Sabtu, 27 Jun 2009

Tiada 'special case' dalam tarbiah !

Esok adik perempuan saya akan memulakan langkah dan menjejakkan kaki di sebuah IPT. Setelah mengisi pendaftaran melalui online beberapa bulan yang lalu untuk beberapa buah IPT, akhirnya sebuah tempat pengajian menerimanya dengan ditawarkan pengajian di bahagian Pengurusan Projek : Fakulti Kejuruteraan, Pembuatan dan Pengurusan walalupun itu bukanlah bidang yang diidamkannya. Namun, dia mesti menerimanya juga dan teruskan usaha dibidang ini. Mudah-mudahan Allah permudahkan.


Sebentar tadi saya mengirim email kepadanya yang saya penuhkan dengan pelbagai pesanan yang selayaknya seorang muslimat sepertinya saya sampaikan. Berat juga tangan ingin menaip dan mengirim email pada adik sendiri. Tidak pernah saya lakukan sebelumnya….


Seorang teman yang merupakan pimpinan dipusat pengajian tersebut yang baru saya kenali, langsung saya hubungi untuk menyampaikan laporan ‘kehadiran’ adik saya disitu dan beberapa pesan lain. Saya hanya menyebut “akhi, usahakan agar dia dapat bersama antum dalam persatuan Islam di kampus. Mudah-mudahan dia berjaya dilibatkan dengan proses tarbiah disana. Ana dan antum hanya berusaha, selebihnya kita serahkan pada Allah”. Begitulah kira-kira pesanannya.


Seorang muslimat yang agak rapat dengan adik saya yang bertaraf kakak kepadanya ingin membantu untuk memaklumkan kepada pimpinan muslimat di kampus berkenaan akan ‘kehadirannya’ disitu. Saya langsung membalas “ukhti..terima kasih banyak-banyak..ana sudah maklumkan pada sahabat ana disitu..insyaAllah mereka akan maklumkan pada muslimat..ana tidak mahu berlebih-lebihan menyampaikan apa-apa pesanan..ana tidak mahu tarbiah kepada seseorang dilakukan atas permintaan dari orang lain..tetapi bukan kehendak individu tersebut..biarkan dia menjadi orang yang bersedia…jangan sesekali ada ‘special case’ dalam proses tarbiah walau siapa pun dia dan apa pun latarbelakangnya”.


Maaf, saya berbicara atas pemerhatian terhadap beberapa kes yang berlaku di beberapa buah kampus. Berlakunya sikap ‘special’ dalam menjalankan tarbiah. Ada orang yang sanggup berpesan “akhi..jaga dia elok-elok..sepupu ana tu…pegang molek-molek..akhi, anak saudara ana tu..bawalah ke proram-program tarbiah…dan lain-lain. Akhirnya kehadiran individu ini bukan atas kerelaannya, namun kerana dia golongan ‘sofwatul mukhtarah’. Jika dia melakukan masalah, kita sukar sangat menegurnya.


Sekali lagi saya berpesan “dakwah dan tarbiah tidak ada pengkhususan kepada orang-orang tertentu, tetapi kepada sesiapa yang mahu dan siap untuk ditarbiah”. Jangan ada lagi yang cuba melakukan perkara sebegini.Namun, bukanlah saya menghalang untuk maklumkan langsung kehadiran mereka kepada mana-mana teman-teman dikampus.Itu perlu.Yang jangan, berlebih-lebihan memberi 'arahan'.


Namun, dihati saya tetap saya berdoa kepada Allah : “Ya Allah, senaraikanlah dia antara generasi-generasi baru di kampus yang siap menerima pentarbiahan dan jadikanlah dia salah seorang muslimat yang menggerakkan perjuangan Islam nantinya”. InsyaAllah…


Selamat menghadapi dunia kampus dan dunia mahasiswa adikku…

1 ulasan:

Awanama berkata...

barakhallahu fik.. smg akan bnyk "abg2" seperti nta.