang Munaqasyah Skripsi saya yang berjudul “Konsep Hijrah Dalam Perspektif Al-Qur’an’ jam 9.00 pagi tadi dengan baik dan tenang setelah bertungkus lumus dan berhempas pulas menyiapkannya dalam masa 3 bulan terakhir sebelum berakhirnya tempoh persidangan 26 Ogos ini. Akhirnya saya diterima dan lulus untuk mendapat S1. Alhamdulillah…Alhamdulillah…Alhamdulillah…InsyaAllah, tanggal 16 September 2010, akan dilaksanakan wisuda IAIN Ar-Raniry.


Sekitar persidangan skripsi ku tadi…

Perlu menandatangai 4 lembaran kertas untuk kegunaan 4 orang penguji

Selesai membaca Al-Qur'an, berdiri dan sampaikan abstrak sekitar 5 minit iaitu penjelasan secara umum tentang skripsi yang meliputi permasalahan yang dikaji, metode yang digunakan, hasil yang ditemukan dan saran-saran atau harapan dari penulisan.

Selesai menyampaikan abstrak, diminta duduk dan bermulalah sesi pertanyaan dan kritikan dari team penguji...fuhhh..Dari kanan: Bapak Lukman Hakim (Anggota Team Penguji 1), Bapak Syamsul Bahri (Anggota Team Penguji 2), Bapak Husein A.Wahab (Ketua Team Penguji/pembimbing 1 skripsi saya) dan Ibu Ummu Aiman (sekretaris).

Bersama Bapak Syamsul Bahri.

Bersama Bapak Lukman Hakim.(beliau juga adalah antara Imam Masjid Raya Baiturrahman, Banda Aceh)

Bersama Bapak Husein A.Wahab

Bersama Ibu Ummu Aiman

Bersama team penguji yang merupakan dosen-dosen (pensyarah-pensyarah) di Fakultas Ushuluddin IAIN Ar-Raniry

Bersama peminat-peminat tegar....:) terima kasih adik-adik dan abang2 yang datang menyaksikan sidang munaqasyah

Cuba tengok sapa senyum paling mahal di kiri dan kanan saya....huhu

Jutaan terima kasih dan penghargaan saya tujukan khusus buat ibu dan bapa tercinta dan ahli keluarga, pembimbing skripsiku, sahabat-sahabat seperjuangan dalam PKPMI-CA, sahabat-sahabat serumah sewa di Aceh dan seluruhnya yang tidak mampu saya nyatakan satu persatu nama mereka. Bantuan, dokongan dan motivasi dari kalian amat ku hargai.


Ya Allah, berkatilah ilmu yang ku perolehi dan jauhkanlah diriku dari mengkhianati amanah ilmu dan mudahkanlah aku untuk beramal dengannya dan menyampaikannya kepada ummat ini….


Catatan: Dalam system pengajian di pusat pengajian tinggi di Indonesia, ada beberapa istilah yang perlu kita ketahui seperti berikut:

1) Skripsi – karya ilmiah untuk program Ijazah

2) Tesis – karya ilmiah untuk program Magister (Master)

3) Disertasi – karya ilmiah untuk program Doktor.


Istilah S1, S2 dan S3 artinya strata 1 (Ijazah), strata 2 (Magister) dan strata 3 (Doktor). Strata artinya tingkat pendidikan. Wisuda adalah konvokesyen. Yudisium adalah majlis anugerah sijil di peringkat fakultas yang kebiasaannya dibuat beberapa hari di fakultas masing-masing sebelum konvokesyen.


3 ulasan:

marjaat85 berkata...

tahniah.. semoga terus berbakti untuk ummah dan Deenul Islam..

Radieah Mohd Nor berkata...

Tahniah.

Insya Allah 9-12 Oktober 2010 ini ana, rakan-rakan dan pensyarah-pensyarah USM akan ke IAIN Ar-Raniry, Acheh. Ada seminar berkenaan perbankan Islam (Majlis Syariah) dan visata spiritual tsunami.

شركه تنظيف berkata...

https://myserviceshome.com/detection-of-water-leaks-in-dammam/
https://myserviceshome.com/fighting-insects-in-riyadh/
https://myserviceshome.com/insulation-of-roofs-in-riyadh/
https://myserviceshome.com/detection-of-water-leaks/
https://myserviceshome.com