Selasa, 11 Mei 2010

Gempa Lagi di Meulaboh Jam 7.17 mlm (8.17 Malaysia) Tadi

Gempa susulan kembali melanda kawasan laut Meulaboh sekitar jam 7.17 malam (8.17 Malaysia) sebentar tadi. Kali ini, kekuatannya hanya 5.8 skala richter dan tiada laporan sebarang kerosakan atau korban. Badan Meteorologi Klimatologi Geofizika (BMKG) menyatakan bahawa ianya tidak ada ancaman Tsunami. Tempat gempa di kedalaman 26 km dan pusat gempa berada di 108 km Barat Daya Meulaboh, Nanggroe Aceh Darussalam.


Gegaran kecil sempat dirasai oleh beberapa teman di dalam rumah kami sebentar tadi. Lampu kelihatan sedikit bergoyang.

Tiada ulasan: