Rabu, 4 Februari 2009

Ya Allah ! Kami serahkan padaMu para Munafiq ini !

Baru beberapa hari rakyat Perak meraikan kemasukan Dato’ Nasarudin (Adun Bota) kedalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabtu lalu dan sempat berpidato bersama Anwar Ibrahim, kini gempar dengan isu keluarnya 2 Adun PKR pula yang bersama BN dan mengaku tidak hilang, tapi cuti sakit. Kepala hotak hang sakit ! sampai ahli keluarga pun tak tahu duduk hospital mana.


Hari ini, makin teruji dengan tindakan badut sarkis yang bodoh, Dato’ Nasarudin yang turut kelihatan bersama Najib di Putrajaya ketika pengisytiharan kemasukan 2 adun PKR, Othman Jailu dan Jamaludin kedalam BN bersama seorang calon bebas. Hee Yit Fong. Kini BN mempunyai 31 kerusi dan Pakatan Rakyat tinggal 28 dengan kemasukan semula Nasarudin.


Maaf, saya bukan pengulas isu politik Negara dan tidak pandai sangat mengulas. Cukuplah saya katakan, inilah golongan munafiq versi Hadhari yang mengkhianati rakyat, khianati amanah Allah dan jahil tentang Aqidah ! Sanggup menjadi badut sarkis yang bodoh semata-mata inginkan habuan dunia. Lupakah bagaimana sikap Cikgu Ya di Kemuning, Kelantan yang sanggup menolak puluhan ribu semata-mata ingin pertahankan sebuah kerajaan yang terbina hasil amanah dari rakyat ? Hanya beberapa undi sahaja yang diperolehinya menyelamatkan kerajaan Kelantan.


Baca komentar diblog Ust Nasarudin Tantawi sekarang http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

tentang isu ini. Jangan salahkan sesiapa lagi disaat getir begini. Sama-sama muhasabah adakah perjuangan selama ini didirikan diatas dasar inginkan Islam, atau mencari untung disebalik kemarahan rakyat pada BN? Berjuang tanpa aqidah akan melahirkan generasi yang hanya lincah berbicara soal moral, keadilan, kebenaran, hak rakyat dan lain-lain lagi yang hanya keluar dari mulut bukan hati yang bertaqwa!


Akhirul kalam, Ya Allah ! kami serahkan kepadaMu untuk mengambil golongan munafiq ini dan Engkaulah yang berhak menguruskan manusia seperti mereka ! Ya Allah, selamatkanlah kerajaan Negeri Perak yang tegak diatas amanah dari rakyat yang mahukan perubahan, lalu mereka bertemu dengan pimpinan mereka yang khianat !


Bersiap untuk kalian terima kehinaan didunia dan akhirat atas pengkhinatan ini!

Lain-lain berita terkini di http://pahangdaily.blogspot.com/


Petikan dari http://www.bharian.com.my/

Adun Pakatan Rakyat yang lompat pengkhianat: Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan perbuatan berpaling tadah di kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat sehingga tumbangnya kerajaan negeri adalah pengkhianatan kepada penyokong mereka yang bersusah payah berkempen ketika pilihan raya umum lalu.

Justeru, beliau masih berharap pilihan raya negeri diadakan di Perak, bagi membolehkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional kembali kepada rakyat mendapatkan mandat baru untuk membentuk kerajaan.

"Saya rasa cukup dukacita apabila timbul cerita wakil rakyat hilang selama dua tiga hari dan kemudian nak melompat. Saya tak faham macam mana keadaan ini boleh berlaku di Malaysia. Manusia macam ni patut dilemparkan dengan kasut. "Selepas dapat undi dalam pilihan raya, tiba-tiba mereka jual (berpaling tadah). Perbuatan ini pastinya ada perancang yang memujuk mereka sebagai cara mudah mencari majoriti (membentuk kerajaan).

"Kalau begini, lebih baik tak payah diadakan pilihan raya, sebaliknya cukup diagihkan duit saja," katanya kepada pemberita di rumahnya di Pulau Melaka, di sini, petang tadi. Beliau menyifatkan, hanya pemimpin yang rasuah saja sanggup berpaling tadah sehingga menyebabkan masalah pergolakan politik di negara ini tiada kesudahan.

JOM BALING KASUT KE MUKA 3 ORANG NI !

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

La apa sdah jadi ngan seko makluk yg bernama nasa Al-kanggarowi....sbb apa sy ltak tmbahan nm kang blakng nm nasa ni sbb dia lompat cpat ngan jauh lg dripada YB katak lompat ore pasir mas nun.... sy stuju gak ngan pndapat cik bloger ni yg nasa al-kanggarowi ni kiter lebal kan dia dlm golongan munafik ala hadhari al-badawi ni.
bkan apa sbb saya kata gini kat nasa kanggarowi ni kerana pd 31 januari baru ni dia ceramah ngan DSAI dalam stadium kat bote perak nun....
bukan main lagi dia hentam kutuk, maki mcm2. pas tu dia kter lak hanya keadilan yang jelas nak bntu melayu kter dia.... ms tu bkan main puji dia parti keadilan nagn pakatan rakyat,mcm2 lg ar dia kter.
tub2 ari ni
kanggaro ni kuaq kenyataan baru plak
hentam pakatan rakyat dengam mcm2 kutukn....
sah ar dia ni kiter kater dia sebagai munafik.
kiter kn wat satu pantun baru kot kat dia ni
klau jmpa ulor nagn kanggaro nasa ni kita pkat ketuk kanggaro ni dulupas br kiter ketuk ulor lak...
sbb apa kanggaro ni
lbh jahat dari ulor....
TP APA2 PUN SY HARAP SANG KANGGARO NI AKAN SEDAR AR DAN BERTAUBAT SEBELUM PINTU TAU BAT ITU D TUTUP OLEH ALLAH......
MARI KITER PAKAT2 BERDOA AGAR ALLAH MMBANTU ORG2 YANG HENDAK MEMBELA AGAMA ALLAH DAN MELKUKAN KEDILAN KEPADA SEMUA MANUSIA.