Jumaat, 1 Januari 2010

Kematian Gus Dur: Perginya Seorang Tokoh Pluralisme

[ Jika anda berkesempatan membaca buku 50 Tokoh Islam Liberal Indonesia: Pengusung Ide Sekularisme, Pluralisme dan Liberalisme karya Budi Handriato yang diterbitkan oleh Hujjah Press, Jakarta Timur pada tahun 2007, anda akan mendapati bahawa nama Abdurrahman Wahid (Gusdur) diletakkan pada bahagian pertama iaitu ‘Para Pelopor fahaman Islam Liberal. Namanya sebaris dengan pelopor lain seperti Harun Nasution, Nurcholis Madjid, Abdul Mukti Ali dan sebagainya yang rata-ratanya dikenal sebagai cendekiawan Muslim Indonesia oleh beberapa pihak. Selepas itu adalah bahagian Para Senior dan Para Penerus Perjuangan fahaman sesat ini ]


Latar Belakang


Kiyai Haji Abdurrahman Wahid lahir di Denanyar, Jombang, Jawa Timur pada 04 Ogos 1940. Lebih senang disapa dengan panggilan Gusdur kerana menjadi tradisi di daerahnya iaitu Jawa Timur dimana penduduknya menyebut seorang putera dari keluarga elit dengan sebutan ‘Gus’. Adiknya Aisyah Hamid Baidhowi adalah ketua umum Muslimat Nahdhatul Ulama’ (1995-2000) dan anggota parlimen dari Partai Golkar. Adik lelakinya, Shalahuddin Wahid pernah menjadi pimpinan Partai Kebangkitan Umat (PKU), ketua Partai Bersatu Nahdhatul Ulama (PBNU) dan lain-lain. Adiknya yang lain, Hasyim Wahid pernah menjadi ketua DPP Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP).


Gusdur anak tertua kepada K.H A.Wahid Hasyim dan Ny.H.Solelah. Beliau merupakan cucu kepada K.H Hasyim Asy’ari, datuk disebelah bapanya yang merupakan pengasuh pondok pesantren Tebu Ireng dan pendiri Nahdhatul Ulama’ (NU). Datuk dipihak ibunya pula, iaitu K.H.Bisri Syamsuri adalah pengasuh pesantren di Denanyar, Jombang yang bersama K.H.Hasyim Asy’ari dan K.H.A.Wahab Hasbullah mendirikan NU.


Pendidikan dan pengalaman


Pesantren Tambak Beras, Jombang (1959-1963). Departemen Studi Islam dan Arab Tingkat Tinggi, Un.Al-Azhar, Kaherah, Mesir (1964-1966). Fakultas Surat-Surat Universiti Baghdad (1966-1970).


Pengajar Pesantren Pengajar dan Dekan Universitas Hasyim Asy’ari Fakultas Ushuluddin. Ketua Balai Seni Jakarta (1983-1985). Penemu Pesantren Ciganjur (1984-sekarang). Ketua Umum Nahdhatul Ulama (1984-1999). Ketua Forum Demokrasi (1990). Ketua Konferensi Agama dan Perdamaian Sedunia (1994). Anggota Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) 1999 dan Presiden Republik Indonesia (20 Okt 1999 – 24 Julai 2001).


Penghargaan


1) Penghargaan Magsaysay dari pemerintah Filipina atas usahanya mengembangkan hubungan antara agama di Indonesia (1993).

2) Penghargaan Dakwah Islam dari pemerintah Mesir (1991)


Beliau diserang stroke pada awal 1998 sebelum menjadi Presiden R.I. Team Doktor berjaya menyelamatkannya, namun akibatnya penglihatannya semakin memburuk. Seawal menjadi Presiden, beliau terus mengumumkan akan menjalinkan hubungan dagang antara Indonesia dan Israel yang akhirnya mendapat tentangan keras dari pelbagai organisasi Islam. Beliau menjadi Presiden dengan timbalannya pada saat itu iaitu Megawati Sukarnoputri. Pemerintahannya penuh kontroversi dalam pelbagai perkara. Naik turun Menteri banyak dilakukan tanpa pengetahun timbalannya. Kenyataan-kenyataannya terlalu banyak yang diperbincangkan ditambah dengan sikapnya yang terlihat mesra Non-Muslim. Beliau sering mengkritik pemimpin Islam lain di Indonesia.


Antara kontroversi beliau:


“gantikan ucapan Assalamualaikum dengan selamat pagi / siang / malam”


“Al-Qur’an adalah Kitab Porno”.


“ saya menjadi seorang Muslim yang juga menganut faham Mahatma Gandhi…..bagi saya semua agama itu sama. Di Islam pun banyak orang yang berkelahi kerana agama”. – ucapan di Institut Mahatma Gandhi di Denpasar, Bali dalam acara berdoa bersama yang diberi nama Agni Horta Gus Dur.


