Selasa, 16 Jun 2009

Tembok Nasionalisme Memisahkan Kita !

Ketika mendengar, membaca dan menyaksikan gambar-gambar mayat yang terkujur kaku di dalam Masjid Al-Furqan, Kg Air Tempayan, Sungai Golok, Sel.Thailand, hati terasa sangat pedih. Dahulu ketika berada di Kelantan, ada seorang teman sepengajian yang berasal dari Tak Bai. Sering dia berkongsi cerita derita, jerih payah dan ketakutan yang dia beserta umat Islam disana rasai. Saya dan teman-teman lain tidak tahu bagaimana mahu membantu. Hanya kesabaran yang kami tinggalkan pada jiwanya dan doa beserta munajat yang kami mampu lakukan. Bantu Islam boleh dengan wang, boleh melalui risalah-risalah penerangan yang bisa menimbulkan kesedaran dan sebagainya. Yang jangan satu sahaja : Jangan jadi pemerhati !


Ketika membaca latar belakang keluarga, baru saya tahu beberapa perkara tentang diri saya. Ayah saya lahirnya di Kg.Temelong, Lenggong, Perak Darul Ridzuan, juga ibu saya. Mereka berhijrah ke kawasan Felda di Jengka, Pahang sekitar tahun 1976. Beberapa adik beradik lahir di Perak dan saya beberapa orang lahir di Pahang.


Datuk saya sebelah bapa, namanya Ibrahim. Orang kampong di Perak memanggilnya ‘Tok Heng’. Rupanya beliau berketurunan Melayu-Pattani, Thailand, sebuah wilayah umat Islam yang menjadi sasaran bedilan peluru kuffar Siam saat ini. Saya tidak sempat mengenalinya…


Begitulah juga saat mengetahui umat Islam minority di Negara China disiksa dengan penuh kehinaan oleh regim pemerintah Komunis China, hati geram bercampur pilu. Untuk kesana, tidakmungkin. Dilihat disebelah ibu, datuk saya yang bernama Md.Razali berdarah Cina iaitu asal Negara China. Saya tidak tahu bilakah dia memeluk Islam. Alhamdulillah, saya sempat bertemunya sebelum meninggal dunia beberapa tahun yang lalu. Selain darinya, semua datuk dan nenek, saya tidak kenali kerana lebih awal meninggalkan saya termasuk nenek disebelah ibu yang merupakan campuran Melayu-Jawa.


Rupa-rupanya, saya bukan ‘original’ Tanah Melayu…entah-entah anda yang membaca artikel ini pun mungkin berasal dari Pattani, berketurunan India Muslim atau beradarah Muslim Rohingya di Burma dan sebagainya. Inilah Islam…Terima kasih Allah kerana persaudarakan kami.


Jika difahami dengan baik tentang persaudaraan diatas aqidah Islam, tentu tidakmuncul istilah ‘isu Palestin isu Arab’, isu Muslim Pattani isu Negara Thailand’ dan sebagainya. Namun, pasti kita akan optimis bahawa isu umat Islam adalah isu kita bersama tanpa mengira dimana mereka tinggal. Malangnya, ratusan tahun dijajah kuffar, akhirnya tembok sempit fahaman Nasionalisme memenjarakan kita dengan saudara-saudara disana. Maafkan kami…


Mari pecahkan segera tembok Nasionalisme dinegara kita yang tidak bertunjangkan kepada agama. Pasti umat Islam bisa terbela dimana-mana….


Baca cerita pembunuhan jama’ah masjid di Pattani diblog saudara kita ini :

http://quds-aqilah.blogspot.com/2009/06/assalamualaikum.html

3 ulasan:

PG berkata...

Salam Sdr.
Semoga dirahmati Allah.
Benar kata-kata sdr itu.

Muhibbul_syaheed berkata...

sudah waktunya kita berubah... pecahkan tembok nasionalisme.

Awanama berkata...

islam dan muslim tak pecah walaupun berada di negara masing-masing jika mereka faham persaudaraan islam.

Tidak salah untuk sesuatu kaum meningkatkan martabat kaum tersebut asalkan mereka semua muslim spt melayu. Oleh itu, marilah pelihara dan perbetulkan akidah saudara kita sesama kaum yang dulunya 100% muslim.