“ Gus Dur dinobatkan sebagai kehormat Legium Christus (Laskar Kristus) pada bulan Jan 2002 di Kampus Uni.Manado, Sulawesi Utara. Beliau dipilih oleh Laskar Kristus kerana dinilai sehaluan dengan misi Legium Christus. Beliau diberi tugas khusus sebagaimana kata Lucky Senduk, Setiausaha Umum Legium Christus “tugas Gus Dur sebagai hujung tombak menolak pelaksanaan Piagam Jakarta dan melalui Nahdhatul Ulama melindungi orang Krsitian di Jawa” – beliau dilantik setelah turun dari jawatan Presiden Indonesia.


“ Dalam kes konflik umat Islam – Kristian di Ambon sekitar 1999 – 2001, banyak ucapan beliau yang jelas memencilkan Islam sehingga keluar kenyataan “Gus Dur membela Islam dengan cara tidak membela Islam”.


“ mengapa kita marah kepada mereka yang menyerang Masjid Babri? Kenapa ? Kerana jauh sebelumnya, Masjid Babri itu menjadi kuil.Kita datang, kita jadikan masjid. Sekarang orang lain datang minta diubah lagi” – ucapan mengulas isu pembakaran Masjid Babri, di Ayodhya, India oleh pelampau Hindu awal 90-an yang mengorbankan lebih 3000 umat Islam yang mempertahankannya.


Inilah sekelumit dari ucapan dan tindakan Gus Dur yang mengusung fahaman Islam Liberal dan Pluralisme Agama dalam keadaan latarbelakang pendidikan agamanya yang sangat tinggi. Maka, tidak hairanlah, sejurus kematiannya Rabu kelmarin, puluhan golongan pluralisme Indonesia menangis dan menyebut-nyebut akan kesedihan mereka atas pemergian tokoh pluralism yang mereka sanjungi.


Majlis Ulama’ Indonesia (MUI) pada 29 Julai 2006 telah menetapkan 11 fatwa antaranya mengharamkan fahaman sekularisme, liberalism, pluralisme dan gerakan Ahmadiyyah. Beberapa nama tokoh masyarakat yang bersama Aliansi Masyarakat Madani Untuk Kebebasan Beragama dan Berkeyakinan seperti Gus Dur, Dawam Raharjo Ulil Abshar Abdalla (coordinator JIL), Johan Affendi, Pendeta Winata Sairin (PGI) mendesak MUI menarik balik fatwa tersebut. Kata Gus Dur “Indonesia bukan negara Islam, tetapi negara Nasional. Jadi ukurannya hukum Nasional” – ucapan di gendung PBNU.


Catatan: Lain-lain tentang perkembangan Islam Liberal dan senarai tokoh-tokohnya, pembaca boleh merujuk artikel-artikel pada arkib blog ini tahun 2008 khas pada bulan Dis dll.

3 ulasan:

محمد حذوان بن حميدان berkata...

bgz akhi!perkongsian yg mntap..semoga diberikan kekuatan utk terus menulis..amin (^_^)

zonjonggol berkata...

Tanpa kita sadari Sekularisme, Pluralisme maupun Liberalisme adalah paham yang diserbarluaskan oleh kaum Illuminati.

Kita harus menyadari kekeliruan selama ini dengan memahami apa sebenarnya arti Sekularisme, Pluralisme maupun Liberalisme bagi illuminati,
Liberalisme, paham yang “membebaskan” manusia terhadap aturan Allah / Agama
Pluralisme, paham yang membuat manusia “floating” / “ragu” akan agama.
sedangkan Sekularisme, paham yang menghindarkan manusia dalam kehidupannya me”referensi” kepada Allah / Agama

selengkapnya baca di blog saya, http://mutiarazuhud.wordpress.com/2010/01/18/sekularisme-pluralisme-dan-liberalisme/

Saat ini sering diperbincangkan tentang Pluralisme dan Tokoh Pluralisme.

Konsep pluralisme yang umat muslim pahami adalah keliru !
Baik dengan arti semua agama benar atau semua agama sama, karena Allah “memberitahukan” kepada manusia melalui nabi dan rasul secara bergantian tidak bersamaan !

Nabi yang kemudian “memperbaiki” ajaran nabi sebelumnya yang “dirusak”, “diubah”,”dilempar” oleh manusia.

Sampai Allah telah menetapkan untuk yang “terakhir” akan menjaganya sampai akhir zaman.

Wallahu a’lam

Pacifist berkata...

iman tidak boleh diwarisi.walaupun apa latarbelakang keturunan kita.